Thursday, April 2, 2009

Najib iringi Abdullah menghadap Agong

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok.
"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.
"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini.
Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.
Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.
Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.
"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.
"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya. "sign cepat lah woi.. tak sabar dah nih.."

Read more : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/1/mstar_berita/20090401180134&sec=mstar_berita

Mahathir Kembali

Tun Dr Mahathir Mohamad mengambil langkah luar dugaan apabila bersedia turun berkempen membantu calon BN Ismail Saffian, Ahad ini.Mantan perdana menteri dijadual menemui pengundi di Taman Kaya atau Taman Kota Jaya dalam DUN Changkat Jering.Bagaimanapun, menurut setiausaha bahagian Umno Bukit Gantang, pejabat bekas presiden Umno itu belum menetapkan masa kehadirannya."Ia (masa) akan diketahui dalam sedikit masa lagi," kata Jamail Idris.Dalam pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang, Ismail berdepan calon PAS Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan calon bebas, Kamarul Ramizu Idris. Kehadiran Dr Mahathir, yang ingin berhasrat kembali kepada Umno setelah meninggalkan parti itu Mei tahun lalu, nanti kali pertama dalam pilihanraya kecil selepas membantu anaknya Datuk Mukhriz di Jerlun dalam pilihanraya umum lalu.Ahli jawatankuasa Umno bahagian itu Mohamad Saadin Yusof mengalu-alukan kedatangan tokoh itu untuk turut berkempen dan percaya ia akan memberi semangat baru kepada penyokong Umno."Mereka (ahli Umno) yang sebelum ini tidak mengundi parti itu, akan mengundi BN semula."Sudah tentu kehadiran Dr Mahathir akan memberi kekuatan tambahan kepada BN," katanya.Sementara itu, PAS tidak bimbang dengan kedatangan Dr Mahathir membantu Ismail dengan alasan beliau tidak lagi berpengaruh luas, apatah lagi parti itu menikmati sokongan bukan Melayu.Ketua Pemuda PAS Perak, Norazli Musa berkata, pengaruh tokoh itu hanya di kalangan pengundi Melayu tetapi kecil sahaja."Mungkin sebahagian kecil pengundi Melayu yang boleh dipengaruhi oleh Dr Mahathir," katanya, ketika diminta mengulas rancangan membawa bekas presiden Umno itu membantu kempen. "Malah perdamaian Dr Mahathir dengan perdana menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) hanyalah lakonan sahaja." Menurutnya lagi, PAS hanya mahu mengekalkan kira-kira 50 peratus sokongan pengundi Melayu untuk menang dalam pilihanraya ini.Majoriti pengundi bukan Melayu umumnya, kata Norazli lagi, menyokong Mohammad Nizar."Dengan sokongan pengundi bukan Melayu ini, kedatangan Dr Mahathir tidak memberi kesan," katanya.

Malaysiakini

Polemik larangan tidak sentuh kes Altantuya, Sultan Perak


TAIPING: Polis memberi amaran! PAS pula mahu meneruskan isu berkaitan krisis politik Perak dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu bersama isu-isu menyentuh kepentingan awam.
Barisan Nasional (BN) menyatakan kesediaan mereka untuk akur dengan peraturan baru polis.
Syarat baru itu dikuatkuasakan sejak Isnin lalu.
Syarat baru itu dinyatakan sebagai perkara 3.5 dan 3.6.
Syarat 3,5 mengatakan bahawa penceramah tidak boleh menghasut serta mempersoal keputusan yang dibuat oleh Institusi Raja manakala syarat 3.6 pula berkata "tidak boleh sentuh isu Altantuya, isu perkauman dan isu keagamaan".
Dalam pada itu, syarat 3.7 pula berkata, "kehadiran orang ramai adalah tanggungjawab pihak penganjur untuk mengawal mereka, jika kehadiran melimpah hingga di luar kawasan permit yang dipohon, pihak polis akan mengambil tindakan".
Polis mengeluarkan permit berkempen di bawah Akta Polis dan berhak mengenakan syarat berkaitan tempoh kempen dan sebagainya.
Pilihan raya kecil kali ini melibatkan tiga bahagian iaitu Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Bagaimanapun tinjauan mStar Online mendapati parti-parti politik yang bertanding terus menggunakan kedua-dua isu berkenaan secara langsung dan tidak langsung ketika berkempen malam tadi.
Pada sidang media petang tadi, Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah berkata, "kalau langgar syarat (permit kempen), kita boleh ambil tindakan."
"Kalau langgar bermakna satu kesalahan berlaku... jadi, tindakan boleh diambil," kata beliau pada sidang media di Simpang dekat sini.
Sambil mengesahkan sehingga petang ini belum ada kes parti politik melanggar syarat baru yang dikenakan ke atas parti-parti bertanding pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang, pihaknya akan menyiasat jika ada pihak yang melanggar peraturan tersebut dan mencadangkan kepada pihak pendakwa raya jika mempunyai kes.

