Monday, March 15, 2010

Kontrak Musa Hassan sebagai KPN tidak akan disambung




Kelab GB

DAP, PAS sepakat Anwar Ketua Pembangkang, PM

Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 15 Mac : DAP dan PAS mengulangi pendirian tetap memberi sepenuh kepercayaan kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen biarpun kerusi PKR kini hanya 26 iaitu kurang dua kerusi berbanding DAP (28).


Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh berkata, pihaknya langsung tiada keraguan untuk Anwar kekal menerajui pembangkang di Parlimen.

"Tidak ada apa-apa keraguan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang walaupun kerusi PKR sekarang 26, DAP (28) dan PAS (23).

"Kami DAP memberi sokongan penuh kepada Datuk Seri Anwar," katanya yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor ketika ditemui di lobi parlimen hari ini.

Manakala Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar pula berkata, Anwar bukan sahaja diterima Pakatan rakyat sebagai Ketua Pembangkang, malah sebagai calon perdana menteri Malaysia.

"Kita Pakatan Rakyat bukan sahaja menerima Anwar sebagai Ketua Pembangkang malah Perdana Menteri Malaysia.

"Bukan baru sekarang, tapi sejak zaman (allahyarham) Datuk Fadzil Noor (mantan Presiden PAS) lagi sewaktu dalam Barisan Alternatif," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

PKR sebelum ini mempunyai 31 ahli parlimen namun empat daripada mereka bertindak keluar parti manakala seorang telah dipecat manakala PAS pula masih kekal dengan 23 kerusi.

Hari ini merupakan istiadat perasmian pembukaan Penggal Ketiga, Parlimen ke-12 oleh Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Mesyuarat Pertama Dewan Rakyat akan bermula esok sehingga 15 April ini.

Harakahdaily
"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," ~ Datuk Seri Anwar Ibrahim



Kelab GB
"Ukhuwah dan persahabatan antara Pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong menolong ke arah kebaikan"

Pemuda PAS cuba tangani masalah anak muda

Rusli Yasmin

AMPANG, 15 Mac : Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abdul Rani berkata, Pemuda PAS akan berusaha sehingga dapat menjiwai anak-anak muda dan cuba menangani masalah yang mereka hadapi mengikut kemampuan yang ada.

"Ukhuwah dan persahabatan antara pemuda PAS dan anak-anak muda di luar PAS mesti dihidupkan agar kita dapat tolong-menolong ke arah kebaikan" katanya ketika merasmikan kempen 'Orang Muda Geng Kita' peringkat Wilayah Persekutuan dan pertandingan bowling Piala Ketua Pemuda, petang semalam.

Gambar: Azman (berkopiah) bersalaman dengan peserta pertandingan.



Menurut beliau, peranan PAS bukan hanya sekadar berpolitik atau bercakap tentang tetapi merangkumi seluruh aspek kehidupan.

"Peranan PAS adalah menyeluruh merangkumi aspek sosial ekonomi dan politik sesuai dengan sifat Islam yang syumul.

"Sebagai contoh Islam menasihati supaya umatnya beriadah dan menjaga kesihatan, maka kita mengadakan aktiviti sukan seperti bowling pada hari ini," tambahnya.

Dengan slogan 'Orang Muda Geng Kita' Pemuda PAS terus berusaha mendekati anak-anak muda dengan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan bowling yang telah diadakan di Ampang Point petang semalam.

Pasukan Green Tea menjuarai pertandingan bowling itu dengan 1,975 jatuhan pin mengalahkan pasukan MIG di tempat kedua (1,738) dan Kampung Tasek Tambahan di tempat ketiga (1,732).

Saiful Bahari menjadi pemain terbaik kejohanan dengan 602 jatuhan pin.

Hadiah telah disampaikan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Mohd Sany Hamzan.

