Tuesday, June 23, 2009

Lupakan Sengketa, Rapatkan Saf, Lawan UMNO/BN - Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat

Dalam satu kenyataan yang membawa mudarat bagi Perdana Menteri Najib Abdul Razak, seluruh pimpinan Pas sepakat menguburkan sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan dan membulat tekad melawan Umno-Barisan Nasional.

Selesai mesyuarat khas di Pejabat Agung Pas Kuala Lumpur jam 6.55 petang tadi, Mursyidul Am Pas Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden Nasharuddin Mat Isa dalam satu kenyataan berkata Pas tidak lagi mahu terjerumus dalam politik murahan Umno.

“Dalam semangat kekeluargaan menangani permasalahan isu politik semasa yang dibesar-besarkan media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat-suara melupakan perihal salah anggapan yang berlaku antara pimpinan atasan akibat daripada permainan politik murahan Umno,” kata Nik Aziz membacakan kenyataan tersebut.

Pas dilihat menjadi mangsa permainan media perdana yang cuba melaga-lagakan Nik Aziz dan Nasharuddin Isa dalam isu Kerajaan Perpaduan.

Media Umno-Barisan Nasional juga cuba memecah-belahkan Pakatan Rakyat dengan mengadu domba pemimpin gagasan itu juga dalam isu yang sama.

Namun Pakatan Rakyat hari ini mencapai satu keputusan menolak sama-sekali isu Kerajaan Perpaduan.

Nik Aziz berkata dugaan ini tidak melemahkan setiakawan parti aliran Islam itu, sebaliknya menguatkan lagi tekad Pas melawan angkara politik Barisan Nasional.

“Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus bersama-sama memperjuang keazaman Pas, lagi mendaulatkan Islam di persada tanahair,” tegas Nik Aziz.

“Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan di hentikan serta-merta,” katanya lagi.

Menyentuh kata-dua kepada Nasharuddin tempoh hari, Nik Aziz berkata isu antara beliau dan Nasharuddin telah diselesaikan dalam suasana kekeluargaan.

“Saya selaku Mursyidul Am Pas, menarik balik segala kenyataan saya terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi,” kata Nik Aziz.





TVA

Tuan Guru Dato' Seri Nik Aziz Nik Mat Tarik Balik Kenyataan Terhadap Ustaz Nasharuddin Mat Isa

Mursyidul Am Arah Semua Pimpinan PAS Ke Manek Urai

Polemik Kerajaan Perpaduan Tamat - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan semua pimpinan PAS khususnya pimpinan pusat turun ke pilihanraya kecil Manek Urai terutamanya pada hari penamaan calon.

"Pada hari penamaan calon, InsyaAllah, semua pimpinan PAS Pusat akan hadir bersama di (pilihanraya kecil) Manek Urai,"katanya mengakhiri sidang media di pejabat Agung PAS semalam.

Dengan kenyataan pemimpin spiritual PAS itu tamatlah desas-desus yang dikatakan melarang pimpinan PAS penyokong isu kerajaan perpaduan turun berkempen dalam pilihanraya kecil tersebut dan turut menenangkan kegelisahan yang dirasai oleh semua ahli PAS dan penyokong Pakatan Rakyat menghadapi ketegangan isu kerajaan perpaduan.

Dalam sidang media yang sama, sebelum itu, beliau telah menarik balik kenyataan yang dilemparkan terhadap Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa berhubung idea kerajaan perpaduan.

Beliau berkata, malah pimpinan PAS yang bermesyuarat hari ini bersetuju sebulat suara untuk memberhentikan serta merta polemik kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian saya selaku Mursyidul Am PAS menarik segala kenyataan saya terhadap YB Nasharudin dan dengan itu ianya tidak berbangkit lagi.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa polemik kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang diputuskan oleh Presiden PAS bersama pimpinan Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di Parlimen yang menolak idea kerajaan perpaduan," katanya

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS juga bersetuju untuk melupakan perihal salah tanggapan yang berlaku antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politIk murahan Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu untuk terus memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulatkan Islam di persada tanahair," katanya membacakan kenyataan dihadapan kesemua pimpinan tertinggi PAS yang turut hadir..

Sehubungan itu, Nasharudin yang ditemui selepas sidang media itu berkata hubungan antara beliau dan Nik Aziz tidak mempunyai masalah.

"Hubungan kami baik dan segalanya sudah selesai...itu sahaja, tiada lagi komen," katanya ringkas.

Klik Untuk Dengar Kenyata Tuan Guru Dato' Mursyidul Am PAS di Buletin Online Radio



BuletinOnline

Monday, June 22, 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

anwaribrahimblog.com

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

22 Jun 2009- Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

Dato’ Seri Anwar Ibrahim Dato’ Seri Abdul Hadi Awang
Lim Kit Siang





Pemecah Berita : Muktamad! Tiada Lagi Kerajaan Perpaduan!


Tidak ada lagi bincang kerajaan perpaduan - Presiden PAS

Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini menegaskan pihaknya menolak sebarang usaha membentuk kerajaan perpaduan dengan Umno.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri menyatakan, dalam isu Kerajaan Perpaduan, Umno telah menjalankan fitnah yang jahat dan dengan itu pihaknya bertegas tidak lagi mahu membincangkan pembentukan kerajaan tersebut.




Apa yang diusahakan sebelum ini disalah tafsir oleh kepimpinan Umno/BN untuk memfitnah PAS dan Pakatan Rakyat semata-mata memecahbelahkan hubungan pakatan, katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media bersama Sekretariat Majlis Presiden Pakatan Rakyat di Bilik Ketua Pembangkang, Bangunan Parlimen hari ini.

Turut hadir ialah, Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Seri Nizar Jamaluddin.

Sementara di pihak KeADILan, Presiden, Dato' Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan, Dr Syed Husin Ali; Naib Presiden, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah; anggota MT KeADILan, Saifuddin Nasution, dan di pihak DAP pula, Setiausaha Agungnya, Lim Guang Eng; Dato' Ngeh Ko Ham.

Sementara itu, Anwar yang membacakan kenyataan mewakili Pakatan Rakyat menyebut, Pakatan Rakyat menolak pengwujudan kerajaan perpaduan.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk kerajaan persekutuan akan datang," katanya.

Majlis pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan kerajaan Perpaduan dengan Umno/BN, yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan serta tindakan terdesak Umno mengugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat, tegas Anwar.

Menyokong pandangan itu, Salahuddin Ayub pula menyatakan kenyataan tersebut sebenarnya adalah muktamad dan ini bermaka tidak akan ada lagi 'unity talk' dengan Umno.

Malah Salahuddin kelihatan gembira dengan perkembangan itu yang seterusnya dilihat akan membuatkan Umno kelemasan.

Seorang lagi Naib Presiden PAS, Mahfuz pula memberi analogi bahawa 'Umno kini kehilangan tabung oksigen' apabila isu kerajaan perpaduan ini telah ditamatkan dengan kenyataan pimpinan pakatan.

Kenyataan itu juga sebagai satu usaha menutup talian hayat yang ada pada Umno/BN yang selama ini mengucarkacirkan pakatan dnegan penyelewengan isu kerajaan perpaduan, ujarnya.

HarakahDaily

AJK PAS : Mat Sabu buat keputusan 'Maghrib ini'

Bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu masih berteka-teki sama ada ingin menerima pelantikan sebagai ahli jawatankuasa pusat PAS atau sebaliknya.

Ditemui Malaysiakini sebentar tadi, keputusan muktamad penyertaannya dalam jawatankuasa tertinggi parti itu akan diketahui "Maghrib hari ini."

Mohamad dan seorang bekas naib presiden PAS Datuk Husam Musa - yang tewas dalam perebutan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden ditawarkan jawatan tersebut dua minggu lepas.


Namun kedua-duanya belum menjawab tawaran tersebut.

Mohamad pada awalnya ingin mengambil masa seminggu hingga 18 Jun lepas, manakaa Husam pula dilaporkan sedang menunggu penceramah popular itu membuat keputusan dahulu.

Sumber-sumber yang dekat dengan kedua-dua pemimpin itu memberitahu Malaysiakini minggu lalu bahawa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat menasihat mereka berdua agar menerima tawaran tersebut.

malaysiakini

Pra Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat




klip video ehsan : jiwokelate2009

SIS seret KDN ke mahkamah, Rabu ini

Kes mahkamah Sisters in Islam (SIS) mencabar keputusan kerajaan mengharamkan bukunya Muslim Women and the Challenge of Islamic Extremism tahun lalu akan didengar Rabu ini.

Peguam NGO terkenal itu Malik Imtiaz Sarwar dan K Shanmuga akan mendengar permohonan untuk semakan kehakiman kes tesebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, jam 11 pagi.

Ogos lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan buku tersebut yang disunting seorang ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Norani Othman dengan alasan "mengandungi fakta yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenarnya."


