Tuesday, May 25, 2010
Friday, May 21, 2010
bila pemimpin Islam dibelenggu budaya barat..
tiup lilin kek .. hari ulang tahun kelahiran taiyeb ini adat orang barat yg telah dianuti oleh masyarakat kita sejak zaman dijajah oleh British lagi. akhirnya adat ini menjadi sebahagian daripada kehidupan golongan ini yg terus dijajah pemikirannyaterimalah hakikat.. BN pengecut.. balas dendam kalah di Sibu..
Mei 20, 10 7:52pm
ADUN Pandungan dari PKR Dominique Ng - yang digantung dari menghadiri sidang DUN kelmarin - hari ini menggunakan bot untuk mengikuti perbahasan dalam sidang DUN.
Beliau berbuat demikian setelah dihalang oleh polis dalam satu sekatan jalan raya dalam hujan lebat kira-kira jam 9 pagi tadi, satu kilometer dari bangunan DUN.Sehubungan itu, beliau menggunakan bot Penambang untuk menyeberangi Sungai Sarawak tetapi kecewa lagi apabila mendapati pintu masuk ke bangunan itu berkunci.
"Saya mahu mengikuti perbahasan dari galeri awam sekalipun saya digantung selama setahun. Bagaimanapun, semua ini mengarut apabila polis membuat sekatan jalan raya bagi menyekat kami untuk memasuki bangunan itu kira-kira satu kilometer.
"Mereka tidak menahan saya kerana mereka adalah polis bantuan tetapi saya disekat dan basah kuyup dalam keadaan hujan yang lebat," katanya.
Selain Dominique Ng, seorang lagi rakan Pakatan Rakyat yang digantung Selasa lalu adalah Chong Jen Jien (DAP-Bandar Kuching).
Semalam ADUN Maradong Ting Tze Fui (kanan) juga dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan, dewan Undangan Negeri Sarawak berhubung satu kenyataan yang dibuatnya November lalu.Ting akan dihadapkan ke jawatankuasa itu Jumaat ini berikutan usul yang diluluskan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Wong Soon Koh pada persidangan DUN hari ini.
Ting berkata dia diheret ke jawatankuasa itu kerana menuduh kerajaan Sarawak menyalah-gunakan dana negeri ketika perdebatan mengenai bajet negeri pada November lalu.
[Baca berita penuh]
Gambar-gambar istimewa TGNA
ehsan : TINTA HIJAU DARI KAKI BUKIT
Thursday, May 20, 2010
Himpunan Besar Bantah Lesen Judi
KUALA LUMPUR, 19 Mei : Bagi menjayakan himpunan membantah lesen judi 21 Mei ini, Dewan Pemuda PAS negeri disaran mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).Ketua DPP Pusat, Nasruddin Hassan memberitahu demikian dalam satu arahan melalui sistem pesanan ringkasnya hari ini.
"Pemuda setiap negeri dikehendaki mengadakan himpunan aman pada Jumaat, 21 Mei ini selepas solat Jumaat.
"Bagi menjayakan himpunan itu, DPP negeri disarankan mendapatkan penyertaan daripada Pemuda Pakatan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)," katanya.
Beliau juga menyeru seluruh pemuda PAS agar mewujudkan gelombang untuk menentang kemungkaran.
Pada 3 Julai depan pula, DPP Pusat akan mengadakan himpunan besar-besaran di ibu negara bagi menyerahkan satu memorandum bantahan berhubung perkara ini kepada Yang di-Pertuan Agong di istana negara.
Kerajaan awal bulan ini meluluskan lesen judi bolasepak Piala Dunia kepada Kumpulan Berjaya yang dimiliki Tan Sri Vincent Tan.
Ekoran itu, ianya mendapat bantahan daripada pelbagai pihak khususnya Pakatan Rakyat.
Harakahdaily
Tuesday, May 11, 2010
Kempen Jom Ubah Sibu : YB Lim Kit Siang, YB Salahudin Ayub, YB Khalid Samad, YB Tian Chua, YB Azmin Ali
Monday, May 10, 2010
Anwar : Saiful sahkan Najib terlibat
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 April : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau bersyukur ekoran Mohd Saiful Bukhari Azlan mengaku bertemu Datuk Seri Najib sebelum membuat laporan polis.
