Tuesday, May 3, 2011

Jika benar Osama mati, saya doa keampunan untuknya

KUALA LUMPUR, 3 Mei : “Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam,” kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) dalam satu kenyataan.

Tambahnya, itulah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya.

Menurutnya, sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Berikut kenyataan penuh beliau.

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.

Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.

Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

Kenyataan Najib berhubung Osama kurang tepat

Harakahdaily

Prove you’re multiracial, Sarawak PKR tells partners

Baru wants the DAP to counter accusations that it is a Chinese chauvinist party. — File pic
PETALING JAYA, May 3 — Sarawak PKR wants its Pakatan Rakyat (PR) partners to contest in “black seats” in the next general election and dismiss the notion that they cannot cross the racial divide.

State chief Baru Bian told reporters here today that PKR could not continue shouldering the burden of contesting in Barisan Nasional (BN) strongholds and invited the DAP and PAS to share in about 14 Dayak- and Malay-Melanau-majority parliamentary seats that PR struggled in during the April 16 state election.

“We want to invite DAP and PAS to take over some of these seats and balance it out if they are prepared to be seen as multiracial,” the Ba’Kelalan assemblyman said.

He said this was a way for the DAP to counter accusations that it is a Chinese chauvinist party that used racial politics to win nearly all Chinese-majority seats in contested, doubling its representation in the Sarawak assembly to 12.

PAS has also spent the past few years widening its appeal to non-Muslims and campaigns under the slogan “PAS for all.”

PKR has been defending itself against accusations of greed after it contested in 49 of the 71 seats for the Sarawak polls but winning only three.

It said last week that 24 of the seats were “impossible to win” but that it could not give BN a free ride if it was serious about wanting to form government.

“PAS and DAP were only fighting in places that they can win,” Baru said today.

He said that PKR had identified 17 winnable parliamentary seats for the general election that is expected to be held within the year and would be aiming to contest in 10 of these.

Baru said that based on the April 16 vote, DAP looked set to win five to six seats while PKR would have to make some improvement and penetrate into the remainder.

He told The Malaysian Insider later that PKR will ask to swop native-majority seats for two of the DAP’s Chinese-majority seats — Stampin and Miri.

He also said that if the DAP and PAS refused to take up some of the 14 tough seats, “then what can we do? We too need to concentrate on winnable seats. We will hope independents will take the fight to BN.”

By Shannon Teoh TMI

'Mat Sabu dahului pencalonan no 2 PAS'

Penyokong Mohamad Sabu mendakwa bekas naib presiden PAS itu setakat kelmarin mendapat 60 pencalonan kawasan untuk bertanding jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Jun ini.

Manakala penyandangnya Nasharuddin Mat Isa yang juga ahli parlimen Bachok pula setakat ini memperolehi 33 pencalonan.

Menurut sumber, keputusan itu diperolehi dari maklumat yang diterima dari kawasan-kawasan yang telah mengadakan mesyuarat bagi memilih calon berkenaan.

Sumber turut memberitahu tiga lagi pemimpin PAS turut mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan nombor dua itu.

Mereka adalah naib presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang meraih 13 pencalonan dan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mendapat tiga pencalonan.

Seorang lagi naib presiden Salahuddin Ayub - yang juga ahli parlimen Kubang Kerian - memperolehi satu pencalonan.

PAS mempunyai 179 kawasan di seluruh negara.

Bagaimanapun usaha Malaysiakini untuk mendapat jumlah pencalonan yang pemimpin PAS yang lain itu masih belum berhasil.

Setakat ini, hanya Mohamad dan Nasharuddin menawarkan diri untuk bersaing merebut jawatan timbalan presiden.

Pada pemilihan 2009, kedua-dua tokoh itu bertembung dalam persaingan tiga penjuru yang menyaksikan Nasharuddin terus mempertahankan jawatan tersebut dengan mendapat 480 undi.

Exco Kanan Kerajaan Negeri Kelantan Datuk Husam Musa mendapat 281 undi, manakala Mohamad sekadar meraih 261 undi.

Ibu pejabat parti menetapkan pemilihan dan muktamar PAS akan berlangsung pada selama tiga hari bermula 3 Jun ini di Markaz Tarbiyyah PAS di Taman Melewar, Gombak.

Sebelum itu, muktamar bagi sayap-sayap parti - Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama - turut akan mengadakan pemilihan bagi memilih pucuk pimpinan mereka masing-masing dua hari sebelum itu.

Abdul Rahim Sabri Malaysiakini

Polis jadi agen politik Umno, KPN dituntut beri penjelasan

PETALING JAYA : KEADILAN menuntut penjelasan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar berhubung sikap pegawai kanan polis yang menjadi agen kepada Umno-Barisan Nasional.

Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamad Azmin Ali berkata, beliau merujuk tindakan salah seorang pegawai kanan polis, Datuk Dr Haji Abd Rahman Ismail dari cawangan khas yang mempergunakan pejabat Pelajaran Daerah Bachok, Kelantan bagi menyebarkan fitnah kepada Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Fitnah itu, katanya, dibuat pada program ‘Seminar isu-isu keselamatan negara masa kini yang dirasmikan Timbalan menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussinbertarikh 19 Februari 2011 di Dewan Sri Bentara, Sekolah Menengah Beris Panchor.

Selain menyebarkan fitnah kepada Anwar dan pembangkang, Abdul Rahman Ismail turut didakwa memfitnah keluarga mangsa tragedi Memali.

“Seminar yang disampaikan oleh SAC 1 Ismail Abd Rahman bukannya mengenai keselamatan negara, tetapi mengupas mengenai isu video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga menyentuh mengenai tragedi Memali, di Kedah.

“Apakah jaminan ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara untuk memastikan institusi polis yang berwibawa terhadap keselamatan negara ini, jika mereka sendiri terlibat dengan agenda politik umno dan barisan nasional

“Sila jawab persoalan ini dengan jujur,” kata azmin ketika sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini dengan membawa bukti atur cara program berkenaan.

Turut hadir ialah Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Sarawak, Baru Bian dan Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad.


KeadilanDaily

Perak : Zambry, Pakatan Rakyat dan Si Puntum?

"Pemerintahan mestilah bertunjangkan persetujuan dan kehendak rakyat, dalam kata-kata Abraham Lincoln yang masyhur itu: 'sebuah kerajaan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat'. Juga pemerintahan ini mestilah berdasarkan undang-undang, dan bukan berdasarkan kehendak seorang autokrat atau sekumpulan elit agama atau politik."- Kassim Ahmad

Malangnya "demokrasi telah mati" (Paul Kingsnorth). Rakyat Perak samasekali tidak boleh melupakan saat-saat tumbangnya kerajaan yang telah dipilih secara sah pada PRU 12 tahun 2008. BN menguasai semula Perak pada 5 Februari 2009 melalui kudeta atas sebab-sebab tertentu seterusnya menenggelamkan kerajaan yang dipilih rakyat.

Tarikh 5 Februari 2009 merupakan sebuah tarikh bersejarah untuk Malaysia yang membuktikan "segalanya adalah mungkin". Tarikh yang memperlihatkan gagalnya institusi kehakiman negara dan perlembagaan negeri dalam memberi keadilan sewajarnya. Justeru, tarikh ini memperlihatkan bagaimana institusi istana dipergunakan sedemikian rupa oleh ahli politik berkepentingan. Langsung, tarikh ini adalah titik hitam yang terukir di hati dan jiwa majoriti rakyat.

Jelas dan terang bahawa ini merupakan pencabulan terhadap demokrasi. Zambry Abdul Kadir dari BN, telah dilantik sebagai MB yang baru menggantikan Mohamad Nizar Jamaluddin dari PAS mewakili Pakatan Rakyat: menerajui sebuah kerajaan yang keabsahannya diragui samasekali.

Dunia: Sekitar "rampasan kuasa"

Apatah lagi dunia! Rampasan kuasa bukanlah sebuah subjek janggal dan anda boleh mengganggapnya normal! "Rampasan kuasa" boleh dilakukan oleh siapapun dengan pelbagai cara: menggunakan tentera, undang-undang, jalan raya dan sebagainya. "Rampasan kuasa" berlaku atas kehendak dan keperluan-keperluan tertentu adapun wujud perbezaan dari idea dan pelaksanaannya.

Mari kita imbas kembali beberapa siri rampasan kuasa yang pernah berlaku.

Suka saya mengambil contoh bagaimana Kerajaan Bani Ummaiyyah telah dijatuhkan oleh kelompok yang ditaja oleh Ali bin Abdullah dikenali kemudiannya sebagai Kerajaan Bani Abbasiyyah. Kerajaan Bani Umaiyyah digantikan dengan Kerajaan Bani Abbasiyyah. Maka, berlangsunglah kekuasaan Kerajaan Bani Abbasiyyah sehingga beberapa abad kemudian sehinggalah tentera pimpinan Hulagu Khan dari Mongolia menumbangkan kerajaan ini pada tahun 1258.

Di sekitar nusantara. Banyak peristiwa rampasan kuasa dan penaklukan yang telah berlaku. Dari Majapahit sehinggalah Kesultanan Melayu Melaka. Satu contoh; peristiwa sekitar abad ke-15 bagaimana Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri ke Pahang apabila Portugis berjaya menawan Kota Melaka. Daripada peristiwa ini; Sultan Mahmud telah mendirikan Kesultanan Johor manakala anakandanya pula telah mengasaskan Kesultanan Perak.

Atas kesedaran idea kebebasan, nasionalisma dan sosialisma. Kita disaksikan pula bagaimana Revolusi Perancis sekitar tahun 1848 telah mencetuskan Revolusi Eropah yang menunjukkan kesepakatan rakyat dari kelas pekerja dan menengah bangkit melawan penguasa dengan tuntutan-tuntutan pembaharuan. Rakyat dengan segala kekuatan dan semangat yang ada turun ke jalan raya- sepertimana yang pernah berlaku seperti Revolusi Islam Iran pada tahun 1979 yang menyaksikan tumbangnya Dinasti Pahlavi yang sekian lama memerintah.

Begitu juga "rampasan kuasa" yang telah berlaku di Tunisia dan Mesir pada tahun ini dan bagaimana ia mempengaruhi negara-negara timur tengah yang lain. Berbeza pula di Thailand pada tahun 2006 di mana rampasan kuasa telah dilakukan pihak tentera ke atas kekuasaan Thaksin iaitu Perdana Menteri Thailand ketika itu merangkap "jutawan telekomunikasi" yang popular ia lantas memperlihatkan bagaimana peri pentingnya kuasa tentera dalam mengawal suasana politik dan keselamatan negara.