Norani seorang profesor sosiologi di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (Ikmas), Bangi.

Buku setebal 215 halaman itu memuatkan 10 bab hasil karangan beberapa pemikir wanita Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Norani, bertindak sebagai penyunting karya tersebut, mengarang makalah pertama yang dijadikan judul buku berkenaan.

Beliau bersama bekas pemimpin utama SIS Zainah Anwar menghasilkan bab terakhir 'Muslim women, the challenge of Islamic extremism and the way forward to building bridges between Southeast Asia dan the Middle East.'

Makalah-makalah ini hasil perbincangan penyumbang- penyumbangnya di Bellagio, Itali pada 2003 dengan biaya Yayasan Rockefeller.

Pertemuan pertama bermula di Kuala Lumpur pada Januari tahun itu.

Selain dua penulis ini dan Toni Kasim dari Malaysia, penyumbang lain termasuklah Fatma Khafagy (Mesir), Kamala Chandrakirana (Indonesia), Ziba Mir-Hosseini (Iran), Amina Lemrini El Ouahabi (Maghribi), Hoda Rouhana (Palestin), Norma A Maruhom (Filipina) dan Suzaina Kadir (Singapura).

Ketua penolong setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN, Abdul Razak Abdul Latif dilaporkan berkata, jika penerbitan berkenaan dibiarkan, ia boleh menimbulkan kekeliruan dan kegelisahan di kalangan umat Islam serta dikhuatiri memudaratkan masyarakat.

malaysiakini

'Percubaan bunuh politik pemimpin muda GERAKAN'

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan yang digantung keahliannya selama tiga tahun, kecewa dengan tindakan parti itu yang menurutnya, akan menghancurkan karier politiknya.

"Penggantungan itu akan menghalang saya daripada bertanding jawatan parti pada 2011, serta bertanding kerusi parlimen dan DUN," katanya dalam satu kenyataan di Parlimen hari ini.

Sehubungan itu, beliau mengesyaki ada beberapa 'orang tua' dalam parti itu yang cuba untuk membunuh karier politik pemimpin muda yang mendapat sokongan akar umbi, bagi memberi laluan kepada "putera dan puteri" mereka mengambil alih kepimpinan parti itu.

Bagaimanapun, Huan menolak sebarang kemungkinan keluar dari Gerakan untuk menyertai pembangkang.


"Gerakan adalah isteri kedua saya," katanya kepada pemberita.

Kebelakangan ini, tersebar spekulasi bahawa Huan dari Pulau Pinang, akan menyertai PKR.

Sementara itu, Huan mengecam jawatankuasa kerja pusat Gerakan yang mengumumkan penggantungan keahliannya melalui media.

"Ini berniat jahat, (dan dilakukan) untuk menghasut penyokong saya, sedangkan saya telah bersusah payah menenangkan mereka," katanya.

malaysiakini

Haji Mohamad Sabu di Bandar Baru Bangi 19/6/09




klip video ehsan : mediarakyat

Saya Istiqomah Bukannya Degil - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membuat kenyataan lebih 'lembut' dan memberi persetujuan bersyarat terhadap rundingan mengenai kerajaan perpaduan PAS dan Umno hasil cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa beliau seorang yang degil kerana 'berkeras' menentang kerajaan perpaduan, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan beliau seorang yang 'istiqamah', tegas memperjuangkan perkara yang benar.

Jelas Nik Aziz, sikapnya itu semata-mata untuk mempertahankan keputusan Muktamar Tahunan PAS di Ipoh setahun lepas iaitu PAS mesti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Ada yang kata saya degil kerana enggan terima kerajaan perpaduan. Saya nak jawab saya bukan berdegil tapi saya beristiqamah. Degil bermakna kita pertahan benda salah bermatimatian, dah tahu benda salah tapi pertahankan juga, itu degil namanya. Tapi bila barang (perkara) yang benar, yang betul, itu kita istiqamah.

"Jadi kalau ada pihak dalam PAS yang nak perpaduan dengan Pakatan Rakyat, dan nak juga perpaduan dengan Umno, itu sudah kacau. Jangan buat begitu," katanya pada sidang media di kediaman Menteri Besar di JKR 10, di sini, hari ini.

Nik Aziz berkata beliau boleh menerima cadangan pembentukan kerajaan perpaduan namun ia perlu dibuat mengikut salurannya. "Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepikan keputusan mesyuarat (muktamar) dan pandai-pandai buat keputusan sendiri, tak boleh.

"Kalau nak juga bawa cerita perpaduan ni, bawa dulu ke PAS Pusat, bahas di peringkat negerinegeri dan lepas tu bawa ke Pakatan. Sekarang ni Pakatan pun sudah marah pada kita," katanya.




Menurutnya, perbincangan dengan Umno juga perlu berkisar kepada isu Islam, bukan isu Melayu.

Mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang mahu PAS dan Umno membuka lembaran hubungan baru, ketika melawat Kuala Krai Jumaat lalu, Nik Aziz berkata beliau mahu Umno memohon maaf kepada PAS terlebih dahulu. Nik Aziz juga berkata beliau masih belum mengadakan sebarang pertemuan dengan Naib Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa, dan Nasharudin juga belum menghubungi beliau untuk menjernihkan suasana tidak enak yang timbul di antara mereka berdua. Nik Aziz sebelum ini meminta Nasharudin meletak jawatan sebagai Anggota Parlimen Bachok kerana kesungguhannya untuk menjayakan cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Aziz berkata satu pertemuan akan diadakan melibatkan beliau, Abdul Hadi, Nasharudin dan beberapa pemimpin lain malam ini untuk meredakan ketegangan dalam parti itu. BERNAMA

artikel asal : mStarOnline

klip video ehsan : greenboc

Drs. Idham Lim Dipanggil Beri Keterangan

Kes bomoh : Saya dipanggil beri keterangan di IPD Ipoh hari ini.

Saya telah dipanggil melalui satu surat rasmi yang dihantar melalui fax oleh IPD Ipoh dengan ditandatangani oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayahnya, DSP Glenn Sinnapah. Tajuk surat " Siasatan bersabit Kg. R$apat RPT 2088/09" bertarikh 17 Jun 2009.

Jam 10.00 pagi ini saya telah membuat temujanji dengan pegawai penyaiasat yang ditugaskan untuk mengambil keterangan saya bagi membantu siasatan dibawah seksen 112 Kanunu Prosuder Jenayah (KPJ). Saya juga dimaklumkan kes ini ada kaitan dengan Akta 500(Fitnah).

Insya Allah saya akan bertanggung jawab dengan segala kenyataan saya sebelum dari ini berkaitan kes bomoh tersebut dan saya akan memberikan keterangan yang sewajarnya bagi membantu pihak keselamatan dalam kes ini.




Kes Anwar Ditunda 1 Julai

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 1 Julai ini bagi mendapatkan lebih 10 dokumen daripada pendakwaan berhubung kes liwatnya.

Permohonan itu sepatutnya didengar hari ini.

Mahkamah juga menetapkan 8 Julai untuk mendengar permohonan penasihat PKR itu bagi membuang kes tersebut.

Jika permohonannya ditolak, perbicaraan kes liwat akan bermula pada hari yang sama.

Kesnya pada asalnya dijadual bermula 1 hingga 24 Julai ini.


Anwar memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen pada 10 Jun lalu, manakala permohonan untuk mengetepikan kes liwatnya difail seminggu kemudian.

Dokumen yang dimohon, antaranya, rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di sebuah kondominium di Bukit Damansara dari 25 hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, dan kenyataan daripada saksi termasuk pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mantan timbalan perdana menteri itu menghadapi pertuduhan meliwat Mohd Saiful, bekas pembantunya, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jala Setiakasih, Kuala Lumpur antara 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun lepas.

malaysiakini

Manohara Lantik Peguam Malaysia

Sebagai tekadnya untuk mencabar suaminya, Manohara Odelia Pinot telah melantik seorang peguam Malaysia untuk meneruskan dakwaannya bahawa putera Sultan Kelantan itu pernah menderanya.

Bekas model muda itu, yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan, dan ibunya Daisy Fajarina sepakat untuk lebih serius dalam dakwaannya terhadap Tengku Muhammad Fakhry Petra, lapor akhbar web Detik.com.

"Hari ini resmi keluarga menunjuk pengacara asal Malaysia," peguamnya Hotman Paris Hutapea dipetik berkata di Jakarta malam tadi.

Menurutnya, pelantikan peguam dari Malaysia mengisyaratkan Manohara tidak main-main untuk mengambil tindakan serius terhadap suaminya di negara ini.

"Ini menunjukan kita serius mengambil tindakan hukum," kata Hotman lagi seperti dilaporkan.

Menurut akhbar web itu lagi, Manohara merancang mengambil tiga bentuk tindakan perundangan - dakwaan jenayah, saman sivil dan permohonan cerai - terhadap Tengku Muhammad Fakhry.


Kerabat raja itu bagaimanapun menafikan semua tuduhan isterinya dan Daisy, termasuk dalam aduan polisnya di Kuala Lumpur, 11 Jun lalu.

Tengku Temenggong Kelantan juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan ibu mertuanya berhubung dakwaan-dakwaan tersebut.

Manohara melarikan diri ke Jakarta awal bulan ini dan melancarkan tuduhan-tuduhan serius terhadap suaminya, lebih dua bulan selepas dakwaan seumpamanya dilemparkan oleh Daisy, 20 April lepas.

malaysiakini

UMNO/BN MENGAKU BERTANGGUNGJAWAB TRAGEDI MEMALI?

Tragedi Memali tidak boleh dimaafkan begitu saja

Oleh Black

Tragedi pembunuhan ngeri yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang pada ketika itu dipimpin oleh Dr. Mahathir Mohammad di Kampung Memali, tidak boleh dimaafkan begitu sahaja sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan oleh menyiasat kembali peristiwa ngeri pada 19 November 1985.

Insiden tersebut mengorbankan 14 penduduk kampung tersebut dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang.

Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) . Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai ‘Operasi Angkara/Operasi Hapus’.

Peristiwa pembunuhan kejam kerajaan Barisan Nasional terhadap penduduk Kampung Memali itu walaupun telah lama berlalu masih belum diselesaikan kerana “pembunuh-pembunuh” tersebut masih lagi bebas sehingga hari ini dan keadilan masih belum dikembalikan kepada keluarga para Syuhada!

Isu ini telah melangkaui PAS dan telah menjadi satu isu Hak Asasi Manusia yang harus diselesaikan dengan segera! Kerajaan Malaysia dibawah pimpinan Barisan Nasional harus memohon maaf dan membicarakan kesemua pelakunya termasuklah bekas PM, Dr. Mahathir dan bekas TPM, Musa Hitam.

Sehingga perkara ini belum diselesaikan, jangan bicara soal PERPADUAN!



PerakExpress

Pengerusi Kelab Penyokong PAS Negeri Pahang Mimpi Jumpa Nabi

Pengerusi kelab penyokong PAS Pahang, Balakirsnan telah memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bahawa dia telah bermimpi berjumpa dengan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bertanya bagaimana dia boleh tahu bahawa individu yang datang berjumpa dengannya didalam mimpinya itu adalah baginda Nabi Muhammad s.a.w.?

Balakirsna memberitahu Ustaz Dato` Tuan Ibrahim bahawa individu yang dilihat didalam mimpinya itu memakai serban dan berjubah dan mengakui bahawa dia adalah Rasulullah s.a.w. dan baginda Rasulullah s.a.w lalu memberikan satu nama muslim kepadanya.


Berkenaan mimpi bertemu Rasulullah s.a.w ini, Abu Hurairah r.a. melaporkan bahawa Nabi s.a.w berkata, “Sesiapa yang melihatku dalam mimpi, bererti dia benar-benar melihatku. Sesungguh syaitan tidak mampu menjelma rupaku“.

Hadis direkodkan oleh Imam Muslim.

Masya Allah, selepas Ustaz Dato` Tuan Ibrahim memberitahu didalam ceramahnya saya berfikir, ” Non-muslim pun boleh jumpa Nabi. Namun kita yang sedia Islam ini bukan mudah mahu dapat mimpi jumpa Nabi”.

Berdasarkan pengalaman ramai non muslim yang revert sebelum ini, mimpi sebegini adalah lumrah dialami oleh mereka sebelum kembali ke agama fitrah mereka. Insya Allah, mimpi itu merupakan hidayah dari Allah untuk menambah keyakinan mereka terhadap kebenaran Islam.

Sama-samalah kita doakan mereka agar hati kita dan mereka tetap dengan Islam di masa-masa akan datang.

Mengenai lintasan fikiran saya di atas, saya gembira dengan khabar itu namun sedikit rasa cemburu menyelinap juga. Cemburu kerana mahu turut bertemu Nabi s.a.w.

Apa pun bila teringatkan bahawa ummah yang berpegang teguh dengan syariat Allah dan sunnah Nabi s.a.w tetap akan bersama Rasulullah s.a.w di akhirat kelak, maka cukuplah hal itu menjadi penawar untuk saya terus berusaha meneladani Rasulullah s.a.w sedaya mampu.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani.

1] Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Mekah);

[2] Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai;

[3] Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

Surah al-Nasr (Kemenangan)

dupahang.wordpress.com


SabahDaily

100 Dalil Kenapa Najib Tak Boleh Jadi PM?

chegubard.blogspot.com

Dahulu Anwar Ibrahim dijatuhkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno selepas buku “100 Dalil Mengapa Anwar Tidak boleh jadi PM” di keluarkan.

Buku tersebutlah punca Anwar diperlakukan dengan kejam dan akhirnya merengkok dalam penjara selama 6 tahun.

Semalam saya menerima email dari seseorang yang tidak dikenali iaitu email yang sama menghantar link video mengenai Rosmah. Email tersebut bertajuk “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM“. Ditinggalkan link yang membawa kita kesebuah blog yang mempaparkan sebahagian daripada buku tersebut.

Sila klik disini untuk melihat sendiri sebahagian daripada buku “100 Dalil Mengapa Najib tak boleh jadi PM”.

Setelah diselidiki ia iadalah buku yang pernah diterbitkan beberapa tahun lalu, tetapi menurut email yang dihantar menyatakan buku ini sedang peringkat akhir akan dicetak sebanyak puluhan ribu naskah untuk edaran percuma.

Nampaknya serangan terhadap Najib bertambah serius... dengan cara kempen taktik dan wang yang dibelanjakan nampaknya 'geng dalam Umno' yang menyerangnya amat serius.




Anwar Ibrahim hangatkan kempen pilihan raya Manek Urai

Kehangatan pilihan raya kecil Dun Manek Urai kini semakin terasa apabila kempen kedua-dua parti semakin agresif.

PAS sudah memulakan gerak kerja kempen sejak akhir Mei lalu di Kampung Manek Urai Baru yang disempurnakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Begitu juga Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Dato' Mustafa Mohamed sudah beberapa kali datang ke Manek Urai.

Kelmarin Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan penduduk di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Dun Manek Urai akan tambah sendat malam ini dengan kehadiran tokoh-tokoh pemimpin Pakatan Rakyat pada program ceramah perdana di Padang Majlis Daerah Laloh.


Kehadiran Menteri Besar bersama Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim tentunya menarik perhatian penduduk tempatan.

Anwar juga dijangka menziarahi keluarga Adun Manek Urai, Allahyarham Ismail Yaacob di Kampung Manek Urai Lama sebelum menyampaikan tazkirah di sebuah masjid.

Anwar dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebaik sahaja tiba di Kota Bharu petang ini.

Beberapa penduduk di Laloh ketika ditemui petang semalam menjangka kampung tersebut akan sendat dengan limpahan manusia malam ini.

Beberapa peniaga termasuk dari Pulau Pinang sudah tiba sejak semalam.

Manakala petugas bahagian keselamatan PAS sudah memulakan gerak kerja sejak beberapa hari lalu bagi memastikan program tersebut berjalan lancar.

Pasukan polis juga sudah memasang khemah besar di simpang tiga Laloh yang difahamkan akan dijadikan markaz taktikal.



HarakahDaily

Oooops.. Police did it again...



Police again intervened during a dinner-cum-ceramah by DAP, this time in Klang, by withdrawing a police permit for the event at the last minute.
After some intense negotiations with the police, the dinner was allowed to proceed at about 8.15pm, but the long list of speakers for the night were unable to proceed with their ceramah as the PA system was confiscated by the police.

Earlier, the police had issued a permit for the event but specified that no ceramah was allowed.




malaysiakini

“Saya Bersedia Disaman………” Kata Cikgu Fariz Musa

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Cikgu Fariz Musa bersedia menghadapi saman dari pihak-pihak yang cuba berselindung dan menyembunyikan kebenaran dan fakta tentang tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

”Saya telah menerima panggilan telefon yang memberikan (menyampaikan) maklumat bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu dijangka akan saman saya kerana dikatakan kenyataan media saya menuduh beliau terlibat dalam pengeluaran CF (Sijil Layak Menduduki – Certificate of Fitness) Stadium Sultan Zainal Abidin,”katanya dalam laman blognya.


Menurutnya, alasan Datuk Bandar akan mengambil tinfakan saman itu adalah kerana bangunan kerajaan tidak memerlukan CF.

”Bermakna stadium tersebut siap dibina tanpa perlu kepada Sijil Layak Menduduki (CF),

”menarik dan pelik ! setiap rumah dan bangunan persedirian perlu kepada CF , tetapi bangunan kerajaan tidak perlu ?,”soalnya.

Katanya, beliau dimaklumkan bangunan kerajaan hanya memerlukan Sijil Siap Kerja (SSK) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).

”sedangkan (dalam kes Stadium Sultan Mizan) JKR bagi tahu (mendedahkan) yang bumbung stadium (itu) tidak ada SSK!,”jelas Fariz turut mempersoalkan, mengapa setiap bangunan kerajaan tidak perlu ada CF.

Katanya, beliau bersedia di saman oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu sekiranya betul (benar) beliau tidak keluarkan CF kepada Stadium Sultan Mizan.

”Kepada (menurut) amalan biasa bahawa pengeluaran CF adalah di bawah tanggungjawab (pihak) Kerajaan Tempatan, sama-sama kita kaji dan selidiki,

“kalau betul bangunan kerajaan tidak perlu ada CF, ini peranan yang perlu kita perjuangkan demi kepentingan rakyat!,”tegasnya.

Beliau terus menyoal, bukankah keselamatan rakyat perlu diutamakan? Isu bangunan kerajaan tidak perlu CF adalah menarik !

”Bagaimana pula dengan bangunan tanpa SSK dibenarkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu menggunakannya (digunakan) untuk rakyat umum ? bagaimana JKR benarkan stadium tersebut digunakan tanpa JKR keluarkan SSK ? menarik !,”katanya.

BuletinOnline

Ahmad Said : MB ‘serba tidak tahu’

Menteri Besar Terengganu , Dato’ Ahmad Said boleh digelar sebagi Menteri Besar ‘serba tak tahu’ kerana sering menjawab tak tahu apabila ditanya sesuatu perkara oleh pihak media.

Minggu lalu sekurang-kurangnya dua perkara besar isu berkaitan negeri Terengganu yang beliau jawab tak tahu.

Yang pertama, Ahmad berkata beliau tidak tahu punca sebenar kelewatan pihak yang dipertanggungjawab mengurus perpindahan penghuni rumah setinggan di Pantai Kuala Ibai ke kawasan penempatan baru di Kampung Tok Adis, di sini.

“Saya pun tak tahu (punca lewat), bila jumpa kata masalah elektrik saya beritahu supaya selesaikan semua itu dengan cepat dan elakkan berlaku sampai berbulan-bulan, saya tidak faham macam mana.

“TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata begini, orang itu kata begitu. Saya cakap kalau ada masalah elektrik TNB, beritahu saja berapa kosnya dan kerajaan akan bayar, ketika i Kuala Lumpur saya dah arahkan pegawai periksa dan selesaikan.

“Kenapa perlu tunggu sampai enam bulan, ada masalah tapi tak beritahu kita (kerajaan), saya ingatkan (perpindahan) sudah selesai, tapi tiba-tiba keluar dalam akhbar,” katanya ketika di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.


Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai dua orang ‘kuatnya’ disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dua pemimpin kanan Umno Terengganu bergelar ‘Dato’ itu pernah dilantik sebagai Senator di negeri ini ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.
Bahkan, kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes rasuah meminta wang suapan bernilai RM3 juta dalam pembinaan lebuh raya di ibu negara 10 tahun lalu juga tidak menghubunginya.

Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu bertegas tidak mengetahui apa-apa mengenai dua pemimpin Umno negeri bergelar Dato’ disiasat oleh SPRM.

“Saya sendiri pun tidak tahu, nak ‘charge’ (dakwa) kes apa saya tidak tahu. BPR (SPRM) tidak beritahu saya pun, Hisyammuddin pun tidak pernah beritahu saya pun…
“Saya tidak tahu dan dia (dua pemimpin Umno) tidak pernah menyatakan apa-apa pun kepada saya.

Jika awak (wartawan) lebih tahu, awak buat ‘ceritalah’ (lapor) tapi jangan kata saya kata, sebab saya tidak tahu, ”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.

Selain itu, ketika ditanya mengenai rombakan serta perlantikan barisan kepimpinan Umno Terengganu, Ahmad juga mendakwa tidak mengetahui kerana katanya bukan urusannya lagi.

“Itu bukan saya yang lantik, itu Pengerusi Perhubungan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang lantik. Saya tidak tahu dan bukan saya yang buat.

“Saya jumpa sekali dulu dengan Dato’ Hishamuddin dan sampai sekarang tidak jumpa lagi. Saya sendiri tidak tahu.

“Orang lain mungkin lebih tahu tapi saya sendiri tidak tahu dan dia (Hishamuddin) tidak beritahu saya pun…saya ‘no komenlah’. Saya cuma dengar ‘orang’ bercakap tetapi saya sendiri tidak tahu (isu rombakan jawatankuasa Umno Terengganu), jelasnya - apakhabarganukita

BuletinOnline

Sunday, June 21, 2009

IBRAHIM 'RAJA KATAK' KATA PAS PENAKUT?

Oleh: WFAUZDIN NS

IBRAHIM Ali `Al-Kataki' seorang-seorangnya Ahli Parlimen yang menjadi Wakil Rakyat atas ihsan Pas yang menang atas tiket Bebas. Sebaik sahaja beliau diumumkan sebagai pemenang pada Pilihanraya Umum ke 12 yang lalu, bergema dewan tempat pengumuman dengan laungan Takbir dan Ibrahim Ali ini tersenyum lebar sambil memakai baju Melayu yang berlencanakan lambang Pas. Memang wajar beliau tersenyum megah kerana sebelum ini telah beberapa kali beliau bertanding sebagai Calon Bebas di Parlimen Pasir Mas dan juga di Dun tetapi undi yang beliau perolehi amat memalukan.


Kini, Ibrahim seperti melukut di tepi gantang dalam politik. Pas tidak pelawa, malahan Pas mendesaknya meletakkan jawatan sebagai MP Pasir Mas kerana beliau telah mengkhianati kepercayaan pengundi di Pasir Mas. PKR sudah semestinya tidak akan berselera dengan Ibrahim ini kerana kebanyakan pemimpin di dalam PKR adalah bekas-bekas ahli Umno dan mereka kenal siapa `Raja Katak' tersebut. Maka, Ibrahim Ali hanya mengharapkan kalau-kalau Umno berselera atau kepingin untuk menerimanya kembali setelah beliau terperosok tersembam di dalam tong setelah ditendang keluar dari Umno secara amat memalukan. Nasib baik selepas itu, beliau di`pelihara' oleh Pas dan beliau berkata bahawa beliau sanggup duduk di tangga Pas. Itu cara `Raja Katak' menagih simpati.

Baru-baru ini ketika isu Kerajaan Perpaduan hangat diperkatakan, Ibrahim Ali menyatakan bahawa Mursyidul Am serta mereka-mereka yang menolak Kerajaan Perpaduan dengan Umno ini adalah kerana takut kepada PKR dan DAP. Beliau berkata Pas takut akan kehilangan sokongan dari PKR dan DAP. Ibrahim berhujah, apalah salahnya Pas menerima untuk berunding dan bekerjasama dengan Umno kerana Pas nanti boleh menyuarakan apa jua kepentingan agama atau negara kepada Umno. Lucu sungguh hujah `Raja Katak' ini.

Lupakah Ibrahim Ali apa yang Umno lakukan terhadap beliau? Apa salah beliau sehingga Umno menendangnya keluar sedemikian rupa? Jika Ibrahim Ali sebagai pemimpin Umno yang mengetuai Bahagian Umno, malahan bekas seorang Menteri di dalam Kerajaan Umno/Bn boleh dikhianati sebegitu rupa, apa jaminan Pas pula? Mengapa Ibrahim Ali tidak berunding dan berbincang dengan pemimpin Umno ketika itu? Bolehkah agaknya jika beliau berunding dengan pemimpin Umno ketika itu, jawatan beliau dan kedudukan beliau di dalam politik Umno boleh diselamatkan? Sebenarnya, `Raja Katak' ini pun tahu siapa Umno sebenarnya kerana beliau sendiri sudah kena akibat bermain dengan Umno.

Oleh yang demikian, memang wajar kita menolak Umno sebulat-bulatnya. Janganlah dicari mana-mana dalil atau nas untuk `membersihkan' Umno kerana hanya dengan satu cara sahaja untuk kita menghapuskan kezaliman Umno/Bn di muka bumi ini iaitu dengan melalui pilihanraya umum akan datang. Beberapa langkah yang telah PR lakukan sudah tepat membuatkan beberapa `batu nisan' Umno telah kita tanamkan. Satu lagi `batu nisan' bakal akan kita sediakan untuk Umno di Manek Urai. Kita sediakan `batu nisan' ini sudah terlalu lama buat Umno/Bn, jangan `batu nisan' memakan tuan sudahlah. /wfauzdin.blogspot.com

Pacak Satu Lagi Batu Nisan UMNO Di Manek Murai

Oleh: WFAUZDIN NS

BIAR betapa hebatnya propaganda Umno dan media kawalan mereka mengatakan Pas terutamanya kini di ambang perpecahan, namun sebagai penyokong setia Pas dan juga PR termasuk Kelab Penyokong Pas harus berani turun membuktikan bahawa propaganda murahan Umno tidak laku di bumi Kelantan ini khususnya di Manek Urai. Memang benar, berlaku sedikit kocakan di dalam Pas dan tempiasnya dirasai oleh rakan-rakan di dalam PR, tetapi sehingga kini kesemua pimpinan Pas dan juga PR telah nekad untuk `menggali' satu lagi `kubur' buat Umno dan `batu nisan'nya telah pun ditempah.


Mahu tidak mahu, Umno terpaksa menggigit jari dan menelan air liur mereka untuk melihat Pas berpecah. Oleh itu, tidak hairan lagi di TV3 khususnya dan Utusan Meloya amnya, begitu hebat `lagu' ciptaan Tuan Guru Presiden Pas bertajuk `Kerajaan Perpaduan Umno-Pas' dimainkan, sedangkan sebenarnya `lagu' berkenaan masih belum dilengkapi dengan `irama dan lagu' hanya sekadar `lirik' yang tercipta, bahkan albumnya pun belum dikeluarkan. Tetapi `lagu' yang tidak siap berkenaan amat diminati oleh Umno kerana `ada udang di sebalik batu'. Dan yang terbaru seperti yang diumumkan oleh Setiausaha Agung Pas, `lagu Kerajaan Perpaduan' tersebut telah ditarik balik kerana tiadanya `irama dan lagu' yang bersesuaian buat tajuk `lagu' tersebut pada ketika ini. Maka, sumbanglah bunyinya `lagu' tersebut apabila Umno memainkannya.

Setelah beberapa kali Umno di`kapankan' di dalam beberapa siri Pilihanraya Kecil sebelum ini, sudah pasti Umno tidak mahu lagi menanggung malu. Apatah lagi Umno mengakui bahawa kekuatan Pas dan PR hanyalah bergantung kepada yang bukan Melayu, maka di bumi Kelantan ini Umno terpaksa membuktikannya. Jika Umno tewas, ini bererti semua kaum menolak Umno kecuali mungkin golongan `jin jahat atau hantu-hantu' yang sudah cukup umur untuk mengundi. Pas tidak harus leka dengan kemungkinan bantuan dari `makhluk halus' ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa `makhluk halus' seperti ini wujud semasa pilihanraya.

Gunakanlah peluang ini untuk membuktikan bahawa sebenarnya Umno dan Pas tidak serasi untuk di`tunangkan' apatah lagi untuk di`kahwin'kan. Sekian lama Pas telah cuba untuk berdakwah dengan Umno, tetapi jenis Umno ini tidak akan menerima Pas selagi Pas berjuang atas paksi Islam. Tetapi Pas tidak lama mengambil masa untuk menyedarkan bukan Islam terhadap Islam, apabila beberapa pemimpin bukan Islam dari DAP dan PKR kini telah mula memetik ayat-ayat Al-Quran di dalam ucapan-ucapan mereka. Jelas terbukti bahawa Pas sebenarnya lebih serasi, mudah dan senang untuk menjalankan kerja dakwah mereka bila berada di dalam PR jika dibandingkan bersama dengan Umno. Umno ingin bersatu atas dasar Melayu kerana pada mereka Melayu itu Islam, kuat Melayu maka kuatlah Islam. Prinsip ini sebenarnya sesat lagi menyesatkan. Kekuatan kerajaan Islam di zaman Uthmaniah bukan kerana Uthmaniah itu Melayu, tetapi kerana perjuangannya meletakkan Islam di tempat yang tertinggi dan juga kerana keadilannya terhadap semua rakyat.

Saya berharap tiada larangan buat sesiapa sahaja untuk menabur bakti di Manek Urai asalkan tujuannya satu iaitu untuk `mengapan'kan Umno. Kesemua peringkat pimpinan haruslah dibenarkan datang ke Manek Urai kerana di sana nanti kita akan dapat melihat dengan lebih jelas dan nyata siapakah yang ikhlas berjuang untuk Pas dan siapakah yang datang untuk membawa `cincin pertunangan untuk melamar Umno'. Tetapi saya percaya, setelah berbagai pendapat dan kritikan telah dibuat termasuk nasihat dan teguran dari Mursyidul Am, pemimpin-pemimpin Pas yang akan datang ke Manek Urai akan datang dengan semangat yang lebih kuat dan jitu. Biarkan mereka datang untuk mensucikan `dosa-dosa' mereka terhadap parti yang kita sayangi ini. /wfauzdin.blogspot.com

Datuk Anwar Ibrahim Gusar Hakim Berat Sebelah Adili Krisis Perak

Datuk Seri Anwar Ibrahim gusar terhadap kewibawaan sistem keadilan dalam membicarakan krisis dua Menteri Besar Perak yang kini akan di putuskan di Mahkamah Persekutuan.

"Kita tidak menaruh penuh keyakinan kepada sistem kehakiman, semua orang tahu, kes video V.K Lingam dengan laporan Suruhanjaya sehingga kini tiada tindakan undang- undang. kita tidak menjangka ada perubahan dalam bidang ini. Tuntutan Datuk Sri Nizar itu masih mengikut proses biasa. Saya tidak mengharapkan Ketua Hakim negara akan bersetuju," Kata Datuk Sri Anwar.

"Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini mengisytiharkan Datuk Seri Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah. Hakim Datuk Abdul Aziz Rahim membuat keputusan demikian berikutan Datuk Sri Nizar tidak pernah meletakkan jawatannya dan tidak ada undi tidak percaya terhadap beliau dalam DUN Perak," tambahnya lagi.

Anwar berkata Ketua Hakim Negara Zaki Azmi harus menunaikan permohonan Nizar supaya permohonan beliau didengar oleh panel 11 hakim.

"Mengapa rasional kita adakan 11 hakim ? Isu ini isu perlembagaan yang besar. Kita tidak boleh angkat mana- mana hakim tertentu yang membuat keputusan yang memberat pada mana- mana pihak tertentu. Biarkan mereka buat keputusan dan biarkan masing- masing menulis supaya ini akan menjadi bahan yang akan dibaca oleh masyarakat," ujarnya lagi.


Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin semalam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry Kadir sebagai Menteri Mesar Perak yang sah.

Beliau terpaksa memfailkan rayuan itu walaupun dua daripada tiga hakim mahkamah rayuan berkenaan gagal mengemukakan hujah bertulis untuk menyokong keputusan mereka itu yang mengejutkan banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan orang ramai.

Nizar telah meminta panel 11 hakim untuk mendengar rayuannya di Mahkamah Persekutuan pada 9 Julai depan.

TVA

Pengundi Manek Urai teruskan agenda Pakatan Rakyat

Pengundi di Manek Urai perlu meneruskan perjuangan yang telah dilakukan rakan-rakan di tempat lain pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini.

"Jangan pula rakyat di sini gagal meneruskan usaha yang dilakukan rakyat di tempat lain dengan menolak Umno dan Barisan Nasional.

"Rakyat di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Penanti telah menolak BN pada pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini," kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato' Husam Musa ketika melancarkan jentera pilihan raya pemuda di Lata Rek, kelmarin


Bagaimanapun beliau yakin pengundi di Manek Urai tidak akan mencacatkan perjuangan yang diteruskan rakan-rakan di tempat lain.

Ini kerana kata beliau rakyat Kelantan mempunyai daya juang yang tinggi kerana lebih awal lagi menolak BN ketika situasi itu tidak berlaku di negeri-negeri lain.

"Ketika orang lain masih lena dalam perjuangan kita telah lama bangkit. Ketika orang lain baru hendak bangun kita sudah boleh berdiri di atas kerusi," ujarnya.

Beliau berkata, biar pun mesej perpaduan Melayu yang cuba dibawa Umno di Manek Urai, namun ia tidak lebih sebagai retorik bagi mempengaruhi rakyat semata-mata.

Katanya, Umno sengaja hendak kelirukan rakyat di Manek Urai dengan isu orang Melayu perlu berpadu, sedangkan hakikat sebenar perpaduan yang hanya menguntungkan politik mereka sahaja.

Husam yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, Umno cuba memperbodohkan orang Melayu di kawasan hulu Kelantan kerana menganggap mereka tidak peka dengan perkembangan politik semasa.

Sedangkan katanya di kawasan yang mempunyai bilangan penduduk bukan Melayu yang agak ramai Umno cukup rimas kerana berlaku penolakan terhadap BN.

"Misalnya orang Cina di Kuala Sepetang, Bukit Gantang biar pun diberi bantuan bot oleh Umno namun mereka tetap menolak calon BN pada pilihan raya yang diadakan sebelum ini," ujarnya.

Begitu juga katanya di tempat-tempat lain orang bukan Melayu menolak Umno dan BN seperti telah dibuktikan pada lima pilihan raya kecil yang diadakan selepas Mac 2008.

Lebih-lebih lagi katanya, kalangan pengundi muda di saluran tiga dan empat hampir menyeluruh menolak BN.

Beliau berkata, rakyat bukan Melayu di luar Kelantan terus mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat setelah berjaya diwujudkan pada Mac 2008.

Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Haji Abdul Fatah Harun berkata, terdapat Hadis Nabi Muhammad saw yang menjelaskan pada akhir zaman golongan muda lebih berminat kepada perjuangan Islam berbanding orang tua.

"Jadi apa yang berlaku sekarang sudah tepat dengan maksud Hadis Nabi Muhammad saw di mana menggambarkan orang tua semakin jauh dengan Islam, sedangkan golongan muda ramai mempertahankan Islam," katanya.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, pemuda perlu masuk setiap jalan dan lorong di Dun Manek Urai bagi menemui pengundi untuk menyampaikan mesej Islam.

"Pemuda hendaklah jumpa setiap pengundi di atas pagar dan yang menyokong Umno bagi menjelaskan kepada mereka kelebihan perjuangan Islam," katanya.

Kata beliau kemenangan di Manek Urai adalah hadiah kepada Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang telah berjaya mempertahankan Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu di bawah agenda membangun bersama Islam.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan berkata, pemuda yang turun ke medan hendaklah mempamerkan akhlak Islam bagi menarik perhatian penduduk.

"Biarlah orang kampung melihat cantiknya akhlak pemuda-pemuda PAS yang membawa mesej perjuangan Islam kepada mereka," katanya.

Hampir 500 pemuda daripada 29 cawangan PAS di Dun Manek Urai hadir pada program tersebut.

HarakahDaily

Pakatan Sedia Bincang Dengan UMNO/BN Atas Isu Awam Saja, Bukan Kerajaan Perpaduan

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Sri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan Pakatan Rakyat tidak menolak sebarang rundingan dengan UMNO- Barisan Nasional bersabit isu- isu berkepentingan awam tetapi bukan menjurus kepada cadangan penubuhan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata isu kerajaan perpaduan langsung tidak timbul kerana pentadbiran negara dibawah UMNO- Barisan Nasional masih dibelit dengan kerakusan kuasa, kezaliman dan ketidakadilan melibatkan institusi awam.

“Isu berbincang dengan Barisan Nasional dan Umno tidak jadi masalah. tapi kalau kita bicara pasal perpaduan, untuk apa ? Untuk teruskan kezaliman? gunakan ISA untuk tangkap orang atau untuk menyalahgunakan proses mahkamah?, Untuk merampas Perak ? Itu tidak dibereskan,’ kata Anwar.

“Jadi kalau nak bincang...mengapa tidak ada pilihan raya di Perak ? Mengapa jenayah meningkat ? Mengapa Peguam Negara tidak telus ? Mengapa badan kehakiman belum bebas ? Mengapa media jadi alat propaganda murahan ? Ini yang akan dibahaskan. Ini akan membolehkan kita mengadakan perbincangan yang baik,” tambah Anwar.

“Kalau BN tegur kita sebab kritikan kita pedas, kita boleh dengar. Apa- apa penyesuaian yang boleh kita lakukan, kita akan lakukan. Untuk bicarakan tentang kerjaan perpaduan, itu bukan sesuatu yang munasabah sama sekali," kata Anwar.


Beliau yang juga Ketua Pembangkang berkata demikian selepas menyampaikan ucaptama Wacana Pendidikan Rakyat anjuran sayap pemuda dan biro pendidikan PKR di Shah Alam.

Merujuk usaha UMNO meminda perlembagaannya, Anwar berkata yang jelas PKR telah pun mengorak langkah itu jauh lebih awal dan secara komprehensif supaya menjadi parti yang lebih demokratik dan bebas dari rasuah politik.

"Umno menimba sedikit idea kita. Tetapi proses demokrasi ini tunggaknya kepada falsafah perjuangan dan dasar dan diperkuatkan dengan kaedah yang demokratik,” jelas Anwar.

“Umno memilih satu daripada aspek iaitu corak yang demokratik. tapi kerakusan, kezaliman masih menjadi falsafah mereka. Jadi saya tidak fikir ia (Umno) akan melakukan melakukan banyak perubahan, ia cuma babak drama yang baik saja,” kata Anwar.

Pada 13 Jun lalu, PKR meluluskan beberapa pindaan perlembagaan parti untuk menghadkan tempoh maksima seseorang boleh menjadi presiden tidak lebih dari 3 penggal atau 9 tahun.

Sistem perwakilan untuk memilih pemimpin tertinggi dimansuhkan dan hak mengundi diberikan secara langsung kepada ahli biasa.

Pindaan juga diluluskan untuk memperuntukkan 30 peratus jawatan penting dalam parti untuk wanita.

Berlainan daripada pindaan yang diluluskan oleh PKR, UMNO akan terus mengekalkan sistem perwakilan bagi memilih pemimpin yang disifatkan faktor utama menyebabkan parti itu dibelenggui dengan budaya politik rasuah.

UMNO memilih untuk hanya meminda sistem kuota yang ditetapkan untuk membolehkan calon bertanding, isu-isu berhubung yuran, penambahan jumlah perwakilan, had kelayakan menjadi calon serta penglibatan ahli di peringkat akar umbi.

Pemerhati politik mempertikaikan sejauh mana pindaan itu akan berkesan untuk memastikan perwakilan UMNO tidak menjual undi mereka kepada calon yang menawarkan harga paling tinggi, sebagaimana yang lazim berlaku pada setiap pemilihan parti.

TVA

Saturday, June 20, 2009

Naib presiden Gerakan digantung keahlian

Naib Presiden Gerakan, Huan Cheng Guan digantungkeahliannya selama tiga tahun. Ia diputuskan oleh mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CWC) Gerakan malam tadi.

Sepanjang tempoh tersebut jawatan Huan sebagai naib presiden digantung dan beliau tidak boleh mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti parti

Setiausaha Agung Gerakan, Teng Chang Yeow berkata, keputusan tersebut disebut selepas CWC mempertimbangkang semua fakta dan faktor terbabit.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil kerana tindak tanduk Huan yang prejudis terhadap kepentingan parti itu dengan secara terbuka mengecam parti dan kepimpinannya, mengisytiharkan untuk meletak jawatan dan mengancam untuk membawa penyokongnya meninggalkan Gerakan.


Teng berkata, semua kenyataan Huan itu yang dibuat melalui media kerana beliau dan beberapa pemimpin akar umbi parti itu membantah pelantikan seorang penyelaras dalam sebuah kawasan pilihanraya di Pulau Pinang.

Katanya, Chuan yang juga anggota CWC yang membuat keputusan muktamad mengenai pelantikan penyelaras tersebut, telah membantah atas alasan orang yang dicalonkan itu dibawa masuk dari luar.

Dituduh hasut penyokong

Namun, kata Teng, jawatankuasa pusat tidak menganggapnya sebagai satu alasan yang sah.

"Hanya selepas CWC membuat keputusan, telah timbul dakwaan-dakwaan yang lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Sebagai seorang naib presiden yang dipilih, sepatutnya saluran dalaman parti digunakan untuk menyuarakan sebarang pandangan dan sentimen, tetapi Huan dan penyokongnya memilih untuk berbuat demikian melalui media.

"Lebih teruk lagi, terdapat bukti yang menunjukkan beliau telah menghasut penyokongnya untuk menggantung kain pemidang, malah dilaporkan telah bertindak menghubungi pihak pembangkang," katanya.

Teng berkata, tindak tanduk negatif yang keterluan seperti itu tidak boleh diterima.

Tambahan lagi, katanya, ini bukan pertama kali Huan membuat kenyataan seumpama itu dalam media, walaupun tidak seserius kali ini.

Pemohonan maaf

Menurut Teng, Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon sendiri telah memberi amaran kepada Huan.

Tetapi kali ini, tegas beliau, Huan telah melakukan tindak tanduk yang lebih teruk lagi.

Sehubungan itu, katanya, beberapa pemimpin parti berpandangan bahawa tindak tanduk seperti itu sewajarnya dikenakan hukuman yang setimpal.

"Bagaimanapun, dengan mengambil permohonan maaf beliau secara bertulis dan terbuka kepada presiden, maka CWC memutuskan untuk menggantung keahliannya.

"Di bawah perlembagaan parti, jika tidak puas hati dengan keputusan tersebut, Huan berhak mengemukakan rayuan kepada jawatan pusat dalam tempoh 14 hari dari tarikh dimaklumkan mengenai hukuman tersebut," kata Teng.

malaysiakini

Blog : Manohara reka disogok AS$ 2 juta

Manohara Odelia Pinot sengaja mereka-reka cerita beliau ditawarkan AS$2 juta agar menarik balik tuduhan didera terhadap suaminya Tengku Muhammad Fakhry Petra, dakwa satu blog di negara ini.

"Manohara kata dia ditawar sebanyak USD2 juta supaya tidak meneruskan hasratnya untuk membawa TT (suaminya, Tengku Temenggong Kelantan) ke pengadilan tapi tidak dapat menunjukkan siapakah yang menawarkan wang itu," kata Truth Appeared hari ini.

"Ini satu lagi pembohongan dan fitnah yang dibuat oleh Manohara."

Blog tersebut, yang sering memuatkan koleksi foto-foto mesra Manohara dengan Tengku Muhammad Fakhry, mempertahankan putera Sultan Kelantan itu sejak awal timbul konflik ini, April lalu.

Minggu lalu, bekas model muda itu yang bergelar Cik Puan Temenggong Kelantan mendakwa menerima tawaran sedemikian dalam kenyataannya di stesen MetroTV.

"Terus terang saya ditawari sejumlah uang sebesar 2 juta dolar Amerika untuk menarik gugatan saya kepada Tengku Fakhry," beliau dipetik berkata demikian oleh akhbar web Detik.com.

Tanpa mendedahkan nama atau pihak yang membuat tawaran, Manohara dilaporkan berkata beliau enggan menerimanya kerana "sudah terlanjur sakit hati" terhadap suaminya.


Sementara itu, akhbar web yang sama juga melaporkan polis mengemukakan 50 soalan kepada wanita itu dan 25 soalan lagi kepada ibunya Daisy Fajarina dalam siasatan terhadap mereka susulan laporan polis yang mendakwa didera suaminya.

Sebanyak 50 soalan lagi ditanyakan kepada kakaknya Dewi Sari Asih, lapor media itu lagi, kelmarin, selepas memberikan keterangan.

Mereka bertiga hadir di ibu pejabat polis Indonesia di Jakarta berhubung aduan polis 9 Jun lalu yang mengaitkan suaminya, Sultan Kelantan, Raja Perempuan Kelantan dan lima yang lain berhubung dakwaan mendera dan menculiknya.

Tengku Muhammad Fakhry bagaimanapun menafikan semua tuduhan isterinya dan Daisy, termasuk dalam aduan polisnya di Kuala Lumpur, 11 Jun lalu.

Tengku Temenggong Kelantan juga merancang mengambil tindakan undang-undang terhadap isterinya dan ibu mertuanya berhubung dakwaan-dakwaan tersebut.

malaysiakini

Kenyataan Terbaru Dato Mustafa Ali

PAS tidak berminat bincang dengan Umno - Mustafa Ali

Setiausaha Agung PAS, Dato' Mustafa Ali berkata PAS buat waktu ini tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan.

"Saya ingin menegaskan bahawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak ada minat sama sekali untuk berbincang dengan Umno termasuk atas isu kerajaan perpaduan buat waktu ini," katanya dalam kenyataan pendek yang diemelkan ke Harakahdaily pagi ini.

Kenyataan beliau itu adalah berhubung kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno bersedia berbincang dengan PAS atas apa sahaja topik tanpa meletakkan syarat.



HarakahDaily

"Kerajaan Perpaduan ni yang bercakap Presiden (PAS), biar dialah selesai", Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak

"Alhamdulillah...(sambil menadah kedua belah tangan) baru dia tau PAS ikhlas? Lama dah ikhlas, tapi depa (mereka) yang tak ikhlas dengan kami!," demikian reaksi spontan Menteri Besar, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak ketika diminta wartawan mengulas kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa PAS ikhlas untuk berbincang mengenai Kerajaan Perpaduan.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Wisma Darul Aman, di sini 17 Jun lalu, Ustaz Azizan bagaimanapun enggan memberikan kenyataan lanjut berhubung polemik tersebut.

"Kerajaan Perpaduan ni yang bercakap Presiden (PAS), biar dialah selesai, saya ni orang bawah saja. Saya tiada komitmen apa pun. Perpaduan baguslah... semua berpakat! Dengan DAP, PAS, Umno, Gerakan, MCA kita pakat dok sekali semua, perpaduanlah macam tu agaknya atau macam lain? Saya tak tahu, nak cakap macam mana?

"Kalau kita dah jelas konsep itu bolehlah beri komen. Mungkin perpaduan ni semua parti duduk bersama dan menggerakkan negeri bersama...mungkin! Perpaduan macam sekarang PAS, DAP, KeADILan itu perpaduan juga, kerajaan juga. Perpaduan peringkat BN macam MCA, MIC, Gerakan, Umno dan lain-lain, (itu) perpaduan juga.

"Kalau semua perpaduan tak bagus juga, tak ada pembangkang. Pembangkang mesti ada. Kalau tak ada pembangkang kita tak tahu mana kerja betul mana tidak betul, semacam semua. Kalau pun salah tak ada siapa tegur kita, pembangkang perlu. Kalau semua bersatu tak betullah, tak ada maknalah. Tak ada dalam dunia satu kerajaan saja memerintah tak ada parti pembangkang. Mesti ada pembangkang barulah demokrasi itu hidup," ujarnya sekadar menyatakan pandangan.

Oleh itu beliau berharap agar pihak media menunggu penjelasan dari Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sendiri.

"Lagipun dalam PAS tak semua sokong. Masa muktamar hari tu pun banyak pandangan-pandangan yang tak merestuai tentang apa yang dikatakan perpaduan kerana orang tidak jelas apa itu perpaduan, nak buat orang tak tahu.

"Tapi orang merestui Hadi untuk berunding dengan sesiapa sahaja. Sebagai parti politik, sebagai kerajaan kita boleh berbincang dengan sesiapa sahaja. Kita dengarlah, kita setuju belum tahu lagi. Perundingan itu menunjukkan keterbukaan kita.

"Saya tidak mahu kata 'yes or no' sebab saya bukan orang yang melontarkan idea. Tetapi ingatan saya masa muktamar baru ni dia (Presiden) cakap dia bersedia untuk berunding dengan sesiapa sahaja, itu 'good'. Tok Guru Nik Aziz pun berunding dengan Lee Kuan Yew," ujarnya menerangkan keterbukaan PAS itu.



HarakahDaily

PAS tidak akan benarkan dirinya jadi talian hayat Umno

PAS tidak akan membenarkan dirinya menjadi talian hayat untuk untuk memulihkan krisis kepercayaan rakyat terhadap Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak, Umno dan Barisan Nasional (BN), kata Naib Presidennya, Dato' Mahfuz Omar.

Beliau berkata, krisis kepercayaan rakyat terhadap Najib, Umno dan BN kini begitu parah sehingga apa yang disebut sebagai kerajaan perpaduan hendak dijadikan talian hayat "untuk menyambung nafas mereka".

Menurut Mahfuz, kalau dahulu rakyat mendengar parti-parti komponen BN mengadu mereka dibuli oleh Umno, keadaan kini bertambah parah apabila suasana hilang kepercayaan parti-parti komponen BN terhadap Najib merebak pantas seperti api dalam sekam.

"Kepimpinan Najib kini menghadapi krisis kepimpinan dari dalam BN malah dari dalam Umno sendiri sehingga beliau kini sangat terdesak dan tertekan.


"MCA dilihat mengugut mahu keluar dari BN manakala tokoh-tokoh Umno sendiri mengadakan kempen bisik-bisik yang mempersoalkan kepimpinan Najib.

"Kerajaan BN diberi nama kerajaan isteri suami malah didakwa sebagai kerajaan bini Najib oleh tokoh-tokoh Umno sendiri," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Menurut Mahfuz, hakikat bahawa isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor begitu berkuasa diiktiraf oleh Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.

Mengulas kunjungan hormatnya menemui Rosmah, Kuan Yew berkata, beliau melakukan kunjungan hormat menemui Rosmah kerana beliau diberitahu Najib dan isterinya berkerja sebagai satu pasukan dan adalah perlunya baginya memahami kedua-dua anggota pasukan itu.

Tidak ada mana-mana pembesar utama negara asing yang mengadakan kunjungan hormat menemui mana-mana isteri Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Mahfuz menegaskan, segala keupayaan dan kepakaran akan digembelingkan habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Manek Urai untuk memberi isyarat tegas dan jelas bahawa ia tidak boleh digunakan kuda tunggangan untuk memulihkan krisis kepercayaan terhadap Najib, Umno dan BN.