"Hari ini saya bersyukur kerana kita dapat sahkan penglibatan Najib yang diakui Saiful bertemu beliau empat hari sebelum laporan polis dibuat," katanya di luar mahkamah hari ini.
Dalam perbicaraan kes liwat ll Anwar hari ini, Saiful berkata dia berjumpa Perdana Menteri pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.
Saiful juga memberitahu dia kemudiannya berjumpa ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun.
"Pegawai kanan polis panggil di satu hotel terkemuka untuk adakan perbincangan sebelum laporan dibuat.
"Itu yang Karpal tekankan penglibatan dan konspirasi melibatkan Najib," katanya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, turut melahirkan rasa tidak puas hati ekoran kegagalan pihak pendakwa yang begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.
"Pertama kali dalam sejarah kes jenayah, nama saksi tidak diberikan, sampai sekarang pendakwa gagal mengemukakan nama saksi.
"Ini seperti mana yang kita sebut satu kelainan. Bila masuk kes Anwar memang ada kelainan," katanya lagi.
Ketika prosiding bermula pagi tadi, peguam bela utama, Karpal Singh, memohon mendapatkan senarai nama saksi daripada pihak pendakwaan tetapi ini tidak dibenarkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Selepas Karpal menyoal Saiful selama 45 minit, beliau membuat satu lagi permohonan iaitu bagi mendapatkan semua keterangan bertulis daripada polis.
Hakim menangguhkan perbicaraan jam 12.30 tengahari tadi dan akan disambung jam 9 pagi esok.
Penangguhan itu dipohon Karpal Singh untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.
Saiful Gagal Mandi Junub
Thursday, May 6, 2010
the man in this video is Ting Ling Kiew, suspended Sarawak National Party (SNAP) deputy president who still insist that the party support BN
kahkahakahak... ini balaon botak bangap.. dah sudah lah woi kahkahakah.. sudah banyak najibol bagi 'gula-gula' ka? angkat teloq najibol... kahkahakah..SNAP members told to reunite and support BN
“Rightful” SNAP deputy president urged members to support BN
sarawakupdate
Tuesday, May 4, 2010
huh! najib pengecut! u meloya lidah penyebar fitnah!
“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,”Nik Aziz : Najib ceroboh sempadan moral saya
Mei 4, 10 11:29am
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menyifatkannya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah satu pandangan bertujuan melaga-lagakannya dengan pihak Istana Selangor.
“Dalam hal tersebut, Datuk Seri Mohd Najib sebenarnya telah menceroboh sempadan moral saya dan membelasah imej saya yang dilakukan sehari sebelum berlaku pengundian di Hulu Selangor,” katanya dalam blognya.Nik Aziz menjelaskan sudah menjadi kelazimannya, apabila hadir di mana-mana masjid atau surau di Kelantan, prinsip yang diamalkannya adalah tidak akan bercakap atau berkhutbah atau menjadi imam selagi tidak diminta oleh pihak masjid atau surau berkenaan.
Katanya lagi, prinsip yang sama dipegang apabila hadir di masjid atau surau di mana-mana negeri termasuk di Selangor.
“Oleh sebab itu, sekali lagi saya nyatakan bahawa tuduhan Datuk Seri Mohd Najib sehingga menyifatkan saya melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor adalah tidak boleh diterima sama sekali. Ia adalah tindakan mala fide bukan sahaja untuk melaga-lagakan saya dengan Sultan Selangor, malah menimbul fitnah besar kepada umat Islam untuk menggambarkan kononnya 'orang beragama' dan pemimpin seperti saya suka mengingkari dan menghina Sultan.
“Atas dasar itu, sesungguhnya saya tidak bersikap seperti difitnahkan oleh Datuk Seri Mohd Najib, maka saya tidak akan halal di dunia dan di akhirat. Kecuali beliau menarik balik secara terbuka memandangkan fitnah itu telah dibuat secara terbuka. Saya sedia menghalalkan apabila beliau menarik balik tuduhan itu secara terbuka.,” kata Nik Aziz.Kenyataan Najib itu disiarkan oleh Utusan Malaysia secara online (24 April 2010) atas tajuk “Nik Aziz hina Sultan Selangor – PM” yang kemudiannya disiarkan dalam Utusan Malaysia cetak (24 April) edisi nasional di muka depan dengan tajuk “Pembangkang ingkari Sultan”.