Di Malaysia; rampasan kuasa di Perak bukan perkara yang baru. Ia telah berlaku di era pimpinan Mohd Asri Muda sebagai Presiden PAS pada tahun 1977. Suka ataupun tidak, rampasan kuasa di Perak ini merupakan realiti pahit yang perlu dihadapi bersama. Rasanya mungkin sukar bagi UMNO-BN untuk mengambil alih pentadbiran Perak sekiranya Pakatan Rakyat mempunyai majoriti yang lebih besar lebih-lebih lagi jika PAS berada dalam jumlah kerusi yang selesa seperti DAP. Untuk menebus kembali maruah dan memperoleh keadilan sewajarnya, Pakatan Rakyat perlu memenangi lebih banyak kerusi seterusnya memerintah Perak. Apatah lagi, soal "rampasan kuasa" ini melibatkan isu "ketuanan", "Islam" dan "survival Melayu" justeru, PAS dilihat sebagai parti yang mewakili majoriti Melayu dalam Pakatan Rakyat.

Soalnya sekarang; mampukah PAS meraih lebih banyak kerusi untuk PRU ke 13 nanti? Apakah ada jalan untuk PAS meraih undi Melayu dalam "mengimbangi" kuasa politik dalam Pakatan Rakyat di Perak?

Rampasan Kuasa dan Retorik PAS ganti UMNO?

Semestinya, kita ternantikan keputusan PRU ke-13 walaupun ia belumpun bermula. Apakah ia seperti yang dijangkakan. Namun, saya pasti persoalan ini sentiasa menghantui BN: akankah berulangnya kemenangan Pakatan Rakyat di Perak? Persoalan yang menggerunkan bukan?

Dalam kawasan majoriti Cina, kita boleh letakkan DAP dalam keadaan yang paling selamat. Lalu, perkara yang akan berlegar difikiran kita adalah bagaimana pula penerimaan masyarakat Melayu Perak terhadap perjuangan Pakatan Rakyat yang digambarkan sebagai "mimpi ngeri" dalam ucapan bajet 2011 oleh Zambry yang lalu.

Persoalan yang timbul ialah berkisar kepada kemampuan PAS dan PKR mempertahankan kerusi sedia ada dan yang paling mustahak ialah untuk menambah kerusi di peringkat DUN dalam masa pilihanraya umum akan datang. PAS pula mendakwa mereka sebagai parti paling sesuai menggantikan UMNO. Persoalannya, mampukah PAS mengalihkan sokongan masyarakat Melayu kepada mereka? Apakah rasional PAS mengatakan mereka layak menggantikan UMNO sedangkan PAS adalah sebuah parti berteraskan Islam manakala UMNO bertunjangkan kebangsaan Melayu? Selain itu, ia merungkai persoalan apakah masyarakat Melayu itu sendiri bersedia untuk berubah?

Mungkin, jumlah kehadiran audien yang ramai di majlis-majlis penerangan Pakatan Rakyat terutamanya PAS yang kerap dianjurkan seluruh negeri dewasa ini antara fenomena yang menggusarkan UMNO-BN dan sedikit sebanyak memberi kekuatan moral kepada PAS. Mungkinkah ini merupakan petunjuk peningkatan sokongan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat umumnya?

Cabaran kuat untuk PAS adalah bagaimana meyakinkan pengundi seperti di Pasir Salak dan Manjoi bahawa memilih PAS sebagai wadah perjuangan bangsa adalah lebih baik dari memilih BN. Saya juga amat tertarik perenggan akhir tulisan Ahmad Lutfi Othman dalam artikelnya berjudul "PAS parti paling kritikal dalam Pakatan Rakyat?" antara lain menyarankan agar PAS tidak meletakkan kehodohan wajah UMNO-BN semata-mata untuk meraih sokongan rakyat. Benar sekali!

Bajet Zambry 2011: Tutup Salah?
(Baca-sekiranya PRU ke 13 berlangsung pada 2011)

Mungkin: selain tanggungjawab kerajaan negeri - Dalam soal pendidikan (Baca: masyarakat bukan Melayu) pentadbiran Zambry telah memperuntukan sebanyak RM2 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan dan Sekolah Mubaligh manakala sebanyak RM4.5 juta pula diperuntukkan kepada rumah-rumah ibadat bukan Islam seperti kuil, tokong, gereja, gudawara dan wat Siam.

Kerajaan Perak juga dilihat prihatin apabila telah meluluskan sebanyak RM2 juta untuk pembinaan krematorium yang mesra alam manakala sebanyak RM5.5 juta diperuntukkan kepada Jabatan Agama Islam Perak untuk pembangunan pusat tahfiz, pejabat agama dan penyelenggaraan masjid-masjid seluruh negeri. Untuk Perkhidmatan Masyarakat dan Luar Bandar pula, kerajaan negeri telah memperuntukan bajet pembangunan sejumlah RM58 juta.

Bajet Negeri Perak 2011 antara lain cuba mendekatkan kerajaan dan rakyat. Apakah penambahan peruntukan pada bajet 2011 ini mampu untuk menjernihkan hubungan kedua-dua pihak (kerajaan dan rakyat). Mungkin sebahagian kita bersikap skeptik; Adakah bajet mesra rakyat pentadbiran BN di Perak ini sama dengan negeri-negeri di bawah Pakatan Rakyat seperti Kedah, Selangor dan Pulau Pinang yang mengambil sikap merakyatkan ekonomi negeri dengan pelaksanaannya yang berhemah, telus dan berintegriti? Persoalan lain; Apakah peruntukan pembangunan yang diluluskan sebanyak RM273 juta (berbanding RM179 juta pada 2010) ini akan menjadikan rakyat bersikap lebih apresiasif? Perlukah rakyat bersikap apresiasif, dalam maksud lain (politically) akan melonjakkan lagi sokongan mereka kepada BN?