Read more : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/2/mstar_berita/20090401185603&sec=mstar_berita

Kesan gigitan Tian Chua pada lengan konstabel kuat - saksi

KUALA LUMPUR: Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur (HKL), Nurzilawati Ahmad memberitahu Mahkamah Majistret di sini hari ini bahawa gigitan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tian Chua pada lengan seorang konstabel boleh diibaratkan seperti gigitan pada sebatang tebu.
Nurzilawati, saksi pendakwaan kelapan dan terakhir itu berkata demikian beliau disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya Hanafiah Zakaria.
"Jika kita menggunakan contoh yang paling senang iaitu antara makan ayam KFC dengan gigit tebu, yang mana lebih menggunakan kekuatan?," tanya Hanafiah.
"Menggigit tebu lebih menggunakan kekuatan gigi," jelas Nurzilawati.
Tian Chua, 46, didakwa atas tuduhan menyebabkan kecederaan terhadap Konstabel Rosyaidi Anuar pada kira-kira pukul 10.45 pagi, 11 Disember 2007, di jalan masuk ke Bangunan Parlimen, Jalan Parlimen, di sini.
Tian Chua, Anggota Parlimen Batu, didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau keduaduanya jika sabit kesalahan.
Nurzilawati, 35, menjelaskan beliau telah merawat Rosyaidi pada pukul 11.53 pagi, 11 Dis, 2007 dan memberitahu kesan gigitan itu berukuran 4x4 sm tetapi lebamnya kurang jelas.
Katanya, dua faktor yang mungkin menyebabkan tiada kesan gigitan yang dapat dilihat ialah tempoh antara kejadian yang berlaku ketika itu dengan mangsa mendapat rawatan dan juga lengan mangsa dilapik dengan baju.
Sementara itu, pihak pendakwaan menutup kes selepas saksi terakhirnya itu selesai memberi keterangan hari ini.
Majistret Mohd Faizi Che Abu menetapkan 24 April ini untuk pihak pembelaan dan pendakwaan membuat penggulungan hujah masing-masing.
BERNAMA

Tuesday, March 31, 2009

Ezam Ceramah

"UMNO/BN.. tak belajar dari PRK Kuala Terengganu lepas ke? huhuhuu...

"Sapa nak dengar dia ni? Kecuali org dan kerabat yang sewaktu dengannya je.."

"Tahniah YAB Dato Sri Nizar.. PAS akan menang majoriti terbesar dalam sejarah.."

