Tuesday, July 21, 2009

Gesa tubuh Suruhanjaya Diraja segera bagi menyiasat kes kematian Teoh





tvpas09

Kenyataan Media Datuk Seri Anwar Ibrahim : Kenyataan-kenyataan palsu di dalam affidavit pendakwaan

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—
21 Julai 2009

1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara

2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidal terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.

ANWAR IBRAHIM




anwaribrahimblog.com

Sedia hadapi saman RM105j

Oleh Amir Abd Hamid
amir@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR : “Kami sekeluarga tidak takut disaman berapa banyak pun. Tuhan memihak pada yang benar dan harap berbalik rezeki (menang dalam saman itu) kepada kami,” kata Daisy Fajarina, 44, ibu mentua Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra.

Daisy dihubungi di Indonesia bagi mengulas tindakan saman fitnah berjumlah RM105 juta dikemukakan Tengku Muhammad Fakhry terhadapnya semalam dan anak kedua Daisy, Manohara Odelia Pinot, 17, yang juga isteri Tengku Temenggong Kelantan.

Saman berkenaan difailkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi Sivil di sini, semalam melalui peguam, Mohd Haaziq Pillay.

Tengku Muhammad Fakhry, 31, sebagai plaintif, menamakan ibu mentuanya, Daisy Fajarina sebagai defendan pertama dan isterinya, Manohara Odelia Pinot defendan kedua.

Sebelum ini, pada 5 Julai lalu, putera ketiga Sultan Kelantan itu memfailkan dua saman di Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu, Kelantan, bagi menuntut Manohara kembali taat kepadanya dan mengembalikan semula hutang sebelum dan selepas berkahwin sebanyak RM972,750.

Mengenai kemelut kekeluargaan yang terjadi itu, Daisy berkata, naluri ibu dimilikinya tidak berapa tepat apabila menganggap Tengku Muhammad Fakhry boleh menjaga Manohara dengan baik.

“Saya amat percaya kepadanya (Tengku Muhammad Fakhry) ketika kali pertama bertemu dalam satu majlis makan malam pada 2006 yang turut dihadiri Manohara.

“Beliau datang kepada saya dan dengan sopan meminta kebenaran: ‘Boleh tidak saya berkenalan dengan puteri ibu (Manohara)’. Saya membenarkan kerana I really trust him so much (saya sangat percayakannya)...,” katanya.

Selain Manohara, dia memiliki seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Dewi, 20.

Wartawan cuba mendapatkan ulasan Manohara, tetapi Daisy memberitahu anaknya tiada di rumah kerana berada di lokasi penggambaran filem bertajuk ‘Manohara’.

Menurutnya, Manohara juga sibuk menyiapkan biografi mengenai kisah kehidupan dirinya dan dalam proses mencari penerbit. Manohara bercadang melancarkan buku berkenaan di Amerika Syarikat.

Ditanya persediaannya untuk menghadapi tuntutan saman itu, Daisy memberitahu dia dan anaknya mempunyai peguam bagi menangkis dakwaan Tengku Muhammad Fakhry bahawa dia melakukan fitnah.

“Saya dan anak sudah bersedia ke sana (Malaysia) pada bila-bila masa diperlukan. Dia (Tengku Muhammad Fakhry) harus menanggung segala perbuatan terhadap Manohara.

“Manohara juga sedang dalam perancangan untuk bercerai. Dia tidak akan kembali kepada Tengku Muhammad Fakhry,” katanya.


Tengku Muhammad Fakhry dan Manohara yang memegang gelaran Cik Puan Temenggong Kelantan berkahwin pada 26 Ogos tahun lalu dan menetap di Istana Mahkota, Kubang Kerian.

Selepas sembilan bulan berkahwin, Manohara pulang ke Indonesia dan enggan kembali.

Kisah bekas model itu mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik Indonesia sehingga mengundang pelbagai persepsi negatif.

Berita mengenai Manohara yang melarikan diri daripada suaminya ketika di Singapura, baru-baru ini, mendapat liputan meluas akhbar di Indonesia.

Manohara yang mendakwa didera secara fizikal dan seksual oleh suaminya turut menjadi bahan berita utama 10 stesen televisyen swasta Indonesia yang menyiarkan sidang media dan wawancara dengannya sekembali ke Jakarta.


www.hmetro.com.my

'You stupid China man'

malaysianmirror

Tuesday, 21 July 2009 12:23

KUALA LUMPUR - Victims of torture by a government commission revealed the “mental and physical” pressure that they underwent following the death of an opposition member last week allegedly in the hands of the same group.

Tan Boon Wah was forced to stand for four hours by the Malaysian Anti-Corruption Commission that threatened to assault him repeatedly, according to Malaysian opposition members, which appeared in a report by Din Merican, a Malaysian-based independent news correspondent.

"They kept calling me stupid China man. They said that if I don't 'tell the truth', they will take away my wife and there would be no one to care for the children. But I did not give in," Tan said.


Ramon calls for review

Ramon Navaratham, an adviser to the MACC, grudgingly admitted that "no normal person can withstand the mental and physical pressure" of the MACC interrogation tactics and called for a review of the agency procedures. "Teoh's death is tragic and unnecessary," he said.

Navaratham referred to Teoh Beng Hock, 30, who was found dead on Thursday at the balcony of the Malaysian Anti-Corruption Commission building in Shah Alam, the capital of Selangor state controlled by the People's Alliance coalition of Anwar's Justice Party, the Democratic Action Party and the Pan Malaysian Islamic Party.

Well-placed sources and officials close to the MACC said Teoh was "manhandled and threatened" by investigators during a 10-hour interrogation as part of a political conspiracy to bring down opposition leaders, led by Anwar Ibrahim, and to implicate them for alleged misuse of funds.

"When he refused to do so, the officers dragged him to a window on the 14-story building and threatened to throw him out," the said the source who was not authorized to speak to media.

Teoh was to get married on the day his body was found. His fiancée is expecting their first baby and has vowed to raise the child as a symbol of her love for Teoh.

MACC officers claim that Teoh was not a suspect in any crime. But officers declined to answer why he was interrogated beginning late evening until the early hours of next day and that his lawyers were not allowed to be present.

'They are all the same'

The government pledged a thorough investigation on Teoh's death but few were willing to believe in that assurance. "They are all the same, the police can investigate but how many suspects have died in police lockups and nothing has been done. It will be no different this time," said Kesavan Munusamy, a 32-year old businessman.

Liew Chin Tong, an MP from DAP, said Teoh's death has revealed "the most sinister elements of the National Front government."

"In its attempt to implicate elected members of the opposition for corruption which would later pave the way for a coup d’ etat, the MACC has started killing our young."

“It is now our obligation to see that Malaysia is freed from the National Front misrule and justice is restored in our beloved nation,” he said. - The Inquirer, Manila

Meanwhile, Boon Wah who is also a Kajang Municipal Councillor was at the Selangor police headquarters last night to give his statement to assist investigations into Teoh's death. He was accompanied by his wife and lawyer.

Earlier, Selangor police chief Khalid Abu Bakar had advised Boon Wah to present himself at the police station since he had made a police report against the MACC last Saturday.

Boon Wah had earlier refused to give his statement to the police. - Reports by the Inquirer, Manila and Bernama

Pemuda Pakatan serah memo pada PM

Kira-kira 20 wakil Pemuda Pakatan Rakyat menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kematian Teo Beng Hock.

Wakil dari Angkatan Muda Keadilan (AMK), Dewan Pemuda PAS dan Pemuda DAP (Dapsy) itu menyerahkan memorandum tersebut di pejabat perdana menteri di Putrajaya.

Memorandum tersebut diterima oleh seorang pegawai Najib. Perdana menteri pulang pagi ini selepas menghadiri sidang kemuncak Pergerakan Negara-negara Berkecuali (NAM) ke-15 di bandar peranginan Sharm El-Sheikh, Mesir.




Ketua Dapsy, Anthony Loke berkata, polis tidak mempunyai akauntabiliti untuk menyiasat kes kematian Teoh kerana mereka sendiri berdepan dengan masalah kematian tahanan dalam lokap polis.

Oleh itu, katanya, hanya suruhanjaya diraja sahaja yang boleh menyiasat kes kematian Teoh secara bebas.

Malah, katanya, menteri dari Umno, Datuk Seri Rais Yatim dan pemimpin Pemuda MCA turut menyokong desakan penubuhan suruhanjaya diraja itu.

Katanya, ini menunjukkan bahawa menteri-menteri BN sendiri tidak mempunyai 100 peratus keyakinan terhadap siasatan polis.

"Ini menyokong lagi desakan kami (ditubuhkan suruhanjaya diraja)," kata Loke.

malaysiakini

Rakyat Malaysia perlu tahu kisah sebenar konspirasi jahat terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim

chegubard.blogspot.com

Peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun 1998, kini berulang sekali lagi dan adalah merupakan kesinambungan agenda jahat segelintir pihak polis dan pendakwaan tertentu. Jika kita teliti, terdapatnya hubungkait yang jelas diantara kes-kes tahun 1998 dengan Kes Terkini yang mendakwa kononnya Dato' Seri Anwar Ibrahim meliwat Mohd Saiful Bukhari. Taktik tipu helah dan pemerdayaan telah digunakan di dalam Kes Terkini sepertimana digunakan sejak tahun 1998 bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekali pun. Ini adalah konspirasi politik yang melibatkan pemimpin-pemimpin tertinggi di dalam negara yang tidak mahu kerja-kerja kotor mereka didedahkan oleh Dato' Seri Anwar kepada rakyat.

Berikut didedahkan kisah sebenar konspirasi politik yang perlu diketahui rakyat Malaysia agar mereka tidak terus tertipu dengan pemerdayaan serta tipu helah fakta sebenar melalui media massa yang dimanipulasi oleh pihak tertentu.


Semuanya bermula dari tahun 1998, pada era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad.

Pada sekitar tahun 1998, Dato' Seri Anwar telah dijadikan mangsa politik dengan dipertuduhkan dengan pertuduhan-pertuduhan rasuah serta kes liwat yang mana salah satu daripadanya pun tiada kebenarannya.

Pertuduhan-pertuduhan tersebut bermaksud mematikan karier politik Dato' Seri Anwar dengan melakukan pelbagai cubaan yang berniat jahat. Pelbagai percubaan-percubaan dan tindakan-tindakan memalsukan keterangan dilakukan dengan memperalatkan institusi-institusi kerajaan seperti Polis, Jabatan Peguam Negara, Jabatan Kimia dan lain-lain.

Selain dari Dato' Seri Anwar, beberapa sahabat serta kenalan beliau iaitu Dato' Nallakaruppan, Sukma Darmawan, Munawar Ahmad Anees dan Mior Abdul Razak telah menjadi mangsa politik jahat dengan tujuan menganiaya Dato' Seri Anwar. Mereka ini telah diperlakukan seperti binatang dan dizalimi secukupnya bagi mencapai matlamat pihak pendakwaan.

Pada tahun 1998 semasa siasatan Kes Rasuah, pihak pendakwaan dengan kerjasama pihak polis telah menggunakan tipu helah dan pemerdayaan untuk mendapatkan sampel darah Dato' Seri Anwar. Semasa di Hospital Kuala Lumpur, Dato' Seri Anwar telah memaklumkan Dr Halim Bin Mansar bahawa beliau enggan beri sampel darah bagi tujuan analisa DNA, ini adalah kerana beliau telah mensyaki akan berlakunya pemalsuan dan perekaan keterangan. Dato' Seri Anwar kemudiannya bersetuju memberikan sampel darah apabila diberitahu Dr Halim bahawa ianya hanya untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL sahaja dan bukan untuk tujuan lain.

Seorang pakar forensik dari hospital yang sama juga iaitu Dr Zahari bin Noor telah memberi keterangan bahawa beliau telah menasihati pihak polis agar tidak menggunakan sampel darah tersebut untuk analisa DNA. Pihak polis yang penuh dengan muslihat tetap menggunakannnya walaupun keizinan Dato' Seri Anwar hanya terhad untuk ujian HIV, Hepatitis B dan VDRL. Sampel darah tersebut telah diambil tanpa kebenaran Dr Zahari oleh pegawai polis bernama Mohd Rodwan Mohd Yusof. Ini adalah jelas bahawa sampel darah tersebut telah diperolehi melalui tipu helah serta pemerdayaan untuk tipu helah dan pemerdayaan seterusnya.

Dengan menggunakan sampel DNA tersebut, pihak pendakwaan mengemukakan keterangan untuk membuktikan bahawa Dato' Seri Anwar kononnya pernah menjalinkan hubungan seksual dengan wanita lain dan mengemukakan satu tilam yang kononnya mempunyai kesan-kesan seminal yang mengandungi profil DNA lelaki dan perempuan. Semasa pemeriksaan balas, keterangan ahli forensik Lim Kong Boon telah diputar belitkan serta dikeluarkan dari rekod mahkamah. Ini adalah kerana wujudnya kenyataan yang meragukan oleh ahli forensik tersebut bahawa sampel DNA tersebut mungkin telah diletakkan (planted) oleh pihak ketiga ke atas tilam tersebut. Dalam erti kata lain, beliau tidak dapat mengesahkan samada kesan-kesan tersebut adalah melalui aktiviti hubungan seksual ataupun tidak serta mengakui keterangan mengenai kononnya terdapat kesan air mani itu bukanlah berasaskan pemeriksaan saintifik tetapi melalui keterangan dengar-kata pihak polis.

Barisan peguam Dato' Seri Anwar kemudiannya telah mengemukakan keterangan serta berjaya mencabar kredibiliti saksi-saksi pendakwaan. Antaranya:

* keterangan berhubung konspirasi politik

* keterangan berhubung kredibiliti saksi pendakwaan khususnya Ummi Hafilda; dan

* keterangan berhubung dengan pemalsuan keterangan

Namun, Mahkamah memutuskan keterangan-keterangan tersebut adalah tidak relevan dan membuat keputusan mengeluarkannya daripada rekod Mahkamah. Tindakan tersebut dengan jelas menunjukkan percubaan memastikan Dato' Seri Anwar disabitkan kesalahan dengan apa cara sekali pun.

Di dalam Kes Liwat, keterangan Azizan Abu Bakar yang penuh palsu telah diperolehi melalui manipulasi dan tipu helah oleh pihak polis dan pendakwaan. Ini jelas dilihat apabila pihak pendakwa berulang-kali meminda pertuduhan dan tarikh kejadian dalam pertuduhan tersebut semata-mata untuk mendapatkan sabitan palsu. Dalam kes tersebut, kejadian dalam pertuduhan awal di Tivoli Villa merupakan tarikh dakwaan yang dinyatakan, walaupun Tivoli Villa belum wujud. Akhirnya pembohongan Azizan tidak diterima Mahkamah Persekutuan serta mengenepikan hukuman ke atas Dato' Seri Anwar.

Di dalam Kes Nalla, semasa Nalla telah dipertuduhkan di bawah Seksyen 57 Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membawa hukuman mati, terdapat percubaan memalsukan keterangan dari pihak pendakwaan iaitu Gani Patail dan juga Dato' Azahar Mohamed yang pada ketika itu merupakan Timbalan Pendakwa Raya. Dengan menggunakan Nalla, mereka meminta Nalla untuk memberi keterangan palsu terhadap Dato' Seri Anwar dengan mengatakan bahawa kononnya Dato' Seri Anwar mempunyai hubungan dengan beberapa wanita. Sekiranya Nalla bersetuju untuk bersubahat dengan mereka dan memfitnah Dato' Seri Anwar, maka beliau akan terselamat dengan semata-mata dikenakan dengan pertuduhan yang lebih ringan.

Di dalam Kes Sukma, beliau dituduh dibawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dimana pihak pendakwaan secara mala fide cuba mengaitkan Dato' Seri Anwar dengan perlakuan liwat ke atas Sukma. Di peringkat Mahkamah Sesyen, Sukma telah diwakili oleh peguam yang dilantik pihak polis, iaitu En. Mohamed Noor Bin Dom. Oleh kerana Sukma telah didera dan diperlakukan tanpa peri-kemanusiaan, beliau berada dalam keadaan tertekan (duress), maka Sukma telah mengaku salah terhadap pertuduhan dan dijatuhkan hukuman penjara 6 bulan, walaupun beliau sebenarnya tidak bersalah!

Sukma kemudiannya telah memfailkan Notis Rayuan terhadap sabitan dan hukuman atas alasan bahawa pengakuan bersalah yang dibuat olehnya adalah akibat deraan dan layanan buruk yang diberikan oleh pihak polis semasa tahanan reman.

Pada 10.12.1998, Sukma memfailkan permohonan lanjutan masa untuk memfailkan Petisyen Rayuan bersama Afidavit Sokongannya yang menyatakan:

* Beliau telah dibogelkan didalam bilik berhawa dingin, dikasari, digari oleh 6 pegawai polis, dimalukan, didera dan dipukul;

* Beliau telah ditelanjangi, diambil gambar di hadapan doktor forensik semasa beberapa sampel diambil dari beliau.

* Beliau telah diugut dan dikasari melainkan beliau mengakui pernah melakukan hubungan homoseksual dengan Dato' Seri Anwar.

* Apabila beliau telah mengada-adakan cerita yang tidak benar dan memberitahu mengenai hubungan homoseksual yang palsu dengan Dato' Seri Anwar yang akhirnya dijadikan sebagai satu pengakuan palsu barulah Sukma diberikan layanan yang baik, gari beliau dibuka dan beliau dibenarkan memakai pakaian semula.


* Beliau telah dinafikan hak untuk melantik peguam pilihannya dan telah diugut agar tidak menggunakan peguam yang dilantik oleh keluarganya dan diugut bahawa beliau akan didakwa dengan kesalahan yang lebih berat melainkan beliau menggunakan khidmat peguam yang dilantik oleh polis.

* Beliau ingin melantik Karpal Singh sebagai peguamnya tetapi tidak berupaya untuk berbuat sedemikian. Sebaliknya polis telah meminta beliau untuk membuat laporan polis mengatakan beliau tidak pernah melantik mana-mana peguam.

* Beliau telah dipaksa untuk mengaitkan Dato' Seri Anwar terhadap pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau dan pengakuan bersalah beliau adalah bukan secara sukarela tetapi adalah kerana tekanan keterlaluan.