Kita tidak pasti apa respon rakyat Perak terhadap bajet yang diperuntukkan ini dan sejauh mana ia mampu mengubah pendirian sebahagian mereka terhadap isu pemerkosaan demokrasi yang telah berlaku selain menguji kemahiran "berkempen" 817 Pengerusi JKKK yang telah mendapat pertambahan elaun sebanyak RM50 menjadikan jumlah elaun mereka RM800 sebulan.

Dan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan kembali DUN Perak; apakah akan berulangnya pembelotan terhadap pilihan rakyat ini? Banyak kemungkinan yang boleh berlaku. Kita tetap tidak boleh membuat andaian bahawa BN akan terus berkuasa di Perak, begitu juga sebaliknya. Kedua-dua pihak; samada BN dan PR, punya strategi dan percaturan tersendiri.

Perak: Lahirnya ramai tokoh pejuang

Insiden rampasan kuasa dan peralihan kerajaan secara tidak wajar ini membuktikan bagaimana sistem perundangan negara jelas ditunggangi ahli politik. Pada masa yang sama, UMNO-BN harus bersyukur kerana majoriti rakyat masih sabar dan tidak melakukan sebarang tindakan subversif terhadap kerajaan negeri. Kaitan rampasan kuasa dan PRU? Ya. Persoalan yang baik. Kemenangan Pakatan Rakyat sekali lagi di Perak sangat penting dalam memastikan keadilan boleh ditegakkan sewajarnya.

Dalam konteks negeri Perak, menghitung detik PRU ke 13, pelbagai persoalan timbul. Apakah rakyat masih lagi terinspirasi dengan perjuangan Pakatan Rakyat? Adakah kemelut pencabulan demokrasi ini masih memberi kesan kepada hati rakyat? Dan bagi PAS; berjayakah mereka mengubah persepsi Melayu? Manakala bagi BN, apakah kepimpinan Zambry mampu untuk menarik semula sokongan majoriti rakyat terhadap BN? Apa pula trend pengundi pada kali ini? Semua persoalan ini masih menjadi persoalan.

Di sebalik apa yang telah berlaku. Rakyat negeri ini harus tahu bahawa Perak merupakan negeri bertuah. Negeri yang tersemat dengan semangat dan perjuangan. Ia menyaksikan lahirnya ramai tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan tanah air antaranya Abu Bakar al Baqir, Rashid Maidin, Burhanuddin al-Helmy, Ahmad Boestamam, Chin Peng dan ramai lagi tidak disebutkan di sini. Mungkin-Suatu masa nanti, kebenaran akan menang. Maka jangan hairan, jika semangat dan perjuangan pejuang-pejuang ini terus membara di segenap hati rakyatnya. Jangan sampai rakyat menjadi seperti Si Puntum yang menikam Birch ketika mandi di Sungai Perak lalu puaslah hati Dato' Maharajalela lantaran dendamnya tertunai!


*Hafiz Zainuddin ialah kolumnis MerdekaReview, edisi bahasa Malaysia

Video Seks : PKR dedah bukti PDRM terlibat

PETALING JAYA 3 MEI : Tuduhan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersekongkol dengan kerajaan UMNO Barisan Nasional (BN) dibuktikan apabila PKR hari ini mendedahkan gambar Senior Asisten Komisioner (SAC) 1, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail yang didakwa menghasut dua ribu guru termasuk pengetua di Bachok, Kelantan.

Dalam program 'Seminar Isu- isu Keselamatan Negara Masa Kini' pada 19 Februari lalu, Penolong Ketua Pengarah Penyelidikan dan Keurusetiaan Cawangan Khas Bukti Aman itu mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pelaku dalam kes video seks dan fitnah liwat 2.

Selain itu Abdul Rahman turut mengatakan Anwar sebagai ancaman kepada keselamatan negara.

Perkara sama didedahkan minggu lalu oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Laporan lanjut menyusul...


Ditulis oleh ZeanaAima tvsnews

Kerja Orang Gila - Dato Seri Anwar Ibrahim



Saya bukan Superman - Dato Seri Anwar Ibrahim



Najib's 'forked tongue' finally catches up

It looks like embattled Prime Minister Najib Razak has painted himself into a fresh corner.

His call to the Chinese to vote for the MCA is being slammed as political blackmail, while his latest overtures to PAS are also souring fast with his and his Umno party's Islamic credentials coming under intense scrutiny and criticism.

"If not for the mainstream media glossing over his political blunders, Najib would be in hot soup by now. This is what happens when you don't deal sincerely and with unclean hands. All the bad intentions hit back at you," PKR vice president Tian Chua told Malaysa Chronicle.

Najib had created an uproar in the Chinese community by confirming a proposal from MCA president, Chua Soi Lek, to refuse all posts in the government should the party do badly in the coming general elections.

"They have to choose. If they want the opposition, they must sacrifice the party in government. If they want a bigger say to serve their interests, they have to support a Barisan Nasional component party. Chinese voters have already been given a clear message on this," Najib had said over the weekend.

Waffled when the crunch came

But even before the fire from those comments, which were regarded by the Chinese as "forcing them to vote for the MCA" had faded, Najib went and lit another fuse.

He urged the Islamist PAS to re-join his BN coalition.

“Why play nice with DAP? Does DAP champion Islam? (PAS president) Hadi Awang, enough of the DAP, leave the DAP, join BN,” taunted Najib.

That set off a string of demands from the DAP on whether such a merger would be acceptable to the other BN partners such as MCA, which has said it is against an Islamic state.

“MCA’s stand has been very clear that we will not accept PAS trying to make this country into a theocratic Islamic state. We will not accept that and PM is fully aware of MCA’s stance. They can join BN if they abandon their policy of turning this country into a theocratic Islamic state,” was Soi Lek's reply.