Antara petikan artikel itu - “Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat malam tadi mempertikaikan titah Sultan Selangor supaya tidak menggunakan masjid untuk kempen politik. Beliau menyifatkan larangan itu sebagai karut dan saki baki ajaran penjajah.”
“Pada saya, kesemuanya adalah tidak benar dan berniat melaga-lagakan saya dengan Sultan, kerana sesungguhnya saya tidak pun memberi respon dengan merujuk kepada titah KDYMM Sultan Selangor. Ia adalah petikan yang direka-reka oleh akhbar berkenaan,” kata Nik Aziz.Menteri Besar Kelantan itu juga berkata pandangan Najib yang dirasainya paling tidak bermoral apabila akhbar yang sama pada hari mengundi (25 April), menyiarkan semula di muka dua dengan tajuk “Tindakan Nik Aziz pertikai titah Sultan Selangor: Pengingkaran yang serius – PM.”
“Ia suatu pengulangan yang dibuat untuk menjatuhkan moral saya dan suatu bentuk fitnah media yang disengajakan bagi mempengaruhi umat Islam agar menolak kefahaman agama yang telah saya jelaskan secara sopan semasa sidang media pada malam 23 April di Kuala Kubu Bharu.
“Bagi saya, pandangan Datuk Seri Mohd Najib yang melabelkan saya sebagai 'melakukan pengingkaran yang serius dan penghinaan kepada Sultan Selangor' adalah suatu pandangan yang tidak adil dan fitnah. Ia menggambarkan kenyataan bermotif politik dan penyelewengan fakta sebenar yang dipanjangkan oleh Utusan Malaysia, kerana ia sengaja disiarkan sebagai tajuk besar di muka depan (front page),” katanya.
malaysiakini
"Kami tak dijemput" ~ Dato' Seri Haji Mohammad Nizar Jamaluddin
Dato Seri Nizar menafikan bahawa ADUN-ADUN Pakatan Rakyat boikot Majlis Anugerah Pingat dan Bintang pada hari Keputeraan Sultan Perak pada 19 April 2010 yang laludaristesyenmaya
Monday, May 3, 2010
Friday, April 30, 2010
cari sampai dapat makhluk biadab jahanam ni...
Oleh Roziyah Mahamad (Emel penulis ini)
KUALA LUMPUR : Murshidul Am PAS, Datuk Nik Aziz telah menerima ancaman bunuh dalam satu ruangan perbincangan di Facebook.
"Saya terkejut membaca Facebook saya hari ini. Rakan-rakan facebook memaklumkan bahawa seorang pemuda Umno mengugut untuk membunuh Mursyidul Am Pas, Tok Guru Nik Aziz," kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan, Herman Samsudeen dalam blognya.
Salman dalam blognya menjelaskan Mohd Safuan Hilmi, 24 yang mengaku sebagai graduan UITM membuat ugutan mahu membunuh Nik Aziz dalam komennya di ruangan perbincangan di Facebook.
"Belum lengkap lagi sebab seekor lagi barua tak mati iaitu Nik Aziz. Tunggu aku pi bunuh Nik Aziz dulu baru lengkap. Setan tu tak layak duduk kat muka bumi ni lagi," tulis lelaki yang menggunakan nama Mohd Safuan Hilmi dalam ruangan facebook.
Selain itu Mohd Hilmi juga menulis dalam ruangan komen di facebook itu yang berbunyi 'senang bunuh orang. Tikam jer. Aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz al Dajal tu'.
Herman dalam blognya menengaskan pimpinan PAS khususnya PAS kelantan dan Tuan Guru Nik Aziz sendiri perlu membuat laporan polis.
"Ini adalah satu perkara yang serius kerana jelas, Umno telah merosakkan pemikiran generasi muda dan menjadikan ugutan bunuh sebagai permainan biasa," kata beliau.
