Wednesday, October 27, 2010

Nazri kata 'tangan' kerajaan terbelenggu akibat kes correct.correct..correct...& PKFZ dan Asri kata 'tangan' hantu mana yang curi, tipu wang zakat

Ranking CPI rendah: "Tangan kita terbelenggu" – Nazri
FMT Wed, Oct 27, 2010

KUALA LUMPUR : Kerajaan tidak berupaya untuk memperbaiki persepsi rakyat berhubung dua kes berprofil tinggi yang mencemar imej negara seperti tercatat dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang didedahkan semalam.

Dua kes berprofil tinggi itu ialah skandal video V K Lingam dan Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nazri Abdul Aziz.

Bercakap di Dewan Rakyat hari ini, Nazri berkata, walaupun beliau kecewa dengan keadaan ini, di mana rating Malaysia jatuh dari 5.4 kepada 4.4, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk memperbaiki persepsi negatif orang awam terhadap SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

Menurut menteri undang-undang itu, dua kes tersebut adalah di luar kawalan kerajaan dan "kita tidak boleh berbuat apa-apa."

Semalam, Transparency International Malaysia (TI-M) mendedahkan kerajaan menunjukkan "kemajuan yang lembab" dalam menangani skandal PKFZ dan sikap berdiam diri Peguam Negara dalam isu pelantikan kehakiman yang didakwa dilakukan oleh V K Lingam.

"Saya bersetuju dengan (TI-M) tapi semua persepsi buruk tentang PKFZ, adalah di luar kawalan kami. Kes ini sudah berada dalam mahkamah dan saya yakin ini merupakan salah satu sebab persepsi negatif terhadap kami dan tidak ada apa-apa yang boleh kami lakukan," katanya.

Berhubung kes Lingam, beliau berkata perkara ini telah dibawa untuk pengetahuan Peguam Negara dan berada di luar kawalan kerajaan. Lagi pun, beliau berpendapat tiada sebab untuk mendakwa peguam tersohor itu.

Peguam Negara bertindak bebas

"Oleh kerana Peguam Negara bertindak secara bebas. Tapi sudah tentu, bagi pendapat saya, tidak ada kes untuk mendakwa Lingam.

Sebab, saya fikir perbualan tersebut tidak mempengaruhi pelantikan hakim-hakim tertentu.

"Dan tidak ada elemen rasuah kerana beliau bukan ditahan dengan wang. Jadi tidak ada bukti (untuk mendakwa beliau). Jadi apa boleh buat…….nasib Malaysialah," katanya.

Berdasarkan hal ini, Nazri menegaskan bahawa kerajaan tidak semestinya perlu campur tangan dalam sesetengah kes, hanya kerana untuk memperbaiki rating.

"Kita tidak boleh mendakwa seseorang dengan sewenang-wenangnya apabila tidak ada kesalahan yang dilakukan. Kita tidak boleh mendakwa Lingam dengan mudah, hanya untuk meninggikan dengan .1 atau .2 dalam mata rating.

"Kita tidak boleh berbuat apa-apa tentang PKFZ kerana kes ini berada dalam tangan kehakiman. Dan campur tangan dalam sistem kehakiman akan memburukkan lagi persepsi negatif terhadap kerajaan," terang beliau.

"Saya tidak buat hanya untuk meningkatkan rating itu. Saya tidak akan campur tangan dalam kes pendengaran PKFZ. Kes itu harus dibiar mengambil masanya kerana perbicaraan yang tergesa-gesa akan mengakibatkan keputusan yang tidak adil.

Nazri sokong tender terbuka

Sungguhpun "tangan kerajaan terbelenggu" dalam kedua-dua kes ini, Nazri masih menaruh harapan dengan menyatakan beliau akan menyokong sistem tender terbuka untuk pemberian kontrak-kontrak kerajaan, seperti yang disarankan oleh TI-M.

"Saya pasti akan menimbulkan perkara ini dalam mesyuarat kabinet atau melalui Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) supaya kita dapat melaksanakan tender terbuka dengan seberapa segera dan mana-mana projek rundingan terus hendaklah diberhentikan segera.

Beliau bagaimanapun, cepat mempertahankan Perdana Menteri Najib Tun Razak, yang baru-baru ini menyatakan bahawa tidak semua projek mega kerajaan boleh diberi menerusi tender terbuka.

"Sudah tentu PM mempunyai alasannya. Mungkin, kita hendak mempercepatkan projek itu tapi saya fikir kita perlu mengatasi masalah ini dengan membuat proses pembelian secara telus.

"Sebagai contoh, dengan menghebahkan kepada orang ramai mengenai sebab sebenar, amaun kontrak yang ditawarkan kepada orang yang mendapat kontrak itu, supaya rekod pencapaiannya dapat diakses orang ramai.

"Ini merupakan salah satu cara kita dapat mengatasi (rasuah)," tambah beliau.


Dr Asri : 'Hantu' mana curi wang zakat kita?
Mkini Okt 27, 10 3:13pm

Kongsi Ekoran laporan audit berhubung perbelanjaan dan pelupusan eset Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Isnin lalu didakwa 'mengesahkan' wujudnya perkara yang tidak kena dalam pengurusan harta dan kewangan badan-badan agama di negara.

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin (kiri) berkata, laporan Jabatan Audit Negara - antaranya menyatakan hasrat MAIWP melupuskan 70 penghawa dingin yang masih baik - memerlukan penjelasan dan jawapan sejauh mana ketepatannya.

"Ya, itu telah mengundang rasa tidak puas sesetengah pihak. Namun, kita terpaksa nyatakan.

"Apa tidaknya, berbilion wang zakat dan selainnya diperuntukkan untuk umat Islam, tetapi keadaan yang kita lihat terus menyayat hati, sehingga ada keluarga yang terpaksa hidup di bawah jambatan di KL seperti yang dilaporkan media baru-baru ini.

"Ke mana pergi segala peruntukan ini?" soal pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM) itu.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 yang dikeluarkan Isnin lalu, 70 unit penghawa dingin itu tiada disenaraikan dalam Laporan Lembaga Pemeriksa tetapi pengurusan MAIWP mencadangkannya untuk pelupusan.

Miskin terus merempat

Selain itu, semasa perpindahan ibu pejabat MAIWP pada Februari 2008, sebanyak 348 aset alih bernilai RM136,265 seperti kelengkapan pejabat, perabot dan penghawa dingin ditinggalkan.