Yet, when asked if he and Umno were indeed aware and agreeable to Soi Lek's 'No to Islamic state' comments, Najib waffled.

"I do not want to enter into this polemic over what is an Islamic state because there are various interpretation of what is Islamic state,” Najib told reporters on Monday.

What is Najib's and Umno's stand on an Islamic state

Again, his reply is bound to invite further controversy as the Muslim community dissected his words.

They are bound to want clarification on whether Umno would support or condemn an Islamic state and why. Another hot question would be what constituted an Islamic state and how would Umno define one.

Analysts and political observers have long warned that Najib's policy of saying "diffferent things to different communities" could not last.

"Yes, all those speeches with forked tongue have finally caught up with him," MP for Gopeng Lee Boon Chye told Malaysia Chronicle.

"Najib now needs to clarify to the Muslims what is an Islamic state, and also what he thinks about Soi Lek and MCA's stand, which actually reeks of Islamophobia. To some Islamists, it is a real affront to their religion."


Written by Wong Choon Mei, Malaysia Chronicle

PAS tidak mudah beralih arah, kata Mahfuz

SHAH ALAM 2 MEI : Keterbukaan dalam pentadbiran yang ditonjolkan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bukan bererti parti itu dengan sewenang-wenangnya mudah dirunding untuk beralih arah menyertai Umno-Barisan Nasional, kata ahli parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar.

Justeru naib presiden PAS itu mengingatkan Umno-Barisan Nasional agar tahu membezakan soal urus tadbir kerajaan yang dipimpin pemimpin PAS dan juga ketegasan perjuangan dalam parti yang dipegang teguh sejak sekian lama.
"Harus dibezakan antara isu PAS-Umno dan isu soal urus tadbir kerajaan, dalam pengurusan kerajaan negeri sememangnya menuntut seseorang Menteri Besar bersikap mesra dengan semua orang dan semua pihak,"kata Mahfuz.

"Tetapi dalam hal ketegasan perjuangan berhubung perbezaan parti diizinkan untuk kita berbeza dalam hal-hal politik, jadi tidak perlu Tun Mahathir cuba untuk laga-lagakan pemimpin PAS,"ujarnya lagi.

Terbaru, Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memuji dan menyenangi Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak kerana bersikap terbuka walaupun berbeza fahaman politik.

Selain itu, Mahathir juga dilaporkan memberi gambaran Azizan adalah seorang pemimpin PAS yang boleh dibawa berbincang dalam isu-isu berbangkit berbanding dengan pemimpin PAS yang lain.

Mengulas kenyataan ini, Mahfuz menjelaskan kepimpinan PAS sentiasa bersikap profesional dan sikap terbuka yang dipamerkan oleh Menteri Besar Kedah itu adalah salah satu sikap yang seharusnya ada pada setiap pemimpin untuk berdepan dengan pelbagai pihak dalam urus kelola pentadbirannya.

"Jangan Tun Mahathir ingat senang dibawa berunding itu bermaksud senang PAS untuk menyertai Umno-BN, ianya tidak sama sekali," tegas Mahfuz.

tvsnews

Berkat solat hajat, Umno kini kera sumbang

BERKAT kita di dalam PR sering melakukan sembahyang hajat dan tidak putus-putus berdoa, maka hari ini kita dapat melihat kesannya ke atas musuh kita. Najib, Muhyiddin dan Umno kini kepanasan tidak tahu lagi arah haluan mereka.

Umno kini boleh diibaratkan sebagai kera sumbang. Di dalam BN, Umno kini terpulau oleh MCA dan Gerakan akibat kelakuan Umno yang hanya pentingkan diri sendiri. MCA dan Gerakan telah melihat sendiri betapa kaum Cina yang diwakili oleh mereka selama ini telah berpaling kepada DAP. Kebijaksanaan kaum Cina berpolitik amat merunsingkan Umno, justeru itu akhbar milik mereka Utusan Malaysia serta dibantu oleh Perkasa terpaksa memainkan isu perkauman.

Najib berada di dalam dilema untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh BN. Maka, tanpa rasa segan silu mereka cuba mempengaruhi DAP untuk menyertai BN akibat tidak lagi percaya kepada MCA dan Gerakan. Apabila DAP tegas menolak cubaan BN yang penuh tipu muslihat itu, maka mereka terpaksa beralih arah kepada PAS pula.

Di Terengganu semalam (30 April), Najib dengan wajah penuh harapan menyeru agar PAS keluar dari PR. Beliau sedar, mustahil buat PAS untuk bersama dengan Umno yang sekular dan meredhai politik lucah itu maka Najib berkata tidak perlu PAS bersama Umno asalkan keluar dari PR. Hujah Najib kununnya DAP yang mengganti PAS kini, malangnya Najib gagal menyebut satu pun bukti di atas dakwaannya itu. Seperti biasa Najib hanya berani menyalak di gelanggang sendiri, dan saya percaya 110 % jika pemimpin PAS cabar Najib berdebat atas isu ini Najib pasti akan menyorok di belakang Rosmah.

Inilah yang dikatakan keberkatan solat hajat kita selama ini. Sikit demi sedikit Allah telah tunjukkan kepada kita betapa Umno kini kepanasan dan hilang arah. Umno tidak lagi tahu siapa sebenarnya kawan yang boleh dipercayai. Umno kini kera sumbang.
wfauzdin.blogspot.com


Harakahdaily

Hadi makes counter-offer to Umno

Following the call by prime minister Najib Razak for PAS to leave Pakatan Rakyat, indirectly renewing his invitation to join Barisan Nasional, the PAS president has made a counter offer.