Dr Zahari, doktor yang memeriksa Sukma pada 9.9.1998, menegaskan dalam afidavit yang diikrarkan olehnya pada 22.1.1999 bahawa tidak berlakunya sebarang hubungan homoseksual di antara Dato' Seri Anwar dengan Sukma. Apabila perkara ini dirayu kepada Mahkamah Rayuan, rayuan Sukma dibenarkan dan penghakimannnya telah menyatakan wujudnya penyembunyian keterangan yang material oleh pihak pendakwaan. Mahkamah Rayuan kemudiannya memerintahkan agar kes Sukma dibicarakan semula dan dihantar semula ke Mahkamah Sesyen. Pihak pendakwaan kemudiannya telah menarik balik pertuduhan terhadap Sukma.

Dalam Kes Munawar dan Mior pula, pihak polis telah menggunakan modus operandi yang sama seperti dalam Kes Sukma iaitu deraan dan seksaan bagi mendapatkan pengakuan palsu.

Usaha pihak pendakwaan, khususnya Gani Patail untuk menganiaya juga dapat dilihat pada insiden 20.9.1998 di mana Dato' Seri Anwar telah dicederakan dan menjadi mangsa kekejaman pihak polis dalam tahanan polis. Insiden tersebut kini dikenali sebagai 'insiden mata lebam'. Suatu penyiasatan telahpun dijalankan, tetapi terdapatnya tipu helah dan pemerdayaan yang sekali lagi dalam proses penyiasatan tersebut, yang sekali lagi melibatkan siapa lagi, kalau bukan Gani Patail.

Pada 20.9.1998, jam 9 malam, ACP Koh Hong Sun atas dakwaan Kes Liwat, Dato' Seri Anwar telah dibawa ke Bukit Aman. Lebih kurang pukul 10.30 malam, bertempat di dalam lokap, Dato' Seri Anwar telah dikenakan serangan fizikal yang serius di mana Dato' Seri Anwar telah ditampar dan ditumbuk dengan kuat dan juga telah dipukul secara 'karate chop' berkali-kali sehingga separa tidak sedarkan diri oleh Tan Sri Rahim Noor, Ketua Polis Negara pada ketika itu.

Gani Patail dan juga Tan Sri Musa Hasan, Ketua Polis Negara masa kini, ada bersama-sama dengan Rahim Noor serta beberapa pegawai polis lain pada malam tersebut di tingkat 30 Bukit Aman. Dato' Seri Anwar kemudiannya ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) agar beliau tidak perlu dihadapkan ke Mahkamah. Satu laporan palsu telah dilaporkan ACP Koh pada 21.9.1998 bagi merealisasikan penahanan tersebut.

Selepas diserang dan dipukul, Dato' Seri Anwar berada dalam keadaan separa-sedar dan telah dinafikan rawatan perubatan selama lima hari dan hanya pada 24 / 25.9.1998, barulah beliau dirawat tanpa pemeriksaan oleh Dr Vasantah Ponniah.

Dato' Seri Anwar kemudiannya dibenarkan membuat laporan polis pada 27.9.1998 dan pada tarikh yang sama, Dato' Mat Zain Bin Ibrahim telah dilantik menjadi pegawai penyiasat. Selepas tengah hari, Mat Zain telah membawa dua pakar forensik iaitu Dr Halim dan Dr Zahari untuk memeriksa Dato' Seri Anwar.

Sepanjang siasatan dilakukan, laporan-laporan Mat Zain telah dimanipulasi oleh Gani Patail dengan membawa Dr Abdul Rahman Yusof yang menyediakan laporan perubatan. Mat Zain telah melahirkan kecurigaannya berikutan kejadian tersebut. Tambahan pula, Dr Rahman yang mengeluarkan laporan perubatan tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar.

Pada 6.11.1998, Tan Sri Mohtar Abdullah, Peguam Negara ketika itu, membuat kenyataan media bahawa beliau masih belum menerima kertas siasatan berhubung insiden mata lebam dan pada 20.11.1998, Mohtar membuat kenyataan bahawa kertas siasatan telah diserahkan pada 19.11.1998, walhal Mat Zain telahpun menyerahkan pada 30.10.1998.

Rentetan insiden mata lebam, dengan jelasnya menunjukkan bahawa Gani Patail dan Musa Hasan terlibat dan merupakan sebahagian konspirasi menyediakan laporan polis palsu yang dibuat oleh ACP Koh berhubung penangkapan Dato' Seri Anwar serta konspirasi menyediakan Laporan Perubatan Dr Rahman yang palsu kerana beliau tidak pernah memeriksa Dato' Seri Anwar secara fizikal.

Berikutan dari Laporan polis Dato' Seri Anwar, Mat Zain memfailkan tindakan fitnah yang berlaku. Dalam Pernyataan Tuntutannnya, Mat Zain menghuraikan apa yang sebenarnya berlaku semasa siasatan insiden mata lebam. Beliau juga menjelaskan tujuan laporan Dr Rahman diadakan adalah untuk menjejaskan laporan perubatan sedia ada serta bertujuan menunjukkan bahawa kecederaan yang dialami Dato' Seri Anwar adalah "self-inflicted".

Cerita konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar bukanlah sesuatu yang sengaja diada-adakan, sebaliknya benar-benar berlaku sepertimana didedahkan dalam Video Klip VK Lingam yang disahkan ketulenannya oleh siasatan Suruhanjaya Di Raja.

Rentetan peristiwa sejak 1998, Gani Patail dan Musa Hasan kini telah diberi ganjaran atas peranan mereka dan kini menjawat jawatan tertinggi masing-masing selaku Peguam Negara dan Ketua Polis Negara.

Di dalam Kes Terkini, selain Gani Patail dan Musa Hasan, Dato' Seri Najib Razak, juga memainkan peranan di dalam konspirasi khususnya untuk memastikan agar Dato' Seri Anwar tidak menggugat kerjaya politik Najib.

Di dalam Kes Terkini, pengadu yang membuat laporan palsu terhadap Dato' Seri Anwar adalah Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan. Melalui apa yang telah dilaporkan didalam media-media cetak dan elektronik serta sumber-sumber yang dipercayai, Saiful ada berjumpa Najib sebelum laporan palsu dibuat olehnya. Najib yang pada mulanya menafikan pernah bertemu dengan Saiful akhirnya mengakui bahawa beliau ada berjumpa dengan Saiful sebelum Saiful membuat laporan palsu.