Penemuan lain melibatkan kes pembelian barangan hampir RM80,000 yang tidak digunakan, kehilangan aset bernilai RM45,789 serta pembelian minyak yang meragukan dan melebihi kapasiti tangki.

Dalam satu kenyataan awal petang ini, Dr Mohd Asri berkata, pendedahan audit itu amat menghairankan kerana ketika ratusan juta ringgit wang zakat dipungut, si miskin terus menderita dan merempat.

"Hantu manakah yang mencuri atau menipu wang zakat kita, sehingga yang berhak tidak memperolehinya? Tangan-tangan siapakah gerangan? Jembalang di hutan, atau lebai berserban?

"Yang menggunakan nama syaitan, atau yang menggunakan nama Tuhan? Akhirnya wang umat Islam ketirisan dan kecurian," katanya dengan nada sinis.

Sehubungan itu, tokoh ulama yang terkenal dengan kelantangannya itu berkata, fungsi zakat perlu dimuhasabah semula sejauh mana kejujuran, kesungguhan dan ketelusan pengurusan zakat yang sepatutnya telah lama membangunkan umat Islam.

Ambil kesempatan asnaf amilin

"Apa yang berlaku di Wilayah Persekutuan adalah isu (yang) didedahkan. Kita tidak tahu bagaimana keadaan pengurusan kewangan umat Islam di negeri-negeri lain.

"Apa yang kita pasti laporan kemiskinan yang menyayat hati terus wujud di pelbagai negeri, sementara kemewahan PUZ (Pusat Urus Zakat) juga ternyata (berlaku) di pelbagai negeri.

"Adakah wujud kesungguhan untuk mereka membaiki keadaan umat Islam? Atau jangan sampai ada mereka yang mengambil kesempatan atas nama asnaf amilin (petugas zakat), sedang tugasan tidak setara mana, tapi habuan yang diambil berlebihan," kata Dr Mohd Asri.

Menurut beliau, kewujudan kes seperti itu mengikis keyakinan rakyat terhadap pengurusan atau integriti "institusi-institusi yang berjenama agama".

"Ia akan menyebabkan rakyat berfikir mereka tidak patut menyerahkan urusan agama kepada institusi-institusi ini yang sentiasa terdedah kepada pelbagai persoalan yang meragukan," katanya.

Sehubungan itu, Dr Mohd Asri berpendapat, perubah pemerintahan secara keseluruhan mungkin satu percubaan yang boleh dibuat dalam membaiki keadaan tersebut.

"Itu pun jika pasukan kerajaan baru mempunyai pemikiran yang bersih, jujur dan terbuka. Jika tidak, hal yang sama akan berulang," tambahnya lagi.

(Video) Sekitar Hari Penamaan Calon N.45 Galas 26 Oktober 2010



tvpas09

(Video) Dr. Zulkefli mampu kekalkan Galas



tvpas09

Belum habis berkabung, BN sudah buat Pesta Dangdut

SANDAKAN 27 Okt - Belum habis waktu berkabung mengingati kematian Ahli Parlimen Batu Sapi, mendiang Datuk Edmund Chong dari Parti Bersatu Sabah (PBS), Barisan Nasional sudah pun menganjurkan pesta dangdut di kawasan parlimen tersebut dakwa calon Pakatan Rakyat, Ansari Abdullah.

Beliau berkata nampaknya BN lebih mementingkan hiburan daripada menghormati pemimpin mereka yang baru sahaja meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Semalam saya lewat, orang Sabah bilang 'limpas' pesta rakyat di mana Tan Sri Muhyiddin berada di sana, saya nampak penari dangdut menari bergelek di atas pentas.

"Sepatutnya pemimpin-pemimpin BN berkabung kerana wakil mereka baru sahaja meninggal dunia tapi mereka berpesta semalam bawa penyanyi menari atas pentas.

"Saya tak tahu lah samada hiburan untuk pemimpin atau hiburan untuk rakyat tetapi tidak ada apa yang boleh menghiburkan rakyat Sandakan, rakyat Batu Sapi sehingga nasib dan badan mereka dibela," kritik Ansari pada sidang media selepas pengumuman calon oleh Suruhanjaya Pilihan Raya di Dewan Masyarakat Sandakan pagi semalam.

Ansari, 54, membidas kegagalan kerajaan memperjuangkan kebajikan rakyat Batu Sapi khususnya sejak 47 memerintah.

"Seperti semua sedia maklum pengundi Batu Sapi terdiri daripada 60 peratus Bumiputera-Muslim. Mereka adalah masyarakat terpinggir di tengah-tengah kota Sandakan.

"Saudara-sauadara boleh tengok sendiri keadaan yang dhaif di mana mereka tinggal, yang kedua kemudahan asas telah gagal diberikan dengan memuaskan oleh kerajaan Barisan Nasional selepas 47 tahun.

"Sandakan sehingga kini masih sering kali mengalami gangguan bekalan elektrik, gangguan bekalan air dan yang paling penting masalah keselamatan," jelas beliau.

Sambil merujuk kepada beberapa kawasan di dalam parlimen Batu Sapi, kerajaan BN katanya telah mengabaikan penyelenggaraan kemudahan rakyat sehingga terjejas sosio-ekonomi di kawasan tersebut.

"Kita tengok sebahagian daripada Bandar Ramai-Ramai ditinggalkan oleh pemilik asal kerana mereka merasa tidak terjamin dan majlis berkuasa tempatan juga tidak kemudahan-kemudahan yang ada seperti jalanraya, lampu dan sebagainya, dengan itu pembangunan sudah beralih ke Batu 4, Batu 7.

"Kawasan Tanah Merah sehingga Karamunting menjadi 'slum area' atau kawasan setinggan dan saya rasa prasarana yang paling teruk di Malaysia. Mereka ini tidak terbela selama 47 tahun yang diwakili oleh Barisan Nasional yang mana mungkin boleh mengkritik pemerintahan Barisan Nasional," ujar Ansari lagi.

Kata Ansari pilihan raya kecil Batu Sapi memberi peluang kepada rakyat untuk memilih wakil Pakatan Rakyat yang mampu membawa masalah dan suara hati masyarakat kepada di Parlimen.

"Pertandingan ini bukan antara calon, pertandingan ini antara kerajaan Barisan Nasional yang gagal membela rakyat dan pembangkang yang akan membela rakyat. Samada kita menang atau tidak hanya Allah dan rakyat menentukan," kata beliau.