Tuan Guru Abdul Hadi Awang invited UMNO members and leaders to join the Islamic party if they were really serious in implementing Islam and establish justice for people of all races in the country.

Hadi also said there was no question of PAS leaving the PR coalition.

“Our conscience is clear, and our cooperation in PR is based on the policy of mutual cooperation in establishing justice and fighting injustice," said Hadi.

Earlier, PAS secretary-general Mustafa linked Najib's statement to a call by MCA president Chua Soi Lek to let go the party's cabinet positions as long as it did not have electoral support from majority Chinese.

Saying PAS was committed to PR, he warned of any attempt to create a 'dangerous dichotomy' of Malay-dominant government on one side and Chinese-dominant opposition in the other.

"It is catastrophic to have a dichotomy of a Malay government on one side, and a Chinese-dominant opposition on the other. We would like to reiterate our total rejection to such an arrangement and will not be a party to it.

"We cannot over-emphasise our commitment in Pakatan Rakyat and our resolve to ensure the successful evolution of a two-party system," said Mustafa in a statement yesterday.

Hadi reiterated that PAS did not sacrifice any of its principles in its cooperation with DAP.

According to Hadi, UMNO's cooperation with MCA and MIC, on the other hand, resulted in the Malay party abandoning Islamic values.

He dismised claims that UMNO protects Malay and Muslim interest, and said the continued denial for oil royalty in Malay-majority Kelantan and Terengganu proved the UMNO-led government's victimisation of their own community.

- Harakahdaily


Written by Malaysia Chronicle

Sumpah Mubahalah vs Sumpah Mula'anah!

Salam Saudara Mamat, 2kali5, tok jambuk, ary dan bujai, semua yang bertanya tentang Sumpah Mubahalah dan menyangka mudah sahaja akan selesai masalah seandainya Anwar Bersumpah Mubahalah (dalam posting blog saya),

Anda semua dengar jawapan dari ulama UMNO dulu kalau nak faham tentang "Sumpah Mubahalah" yang disebut oleh 2-kali5 dalam ayat 61 dari Surah Ali-Imran, bahkan ayat-ayat sebelumnya yakni 58-60.

Kalau tak ada dah ulama dari UMNO yang boleh beri jawapan, tolong tanya dari Ulama yang benar-benar ulama seperti Mufti Perlis atau bekas Mufti Perlis.

Tetapi, kalau nak tahu juga secara segera saya akan jawab di sini. Semoga ada kebaikan untuk semua dalam penjelasan tentang "Sumpah Mubalahah".

Paling penting ialah Kena faham sunguh-sungguh (i) bila dan (ii) atas sebab apa, sumpah Mubahalah ini boleh digunakan.

Dalam jenis pertikaian yang bagaimanakah "Sumpah Mubahalah" diharuskan bahkan mungkin sebagaimana satu cara dan kaedah "muktamad" bagi menyelesaikan pertikaian dan dakwaan yang saling bertentangan antara dua (2) kelompok seperti yang menjadi sebab Asbab AnNuzul - atau sebab diturunkan penerangan dan kaedah yang diberi Allah SWT bagi menyelesaikan dakwaan antara kaum seorang pendita dari kaum Najran (Kristian) yang mengaku lebih awal lagi Islam dari RasulAllah dan sahabat-sahabat Baginda.

Lalu disyari'atkan oleh Allah SWT ketika itu untuk kedua-dua pihak memanggil anak-anak, isteri-isteri dan diri-diri mereka sendiri, kedua-dua pihak melakukan Sumpah Mubalahah kerana pertikaian ahlil baatil (golongan yang sesat yang berdebat dengan Nabi ini) hanya akan berterusan (kerana kedegilan mereka) dan hanya dapat ditenangkan dengan kedua pihak saling bersumpah. Dalam Asbab Nuzul tadi, oleh kerana bila ahlil baatil (golongan yang sesat) ingin terus menerus berdebat dengan Nabi walaupun hujjah mereka telah dipatahkan semuanya, Islam mengharuskan MUBAHALAH ini demi menyelesaikan itu perdebatan mereka dengan menyerahkan kepada ALLAH SWT untuk menimpa azab kepada pihak yang menipu. (dapat diputuskan dan dimuktamadkan secara begitu kerana tidak ada nas (nusus) dan kaedah lain bagi memuktamadkan pertikaian tersebut dan ruang penghakiman mengikut lunas-lunas Syari’at.

Maka apabila anda faham apa itu sumpah MUBAHALAH, maka anda akan tahu bahawa sumpah mubahalah dalam mensabitkan kesalahan JENAYAH adalah suatu yang BID'AH dan tidak ada dalam ISLAM dan tidak diperakui pun di mahkamah syariah negara kita. Mubahalah adalah dalam PERDEBATAN ILMU!! dan bukan pertuduhan JENAYAH. Dalam Jenayah Islam, hanya satu cara, Nabi SAW bersabda "Bagi pihak yang menuduh DATANGKAN bukti, dan bagi yang tertuduh menafikannya dengan sumpah. Juga ada pandangan yang mengatakan MUBAHALAH hanya berlaku antara orang Islam dan bukan Islam."