Beliau berkata Umno harus bertanggungjawab kerana melahirkan makluk sebiadap ini.
"Saya dapati laman facebook beliau sudah ditutup. Tapi ini maklumat yang saya sempat ambil.
"Harap disiasat kerana kita tidak boleh memandang kecil hal ini. Jika dibiarkan nanti lebih ramai yang besar kepala dan buat ugutan yang serupa," jelas Herman yang menunjukkan wall lelaki yang membuat ugutan itu.
Ugut bunuh Nik Aziz : Lelaki disyaki ditahan
Ugut Nik Aziz : PAS Pulau Pinang mahu ziarah keluarga Safuan
“Saya tak ambil peduli (hal itu), saya anggap tak ada langsung (dalam kepala saya),”
Polis diminta siasat ugutan bunuh Nik Aziz
Ugut bunuh Nik Aziz, lagi laporan polis dibuat
EraPakatan
Thursday, April 29, 2010
laki bini berkunjung ke Sibu 'tabur gula-gula'
(Video) TGNA di P094 Hulu Selangor
Tok Guru tiba di Hulu Selangor
Hulu Selangor : Tok Guru bertongkat tiba untuk membantu Dato’ Zaid Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor pada 23 April 2010
jiwokelate2009
Wednesday, April 28, 2010
huh.. tak sukar nak buat pengakuan kan? kenapa tak nak mengaku yang ini?

"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,”Apr 28, 10 4:04pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.
"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.
Katanya, beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.
"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.
Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada PRK itu.
"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.
"Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya.
Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.
"Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi.
Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P Kamalanathan.
- Bernama
PAS terima Snap sebagai anggota baru PR
KUALA LUMPUR, 28 April : PAS sedia menerima Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sebagai anggota baru dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun sehingga kini cadangan itu belum lagi dibincang secara rasmi di peringkat pusat."Walaupun tiada perbincangan rasmi, kami rasa ia tidak ada masalah kerana kita sedia menerima semua parti kecuali yang menyokong Yahudi sahaja," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS (gambar).
Mustafa mengulas pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memberitahu, Snap akan menjadi anggota Pakatan Rakyat.
"Tugas pertama Snap adalah untuk memastikan calon Pakatan Rakyat dari DAP menang pilihan raya Sibu," kata Anwar dalam satu majlis.Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (kanan) sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu.
Turut serta dalam majlis pengumuman itu adalah pemimpin komponen PR diwakili oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Timbalan Pengerusi PKR Sarawak Zainal Abidin dan Johnny Wong dari SNAP yang menganggotai PR.
PR Sarawak telah dibentuk secara rasminya pada 18 April lepas yang terdiri dari DAP, PKR, PAS dan Snap.
Dalam pilihan raya umum lalu, calon DAP dan PKR masing-masing menentang calon BN di situ menyebabkan kedua-dua mereka kalah.
Dalam pilihan itu, Wong dan calon PKR Lim Chun Chung tewas kepada calon BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew dengan majoriti 3,549 undi.
Kerusi parlimen Sibu kini kosong ekoran kematian penyandangnya Robert akibat barah pada 9 April lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.
Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2009 yang dikemaskini pada 9 April 2010.
Pengundi berdaftar seramai 54,695 termasuk 2,537 pengundi pos. Antaranya 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis yang bertugas semasa pilihan raya berlangsung.
SPR telah memilih 45 pusat mengundi yang sesuai iaitu sekolah, tadika, pusat latihan, rumah panjang, perpustakaan awam dan pusat rekreasi awam. Proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di Pejabat Daerah Sibu.
Pegawai pengurus pilihan raya ini ialah Pegawai Daerah Sibu, Wong See Meng.
PAS sokong calon DAP, hantar jentera pakar
PRK Sibu : Jom kenali calon Pakatan Rakyat
Pengerusi DAP Sarawak calon PR di Sibu
SIBU, 28 April : Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Assek, Wong Ho Leng diumumkan sebagai calon DAP mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu.Pengumuman rasmi calon DAP itu dilakukan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng, pada majlis makan malam di Good Happiness Restaurant di sini, malam tadi.
Penolakan Cina, BN sukar di Sibu



