Ditanya mengenai Parti Maju Sabah (Sapp) yang dianggap sebagai 'penganggu' Ansari menjelaskan sekiranya parti itu menang ia tetap akan menjadi wakil Bebas yang tidak diketahui pendiriannya samada menyokong BN atau Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata PRK Batu sapi merupakan tanda permulaan arus perubahan di Sabah.

"Kita rasa peluang kemenangan ada, kita mahu kerusi ini diwakili oleh Pakatan Rakyat sebagai pembangkang bukannya Sapp, merekalah yang menjadi perosak pertandingan di sini.

SK

UMNO takkan berubah! mainkan sensitiviti agama! dulu, kini dan selamanya!

Lawan PAS mainkan sentimen agama di Galas

GUA MUSANG, 27 Okt : Baru sehari penamaan calon Galas berlangsung dan hari ini, penduduk Gua Musang mula melihat lawan kepada PAS mula menyerang parti Islam itu dengan isu agama.

Padahal, baru semalam Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein memberikan amaran agar juru kempen pilihan raya ini tidak menggunakan isu agama dan kaum dalam kempen mereka.

Di bandar Gua Musang, orang ramai terkejut banner yang mempermainkan sentimen agama digantung oleh pihak tertentu untuk menjatuhkan lawan masing-masing yang terbukti ia termasuk dalam sentimen agama yang dihalang Hishamudin dari dipermainkan.

Banner itu yang mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".

Banner itu mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).

Komen PAS

Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud ketika dihubungi mengenai perkara ini berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.

Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.

"SPR telah membentuk Pasukan Pemantau Kempen Pilihan Raya (PPKPR) untuk mengawasi bahan dan kempen pilihan raya ini. Saya yakin, PPKPR akan bertindak segera menurunkan kempen sebegini," kata Nasir.

Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.

Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.

Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.

Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.

Komen DAP

Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

"Umno tidak pernah berubah," kata Tony Phua melalui twitternya.

Harakahdaily

(Video) Kerja kuat pastikan PAS menang



tvpas09

(Video) Tuduh khalwat : Nik Aziz setuju dibawa ke mahkamah



tvpas09

Pertahan Galas Kito!

Laman Web Rasmi Pilihanraya Kecil N.45 DUN Galas


Ku Li utamakan kempen sederhana hadapi saingan PAS di Galas

GUA MUSANG, 27 Okt — Veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang mengetuai jentera Barisan Nasional (BN) menafikan beliau tidak memperlihatkan peranan menonjol dalam menghadapi persaingan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang bermula semalam.

Pengundian akan berlangsung 4 November.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Gua Musang ini berkata, beliau mahu lebih mengutamakan “persaingan mesra” memandangkan keputusan pilihan raya kecil ini tidak akan membawa sebarang kesan ke atas kedudukan kerajaan negeri pimpinan PAS sekarang.

Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertemu pengundi Galas di salah sebuah restoran malam. — Gambar oleh Choo Choy May
“Saya merasakan kita perlu mengubah cara kita berkempen. Meskipun ini adalah pilihan raya yang sangat penting, tetapi bagi PAS mereka mempunyai majoriti yang secukupnya (di DUN), lebih dua pertiga. Ia bonus jika mereka menang,” kata Tengku Razaleigh ketika ditemui selepas mengadakan lawatan ke sebuah restoran di sini malam tadi.

“Bagi kami jika menang, ia tidak akan mengubah kedudukan dalam pentadbiran Kelantan.

“Bagaimanapun bagi saya adalah penting bagi semua wakil yang dipilih dalam bahagian ini berada di bawah lambang (BN) yang sama,” kata beliau merujuk kepada kedudukan kerusi DUN Galas di bawah PAS.

Dua lagi DUN terletak dalam penguasaan BN bersama kerusi Parlimen Gua Musang yang disandang Tengku Razaleigh sejak 1969.

“Ini persaingan mesra,” kata beliau yang mesra dikenali “Ku Li”.

Kerusi DUN Nenggiri dan Paloh dimenangi oleh BN dengan majoriti 2,090 dan 2,833 undi.

Pada 8 Mac 2008, Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PKR dan PAS menguasai 39 daripada 45 kerusi dan bakinya oleh BN.

Dalam pertemuan malam tadi, Tengku Razaleigh juga menolak cakap-cakap bahawa beliau mengambil “langkah ke belakang” dalam menerajui jentera kempen pilihan raya kecil di Galas sekarang.

Kata Tengku Razaleigh, bukan salah bagi beliau tidak mengiringi calon BN Abdul Aziz Yusoff ke pusat penamaan calon semalam.

“Saya tidak biasa ke pejabat daerah, di mana kertas penamaan calon difailkan. Kebanyakan kawan saya bersama calon ketika mengemukakan borang penamaan calon.

“Jadi lebih baik saya berada di luar bersama penyokong yang datang dari seluruh negara,” kata bekas naib presiden Umno ini.

Semalam, ketika proses penamaan calon beliau tidak mengiringi calon ke dalam kawasan penamaan calon, sebaliknya beliau bergaul di luar pusat tersebut.

Tengku Razaleigh juga yakin dengan Aziz kerana beliau sendiri seratus peratus menyokong beliau.

Aziz yang merupakan Setiausaha Umno Gua Musang berhadapan dengan saingan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang Dr Zulkefli Mohamad.

“Beliau (Aziz) dipilih oleh ahli jawatankuasa Umno bahagian, apabila nama dibincangkan beliau mendapat undi terbanyak. Jadi, nama dia dikemukakan kepada Datuk Seri Najib,” kata beliau.

Tengku Razaleigh dilantik sebagai pengarah jentera pilihan raya BN di sebalik cakap-cakap bahawa beliau akan menyokong PAS.

Bekas pengerusi Petronas ini menyokong tuntutan pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri oleh pusat.

PAS memfailkan kes di mahkamah 30 Ogos lalu.

Difahamkan beliau mendapat jaminan daripada pemimpin-pemimpin Umno bahawa tidak akan terlibat dalam kempen negatif dan memastikan ketidakhadiran Perkasa, pertubuhan bukan kerajaan pembela hak orang Melayu, dalam kempen pilihan raya kecil ini.

Tengku Razaleigh berkata, pemain-pemain utama pilihan raya kecil ini adalah ahli-ahli akar umbi Umno yang turun untuk mendapatkan sokongan pengundi di kesemua 13 daerah mengundi.

Tengku Razaleigh juga menambah, beliau tidak berminat untuk mengadakan perhimpunan-perhimpunan umum untuk mencari sokongan rakyat.

“Kami tidak mahu menggalakkan perhimpunan umum kerana ia akan menjejaskan aturan kerja di daerah-daerah mengundi. Kami mahu mengekalkan sumber manusia di daerah-daerah mengundi yang mereka ditugaskan,” kata beliau.

“Meskipun saya pengarah pilihan raya, saya juga seorang gurkha, yang akan bekerja di kawasan daerah mengundi,” katanya.

Berbanding pilihan raya-pilihan raya sebelum ini, kata beliau, kempen akan dijalankan secara bebas di daerah-daerah mengundi dan dikawal sepenuhnya oleh bahagian.

Kata Tengku Razaleigh, beliau telah menurunkan tugasan kepada pemimpin di peringkat daerah mengundi agar kuasa tidak bertumpu di peringkat bahagian.

“Ia seharusnya begini kerana kesemua aktiviti harus dijalankan di daerah mengundi dengan anggota, cawangan, dan setiap yang lain kekal di peringkat daerah (mengundi),” katanya.

“Yang lain boleh datang dan membantu termasuk saya. Sebagai contoh malam ini, saya datang untuk bertemu dengan pengundi, jika mereka tiada di sini, saya hanya akan minum kopi,” kata beliau.

Ketua Umno Gua Musang ini juga berkata, kunjungan menteri-menteri pusat juga akan diselaraskan supaya lebih efektif.

Meskipun kempennya lebih sederhana, Tengku Razaleigh kekal yakin dengan peluang BN untuk merampas kerusi Galas.

“Pekerja-pekerja berada dalam semangat yang tinggi, tidak seperti 2008. Ramai yang datang untuk memotivasikan orang kami,” kata beliau lagi.


TMI

alahai UMNO - dulu, kini dan selamanya!

Puteri Umno bergalak di Galas - Hari Penamaan Calon PRK N045 Dun Galas




UMNO-BN ‘kalah’ di Galas?

GUA MUSANG : Umno dan Barisan Nasional (BN) telah kalah di N045 Galas dari segi sokongan moralnya apabila jumlah para penyokongnya jauh lebih kecil berbanding dengan sokongan terhadap PAS pada hari penamaan calonnya.

Tinjauan Buletin Skuad di Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang mendapati ‘lautan manusia’ di pihak PAS berbanding dengan Umno-BN. (lihat foto)

Berikutan itu, berlaku sedikit ketegangan apabila calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad menghadapi kesukaran ke pusat penamaan calon kerana sekatan polis.

Polis kemudiannya menggunakan pembesar suara meminta orang ramai supaya memberi laluan kepada Dr Zulkefli.

Selitar jam 9.23 pagi, Dr Zulkefli Mohamad berjaya melepasi sekatan polis dan beliau diiringi oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Naib Presiden PKR, Azmin Ali, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi DAP Malaysia, Lim Kit Siang.

9.30 pagi, calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan bagi menyerahkan boring pencalonannya kepada pihak Pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Jam 9.44 pagi, kelihatan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim keluar dari kawasan VIP serta membuat ucapan ringkas dihadapan para penyokong Pakatan Rakyat.

Beliau menyarankan agar jenetera parti Pakatan Rakyat yang terdiri dari PAS, PKR dan DAP bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon PAS-PR pada 4 November ini.

Manakala, Pegawai Pengurus Pilihan Raya (SPR), Wan Mustafa Wan Abdul Hamid yang bertugas turut membuat pengumuman hanya dua calon yang telah mengemukakan borang pencalonan masing-masing dari PAS dan BN. Mereka adalah Dr Zulkifli Mohamad dari PAS dan Abdul Aziz Yusof (BN).

10.14 pagi, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membuat ucapan ringkas ‘membakar’ semangat dan disambut dengan laungan takbir oleh penyokong Pakatan Rakyat.

‘Pelik bin Ajaib’ terdapat di kalangan penyokong PR bukan Islam seperti orang Cina dan India turut melaungkan ‘takbir, takbir, takbir!!’ menang PAS.

Sementara itu, di sebelah penyokong Umno-BN pula membalas dengan paluan gendang, nyanyian
Arahan serta undang-undang SPR bahawa membuat ucapan politik dengan pembesar suara serta membawa peralatan muzik adalah antara perkara yang dilarang semasa penamaan calon.

Polis kemudiannya mengarahkan Khalid berhenti membuat ucapan kerana tempoh berkempen belum bermula. Beliau mematuhi arahan berkenaan, tetapi paluan gendang daripada penyokong Umno-BN dibiarkan terus bergema.

Situasi bahang matahari yang berterusan akhirnya menyaksikan penyokong Umno-BN mula keletihan dan paluan gendang BN juga mula lesu sebelum berhenti.

Manakala, para penyokong PAS-PR terus bersemangat dengan laungan takbir dan berselawat bagi menyatakan kekuatan parti.

Dianggarkan oleh pihak risikan, polis, SB, wartawan dan pakar politik jumlah penyokong PAS dan Pakatan Rakyat melebihi 20,000 orang berbanding dengan Umno-BN sekitar 2,000 hingga 3,000 orang sahaja.

Sebab itu, tepat jam 10.00 pagi kelihatan Ahli Parliem Gua Musang, yang juga Pengarah Pilihan Raya N.45 Galas, Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Ahmad Sabry Chik telah keluar dari kawasan Pusat Penamaan Calon tersebut.

Jam 11.00 pagi, pula kelihatan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia, Dato’ Seri Utama, Dr Rais Yatim pula keluar.

Zon penampan 180m yang didirikan bagi mengelakkan kedua-dua parti itu daripada bercampur berjaya mengurangkan ketegangan. I

Sekitar jam 12.00 tengahari, Wan Mustafa (Pengurus Pilihan Raya) mengumumkan nama kedua-dua calon iaitu Dr Zulkifli Mohamad (PAS-PR) dan Abdul Aziz Yusof (BN-Umno) layak bertanding.

Meskipun, terdapat satu bantahan namun ia ditolak oleh Wan Mustapha dan pengumuman itu disambut dengan sorakan bergemuruh para penyokong kedua-dua parti itu.