Namun dalam pertuduhan yang dibuat oleh tiga peribadi yang menggelarkan diri mereka itu Datuk T (ada yang kata Trio), tuduhan JENAYAH dibuat terhadap seorang lain dan pertuduhan ini juga melibatkan salah satu daripada MAQASID ISLAM yang lima, iaitu "Penjagaan Maruah". Seharusnya mereka mengikut hukum syara' dengan menyokong pertuduhan mereka dengan BUKTI. Ini yang dituntut Islam. Setiap pertuduhan haruslah dengan bukti kerana hikmah yang sangat besar di sebalik itu. Jika Islam memberi ruang kepada mereka yang menuduh (terutama) Jenayah dengan hanya sekadar bersumpah, umat Islam akan hancur lebur dan kacau bilau dengan semua pihak yang bergaduh akan mula menuduh jenayah zina, liwat dsb dengan hanya bersumpah. Ini salah faham yang sangat besar yang perlu diperjelaskan. Majoriti ulama keseluruhannya bersetuju bahawa dalam kes jenayah, pertuduhan hanya dengan bukti dan jika MALAH dalam KES pertuduhan zina, ada implikasi yang sangat besar jika mereka tiada bukti. Mereka yang menuduh boleh sabit dengan kesalahan jenayah QAZAF!!! di Mahkamah Syariah.

Sebenarnya, kes ini sekaligus telah membabitkan lontaran tuduhan zina terhadap seorang peribadi Muslim yang berkeluarga (muhsanat) dan memberi erti telah menginvokasi dosa dan JENAYAH "Qazaf" (yang dibolehkan mereka dirotan 80 kali!) andainya peribadi Trio terbabit tidak mendatangkan bukti yang dituntut Syar'iat Allah SWT yang telah pun diqanunkan menjadi undang-undang Islam (Surah AnNur:4) yakni empat saksi.

Sumpah Mubalahah bagi menyelesaikan masalah ini sesungguhnya memang tidak boleh digunakan kerana tiada asas dalam nas dan boleh menimbulkan kacau bilau (chaos) dalam masyarakat umat Islam. Hanya dengan cara penghakiman dan pembuktian di mahkamah syariah sahaja dibolehkan pertuduhan sebegini dibuat. Trio ini harus ke mahkamah kalau benar-benar ada bukti kerana tidak cukup dengan ke masjid, bersembahyang sunat dan bersumpah di hadapan kamera. Masyarakat juga harus diperjelaskan bahawa Mubahalah tidak boleh digunakan dalam kes Jenayah khususnya.

*Tulisan dipetik dari blog Dzulkefly Ahmad (gambar kiri), ahli parlimen Kuala Selangor merangkap AJK Pusat PAS.

MerdekaReview

Step down or face street demos, Taib warned

MoCS is preparing to unleash a people’s power revolution to oust Taib if he does not step down by the deadline the movement has set.
KUCHING : Sarawak Chief Minister Taib Mahmud, fresh from retaining the state for Barisan Nasional in last month’s state polls, is set to face a new challenge – this time from a local organisation that wants him to step down by Aug 13, or face street protests ala Egypt.

The Movement for Change, Sarawak (MoCS) is preparing to unleash a people’s power revolution to oust Taib if he does not step down by the deadline the movement has set.

The Sarawakian NGO wants Taib to hand over power to Parti Bumiputra Sarawak (PBB) deputy president Abang Johari Openg.

“Failing which, MoCS will lead a people’s revolution in Sarawak before or after Aug 13. It means that we will organise massive mass demonstrations in the state capital on a scale never seen,” said MoCS chief Francis Paul Siah.

“Our allies in Pakatan Rakyat and other NGO of the Rainbow Coalition of Sarawak NGOs (Rango) are ready. We will be seeking help from our allies in Kuala Lumpur, NGO groups in KL and there is a great possibility there would be simultaneous protests in Kuching and KL,” he added.

He noted that there were about 200,000 Sarawakians living in Peninsular Malaysia.

“If Taib wants to know, even members of his own family are with MoCS to organise the street protests. That is the truth. We are talking about close family members,” he said.

He assured the government and the police that the street demonstrations would be peaceful but they are prepared to be on the streets for weeks, if the Chief Minister does not comply with their demands.

“We are willing to stay on the streets for one week or even longer, if necessary. Pressure must continue to mount against a despotic regime like a Taib Mahmud regime on Sarawak,” he said.

Enough with lies

Siah accused Taib of a hollow victory in the recent state election for having “used high-handed tactics and the mobilisation of state apparatus” to garner a win which saw him being pit against his cousin, Salleh Jaffarudin and PKR’s Suriati Abdullah in Balingian.

Taib won the Balingian seat with a majority of 2,215 votes, less than half of his previous win of 5,726 majority votes during the 2006 state election.

“It is a fact that most Sarawakians want him to go, that’s a fact. We also know that KL wants him to go, that is also a fact. Even BN leaders want him to go.

“You ask the Chinese. It’s not like they oppose SUPP … they just don’t like Taib Mahmud that’s all. He is the number one factor for the Chinese to oppose him. It is very clear. It is not because SUPP has done so much harm and wrong to the Chinese, it’s Taib,” he said.

Siah also called MCA vice president Gan Ping Siew and Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, both who have expressed support for Taib’s resignation, to support the mass demonstrations.

“The bottom line is that he has been lying and lying to the people of Sarawak. He has continuously lied.

“We have enough of those lies. We are not fools anymore. Sarawakians are no longer fools to be taken by his lies.

Taib has said that he would step down in the mid-term after having identified a team of young successors.

Casey Lee FMT

Nasharudin mahu pertahan kerusi timbalan presiden PAS

KUALA LUMPUR, 3 Mei — Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa mengesahkan beliau akan mempertahankan jawatannya pada pemilihan pusat Jun ini.

Nasharudin (gambar) berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat pencalonan menggalakkan daripada PAS kawasan setakat ini.

“Insya-Allah saya akan pertahankan kerusi timbalan presiden kerana PAS kawasan mencalonkan saya untuk kerusi berkenaan.