Pengundi Hantu Muncul Di Bukit Selambau


RIBUAN Hantu kini muncul di Bukit Selambau bagi membuat kacau dan menimbulkan huru hara kepada penduduk-penduduk di kawasan itu.
Hantu-hantu ini bukanlah hantu yang bertaring atau hantu yang tidak berkepala, tetapi pengundi-pengundi hantu yang dihantar oleh Barisan Nasional untuk menghalang proses demokrasi berlaku pada 7 April ini.
Menurut Timbalan Ketua Angkatan Muda KeADILan, Fariz Musa, dari keseluruhan 3,544 pengundi di sebuah Taman di Taman Bandar Baru, Sungai petani, seramai 2,215 atau 63 peratus dari jumlah penduduk di kawasan itu dikesan sebagai pengundi hantu dan pengundi ragu.
“Sebagai contoh, di sebuah rumah bernombor 3 di Taman Bandar Baru, terdapat sehingga 60 orang menetap dalam rumah tersebut. Yang menimbulkan persoalan ialah bukan hanya jumlah yang ramai tinggal dalam sebuah rumah tetapi ada kaum dari melayu, cina dan India menghuni rumah yang sama,” katanya dalam sidang media di Bilik Gerakan AMK di Sungai Lalang tengahari tadi.
Turut hadir dalam sidang media itu ialah calon pilihanraya kecil BUkit Selambau, S. Manikumar dan Exco Kerajaan Negeri Selangor, Xavier Jeyakumar..
Menurut Fariz, pengundi hantu tersebut berjaya dikesan menerusi Sistem Pilihanraya (Sismep) yang dikendalikan oleh KeADILan dan sehingga kini sebanyak 67 buah rumah di kawasan taman perumahan tersebut dikenalpasti terdapat pengundi hantu.
“Berdasarkan kad Pengenalan mereka, terdapat kod-kod yang bukan dari negeri Kedah seperti 04, 06, 07, 08 dan sebagainya,”katanya.
Kata Fariz, AMK kini sedang mengenal pasti beberapa lagi Taman perumahan yang dipercayai wujud pengundi hantu dan akan mengambil tindakan untuk pergi ke rumah-rumah tersebut bagi membuat pengesahan.
“Ini baru satu lokaliti yang berjaya dikesan, bermakna terdapat banyak lagi kawasan perumahan yang masih dalam kajian. Kita akan kenalpasti dan berikan perhatian serius kepada isu ini supaya pada 7 April nanti, pengundi yang keluar mengundi ialah mereka yang betul-betul ‘genuine’,”katanya.
Jesteru itu beliau mendesak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) supaya mengambil tindaan segera dan membersihkan senarai pengundi hantu yang terdapat di kawasan tersebut supaya proses demokrasi dalam pilihanraya kecil ini berjalan dengan lancar.
“Kita minta SPR ambil tindakan yang drastik untuk membersihkan daftar pengundi dan yang paling penting ialah kita mahukan ketelusan dan biarkan pengundi Bukit Selambau untuk membuat keputusan siapakah calon yang layak untuk mewakili mereka,” ujarnya.
Menurut beliau lagi, AMK akan membuat memorandum bantahan kepada SPR dan kali ini akan lebih serius serta bersedia berhadapan dengan apa sahaja risiko.
Ketika ditanya mengenai dakwaan Wanita Umno semalam yang mendakwa 5,000 senarai pemilih hilang dari daftar pemilih SPR, beliau berkata ia merupakan satu propaganda dari Umno dan BN untuk mengelirukan rakyat.
“Kita telah kesan dalam sebuah rumah melalui sismep, terdapat 21 orang yang merupakan ahli-ahli Umno, ini bermakna ini bukanlah kerja dari Pakatan Rakyat.
Dakwaan itu jelas satu propaganda yang dibuat oleh wanita Umno kernana mereka sebenranya lebih mahir dalam memalsukan daftar pemilih,” ujarnya.

Suara KeAdilan

Dilarang sentuh Altantuya di Bkt Gantang

Polis melarang penceramah PKR di Bukit Gantang mengulas isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang sering dikaitkan dengan kes kenalan dekat timbalan perdana menteri, Abdul Razak Abdullah Baginda. Sewaktu pembantu ADUN Sepetang, Tai Sing Ng ke balai polis Taiping semalam, beliau diberikan senarai larangan tambahan tersebut bagi menghadapi pilihanraya kecil parlimen itu yang sedang berlangsung. Dihubungi Malaysiakini, Lau Teck Hai apabila beliau bertanyakan arahan tersebut kepada seorang pegawai berpangkat ASP, "beliau hanya tersenyum".

Dalam arahan yang sama, polis juga melarang penceramah "mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh institusi raja."Larangan ini dipercayai bagi menghalang Pakatan Rakyat menjelaskan krisis perlembagaan dan peralihan kuasa Perak antara pembangkang dengan BN sejak Februari lalu. Pilihanraya kecil ini dianggap "pungutan suara" terhadap Datuk Seri Najib Razak, yang terlibat dalam rampasan kerajaan negeri itu, dalam menteri besar gabungan pembangkang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, kini sebagai calon PAS.

Malaysiakini

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu


Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.
Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai "antara orang paling cerdik."
"Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau... beliau mengatakan nama Najib... dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.
"Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno)," kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.
Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.
Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.
Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.
Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.
Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.
"Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.
"Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.
"Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden," katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.
Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya.
"Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?" katanya.
Ezam berkata, pemimpin-pemimpin Umno yang baru sahaja dipilih menerajui parti pada pemilihan Khamis lalu adalah pasukan terbaik yang pernah ditampilkan Umno dalam masa 10 tahun ini.
"Sebab itu, saya minta orang Melayu beri peluang kepada Umno untuk lakukan perubahan melalui pimpinan baru ini.
"Saya tidak kata Umno parti yang sempurna tetapi kekuatan Umno adalah kerana ia nampak kelemahan dan segera lakukan perubahan," katanya.
Ezam berkata, hal itu berbeza dengan PKR hanya akan menutup sebarang masalah yang dihadapi mereka dan ini terbukti melalui negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat yang sering menghadapi dan melalui peletakan jawatan dua pemimpin parti itu tanpa sebab yang jelas iaitu V Arumugam sebagai sebagai ADUN Bukit Selambau dan Exco Kerajaan Negeri Kedah dan Mohammad Fairus Khairuddin sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1 dan Exco negeri.
"Selain itu, PKR kini bukanlah seperti yang mula-mula ditubuhkan dahulu di mana saya adalah antara pengasasnya.
"Dulu PKR juga adalah untuk berbilang kaum tetapi tunggaknya adalah Melayu.
"Setiap parti itu perlu ada tunggak supaya asasnya itu tidak menyimpang tetapi kini, semata-mata untuk mendapat undi masyarakat Cina dan India, Anwar sanggup memadamkan tunggak itu.
"Ia bukan kerana beliau sayangkan kaum Cina dan India, tetapi semata-mata hanya untuk kepentingan mendapatkan undi," katanya.
Disebabkan beliau muncul memberi ceramah setiap kali pilihan raya kecil, Ezam memberitahu, beliau didakwa oleh PKR sebagai seorang yang diperalatkan Umno.
"Saya nak beritahu, jika saya dianggap begitu kerana membela bangsa, agama dan negara saya, saya rela diperalatkan," katanya.
Beliau turut menyatakan kesediannya untuk berdebat dengan Anwar bagi menangkis tuduhan itu serta mengupas pelbagai permasalahan politik yang berlaku dalam negara pada masa ini.
"Saya sedia berdebat tetapi hanya dengan Anwar... bukan dengan pemimpin lain," katanya.

mStarOnline

"Ezam.. kau kaki bodek.. bodek najib nak susun kabinet.. kempen lah kau kat 2 Bukit.. alamat kalah teruk calon BN kau tu.. ingat PRK Kuala Terengganu lepas.. kau kempen sana ceramah sambil bergegar gegar tangan.. at last 50-80 je yg khusyuk tengok kau.. tu pun yg kena sponsor pegi tengok.. Kau memang rela diperalat.. hidup kau hanya untuk diperalatkan.. aih.. nak berdebat lah plak.. aku suggest kau masuk 2 tangan kau dalam poket dan jgn macam shaberry.. bebuih mulut.. sudah"

REFORMASI - Batang Ai

7000 Topeng Altantuya Cari Pembunuhnya

Batang Ai: Tanah adat dirampas untuk kroni BN

LUBOK ANTU, Sarawak : Isu tanah adat menjadi agenda utama dalam kempen calon KeADILan di pilihnraya kecil N29 Batang Ai, Jawah Gerang bagi menentang calon Barisan Nasional Malcolm Mussen .
Tanah adat telah menjadi isu utama apabila Kerajaan Barisan Nasional telah merampas tanah hak kepunyaan individu dan memperdayakan mereka dengan alasan Kerajaan BN mahukan tanah berkenan untuk pembangunan dan tidak perlu di beri sebarang pampasan kepada tuan tanah.
Menurut Ketua Angkatan Muda KeADILan (AMK) Sarawak Rahmat Aidil Latif, rampasan tanah yang berleluasa dengan sewenang-wenangnya oleh pegawai kerajaan BN telah memaksa orang-orang Iban di pendalaman untuk menyerahkan tanah berkenaan kepada kerajaan atas alasan pembangunan.
“Namun apa yang terjadi sebenarnya adalah tanah berkenaan telah diagihkan kepada kroni-kroni BN untuk tanaman kelapa sawit dan sebagainya,” kata Rahmat.
“Ada rumah panjang telah dirobohkan dan penghuninya di halau begitu sahaja tanpa sebarang pampasan sehingga ada yang menyatakan bahawa kehidupan pendatang haram lebih baik di Sarawak berbanding dengan kaum Iban yang asalnya dari sini,” tambah beliau.
Rahmat berkata, kemarahan kaum Iban disini amat jelas kerana penindasan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dengan menafikan hak tanah adat yang selama ini dipertahankan dari satu generasi ke satu generasi oleh kaum Iban ini.
“Mereka tinggal jauh di pendalaman, segala kemudahan asas seperi jalan raya, bekalan air bersih dan letrik jauh sekali untuk dinikmati walaupun tapak projek mega hidro-letrik tidak jauh dari sini,” jelas Rahmat.
“Jawah dilihat sebagai pejuang kaum Iban kerana berasal diri Lubok Antu dan pernah menjadi Adun selama lima tahun. Beliau begita popular di kalangan rakyat Lubok Antu berbanding Mossen yang jarang sekali pulang ke Lubok Antu,” kata Rahmat.
Suara KeAdilan

Monday, March 30, 2009

Saya jumpa daging lembu dalam sambal ayam...