BO

Tuesday, October 26, 2010

Satu lawan satu di Galas, tiga penjuru di Batu Sapi

PETALING JAYA : Proses penamaan calon di kedua-dua tempat, Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah memakan masa sejam berakhir jam 10.00 pagi tadi.

Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Galas bakal menyaksikan satu lawan satu manakala pertandingan tiga penjuru di PRK parlimen Batu Sapi

Di Gua Musang, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof yang paling awal tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang.

Beliau tiba di pusat penamaan pada 9.05 pagi, diiringi oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.

Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden Ahmad Zaid Hamidi, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom, Ketua Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba jam 9.30 pagi, di iringi di antara lain, oleh Presiden parti Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Mahfuz Omar, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.

Para penyokong berkumpul di sepanjang jalan ke pusat penamaan calon seawal jam 7.30 pagi, membawa bendera dan sepanduk parti, untuk menyokong calon masing-masing.

Kedua-dua penyokong BN dan PAS dipisahkan oleh zon keselamatan 100 meter di luar pusat penamaan calon.

PRK Galas terpaksa di adakan semula berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat penyakit barah usus pada 27 September lalu.

Terdapat 11,553 pengundi berdaftar di Galas, meliputi 7,125 Melayu, 2,317 Cina, 185 India, 10 Siam dan 1,889 Orang Asli.

Pertandingan tiga penjuru

Sementara itu di Sandakan, proses penamaan calon untuk kawasan parlimen Batu Sapi juga bermula jam 9.00 pagi di Dewan Komuniti Sandakan.

Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai para penyokong BN ke tempat penamaan calon manakala PKR diketuai oleh Presiden Wan Azizah Wan Ismail.

Para penyokong parti pembangkang Sabah, Parti Progresif Sabah (SAPP) diketuai oleh presiden parti dan juga bekas ketua menteri Yong Teck Lee, yang juga merupakan calon pilihan raya kecil ini.

BN menamakan Linda Tsen Thau Lin, 54, balu mendiang ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong, sebagai calonnya manakala PKR memilih peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calonnya.

Cuaca di pusat penamaan calon adalah baik dengan para penyokong calon masing-masing berkumpul seawal terbitnya matahari dan tiba di pusat itu jam 8.30 pagi.

Sekumpulan anggota polis dikerahkan untuk mengawal trafik dan memastikan tidak berlaku insiden yang tidak diingini di sekitar jalan pantai yang sempit menuju ke pusat penamaan calon.

Kerusi parlimen Batu Sapi menjadi kosong berikutan kematian Edmund Chong, wakil rakyat dua penggal kawasan itu kerana terlibat dengan kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu.

Chong memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum (PRU) 2008 dengan majoriti 3,708 undi, menewaskan calon bebas Dr Chung Kong Wing. Chong mendapat 9,479 undi berbanding Dr Chung mendapat 5,771 undi. Beliau memenangi kerusi yang sama tanpa bertanding pada PRU 2004.

Batu Sapi mempunyai 25,582 pengundi berdaftar dan dari jumlah itu, seramai 24,047 pengundi biasa dan 1,535 pengundi pos.

Sejumlah 15,099 atau 59.02 peratus pengundi adalah Bumiputera Muslim, 689 Bumiputera bukan Muslim (2.7%), 9,737 Cina (38%) dan lain-lain (0.22%).

Hari mengundi di kedua-dua tempat, Galas dan Batu Sapi diadakan serentak, hari Khamis 4 November depan.


FMT

Galas dan Batu Sapi terima lima borang, tiada calon Bebas TERKINI@10:37:21 AM 26-10-2010

GUA MUSANG, 26 Okt — Pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas di Kelantan menyaksikan hanya dua orang — dari Barisan Nasional dan PAS mengemukakan borang penamaan calon pagi ini.

Kedua-dua mereka ialah calon BN Abdul Aziz Yusoff dan Dr Zulkefli Mohamad dari PAS, yang telah pun diumumkan sebelum ini.

Kini proses penamaan calon dibuka untuk bantahan. Ia akan berakhir 11 pagi.

Dalam pada itu, pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi juga tidak menyaksikan sebarang perubahan dengan hanya tiga orang memfailkan borang penamanaan calon di Dewan Komuniti Sandakan.

BN diwakili oleh Datin Linda Tsen Thau Lin manakala Parti Maju Sabah (SAPP) mencalonkan presidennya Datuk Yong Teck Lee dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula meletakkan peguam Ansari Abdullah.


MENYUSUL LAGI

Laporan langsung hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) N.45 Galas, Gua Musang


10.07 pagi: Rais Yatim setuju RTM bagi laluan 15 minit kepada pakatan rakyat dalam siaran mereka seperti diminta oleh Presiden PAS.

Dia berkata demikian sewaktu berkunjung ke khemah Pakatan dan berbual dengan presiden.

"Kita boleh bagi, asalkan program yang memberi kebaikan utk rakyat.

"In fact bagi tau masa dan program kat mana," katanya.

10.05 pagi: borang penamaan mula dipamer untuk bantahan.

Hanya dua borang diterima SPR iaitu dari PAS, Dr Zulkefli Mohamed dan BN, Ab Aziz yusoff.

Zulkefli dicadang oleh mohamed Noor awang Hamat dan disokong Abdullah Hussein.

Manakala Ab Aziz dicadang Mohd Azmi Mahnood dan disokong Chong Kam Siong.

10.02 pagi: SPR mengumukan masa penerimaan borang calon ditutup jam 10 pagi. Kini dibuka untuk bantahan sehingga jam 11 pagi.

9:45 pagi: Pengarah Pilihan Raya Kelantan, Datuk Abd Fatah Harun melahirkan kekesalan atas sekatan pasukan polis 100 meter sebelum sampai ke pintu pagar pusat penamaan.

Ianya ekoran dihalang sehingga berlaku kekecohan antara calon dan pemimpin parti dengan pihak polis sewaktu mahu menuju ke pintu masuk pusat penamaan.

"Kita bincang dengan SPR dan Polis sebelum ni lain, hari ni jadi lain.

"Dia hanya benarkan calon, pencadang dan penyokong sahaja, dia minta pengiring masuk kemudian.

"Mana boleh, kita bincang sebelum ni semua boleh masuk kecuali dalam dewan," katanya.

9.35 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad memasuki dewan penamaan calon.
Pimpinan utama pakatan rakyat berkumpul di bawah khemah khas yg disediakan SPR sementara menunggu selesai proses penyerahan borang pencalonan.

9.30 pagi: Calon PAS, Dr Zulkefli Mohamad dan pimpinan utama Pakatan Rakyat dilihat memasuki pintu pagar pusat penamaan.

9:25 pagi: Calon melepasi sekatan, sedikit pergelutan berlaku antara penyokong dengan pasukan keselamatan.

Pimpinan utama sedang berasak-asak masuk melepasi sekatan yang agak sempit.


9.20 pagi: Perarakan mula tiba di sekatan pasukan keselamatan kira-kira 100 meter dari pintu masuk penamaan.

Menunggu ketibaan calon.

9.05 pagi: Perarakan dimulakan. Pimpinan utama mengiringi calon menuju ke pusat penamaan diiringi laungan selawat dan takbir.

Antara pimpinan lain yang hadir adalah Datuk Mahfuz, YB Azmin Ali, Ronie Liu, Datuk Husam Musa, Datuk Taqiyuddin, Dr. Mariah Mahmood, Drs. Khalil Idham Lim dan Datuk Ngeh Ko Ham.
9.00 pagi: Tok Guru Nik Aziz menangis ketika membaca doa selepas selesai solat hajat diikuti laungan amin oleh para penyokong.

8.45 pagi: Lebih 5000 penyokong telah hadir dan berbaris sepanjang jalan bermula dari masjid menuju ke pusat penamaan di Pejabat Tanah dan Jajahan Gua Musang, kira-kira 700 meter dari masjid.

8.40 pagi: penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di Masjid

8.25 pagi: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz tiba di Masjid

8.20 pagi: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tiba di masjid.

8.15 pagi: Penyokong bukan Islam berkumpul di luar masjid menuggu solat hajat selesai.

8.00 pagi: Perhimpunan dimulakan dengan solat hajat di Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra.

6.10 pagi: Selesai solat Subuh. Jemaah kini sedang mendengar tazkirah disampaikan imam yang bertajuk kepentingan ulama'.

5.45 pagi: Penyokong beragama Islam mula memenuhi ruang solat. Di dakwa solat Subuh hari ini lebih ramai berbanding jemaah Solat Jumaat.

Turut kelihatan penyokong DAP, mula berkumpul sementara menanti yang lain selesai solat Subuh.

5.30 pagi: Masjid kehabisan air sehingga mereka yang mahu berwuduk dan ke tandas perlu menggunakan air mineral.

5.00 pagi: Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, bandar Gua Musang mula dipenuhi Penyokong Pakatan Rakyat.

Beberapa pimpinan PAS dari pelbagai peringkat khusunya dari luar Kelantan juga mula tiba.

Harakahdaily

Sunday, October 24, 2010

Batu Sapi : BN to field Linda Tsen, PKR banks on Ansari


UPDATED AT 6.31PM KOTA KINABALU : Linda Tsen Thau Lin, 54, a housewife and part-time music teacher will be the Barisan Nasional (BN) candidate for the Batu Sapi parliament by-election.

The widow of MP Edmund Chong Ket Wah is also the deputy wanita chief of the Elopura Parti Bersatu Sabah (PBS) division that was headed by her late husband who died in a road accident on Oct 9 causing the by-election.

Chief Minister Musa Aman described Tsen as a capable woman who would serve Batu Sapi well.

“It is now time for all BN component parties to work together to ensure victory,” he said today.

Her late husband was the PBS treasurer general and a two-term MP for Batu Sapi , parliamentary constituency with 25,582 voters with 1,535 being postal.

However FMT learnt that PBS supporters in Batu Sapi are reportedly unhappy with the late decision to drop a front-runner as a candidate in favour of Tsen.

State BN leaders had initially contemplated fielding former Sibuga assemblyman Thien Fui Yun in the parliamentary by-election but has since changed their minds at the last minute.

Tsen became the new hot favourite - and subsequently the BN's choice - after the state BN felt that a local face would be a better candidate. The fact that she was the widow of Edmund Chong, whose death in a road accident on Oct 9 caused the by-election, also played a factor in the decision to pick her.

Sources said PBS president Joseph Pairin Kitingan, who had been given the mandate to select the candidate for BN, had initially opted for Thien.

However, the announcement by the Sabah Progressive Party (SAPP) that its president and former Sabah chief minister Yong Teck Lee would contest for the seat in the Nov 4 parliamentary by-election, as well as pressure from his right hand man, deputy president Dr Maximus Ongkili, saw Pairin changing his mind, they said.

Thien, a PBS vice president and chief of PBS' Gum Gum division, a state constituency neighbouring Batu Sapi, was reportedly angered by the decision, said a source.

To quell any hint of rebellion, another source said, PBS deputy president for the Chinese quota, Dr Yee Moh Chai organised a dinner gathering for the party's Chinese members including Thien at a restaurant in Sandakan last night.

"Supposedly Yee explained to them the reason behind the party's leadership decision. Thien wants to know why,” said one of the sources.

Voters want local person

Political observers who have been monitoring PBS politics said Pairin has been known to change his mind at the eleventh hour and his decision should come as no surprise to Thien and his supporters.

In the 2008 general election he also shocked incumbent Jornah Mozihim whose name was already announced as a candidate by the state BN chairman a few days earlier, by replacing her with Sarapin Magana as PBS-BN candidate for Matunggong state seat.

Sources said that of Tsen (right) and Thien, Tsen seems to have the advantage with the BN going for sympathy vote to curb the in-roads SAPP, who are considered strong contenders following its call for autonomy for Sabah among others, have made since quitting the BN in 2008.

PBS leaders believe that SAPP's decision to field Yong is an indication that the party is “going for broke” in the election.

Sabah CM Musa, also the state BN chief, who announced Tsen's candidacy today, has been reported as saying that BN's candidate will be a local person who knows and understands the needs of Sandakan people.

“The people of Batu Sapi want a wakil rakyat from the same area who understands their problems better,” he said yesterday.

Ansari is PKR's pick

The Batu Sapi by-election is expected to see a three-cornered fight with PKR also joining in the fray. The peninsular-based party named seasoned politician-cum-lawyer Ansari Abdullah as its candidate today.

The announcement was made by PKR supremo Anwar Ibrahim in the presence of several Pakatan Rakyat leaders here.

Ansari, who is an Anwar loyalist, is Tuaran chief and a central leadership council member. He is also closely linked to deputy president aspirant Azmin Ali.

