Thursday, May 19, 2011

Notis pembatalan PKR berniat jahat – Saifuddin

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS)
yang mahu membatalkan pendaftaran PKR pada 9 Jun depan.
FMT ALERT
PETALING JAYA : Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail berkata, Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud dalam perlembagaan parti dan mengikut rekod ahli parti yang dipecat itu bukannya A Rajagopal, tetapi A Jayagopal.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) yang mahu membatalkan pendaftaran PKR pada 9 Jun depan.

Dalam notis yang dialamatkan kepada pejabat PKR di sini pada 9 Mei lalu, kenyataan itu menyebut kuasa pembatalan itu dibuat mengikut Seksyen 13(2) Akta Pertubuhan 1966 kecuali PKR pada tarikh sebelum 9 Jun memberikan alasan yang memuaskan ROS untuk tidak membatalkan parti itu.

Dalam notis itu, ROS memberi alasan ‘PKR telah sengaja melanggar Fasal 3.2.1 Undang-Undanng Berdaftar Parti kerana memecat keahlian A Rajagopal pada 1 April 2009 dan 27 April 2009 tanpa terlebih dahulu disoal siasat dan dibicarakan oleh Lembaga Disiplin’.

“Dakwaan ini karut kerana Fasal 32.2.1 langsung tidak wujud dalam perlembagaan parti. Walaupun ianya kesilapan ejaan, Fasal 32 langsung tidak ada kaitan dengan isu disiplin dan Lembaga Disiplin.

“ROS turut melakukan kesalahan kerana rekod parti menunjukkan bahawa nama individu yang dinyatakan sebenarnya adalah Jayagopal a/l Andaikallam (No KP 520929-02-5709) dan bukannya Rajagopal a/l Andaikallam,” kata Saifuddin dalam sidang media di ibu pejabat PKR di sini hari ini.


Jamilah Kamarudin FMT

No comments:

Post a Comment