HarakahDaily

Parti KeAdilan Rakyat Saran Perbincangan Terbuka Bersama Najib Berhubung Pembubaran DUN Perak

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyarankan supaya satu perbincangan terbuka diadakan dengan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, tiada syarat perlu ditetapkan dalam perbincangan itu.

Menurut beliau, ia bertujuan menyelesaikan kemelut politik perak yang telah berpanjang hampir setengah tahun lalu.


Dr Wan Azizah berkata demikian kepada media pada majlis sambutan ulang tahun kelahiran Daw Aung San Suu Kyi ke-64 di lobi SUK, Shah Alam, petang tadi.

Menurutnya, perbincangan itu perlu diadakan bersama Barisan Nasional kerana mereka harus bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah yang berlarutan ini.

Dalam perkembangan lain, beliau menegaskan isu kerajaan perpaduan tidak akan meretakkan permuafakatan Pakatan Rakyat yang terbina dengan iltizam untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.

TVA

26 Jun : Perbicaraan Anwar Mohon Batal Pertuduhan Liwat

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 26 Jun ini untuk mendengar permohonan Datuk Sri Anwar Ibrahim untuk membatalkan pertuduhan liwat beliau.

Peguamnya Sangkara Nair berkata beliau dimaklumkan semalam oleh mahkamah itu bahawa kes tersebut akan didengar oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah pada tarikh itu.

Kelmarin, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, 62 tahun memfailkan permohonan untuk mengetepikan pertuduhan liwatnya, mendakwa bahawa ia dibuat dengan niat tidak baik dan bersifat menindas.

Pada 10 Mac, Anwar tidak mengaku bersalah terhadap tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara di sini pada 26 Jun tahun lepas.

Dalam notis usul beliau, Anwar meminta untuk mengetepikan pertuduhan itu dengan segera.

Beliau mendakwa dalam afidavit sokongannya bahawa pertuduhan liwat dan pendakwaan terhadapnya adalah mala fide, menindas dan menyalahgunakan proses mahkamah.

Mahkamah yang sama itu juga akan mendengar satu lagi permohonan Anwar Isnin ini untuk meminta pihak pendakwaan memberikan beliau semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.



TVA

Saiful jawab Anwar : 'Di mahkamah Allah dibicarakan juga'

Jika ditakdirkan tuduhan liwat terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan, Mohd Saiful Bukhari Azlan reda menerimanya.

Bagaimanapun, bekas pembantunya mengingatkan penasihat PKR bahawa beliau mungkin boleh lepas di mahkamah dunia, tetapi "di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga".

Mohd Saiful menegaskan demikian dalam blognya sebagai mengulas permohonan Anwar untuk mengetepikan tuduhan tersebut.

Mohd Saiful menulis dalam blognya lagi : "Tidak terkata.. Jika ditakdirkan kes ini digugurkan di mahkamah dunia, tidak mengapa, saya reda.

"Kerana kelak semasa di Mahsyar (mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.

"Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT sahaja, kerana Dialah yang Maha Adil lagi Maha Berkuasa," tulisnya.

Mohd Saiful mengakhiri catatannya dengan menulis "yang hak pasti berdiri, yang batil pasti jatuh."


Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful di sebuah kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun lepas.

Jika sabit kesalahan, beliau boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Beliau kini bebas dengan bon peribadi RM20,000.

Ceramah Bubar DUN Perak Bersama Dato' Seri Nizar Jamaluddin di Paya Renggam Semalam





klip video ehsan : PerakEXTV

Krisis Perak : Biar panel 11 hakim tentukan, kata Nizar

Datuk Seri Nizar Jamaluddin dari Pakatan Rakyat mahukan panel penuh 11 hakim Mahkamah Persekutuan mendengar rayuan beliau untuk membatalkan pengisytiharaan Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Menurut Nizar, panel 11 hakim itu amat perlu memandangkan rakyat meletakkan harapan tinggi kepada mahkamah untuk menyampaikan keputusan yang adil dan saksama bagi merungkai krisi Perlembagaan Perak.

Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan hari ini bagi membatalkan keputusan mengejut Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar.

Tiga hakim berkenaan membuat keputusa itu dalam tempoh lima minit pada bulan lalu dan sekali gus mengejutkan ramai pengamal undang-undang, bekas hakim dan rakyat keseluruhan.

Mereka telah berjanji untuk mengemukakan hujah bertulis bagi menyokong keputusan bingkas itu namun gagal berbuat demikian sehingga menyulitkan rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan berkenaan.


Nizar tiba di Pejabat Pendaftar Mahkamah Persekutuan sekitar jam 3.00 petang nanti bersama peguam Leong Cheok Keng.

Rayuan berkenaan akan didengar pada 9 dan 10 Julai depan.

“Saya menggesa Ketua Hakim Negara untuk menampilkan 11 hakim bagi mendengar permohonan ini untuk tidak menghampakan rakyat Malaysia yang meletakkan harapan pada Mahkamah Persekutuan untuk menyampaikan penghakiman yang adil dan saksama,” kata Nizar.

“Rakyat Malaysia mengharapkan kebijaksaan Mahkamah Persekutuan untuk merungkai kemelut antara Zambry dan saya. Kes ini lebih dari pertempuran politik. Keputusan Mahkamah Persekutuan akan memandu halatuju negara dalam tahun-tahun mendatang, kata Nizar.

“Perbicaraan ini membabitkan bukan sekadar negeri Perak, tetapi seluruh negara yang di bicarakan,” tambah Nizar.

Tiga hakim Mahkamah Rayuan sebelum ini menolak keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memutuskan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah, kerana beliau tidak meletak jawatan atau disabit dengan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Namun Mahkamah Rayuan mengambil sikap Zambry adalah Menteri Besar sah semata-mata kerana perlantikannya diperkenan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Nizar kesal dengan keputusan Mahkamah Rayuan itu tetapi lebih mendukacitakan ialah kegagalan hakim untuk memberi alasan bertulis atas tindakan mereka.walaupun sebulan telah berlalu.

”Amat dikesali kami terpaksa membuat permohonan ini tanpa penghakiman bertulis dari Mahkamah Rayuan. Ini jelas sekali mencemar sistem kehakiman dimana hujah tuntas adalah asas kepada penghakiman,” kata Nizar.

Nizar berkata beliau juga belum diberi hujah bertulis oleh seorang lagi Hakim Mahkamah Rayuan yang paling awal meluluskan permohonan Zambry untuk membeku keputusan Mahkamah Tinggi yang berpihak kepada Nizar. .

“Saya masih menunggu hujah tuntas dari Hakim Ramly Ali, hakim yang mendengar rayuan Zambry secara bersendirian dan membekukan keputusan Mahkamah Tinggi. Sehingga ke hari ini beliau juga masih belum mengemukakan penghakiman beliau,” kata Nizar.

TVA

UMNO/BN ‘LEMAS’ HADAPI PAS/PR

Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata Umno dan Barisan Nasional (BN) kini berada dalam keadaan paling ‘cemas’, tidak selesa diambang ‘kelemasan’ menghadapi kebangkitan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Umno hari ini jadikan apa sahaja untuk jadi isu sebab dia (Umno-BN) dalam ‘kelemasan’. Dan terbaru, Kerajaan Perpaduan dijadikan isu untuk memecah-belahkan PAS dan Pakatan Rakyat,” ujarnya ketika merasmikan Ijtima’ PAS Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Payong di Masjid Titian Baru, Kedai Buluh, Marang, dekat sini, semalam.

Namun begitu katanya, beliau percaya kepimpinan tertinggi PAS dapat menangani isu-isu tersebut dengan baik dalam masa terdekat ini.



Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda PAS Terengganu menyarankan Pemuda PAS menyusun strategi bagi menarik sokongan golongan muda bersama parti itu.

“Kita (PAS) mahu peranan Pemuda yang lebih berkesan dengan menyusun strategi untuk menarik sokongan rakyat terutama golongan muda.

“Kita (PAS) mahu orang muda yang ramai ini menyokong perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang,” ujarnya.

Ini penting, katanya kerana Dun Bukit Payung telah dimenangi oleh PAS dan usaha mempertahankan kemenangan tersebut lebih sukar dari mencapainya.

Menurutnya, ahli serta jentera parti wajar diingatkan kerja mempertahankan kemenangan Islam merupakan satu tanggungjawab wajib dilakukan.


Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pemuda PAS Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah, bekas Yang Dipertua PAS Kawasan Marang, Ustaz Hassan Salleh dan Pengarah MTD Bukit Payung, Ustaz Baharuddin Mohamad.

Seramai 100 anggota yang terdiri dari Unit Amal Marang, Amal Nisa’, Waja dan Muslimat PAS menyertai saf pembarisan sebelum acara perasmian berlangsung di tapak Ijtima tersebut.

BuletinOnline