P Uthayakumar membuat laporan polis terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamid Albar kerana didakwa tidak menghiraukan sensitiviti penganut Hindu apabila daging lembu didakwa disaji di Kem Kamunting, tempat pemimpin Hindraf itu ditahan.Dalam laporan yang dibuat Rabu lalu, beliau menuduh Syed Hamid berbohong apabila berkata pemimpin Hindraf, yang beragama Hindu, yang ditahan di situ, tidak disajikan makanan mengandungi daging lembu yang dilarang oleh agama mereka.Syed Hamid membuat kenyataan tersebut sebagai menafikan dakwaan Uthayakumar bahawa pihak berkuasa kem tersebut menghina agama Hindu apabila menyajikan makanan yang mengandungi daging lembu.Uthayakumar mendakwa, beliau menemui "beberapa ketul daging lembu" dalam sambal ayam yang disajikan sewaktu makan tengahari pada 22 Mac lalu."Saya telah disajikan sambal ayam dengan nasi. Saya (nampak) apa yang kelihatan seperti ketul daging lembu dalam sambal ayam tersebut," katanya dalam laporan tersebut. Salinannya diperolehi Malaysiakini."Bila saya bertanya kepada tahanan lain, mereka mengesahkan sambal daging lembu dan daging ayam dimasak dalam bekas yang sama," katanya sambil mendakwa ayam tersebut diasing dan diletakkan dalam pinggan dan disajikan kepadanya.Beliau juga mendakwa, pihak berkuasa belum lagi menyajikan makanan yang bersesuaian dengan penyakit kencing manis, walaupun mengetahui beliau menghidap penyakit tersebut.

Malaysiakini

Perutusan Khas Calon PAS Bukit Gantang P.59 YAB Mohd. Nizar



PAS: Imam serah mikrofon kepada Nizar, bukan rampas

PAS mendakwa imam masjid Simpang, dekat Taiping, menyerahkan mikrofon kepada Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin, menolak dakwaan menteri besar Pakatan Rakyat itu cuba merampas majlis solat hajat dan tahlil BN semalam. Pengarah pilihanraya parti itu Datuk Mustafa Ali menambah, Mohamad Nizar yang juga calon PAS dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang yang sedang berlangsung sehingga 7 April."Apa yang berlaku ialah Nizar tak rampas majlis BN, beliau cuma beri tazkirah mengenai ayat al-Quran yang dibacakan ketika mengimamkan solat Maghrib. "Jika BN dakwa Nizar dan PAS guna masjid, bermakna Umno dan BN sebenarnya terlebih dulu guna masjid untuk kempen mereka," Mustafa dipetik berkata pada sidang akhbar di Markas PAS Kampung Air Kuning pagi ini. Beliau mengulas kenyataan menteri besar BN Perak mendakwa Nizar merampas mikrofon dari imam untuk memberi ceramah sedangkan ketika itu sepatutnya untuk majlis anjuran BN. Datuk Dr Mohd Zambry Abdul Kadir berkata Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid itu dan terus mengimamkan solat Maghrib. "Bagaimanapun, dia kemudian bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak," katanya, seperti laporan laman web Berita Harian. Zambry berkata kejadian turut disaksi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin.Mohamad Nizar berdepan dengan calon BN Ismail Safian dan calon bebas Kamarul Ramizu Idris.

Malaysiakini

"Alaaaa... Dah tau BeritaHarian tuh lidah UMNO/BN..

KJ di Kem PAS Bukit Gantang

Nizar: "Saya tak rampas kuasa di masjid"

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menegaskan, beliau "tidak merampas" kuasa ketika majlis membaca Yassin dan solat berhajat di Masjid Simpang di sini anjuran Barisan Nasional (BN) malam tadi.
Sebaliknya, kata Nizar, beliau telah diundang oleh imam Masjid Simpang untuk berucap menjelaskan ayat-ayat yang dibacakan semasa mengimamkan solat Maghrib.
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," kata beliau kepada mStar Online ketika ditemui di Markas PAS Bukit Gantang pagi tadi.
Kata Nizar, apabila beliau meminta mikrofon untuk menyampaikan ucapan tafsiran ada pihak yang membantah dengan alasan ia bukan tempat untuk berpolitik.
"Bagi mengelakkan suasana kecoh, saya memutuskan untuk tidak meneruskannya dan kemudian meninggalkan masjid... apa terjadi selepas itu saya tidak tahu," katanya.
Nizar mengakui bahawa beliau sejak awal, ketika memasuki masjid, telah dimaklumkan tentang kehadiran pemimpin Umno termasuk Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin YassinPresidennya,
Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya Pusat PAS, Datuk Mustafa Ali pula berkata, pihaknya sudah mengambil pendirian untuk tidak menggunakan masjid sebagai tempat kempen politik.
"PAS hanya akan menggunakan masjid untuk tujuan agama," kata beliau pada sidang media pagi ini.
Malam tadi, Nizar 'bertembung' dengan rombongan BN di Masjid Simpang, sekali gus - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman). "Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
The StarOnline

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang

TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.
Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.
Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.
Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.
"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).
"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.
Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.
Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.
Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.
Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.
The StarOnline

Cina Masuk Islam Kerana Dengar Lagu Nasyid Malayu Ini!

Ini bukan nak kempen , percaya atau tidak, inilah nasyidnya.! Sebenarnya nasyid ada peranan besar dalam dakwah islam. sudah lama saya perhatikan dan memang saya meminati semua nasyid.tetapi terdapat beberapa ketempangan yg perlu diperbetulkan segera yakni terdapat banyak nasyid yg tenggelam dalam muzik.ertinya muzik lebih kuat dari vokalnya. Saya rasa ini telah jauh menyimpang dari definasi nasyid sebenarnya. Syor saya ialah sesuatu nasyid itu mestilah muziknya lebih perlahan daripada vokalnya. Ini penting kerana pendengar nasyid mahu mendengar nasihat dari vokalnya bukannya muziknya. Contohnya ialah lagu “pergi tak kembali” nyanyian rabbani dan satu lagi ialah “menanti di barzakh” yg telah beberapa kali menduduki singgahsana pertama dalam carta nasyid tv9. Kedua2 contoh nasyid itu, senikata amat baik dan menginsafkan, menusuk kalbu tetapi sayangnya diganggu oleh muzik yg kuat hingga “tenggelam” senikatanya yg menyengat itu.banyak lagi nasyid yg senikata nya amat baik tetapi telah dikelabui oleh muzik,sayang sungguh! Ada beberapa syur saya utk perkara ini.

1. Adjustkan supaya muzik tidak lebih kuat drpd vokal atau

2. Hadkan kepada 1 atau 2 alat sahaja dibenarkan dlm sesuatu nasyid.

Saya rasa satu persefahaman bersama perlu dilakukan oleh satu persatuan nasyid atau konsortium supaya lagu2 yg mematuhi perkara 1 dan 2 sahaja digelar nasyid dan boleh memiliki beberapa keistimewaan seperti menyertai carta nasyid tv9 atau anugerah nashid dsb. kepada penasyid usahlah bimbang tentang muzik kerana kekuatan vokal anda yg merdu itu sudah menjadi satu eset yg amat berguna,disitulah kelainannya! Saya rasa jika didendangkan dengan sedikit muzik latar atau tidak ada langsung adalah lebih komersial serta menjimatkan dari segi kos penerbitannya. Saya sebagai peminat nasyid teringin sangat nak dengar nasyid tanpa muzik sebagaimana arqam rakamkan masa 1980-an dulu (pun jadilah). Nasyid seperti wahai pemuda pemudi islam, masyarakat islam… itu pun rasa sudah terkesan. Kepada abng nazri dan lain2 penasyid, teruskan dakwah melalui nasyid.tahniah kepada raihan khususnya dan abang nazrey yg telah meletakkan nasyid malaysia ke pesada dunia. Kerja itu sungguh besar maknanya. secara pribadi: saya sangat teringin nak dengar lagu “pemimpin sejati” dan “dunia baru islam” (album antara dua cinta-the zikr)diberi nafas baru tanpa pengubahsuaian senikatanya…kecuali yg ada nilai2 “abuya”,please…demi islam.thanks…

Kepada anda, nasyid judul apa dan siapa pennasyidnya yg anda minat?

TranungkiteOnline

Nomination Day Batang Ai

Samy Vellu Kena Maki Hamun -Nomination Dun Bukit Selambau