Friday, April 17, 2009

MeCD.....tak perlu fikir, tapi angguk-angguk

Manakan sama menjaga anak sendiri dengan memberi orang lain menjaga anak kita. Walaupun segala perbelanjaan kita yang tanggung, namun kasih sayang yang dicurahkan, tidaklah sama dengan ibu bapa sendiri yang beri.Ibu bapa sendiri amat mengetahui kehendak anak-anaknya dan begitulah sebaliknya, anak-anak akan faham kehendak ibu-bapanya. Ibu-bapanya akan mencorakkan hala-tuju anak-anak mereka agar tercapai hasrat ibu-bapa. Penyampaian ibu-bapa angkat amat tidak berkesan untuk disampaikan kepada anak-anak tadi kerana kurang pemantauan dari ibu-bapa sendiri.Begitulah apa yang terjadi kepada Agensi-Agensi dan Jabatan-Jabatan yang sebelum ini di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD), yang akan diserapkan ke lapan kementerian.Akan timbul konflik di antara halatuju lapan Kementerian baru tersebut dengan halatuju Agensi-Agensi dan Jabatan-Jabatan di bawah MECD dahulu. Apabila timbul konflik, maka sudah tentu segala perancangan serta objektif yang telah ditetapkan akan terbantut dan tersasar.Yang menghairankan perangai orang-orang UMNO masih di takuk lama. Tidak perlu berfikir tetapi banyak angguk-angguk. Mereka hanya mengangguk-angguk apabila diumukan MECD dibubarkan dan semua Agensi-Agensi dan Jabatan-Jabatan yang bernaung dibawah MECD akan diserapkan di bawah 8 Kementerian lain.Semasa Saudara Lim Guan Eng mengumumkan DEB distruktur semula di Pulau Pinang demi menolong semua kaum yang miskin (walhal, DEB itu sendiri pun sudah lama tamat), maka mengamuklah segala 'gajah-gajah' berang di Pulau Pinang, menentang Kerajaan Pakatan Rakyat.Sekarang senarionya adalah sama.

artikel asal : http://al-brangi.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment