Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menang ketua Wanita Umno dengan majoriti besar apabila mengutip 507 undi berbanding penyandangnya Tan Sri Rafidah Aziz yang meraih 280 undi.Rafidah menerajui Wanita Umno sejak 1984, melainkan untuk satu penggal ekoran kekalahannya kepada Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman pada 1996. Ahli parlimen Kuala Kangsar memenangi semula jawatan itu daripada Siti Zaharah pada pemilihan 2000 sehingga dikalahkan hari ini.Shahrizat menewaskan Rafidah dengan majoriti 227 undi.Jumlah undi bagi jawatan ketua Pemuda menimbulkan debaran berpanjangan apabila ia diumumkan paling lewat malam ini.Persaingan sengit tiga penjuru akhirnya dimenangi oleh naib ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin dengan menewaskan Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.Menantu perdana menteri mendapat 304 undi, bekas menteri besar Selangor itu (254) dan anak mantan perdana menteri (232). Sementara naib ketua dikuasai oleh Datuk Razali Ibrahim dengan menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican, regu Khairy.Kemenangan Khairy ini, yang diberikan amaran berhubung kesalahan melanggar tataetika pertanding Umno, dibantah oleh sekumpulan kira-kira 200 penyokong Mukhriz. Berkumpul di tingkat bawah PWTC sejak keputusan rasmi diumumkan 11.20 malam ini, mereka melaungkan "Khairy rasuah" dan menyifatkan kemenangan ini bukan seperti dihasratkan oleh Umno.Sepasukan polis sedang mengawal mereka, yang kelihatan menghalang pihak berwajib dengan membentuk "rantaian manusia" daripada menyuraikan mereka.Jawatan ketua Puteri dipertandingkan enam penjuru antara Datuk Shahaniza Shamsuddin, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ismalina Ismail, Bibi Sharliza Mohd Khalid, Ida Rahayu Md Noor dan Saarah Ali Bashah.Rosnah dan Shahanim Mohamad Yusoff masing-masing terpilih ketua dan timbalan ketua Puteri Umno.Turut dipertandingkan, jawatan-jawatan exco, pengerusi tetap dan timbalan pengerusi tetap ketiga-tiga sayap berkenaan.Seramai 796 perwakilan Wanita, Pemuda (791 orang) dan Puteri (789 orang) membuang undi.Pengundian bermula kira-kira jam 11.45 pagi dan selesai kira-kira dua jam kemudiannyaBerdasarkan proses pengundian yang berjalan lancar pagi tadi, ramai yang beranggapan bahawa para perwakilan sudah tekad memilih calon masing-masing.Esok bermula pula persaingan sengit dua penjuru jawatan nombor dua Umno dan naib presiden (lapan calon) selepas majlis perasmian oleh presidennya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi jam 9 pagi.Menurut jadual, pengundian untuk menentukan nasib Tan Sri Muhyiddin Yassin atau Tan Sri Muhammad Muhd Taib akan bermula jam 11 pagi.Timbalan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak secara rasmi akan diumum sebagai pengganti Abdullah.Selain perebutan 25 kerusi sebagai anggota Majlis Tertinggi di kalangan 50 calon, turut dipertaruhkan adalah jawatan pengerusi tetap dan timbalannya.
No comments:
Post a Comment