Wednesday, March 25, 2009

PRK Batang Ai :Kemanakah Kita Melangkah????

"“ HU…..HA, TU MEH MAIA KITAI NGUBAH PENGIDUP KITAI !!!!”THE WAR CRY OF DAYAK BARU

Sekaranglah masa kita mengorak langkah ke arah DESTINASI YANG LEBIH BERFOKUS Kenyataan ini menjelma di dalam fikiran ekoran dari perkembangan politik yang telah membuka minda dan menjadi nafas sebagai penggerak ke arah PEMBAHARUAN.
Telah terlalu lama kita berjalan seiring dengan gerombolan Barisan Nasional. Perjalanan yang dijanjikan menuju ke arah kesejahteraan dan kemakmuran. Ya, kesejahteraan tanpa discriminasi yang dapat dinikmati bersama-sama hingga ke cucu cicit. Telah banyak pengalaman pahit yang telah kita tempuhi semasa di dalam perjalanan yang penuh harapan itu.Selama ini, kita sanggup berkorban demi mempertahankan maruah dan ideologi yang didukung oleh Barisan Nasional. PERSOALANNYA KINI IALAH ADAKAH KITA TELAH DIPIMPIN KE ARAH YANG BETUL??Adakah kita dididik untuk mengganggap diri kita sebagai seorang warga MALAYSIA ???Adakah kita memegang hak dan keisteimewaan yang setimpal sebagai rakyat Malaysia??? Adakah rakyat dapat apa yang sepatutnya mereka dapat sejak lebih kurang setengah abad bersama Barisan Nasional??? Adakah rakyat dilayan sama rata, tanpa mengira kaum, keturunan dan agama??? Tepuk dada, tanya selera.
Kini tibalah masanya kita memulakan pelayaran dengan sebuah kapal PAKATAN RAKYAT yang dikemudikan NAKHOTA DAN KELASI YANG LEBIH DINAMIK. Satu pelayaran yang masih jauh tetapi akan tetap sampai di daratan di mana kita boleh berpijak di bumi nyata; bukan sekadar mendengar pembohongan pucuk pimpinan BN yang sentiasa menegakkan benang yang basah dan memikirkan cara mempertahankan kebajikan mereka semata-mata.
Marilah kita bersama-sama mengubah haluan dan mencari daratan yang memberi kita peluang untuk mengubah nasib yang selama ini dibayangi oleh discriminasi.Inilah saat kita membina harapan baru dan merealiasasikan harapan tersebut demi kebaikan semua.Berdoalah kita ( tidak kira Muslim, Kristian, Hindu, Buddhist ) semoga harapan baru ini dikabulkan oleh Tuhan. Semoga kehidupan kita lebih sejahtera. Kehidupan yang lebih adil dan saksama. Kehidupan yang tak tertekan oleh isu-isu perkauman, rasuah, penyalahgunaan kuasa dan gejala-gejala yang menindas rakyat.
Kini tibalah masa kita mengecapi apa yang seharusnya milik kita. Milik kita yang selama ini telah disalahgunakan untuk kepentingan segelintir insan saja. Selagi kita seiringan dengan BARISAN NASIONAL, selagi itulah kita akan tetap mengecapi apa yang telah kita kecapi selama LIMA DEKAD yang lalu. Sekarang adalah waktu kita membuat pembaharuan.Belajarlah dari sejarah kehidupan kita selama berada bersama Barisan Nasional; Barisan Nasional yang berteraskan perkauman dan agama yang begitu EKSTREM. Selagi ideologi perkauman dan agama yang ekstrem ini masih kita sematkan di dalam sanubari dan minda kita, selagi itulah pergeseran berlaku. Pergeseran yang sememangnya di idam-idamkan oleh Barisan Nasional. Selagi amalan ini diteruskan, perpaduan yang padu tetap rapuh. Akibatnya ialah apa yang kita hadapi sekarang ini.
Selain faktor perkauman dan agama yang ekstrem, faktor lain yang mungkin menjadi penyumbang pada keretakan perpaduan dan kesejahteraan negara kita ialah kerana tempoh menjadi pemimpin yang terlalu lama dan pucuk kepimpinan diturunkan kepada keturunannya sendiri; zuriat yang tidak ada bakat kepimpinan untuk memimpin rakyat yang berbilang kaum dan agama seperti di Malaysia ini. Semakin lama seorang pemimpin memimpin, maka makin kuat cengkamannya. Seandainya dibiarkan, cengkamannya sukar untuk dileraikan. Ini telah terbukti bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara jiran kita. Pemimpin tersebut berselindung atas nama DEMOKRASI tetapi realitinya dia adalah seorang DIKTATOR. Oleh kerana berjaya menjadi diktator, maka senanglah pemimpin tersebut membolot harta berbillion dolar.Sesiapa yang berani bersuara akan dilenyapkan. Maka timbul lagi satu persoalan. Adakah pemimpin jenis ini yang kita inginkan???

AWAS !!!!! BAYANG-BAYANG PEMIMPIN JENIS INI SUDAH KELIHATAN DI DALAM ARENA POLITIK NEGARA KITA.ARAP KE PETARA ULIH NYUKUNG ULIH MANDONG KITAI NGELABAN ORANG TI NGEMERINSA KE BANSA KITAI.!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment