KUCHING: Dengan alasan enggan merosakkan peluang calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang, Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) semalam meng-umumkan tidak akan ber-tanding dalam pilihan raya kecil Batang Ai.
Presidennya, Edwin Dundang Bugak berkata dengan keputusan itu mereka akan membantu PKR dalam usaha menjadikan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu beralih tangan daripada Barisan Nasional (BN).
“Keputusan ini menunjukkan betapa serius kita bekerjasama dengan PKR kerana sebagai parti pembangkang kita berkongsi matlamat perjuangan yang sama.
“Meskipun Batang Ai satu ketika dahulu adalah milik SNAP, tetapi kita menyedari realiti politik sekarang,” katanya dalam sidang media selepas mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) di Ibu Pejabat SNAP di sini, semalam.
SNAP yang mempunyai kira-kira 60,000 ahli di seluruh Sarawak katanya, akan menyokong calon PKR.
“SNAP masih mempunyai pengikut di Lubok Antu dan dengan ini kita mahu mereka memberi sokongan kepada calon yang dipilih PKR,” katanya.
Meskipun calon PKR belum diumumkan, Edwin memberitahu calon daripada parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim itu pasti akan me-ngetengahkan individu ber-kaliber.
“Kita (SNAP) mempunyai calon yang sesuai tetapi PKR mempunyai calon yang lebih bagus,” katanya.
Beliau turut menafikan faktor kewangan merupakan penyebab SNAP tidak mempertaruhkan calon di Batang Ai.
Pilihan raya kecil Batang Ai diadakan berikutan kematian Datuk Dublin Unting Ingkot dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) pada 24 Februari lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pe-namaan calon pada 29 Mac ini, disusuli pengundian pada 7 April depan.
Setelah mendapat kelulusan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kelmarin, Malcolm Mussen Lamoh kini sah menjadi calon BN yang mungkin berhadapan dengan dua pencabar.
Selain PKR, seorang penerbit majalah Iban, Johnny Chuat, 38, menyuarakan hasrat untuk bertanding.
Jika benar, pilihan raya itu akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan Bebas.
Anwar sebagai Penasihat PKR dijangka mengumumkan calon mereka di sini pada hari ini.
Ditanya mengenai kemungkinan semua ahli SNAP akan menyertai PKR, Edwin berkata ia belum difikirkan setakat ini.
“Tidak perlu buat masa sekarang kerana kita masih ada ahli dan penyokong yang masih sayangkan parti.
“Lagipun SNAP dan PKR berjuang ke arah mencapai mat-lamat yang sama,” katanya.
Mengenai Ibu Pejabat SNAP di Jalan Rubber, beliau ber-kata ia masih kekal seperti dahulu.
Wujud kekeliruan apabila logo dan nama parti yang sebelum ini terpampang di dinding berhampiran pintu masuk pejabat ditanggalkan.
Setiausaha Agung SNAP Stanley Jugol yang menjelaskan lebih lanjut perkara itu, berkata:
“Tahun lepas kita menyewa-kan tingkat bawah kepada sebuah syarikat dengan tujuan untuk mendapatkan sedikit wang,” katanya.
No comments:
Post a Comment