Sources told FMT that Anwar picked Ansari over others to take advantage of the large number of Muslim bumiputera voters at Batu Sapi.

“In any event Anwar is not keen to win this by-election. He thinks the general election is just around the corner and wants to gauge the support of the Muslims for the party,” said a source.

PKR is also believed to be upset with Yong for failing to step aside to allow for a straight fight between PKR and BN.

Going solely by popularity factor, many Batu Sapi voters believe Yong is the favourite to win this by-election.

There are 25,582 voters including 1,535 postal voters in Batu Sapi comprising 59% or 15,099 Muslim bumiputera, 38% or 9,737 Chinese, 2.69% or 689 non-Muslim bumiputera and 0.22% or 57 others.


PAS sees encouraging signs as BN picks Abdul Aziz

UPDATED AT 3.55PM GUA MUSANG : PAS has built up a strong momentum for the Galas state by-election here after its decision to announce its candidate three days earlier than Barisan Nasional.

The party has made its presence visible throughout the Gua Musang township while Barisan sits waiting for the go-ahead to deploy from its machinery director Tengku Razaleigh Hamzah.

Some 20,000 supporters and members roared in approval after the party's candidate Dr Zulkefli Mohamed was unveiled on Thursday night.

Party officials are now claiming that PAS has taken the initiative from Barisan although by and large, the constituency is traditionally, a stronghold of Razaleigh.

Although officially, state PAS strategist Wan Abdul Rahim Wan Abdullah rates PAS as the underdog in the contest, the party is confident of making inroads after encountering good indicators.

Some party officials are now saying that the Islamist party is leading by 25% based on its own random party sampling.

This is also because the Barisan machinery has yet to be fully activated except for its main operation centre in Bukit Cekati, the home of Razaleigh.

The number one encouraging sign was the warm response accorded to Mentri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat by the Chinese and orang asli communities, who form the second and third largest electoral voters other than Malays here.

The second indicator was that the Gua Musang Umno division seems to be riddled with infighting as its Wanita and Youth heads apparently do not get along with the Kelantan prince.

Sultan's support

Another sign was the willingness of the new Sultan of Kelantan, Sultan Muhammad Ke V Tuanku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra to officiate programmes at the PAS-managed state community plantation schemes (ladang rakyat).

On Friday, the state ruler performed prayers here before visiting a plantation's scheme, one of the key pillars of PAS growing influence in the constituency, which has a valley-like landscape and its size is bigger than Malacca.

PAS president Abdul Hadi Awang said the ability of the party to win Galas seat in the 2008 general election, was an indicator that after 20-years of governance, PAS is breaking into a stronghold of Razaleigh and Umno.

Wan Abdul Rahim said this by-election is also unique as it would be held in conjunction with the party's 20th anniversary celebration of its rule over Kelantan.

On Oct 20, 1990, PAS captured the east coast state on the platform of Angkatan Perpaduan Ummah coalition, whose members consisted of the now-defunct Semangat 46 and DAP.

Ironically, Semangat's president was none other than Razaleigh.

In view of this, Wan Abdul Rahim said the PAS campaigners would not be attacking Razaleigh personally during the by-election, preferring to remain focused on informing voters about PAS policies and achievements under the ulama leadership.

BN names Gua Musang division secretary

Meanwhile Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin, who is in Gua Musang today, announced that Gua Musang Umno division secretary Abdul Aziz Yusof, 49, will be BN's candidate for Galas.

Muhyiddin said that Abdul Aziz was a young and capable candidate who could wrest Galas back for BN. He has served at Kelantan Selatan Development Authority (Kesedar), a federal agency in this PAS-run state.

"As he (Abdul Aziz) will be contesting in the by-election for the Galas state constituency, he had already resigned from his post in Kesedar. He is a local man and he is still young," Muhyiddin said in his speech when announcing the BN candidate at the Gua Musang Umno building in Bukit Chekati, here.

BN's campaign is expected to pick up steam following the naming of its candidate today, said state opposition leader Md Alwi Che Ahmad.

Md Alwi also urged PAS not to misled the orang asli with false promises of resolving their land matters.

In another development, Kelantan state secretary Mohd Aiseri Alias announced that the Galas polling day will be a public holiday.

"The state government has agreed to declare Thursday, Nov 4, as a 'cuti peristiwa' (ocassional holiday) for the whole state in conjunction with the by-election," he said.
FMT

Pelancaran Jentera Pakatan Rakyat, Miri











Friday, October 22, 2010

Lagi puak umNgok bongok, biadab!

Demi Kuasa, Umno Kelantan Tergamak Hina Nik Aziz

Semalam sewaktu membahaskan ucapan Presiden UMNO, Timbalan Ketua UMNO Kok Lanas, Md Alwi Che Ahmad telah melempar fitnah kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan mendakwa bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan UMNO.
Berikut merupakan sebahagian dari fitnah yang dilemparkan kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz:
“Adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz? Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.”
Mungkin Md Alwi tidak tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz merupakan antara tokoh yang akrab dengan DYMM Sultan Kelantan yang baru iaitu Sultan Muhammad V.
Sumber dari dalam istana juga mengakui bahawa Sultan Muhammad V sering menimba ilmu dan banyak mendengar nasihat serta tunjuk ajar dari Tuan Guru Nik Aziz terutamanya dalam selok belok pentadbiran negeri Kelantan.
Siapakah Md Alwi yang begitu biadab mahu menghina guru kepada DYMM Sultan Muhammad V?

SK

'KEHILANGAN' anak Ketua Menteri Sarawak buka laluan satu lagi pilihanraya kecil?

KUALA LUMPUR 21 Okt - Desas desus bertiup kencang di negeri Bumi Kenyalang berhubung keberadaan anak Ketua Menteri, Sulaiman Abdul Rahman Taib yang tidak kelihatan dikhalayak ramai sejak bulan Ramadhan lalu.

Misteri 'kehilangannya' menimbulkan pelbagai spekulasi terutamanya dalam blog dan internet.

Antara berita angin yang tersebar luas di Sarawak ialah kemungkinan Sulailan akan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Kota Samarahan dan seterusnya membuka laluan kepada pilihan raya kecil, yang kedua di Sarawak selepas Sibu sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Malah laman web sarawakreport yang sentiasa mendedahkan mengenai kekayaan Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarga, kaum kerabat serta kroni mereka mendakwa Sulaiman kini mendapat rawatan di Kanada (ada yang mengatakan di Australia) bagi mengubati penyakit 'gaya hidup' dan keadaan kesihatan beliau dikatakan dari 'membimbangkan' hingga ke 'tenat'.

