"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...
"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."
"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."
"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...
"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."
"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."
Suara KeAdilan
P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu."Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini."Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.
Malaysiakini
PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April."Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib. "Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini. Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN. Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian. Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.
Malaysiakini
"Alaaaa... Dah tau BeritaHarian tuh lidah UMNO/BN..
Ini bukan nak kempen , percaya atau tidak, inilah nasyidnya.! Sebenarnya nasyid ada peranan besar dalam dakwah islam. sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik.ertinya muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya. Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat dari vokalnya bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyian rabbani dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9. Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh! Ada beberapa syur saya utk perkara ini.
1. Adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau
2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.
Saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb. kepada penasyid usahlah bimbang tentang muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna,disitulah kelainannya! Saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya. Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun rasa sudah terkesan. Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan khususnya dan abang nazrey yg telah meletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar maknanya. secara pribadi: saya sangat teringin nak dengar lagu “pemimpin sejati” dan “dunia baru islam” (album antara dua cinta-the zikr)diberi nafas baru tanpa pengubahsuaian senikatanya…kecuali yg ada nilai2 “abuya”,please…demi islam.thanks…
Kepada anda, nasyid judul apa dan siapa pennasyidnya yg anda minat?
TranungkiteOnline
(Khairy is said to be anti-Malay culture and is not seen as a leader who will inspire Malays to become nationalists Malays. In the opposition grouping, Khairy is seen as a hurdle to their own Malaysian Nationalistic agenda. That makes Khairy the person to watch and the young leader that may become the deciding factor in the future of the Umno) by Ali Cordoba http://wfol.tv/index.php
Jadi dah kalau macam tu, pakat-pakat keluarlah dari UMNO… Dan buat paar pengundi PRK Bukit Gantang,,, Ingat jangan UNDI UMNO… Short Cut ke Neraka..Dalam Islam ni hanya ada Dua sahaja… Neraka atau syurga.. Tepuk dada tanya Iman…….Mamposs UMNO
'Buku merah' Majlis Peguam - panduan berguna bagi seseorang yang tidak biasa ditahan polis atau buta undang-undang sewaktu berdepan dengan pihak berwajib itu. Edisi bahasa Inggeris risalah kecil panduan asas itu kini boleh diperolehi di laman web rasmi badan profesional itu, http://www.malaysianbar.org.my/
Risalah dua halaman 'Polis dan Hak Asas Anda' disediakan oleh satu jawatankuasa kecil Majlis Peguam yang dikenali Tindakan Anti Penyalahgunaan Kuasa Polis (Tangkap).
Dalam buku kecil itu terdapat panduan:
Seseorang berhak meminta kad pengenalan polis ketika ditahan. Jika anggota polis itu menunjukkan kad merah, anda boleh mengabaikan arahannya kerana dia sedang digantung tugas.
Anda juga berhak menelefon ahli keluarga, rakan atau peguam untuk menyampaikan maklumat mengenai penahanan seperti, masa, tempat dan sebab ditahan dan lokasi tahanan,
Anda mungkin ditahan selama 24 jam di balai polis atau dalam penjara untuk membantu siasatan.
Buku panduan itu menjelaskan juga cara-cara memberikan keterangan kepada polis bawah Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah, selain prosedur tahanan reman dan tatacara pemeriksaan badan. Ia juga memuatkan nombor telefon pejabat-pejabat Pusat Bantuan Guaman (LAC) badan profesional itu di seluruh Semenanjung.Kira-kira 100,000 salinan 'buku merah' telah dicetak untuk edaran kali pertama bulan lepas.Edisi bahasa Melayu buku merah akan diedarkan, termasuk di laman web, apabila ia siap disediakan.