Harakahdaily

Najib Lantik Perunding Yahudi Bantu Urus Malaysia


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menunjukkan keangkuhannya apabila sanggup melantik syarikat milik Yahudi untuk menasihati beliau dan isteri atas urusan-urusan negara, termasuk mereka slogan-slogan seperti Satu Malaysia.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud bukti jelas Syarikat APCO yang pernah menjadi penasihat kepada kerajaan Israel, kini dibayar sehingga 60 juta ringgit, untuk menasihati Najib dan kerajaan pimpinannya.

Anwar berkata tindakan pemimpin-pemimpin Umno menggunakan khidmat syarikat atau perunding Yahudi bukanlah perkara baru kerana pernah dilakukan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri.

"Orang kata "Anwar, mereka keji kamu, mereka fitnah kamu, mengapa kamu fitnah balik?". Tidak, saya tidak akan sebut kalau saya tidak ada bukti," kata Anwar.

"Datuk Seri Najib lantik syarikat Yahudi bernama APCO. Saudara-saudari boleh layar internet dan selidik apa dan siapa APCO ini - sebuah syarikat perunding Yahudi. Siapa penasihat utamanya kalau bukan bekas Duta Israel ke Amerika Syarikat dan bekas Duta Israel ke Jerman," tambah beliau.

"Untuk menjadi Duta Israel ke Amerika Syarikat dan Jerman, haruslah menjadi Zionis yang keras. Orang-orang seperti inilah yang mengasaskan APCO, yang antara peranannya adalah menasihatkan diktator, pemimpin-pemimpin dan pandangan kelompok Yahudi," tegas beliau.

Datuk Seri Anwar berucap kepada ribuan orang di Dewan Che Yang Khor, Pangkalan Assam, di Kangar, Perlis.

Beliau seterusnya menjelaskan bagaimana APCO menjual idea yang telah di guna pakai di Israel untuk memulakan program 1Malaysia tajaan Najib Razak.

"Antara yang dinasihati APCO ini adalah Perdana Menteri Israel, Ehud Barak. Apa nasihat mereka kepada beliau pada masa itu? Mereka nasihatkan Ehud Barak supaya perkenalkan slogan Satu Israel," jelas Anwar.

"Tahun 2009, Najib lantik APCO sebagai penasihat. Nasihat yang sama juga diberikan kepada Najib. Ehud Barak kata Satu Israel, Najib kata Satu Malaysia. Berapa belanjanya? RM60 juta ringgit," tambah lagi.

Anwar berkata tindakan Najib menggunakan APCO menjatuhkan kredibiliti Malaysia sebagai Negara Islam.

"Saudara, keangkuhan Umno sudah sampai kepada kemuncaknya. Berani sungguh sebuah negara Islam lantik APCO seabgai penasihatnya. Seteruk-teruk negara Islam lain, tidak pernah yang sampai ke tahap ini. Umno sanggup, kerana mereka ingat orang Melayu boleh diperbodohkan," kata Anwar.

"Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan kepada kita," katanya lagi.

Pada ceramah ini Datuk Seri Anwar juga menggesa rakyat supaya waspada terhadap cubaan berterusan Umno untuk meniupkan sentimen perkauman dalam usaha meraih sokongan orang Melayu

"Mereka turun ke bawah tuding jari mereka kata orang itu Yahudi, orang ini Cina, orang ini khianat Melayu walhal penasihat mereka APCO," kata Anwar.

"Dahulu Mahathir bayar taukey judi Yahudi sebab mahu berbaik dengan Presiden George Bush, sekarang APCO buka pejabat di Kuala Lumpur dan bergiat sebagai penasihat kepada Najib dan Rosmah," tegas beliau.

tvSelangor

Masalah Perniagaan Orang Melayu - RPK Speaks His Mind

RPK memberi pandangan tentang masalah perniagaan orang Melayu. Beliau menerangkan bagaimana dasar-dasar dan perlaksanan dasar oleh kerajaan menghindari kejayaan orang Melayu untuk berniaga.




c4productionhouse