Dato' Seri Anwar menegaskan bahawa adalah suatu yang tidak munasabah dan tidak selaras dengan undang-undang yang sedia ada untuk seseorang yang mendakwa dirinya menjadi mangsa kesalahan seksual untuk berjumpa Timbalan Perdana Menteri yang tidak mempunyai sebarang bidangkuasa untuk menerima sebarang aduan, secara formal ataupun tidak, berhubung kesalahan jenayah.

Mengapakah Saiful tidak terus membuat laporan polis sekiranya benar dia telah diliwat yang didakwa serta-merta? Apakah perlunya beliau berjumpa Najib?

Bagi melancarkan konspirasi yang telah dirancang, Najib telah memberi nombor telefon Musa Hasan kepada Saiful yang kemudiannya mengarahkan Rodwan (pegawai di bawah Musa Hasan yang merupakan pegawai polis yang sama mencuri sampel darah Dato' Seri Anwar bagi tujuan analisa DNA dalam Kes Rasuah 1998) untuk mengendalikan proses membuat laporan polis sebelum dari tarikh insiden liwat 26.6.2008 yang didakwa berlaku.

Selanjutnya Saiful ada bertemu dengan Rodwan sehari sebelum kejadian liwat dikatakan berlaku di Bilik 619, Hotel Concorde. Apakah perlunya Saiful berjumpa Rodwan sehari sebelum insiden liwat dikatakan berlaku di bilik hotel? Saiful juga pernah menghubungi Rodwan beberapa kali sebelum tarikh insiden liwat dikatakan berlaku.

Siapakah Saiful sebenarnya? Saiful telah lama mempunyai hubungan akrab dengan pegawai khas Najib, Khairil Anas.

Jelas menunjukkan bahawa ada konspirasi di dalam Kes Terkini di mana watak-watak utama di dalam kes tahun 1998 juga memainkan peranan mereka di dalam Kes Terkini.

Dalang-dalang disebalik konspirasi juga menggunakan Masjid sebagai salah satu cara untuk menyebarkan fitnah. Ini berlaku apabila pihak berkuasa mengaturkan upacara di Masjid Wilayah membenarkan Saiful membawa sumpah palsunya pada 15.8.2008.

Upacara tersebut telah dirancang dengan kerjasama Pengarah JAWI. Salah seorang imam Masjid Wilayah tersebut, Ustaz Ramlang Bin Porigi telah diarahkan Pengarah JAWI, Dato' Che Mat Bin Che Ali untuk menyaksikan upacara sumpah palsu tersebut.

Ustaz Ramlang telah mengikrarkan satu Akuan Bersumpah pada tarikh 6.9.2008 menyatakan beliau telah terperangkap dengan situasi yang tidak diduga serta upacara sumpah palsu tersebut diaturkan dengan izin Che Mat selaku Pengarah JAWI.

Ustaz Ramlang menegaskan pengakuan sumpah tersebut tidak berlandaskan syarak dan tidak menepati kehendak usul fiqh dan berpendapat sumpah sedemikian adalah sumpah laknat.

Selepas pendedahan Ustaz Ramlang, beliau telah ditukarkan ke bahagian kewangan walaupun beliau seorang tahfiz Al-Quran dan tiada kelayakan relevan dengn kewangan dan kemudiannya dihantar satu surat tunjuk-sebab bertarikh 20.1.2009 atas alasan menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan akhirnya disingkirkan dari perkhidmatan pada 21.5.2009. Apabila kerajaan dipimpini oleh pemimpin-pemimpin yang corrupt serta tidak berperi kemanusiaan, inilah yang berlaku, kerjaya serta nyawa manusia menjadi buah catur politik dan permainan mereka.

Konspirasi terhadap Dato' Seri Anwar berterusan walaupun setelah pertuduhan dikemukakan. Dato' Seri Anwar telah berkali-kali memohon kepada pihak Responden agar dibekalkan dengan dokumen-dokumen bagi tujuan pembelaan, antaranya pernyataan-pernyataan saksi-saksi relevan yang telah dirakamkan polis, segala keterangan dokumentari yang akan digunakan di dalam perbicaraan dan sampel-sampel analisa DNA berkaitan pertuduhan tersebut. Dato' Seri Anwar melalui peguamcaranya telah memohon kepada pihak Pendakwaan dibekalkan dokumen-dokumen serta barangan sepatutnya.

Namun demikian, sehingga kini, pihak pendakwaan gagal, enggan membekalkan kesemua perkara-perkara yang dipohon. Keengganan dan kegagalan pihak pendakwaan membekalkan kesemua dokumen-dokumen, barangan-barangan serta sampel-sampel yang dipohon adalah bercanggah dengan piagam dan polisi pihak pendakwaan. Secara jelasnya menidakkan hak Dato' Seri Anwar.

Didalam laporan perubatan Saiful dari Hospital Pusrawi, jelas membuktikan bahawa tidak ada sebarang kemasukan atau penetrasi berlaku pada lubang dubur Saiful. Tiada apa-apa yang berlaku pada duburnya. Laporan Pusrawi ini jelas membuktikan bahawa dakwaan Saiful adalah palsu dan Dato' Seri Anwar tidak bersalah. Namun demikian, laporan Pusrawi tersebut turut tidak dibekalkan kepada Dato' Seri Anwar mahupun penguamcara beliau.

Selain dari laporan Pusrawi, terdapat Laporan Hospital Kuala Lumpur bertarikh 13.7.2008 oleh tiga pakar Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda kemasukan atau penetrasi pada lubang dubur Saiful.

Laporan HKL ini jelas menyokong laporan Pusrawi yang menolak adanya sebarang kemungkinan ada berlakunya penderaan dan kejadian liwat.

Memandangkan Kes Terkini adalah satu komplot jahat, Dato' Seri Anwar telah membuat laporan Qazaf kepada bahagian Penguatkuasaan JAWI pada 9.7.2008 terhadap Saiful berhubung dengan fitnah dan dakwaan palsu beliau bahawa beliau telah diliwat. Berikutan laporan Qazaf tersebut, Dato' Seri Anwar telah memberi keterangan kepada pihak JAWI pada 30.7.2008 dengan memaklumkan bahawa Saiful telah memfitnah dengan membuat tuduhan palsu dan mengaibkan Dato' Seri Anwar.