Bagaimana pun persoalan yang lebih penting ke mana Sulaiman pergi menghilang sehingga rakan Dewan Rakyat, Charles Santiago daripada Pakatan Rakyat mewakili DAP mengatakan beliau akan cuba mendapatkan jawapan Speaker Dewan Rakyat semasa sesi soal jawab nanti.

Beliau dikatakan tidak pernah sekali hadir pada persidangan Parlimen lalu lantas menimbulkan pertanyaan dikalangan anggota Dewan Rakyat yang lain.

Sulaiman adalah Ahli Parlimen Samarahan, memenangi kerusi tersebut pada Pilihan Raya Umum 2008 lalu dan terus dilantik oelh Perdana Menteri sebagai Timbalan Menteri Pelancongan.

Kritikan dalam media terhadap sikap beliau yang tidak menunjukkan minat di dalam tugas kementerian akhirnya membawa kepada perletakan jawatan Sulaiman pada Disember tahun lepas.

Alasan yang diberikan oleh ayahnya adalah kerana Sulaiman masih bersedih atas kematian ibunya, Puan Sri Laila Taib pada 29 April 2009.

Ketika dihubungi, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Sarawak, Baru Bian mendakwa Sulaiman telah tidak kelihatan di kawasan pengundinya sejak Jun 2009.

"Kami pun tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi kepada beliau. Apa yang kami dengar hanyalah khabar angin bahawa beliau sakit," kata Baru.

Setiausaha MPN Sarawak, Abang Zulkifli Abang Engkeh pula berkata penduduk di Kota Samarahan sudah mula meungut disebabkan ketiadaan wakil rakyat mereka sekurang-kurangnya sejal tujuh bulan lalu.

"Sesuatu perlu dilakukan. Tidak adil bagi rakyat yang memilih beliau tetapi tidak mendapat perkhidmatan darinya. Parlimen juga harus berbuat sesuatu," kata Abang Zulkifli.

SK

Nik Aziz yakin Dr Zul mampu pertahan kerja cemerlang di Galas

GUA MUSANG, 22 Okt — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Dr Zulkefli Mohamad dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri Galas kerana yakin mampu meneruskan kerja cemerlang wakil rakyatnya Allahyarham Che Hashim Sulaima.

Selain itu kata Menteri Besar, PAS memilih Dr Zulkefli sebagai calon terbaik kerana beliau dikenali ramai di kawasan Gua Musang dan pernah diuji dalam dua pilihan raya umum lalu.

“Inilah pemimpin yang PAS pilih sebagai calon kita bagi pilihan raya DUN Galas... beliau adalah Dr Zulkefli Mohamad,” kata beliau ketika mengumumkan bakal calon itu di Dataran Ilmu di sini menjelang tengah malam tadi.

Dr Dzulkefli (gambar), seorang pengamal perubatan, merupakan pemangku Yang Dipertua PAS Gua Musang.

Barisan Nasional akan mengumumkan nama calonnya Ahad ini.

Dr Zulkefli, 44, merupakan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Guchil, Mohamed Awang pada 1974 dan merupakan anak ketujuh daripada 10 beradik.

Beliau yang memperoleh ijazah perubatan dari Universiti Malaya memiliki klinik sendiri di Ciku 3 di sini.

Beliau pernah kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah ketika bertanding merebut kerusi Parlimen Gua Musang dalam pilihan raya umum 2008, dengan majoriti 4,394 undi.

Walaupun kalah kepada Tengku Razaleigh pada 2008, tetapi Dr Dzulkefli memperoleh undi terbanyak dari kawasan DUN Galas berbanding Ketua Umno Gua Musang.

Bahagian Parlimen Gua Musang mempunyai tiga kerusi DUN termasuk Galas salah satunya.

Kekalahan itu merupakan kali kedua beliau tewas kepada Tengku Razaleigh dalam pilihan raya umum bagi kerusi Parlimen Gua Musang.

Dr Zulkefli juga pernah bertanding kerusi Parlimen Gua Musang pada 2004.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan berikutan kematian penyandangnya Che Hashim daripada PAS, yang meninggal dunia akibat kanser usus pada 27 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, 11,553 pengundi layak untuk mengundi dalam pilihan raya kecil itu iaitu Melayu 7,125 orang atau 61.7 peratus, kaum Cina 2,317 atau 20.06 peratus, India 185, Bumiputera Siam 10 orang dan Orang Asli 1,889 orang.

Hadir sama pada majlis pengumuman calon semalam ialah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Timbalan Setiausaha Agung DAP, Datuk Ngeh Koo Ham.

TMI

Majlis pengisytiharan calon N45 Galas

Kemaskini 11.55 pm - Mursyidul Am PAS pada jam 11.53 telah mengisytiharkan calon PAS bagi PRK DUN Galas adalah Yang DiPertua PAS Kawasan Gua Musang, Dr Zulkifli Mohammad

Beliau pernah bertanding di peringkat parlimen pada tahun 2008 tetapi kalah kepada Tengku Rzaleigh.

Namun menurut post mortem yang di buat beliau mendapat undi majoriti diperingkat parlimen dalam DUN Galas sebanyak 317 undi


(Kemaskini 10.50pm Ucapan Anwar Ibrahim) Kemaskini 11.30pm Ucapan Tok Guru Haji Hadi) (Kemaskini 10.30 - Ucapan Dato' Ngeh Mewakili DAP) (Kemaskini 10.20pm - Ucapan Dr. Fadli Exco Kerajaan Kelantan) GUA MUSANG - Skuad Buletinonline akan menyiarkan siaran tertunda Majlis Pengistiharan Calon PAS yang akan bertanding dalam pilihanraya Kecil N45 Galas melalui Radio Buletinonline.

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat dijangka mengisytihar calon pada jam 11 malam

Ketika ini orang ramai sudah mengambil tempat masing-masing di kawasan lapang berhampiran masjid Gua Musang di mana ceramah sempena pengisytiharan calon diadakan.

Ketiga-tiga wakil dari parti-parti yang bermuafakat dalam Pakatan Rakyat dijangka berucap dalam masjlis pada malam ini.



BO