Dato' Seri Anwar melalui peguam syarie telah berkali-kali menghantar surat kepada penguatkuasaan JAWI meminta agar Saiful didakwa atas tuduhan palsunya. Namun apa yang berlaku adalah, kelewatan. Kelewatan meneruskan pendakwaan terhadap Saiful adalah tidak munasabah dan bercanggah dengan kemurnian prinsip Islam yang mengutamakan keadilan. Kelengahan ini akan hanya memperkukuh persepsi rakyat atas wujudnya campurtangan politik dalam urusan Mahkamah Syariah. Kelewatan ini juga disengajakan untuk melindungi Saiful yang menjadi saksi utama dalam konspirasi.

Pada 10.9.2008, Kes Terkini ditetapkan sebutan di Mahkamah Sesyen. Pada tarikh tersebut, pihak pendakwaan telah mengemukakan satu sijil bertarikh 9.9.2008 yang dikeluarkan di bawah Seksyen 418A(1) Kanun Prosedur Jenayah dengan tujuan memindahkan Kes Terkini dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi. Sijil tersebut telah ditandatangani sendiri oleh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail. Gani Patail lagi?!

Barisan peguam Dato' Seri Anwar membantah pemindahan kes tersebut dan secara khususnya terhadap Sijil tersebut. Alasan utama adalah peranan yang dimainkan Gani Patail dalam menandatangani Sijil tersebut, walhal beliau telahpun dikecualikan dari melibatkan diri di dalam sebarang penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar. Kenapa perlu beliau libatkan diri? Apa yang cuba beliau pengaruhi? Apa yang beliau cuba sembunyikan? Jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang?

Mahkamah Sesyen kemudiannya menetapkan 24.9.2008 untuk mendengar hujahan-hujahan berhubung dengan bantahan yang dibangkitkan oleh barisan peguam Dato' Seri Anwar.

Pada 22.9.2008, Dato' Seri Anwar mengikrarkan dan memfailkan Afidavit memperincikan fakta-fakta dan melampirkan ekshibit-ekshibit menunjukkan sebab Gani Patail tidak harus terlibat dalam penyiasatan dan pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar di dalam Kes Terkini.

Alasan tersebut adalah:

* Penglibatan dan peranan Peguam Negara di dalam pemalsuan keterangan terhadap Dato' Seri Anwar berhubung 'insiden mata lebam' yang merupakan isu yang masih diteruskan dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

* Wujudnya prasangka Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar.

* Atas sebab wujudnya ketegangan dan permusuhan di antara Gani Patail terhadap Dato' Seri Anwar dan terdapatnya dakwaan pemalsuan keterangan oleh Gani Patail, maka Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Badawi membuat pengumuman umum bahawa Gani Patail tidak akan terlibat sama sekali dalam penyiasatan dan pendakwaan Kes Terkini.

Pihak pendakwaan kemudiannya memfailkan Afidavit Jawapan terhadap Afidavit 22.9.8 yang diikrarkan oleh Peguamcara Negara, Datuk Idrus bin Harun pada 8.10.08. Di dalam Afidavit Jawapan tersebut, pihak pendakwaan tidak menafikan penegasan-penegasan yang dibuat Dato' Seri Anwar berhubung dengan peranan yang dimainkan oleh Gani Patail. Pada 29.10.2008 Dato' Seri Anwar dan Dato' Seri Wan Azizah mengikrarkan jawapan terhadap Afidavit Jawapan Idrus.

Pada 7.10.2008, Mahkamah Sesyen kemudian memutuskan bahawa Sijil tersebut tidak sah dan tidak memindahkan Kes Terkini ke Mahkamah Tinggi.

Tetapi pada 5.3.2009, Mahkamah Tinggi membenarkan Permohonan Semakan oleh pihak pendakwaan dan memerintahkan kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Dato' Seri Anwar kemudiannya memfailkan rayuan ke mahkamah Rayuan terhadap perintah Mahkamah Tinggi tersebut.

Dan terkini, rayuannya ditolak. Bolehkah kita sebagai rakyat meneruskan kepercayaan kita bahawa institusi penghakiman dan mahkamah di negara ini bebas dari sebarang pengaruh? Ini jelas membuktikan adanya campur tangan politik serta salah guna kuasa bagi mengekalkan kuasa mereka yang diberi kepercayaan oleh rakyat. Kepercayaan rakyat telah dicabul. Dato' Seri Anwar telah dianiaya dan dizalimi.

Berdasarkan kepada apa yang telah dibentangkan dan dihuraikan di atas, jelas terbukti bahawa pendakwaan terhadap Dato' Seri Anwar dalam Kes Terkini yang kononnya Saiful diliwat adalah merupakan pendakwaan mala fide dan penyalahgunaan proses undang-undang yang ketara pada peringkat tertinggi bagi memenjarakan Dato' Seri Anwar dengan apa cara sekalipun serta melindungi penjenayah-penjenayah konspirasi yang masih berleluasa diluar sana bagi mengelakkan terdedahnya kes-kes rasuah serta salah laku pucuk pimpinan tertinggi UMNO-BN daripada pengetahuan rakyat.

dipetik dari blog AMK Kota Raja

Sodomy II : Prosecution's appeal against handing over of extra proofs to be heard tomorrow

themalaysianinsider

By Debra Chong

KUALA LUMPUR, July 21 — The High Court is set to hear the prosecution's bid to suspend furnishing extra proofs to Datuk Seri Anwar Ibrahim's defence team in the lead-up to his Sodomy II trial tomorrow.

The prosecution team, led by Solicitor General II Datuk Yusof Zainal Abiden, filed the stay yesterday. They have also filed an appeal at the Court of Appeal in Putrajaya to overturn the judge's decision made last Thursday.

Judge Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah who had sat over the Opposition Leader's bid to get the proofs pre-trial ruled in Anwar's favour.

He ordered the prosecution to hand over everything to the defence, except for the original DNA samples of the complainant and swabs taken from the crime scene, so as to give Anwar a fair chance at defending himself in the upcoming trial.


The Permatang Pauh MP insisted he would be denied a fair trial if he does not get the items.

But the prosecution insists it alone has the right under the law to decide what items can and cannot be given to the defence team ahead of the trial.

The 61-year-old former deputy prime minister was charged last year with sodomising a former male aide in a condominium here. This is the second time in a decade he has been accused.

As in the first trial, Anwar pleads not guilty.

The trial was originally fixed to start on July 1, but has been delayed pending Anwar's other bids to strike out the charge against him and/ or to disqualify the prosecution team because of their alleged involvement in his 1998 trial.

Kes Beng Hock : Tubuh Suruhanjaya Bebas diRaja - Nik Aziz

KOTA BHARU, 21 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa hairan bagaimana pembantu kepada anggota Exco Selangor, Teoh Beng Hock mati ketika menjadi tetamu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya cukup tergamam menerima berita penuh misteri di hari pemergian mendiang pada awal petang 16 Julai lalu.

"Lebih tragik apabila bencana yang menimpa mendiang, berlaku sewaktu beliau sedang memberikan kerjasama berhubung satu siasatan," kata Menteri Besar Kelantan dalam satu surat yang kepada dihantar kepada Ibu bapa Beng Hock.

Surat ucapan takziah itu bertarikh 20 Julai di alamat kepada Pejabat Menteri Besar Selangor di Shah Alam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, dalam Islam tetamu wajib dihormati dan dilindungi.


Menurutnya tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak terhadap status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan, di mana Islam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah.

"Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, harta benda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam. Ini konsepnya," katanya.

Bagaimanapun, katanya apa yang berlaku di Plaza Masalam di Shah Alam pada Khamis lalu membuatnya terkejut.

Oleh itu beliau berharap ibu bapa dan seluruh ahli keluarga mendiang supaya bersabar dan tabahkan hati sewaktu mengharungi ujian getir sekarang.

Beliau juga berharap sebuah Suruhanjaya Bebas di Raja perlu ditubuh dalam tempoh terdekat bagi menyiasat kes tersebut secara lebih telus.

"Jika dalam banyak hal kita sering bercakap tentang integriti dan ketelusan, maka inilah ketika untuk membuktikannya," ujarnya.

Teoh Beng Hock ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor pada 16 Julai lalu selepas disoal siasat pegawai agensi terbabit.

HarakahDaily

Zaid wants Ku Li to join PKR, to reject ‘racism and fascism’

themalaysianinsider

By Leslie Lau
Consultant Editor


KUALA LUMPUR, July 21 — Datuk Zaid Ibrahim issued an open invitation today for Tengku Razaleigh Hamzah to join PKR and reject what he says is the racism and fascism which has become prevalent in Umno.

Zaid, a former minister who was sacked from Umno, said in a posting on his blog this morning that Tengku Razaleigh was the most senior Umno leader who was not a racist.

The former minister, who joined PKR recently, also took aim at Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for keeping quiet over the racial overtones displayed by Umno-controlled newspapers over the controversial death of DAP political aide Teoh Beng Hock.

“Only a Malay prime minister who is not racist can save this country.

“Tengku Razaleigh is a strong nationalist; indeed he is a pure Malay fighter but we never hear in his speeches anything which is hateful or racially insulting,” said Zaid.

Zaid also appeared to mock Najib in heaping praises on Tengku Razaleigh.


“He will not use the police and or the MACC to bring about the downfall of his political rivals. He will not appoint racists as newspaper editors. His wife will not be offended if her photograph does not appear in the newspapers.”

The remarks are a clear reference to the Pakatan Rakyat’s (PR) accusations against the Barisan Nasional (BN) in allegedly using the police to aid in the recent power grab in Perak, and also the current anti-graft investigations of the Selangor government which has now been overshadowed by the suspicious circumstances of Teoh’s death.

Zaid also appeared to be referring to an article on Sunday in the Umno-controlled Berita Harian that was written by New Straits Times group managing editor Zainul Ariffin Isa.

Zainul had suggested that the opposition was using Teoh’s death as part of an agenda to weaken Malay-controlled institutions. He also criticised Selangor Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim for questioning “those of his own race to act fairly”.

Zaid said that it was unfortunate that Tengku Razaleigh still harbours hope that he can save Umno.

“For me, Umno today is no longer the Umno which Ku Li fought for previously. I think it is better if Ku Li considers joining Parti Keadilan Rakyat.”

Zaid said that many Umno leaders and lawmakers could no longer differentiate their nationalist responsibilities from racist and fascist thinking.

“That is why they cannot save the country. That is why Berita Harian and Utusan Malaysia constantly reflect evil philosophies of racial and religious hatred.

“It does not make sense when Umno leaders ask their media messengers to describe the anger and sadness felt by Malaysians over Teoh’s death as politicisation.

“They even describe the sadness of the public as something which is questioning Malay institutions. Since when is MACC a Malay institution? This is the kind of racial poison which has been absorbed into the minds of Umno’s leaders and media,” he said.

Zaid also expressed hope that the Malay community would not be “deceived by racial poisoning,” because he said the Malays were a noble and responsible people.

The Malays, he said, were also proud of their Islamic values which viewed with contempt any form of racism.

“When the Malays and their leaders reject racism and fascist thinking then only can Malaysia be saved,” he said.

Indonesian soap opera starring Manohara

themalaysianinsider

While her estranged husband files a RM105 million suit against her, Indonesian model Manohara Odelia Pinot makes her Indonesian television soap opera or sinetron debut tonight over a local channel.

The 17-year-old is the main star in PT Rajawali Citra Televisi Indonesia’s (RCTI) Mega Sinetron Ramadhan Manohara that will be on air from 6pm local time (7pm, Malaysian time) six days a week from Monday to Saturday.

She fled from her husband, the Tengku Temenggong of Kelantan Tengku Muhammad Fakhry Sultan Ismail Petra, last June complaining of sexual and spousal abuse after a 10-month marriage.

The Kelantan prince today filed the defamation suit against his wife and mother-in-law.

Production house Sinemart said the soap opera is based loosely on Manohara’s life but she plays a 19-year-old, also named Manohara, working in an electronics firm who marries the company’s owner’s son.

But the soap opera is a love triangle as a fellow worker has fallen for her and helps her even when she is tortured by her husband while giving birth.

The "Manohara" soap opera is produced by the same people behind the popular "Cinta dan Anugerah" now playing on local television.

Sinetrons are staple in Indonesian households and many star Malaysian actors such as Ashraf Sinclair who recently married Indonesian actress Bunga Citra Lestari.




Hantar Memorandum Kepada SPRM

Kerana bimbangkan keselamatan mereka, Urusetia Pembantu-Pembantu Khas Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinangsepakat untuk tidak memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga kerajaan menjamin keselamatan mereka.

Kesemua pembantu khas exco Pulau Pinang berkata mereka takut kejadian yang menimpa Teoh Beng Hock akan menimpa mereka juga, seraya mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian pembantu kepada Exco Kerajaan Selangor itu.

Bahkan, mereka hanya akan membantu siasatan jika mereka disoalsiasat di premis Kerajaan Negeri.




Ng Wei Aik, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan supaya jawatan mereka sebagai pembantu tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk digunakan.


"Ingin saya tegaskan disini bahawa pembantu-pembantu khas memang adalah tidak berdosa, mereka tidak harus dikambing hitamkan untuk dijadikan sasaran untuk mencipta untuk mereka dakwaan-dakwaan untuk mendapat bukti untuk mendakwa ahli-ahli exco atau menteri-menteri yang berkenaan. Jadi saya rasa bahawa SPRM hendaklah lebih profesional dalam menjalankan siasatan mereka".


Pulau Pinang adalah negeri kedua selepas Selangor mengambil pendirian ini. Sejurus selepas kematian Teoh, Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan semua pembantu khas Exco hanya dibenarkan disoal-siasat di premis Kerajaan Negeri.

Kesemua pembantu khas exco kerajaan negeri Pulau Pinang berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Pencegah Rasuah Pulau Pinang bagi menyerahkan memorendum kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM Malaysia berhubung kematian Teoh yang menjadi tanda tanya sehingga kini.

Lebih 40 orang pembantu khas yang hadir melahirkan rasa kesal dan sedih mereka diatas kematian rakan sejawat mereka di negeri Selangor itu. Mereka juga mendesak kepada SPRM agar memberi penjelasan mengenai kematian Teoh.

Mereka juga menyuarakan sekiranya SPRM gagal memberikan penjelasan yang telus dan benar serta menyelindung mana-mana pihak berkepentingan dan tidak membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan, semua pembantu khas kepada Adun dan Exco kerajaan negeri tidak akan sesekali memberikan kerjasama kepada SPRM.

Sementara itu, Rezal Huzairi Md Zaki, Pembantu Khas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang menggesa supaya Suruhanjaya Diraja segera dibentuk bagi membantu menyelesaikan kemelut kematian mengejut Teoh Beng Hock.


"Pertama yang kita highlightkan adalah untuk supaya diwujudkan suruhanjaya bebas ataupun suruhanjaya diraja yang dapat memaklumkan kepada, boleh dikatakan semua yang hadir hari ini adalah pembantu khas agar apakah yang boleh di maklumkan kepada kami yang berkerja dibawah pembantu khas kepada semua ahli MMK tentang masa depan. Adakah perkara ini akan boleh berlaku lagi ataupun perkara ini berlaku disebabkan apa? Jadi itu sajalah yang kami semua pembantu-pembantu khas ingin tahu sendiri daripada pihak SPRM tentang kejadian yang berlaku kepada sahabat kami juga yang berada di Selangor".

Teh Lai Heng, Pengerusi Persatuan Pembantu Khas Kerajaan Pulau Pinang juga turut melahirkan rasa sedih di atas kematian Teoh.


"Pertama sekali kami amat sedih dan dan kesal dengan kematian mendiang saudara Teoh Beng Hock . Beliau sebagai seorang Setiausaha Politik kepada YB Exco Selangor, Yang Berhormat Au Yong Heng Hua. Sepatutnya sebagai pembantu khas kita cuma menjalankan kerja. Saya ingat SPRM tidak patut dengan cara-cara siasatan dan saudara Teoh juga tak tau mengapa boleh mati di banggunan tersebut, so saya harap SPRM akan memberi kita satu kebenaran dan kepada semua orang especially family members dia. So bagaimana saudara Teoh boleh jatuh daripada banggunan SPRM Selangor, kita nak tau siasatan yang terperinci".

TVA

Ezam dakwa DAP bunuh Teoh

sharpshooterblogger.blogspot.com

Laa...hidup lagi rupanya Ezam al-kataki al-kotaki wal-hitami ini. Di Manek Urai tak muncul dan nampak batang hidung pun.. Tiba-tiba muncul pula di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor pada Ahad malam.

Kalau mereka (DAP) berani tuduh SPRM yang membunuh Teoh Beng Hock,maka tanpa perasaan gentar saya pula yang mendakwa mereka (DAP) yang bunuh Teoh.

Demikianlah kata Ezam Md.Nor dalam satu majlis ceramah di Kg.Kanchong Darat,Banting Selangor malam tadi (Ahad).

Kata Ezam lagi, tiada sebab untuk SPRM membunuh saksi mereka kerana ianya amat penting kepada SPRM. Sudah tentu si perasuah yang membunuhnya kerana bimbang kegiatan rasuah mereka didakwa oleh SPRM. Mengapa kita harus takut untuk untuk menuduh mereka, jika mereka terus menerus menuduh SPRM dan Barisan Nasional yang melakukan semua ini. Demikianlah kata-kata Ezam dalam ceramahnya malam tadi.

Itu pun ada juga orang umno percaya cakap Ezam. Punya bangang tak dak dah.. kata orang utara. Teoh mati dalam pejabat SPRM dalam siasatan SPRM. Masa bila pula DAP pi bunuh Teoh. Beginilah rupa sebenar Ezam ingatkan cerdik tapi bangang sebangangnya. Akai ada ka...

Saya cadangkan DAP saman segera Ezam. Bagi saya, dia memang saja nak cari publisiti murahan setelah dia tahu karier politik dan kredibelitinya jatuh merudum.

Dia memang suka DAP saman dia sebab boleh jadi popular balik.

Entahlah Ezam oi.. Nasib hang la.. antara maruah dan habuan... Ezam Al-Kataki Al-Kotaki Wal-Hitami.. Sekejap ada..sekejap tiada..