“Tambahan pula mereka telah mencalonkan saya, lagipun kita mengamalkan demokrasi dalam parti, malah perlembagaan parti menyebut seseorang itu layak untuk dicalonkan dan mencalonkan seseorang itu bertanding,” katanya yang menyandang jawatan itu sejak dua penggal lalu.

Dipetik Harakah edisi terbaru, Ahli Parlimen Bachok ini menambah beliau mahu mempertahankan jawatan itu bagi meneruskan agenda persiapan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Saya mempertahankannya atas semangat untuk meneruskan persiapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Ini yang saya akan teruskan bersama Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan juga seluruh pimpinan serta seluruh ahli PAS,” katanya.

Menegaskan PAS bukan milik individu, beliau berkata, matlamat untuk menggerakan parti bukan milik individu sebaliknya ia perlu bergerak secara kolektif untuk membuat perubahan.

“Jika tidak matlamat yang hendak dicapai akan gagal, atas semangat itu parti boleh membuat perubahan dalam negara dan menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang releven dalam konteks politik di Malaysia,” katanya.

Tambah Nasharudin, beliau bersedia untuk mempertahankan jawatan itu walaupun berhadapan dengan pertandingan satu lawan satu dengan ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu.

Mohamad sebelum ini telah menawarkan diri untuk bertanding bagi jawatan nombor dua parti.

“Saya memang terbuka untuk dilawan, malah pada kali pertama dan kedua berlaku pertandingan tiga penjuru.

“Dalam PAS ini apabila ada pertandingan, Alhamdulillah kerana kita bukannya berlawan dengan Umno, setiap kali pertandingan ada lawannya, masa pertandingan kali pertama Datuk Harun Taib (Ketua Dewan Ulama) dan Allahyarham Hassan Shukri dan kali kedua Mohamad Sabu dan Datuk Husam Musa,” kata Nasharudin.

Kata beliau, sekiranya terpilih sekali lagi bagi jawatan itu beliau akan meneruskan agenda parti bersama Hadi.

“Fokus paling utama ialah untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13.

“Semua ahli perlu memberikan tumpuan kepada perkara ini,” katanya.


Oleh Syed Mu’az Syed Putra TMI

Najib ibarat ketam minta PAS berpisah dengan DAP

PAS menganggap cadangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya PAS berpisah dengan DAP seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul kerana parti-parti komponen BN yang diterajuinya sendiri tidak sehaluan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad (kanan, berketayap) berkata, selaku pengerusi BN, Najib perlu menyelesaikan masalah dalaman di kalangan komponen BN dahulu.

“Jangan cuba mengalih isu yang sedang melanda BN dengan rakan komponen BN mengenai isu 1Melayu 1Bumi telah menimbulkan kemarahan MCA.

“Apa sudah jadi slogan 1Malaysia tiba-tiba lahir pula gagasan 1Melayu 1Bumi, seolah-olah Umno menduakan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Idris mengulas saranan Najib suapaya PAS menjauhkan diri dengan DAP atas alasan PAS bertungkus lumus tetapi yang menang ialah DAP dan parti Islam itu perlu berpisah dengan DAP kerana PAS tidak boleh melaksanakan agenda Islam.

“PAS hendak bertanya sejak bila pula Umno iktiraf PAS sebagai sebuah parti Islam,” katanya.

Menurut Idris, dengan kenyataan Najib sahlah teori yang mengatakan Umno akan bercakap Islam dan Melayu ketika orang Melayu menolak Umno.

“Ketika rakyat tolak Umno, baru mereka sedar, PAS parti orang Melayu. Selama ini merekalah membunuh kontraktor dan ahli perniagaan PAS, berapa ramai aktivis PAS diletakkan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA),” katanya lagi.

Menurut Idris mangsa terbaru adalah Cikgu Maaruf Mutalib, suami Cikgu Normala bekas calon PAS di Tenang yang diarahkan berpindah sekolah.

“Siapa punya angkara?” soalnya.

Menurutnya, apabila lemas kerana pelampong Umno, iaitu pengundi bukan Melayu, sekarang sudah meninggal mereka, baru mereka teringat kepada PAS.

PAS, ujarnya hendak mengingatkan Najib bahawa mereka membayar harga begitu mahal untuk berada bersama Pakatan Rakyat.

Katanya, kejayaan PAS yang menjinakkan orang bukan Islam kepada Islam satu imbuhan yang cukup berharga.

“Hendak harap kepada Umno memberi kefahaman Islam kepada orang bukan Islam di negara ini amat jauh sekali,” ujarnya.

malaysiakini

Deport Taib’s bomohs, Home Ministry urged

The bomohs are accused of controlling the chief minister in all the decision makings involving the state administration, political affairs as well as family affairs.
KUCHING : Sarawak Chief Minister Taib Mahmud’s cousin and ex-PBB leader Salleh Jafaruddin today urged the Home Ministry to deport three foreign bomohs from Sarawak to save the state from them.

“Our ‘semi-insane leader’ is now helpless in many aspects since the departure of his late wife.

“In fact the evil satanic influence of his bomohs has long established their influences and encircled and surrounded Taib and the family since the last 10 years.

“He and the state will eventually be destroyed if no action is taken immediately to stop their evil influence,” he said in a statement today. The statement was also supported by another former Sarawak leader Bujang Ulis.

Salleh said that the three bomohs, including one known as Stella Rachman, were playing a big role in influencing Taib to destroy “our democratic legacy”.

He accused the bomohs of controlling the chief minister in all the decision makings involving the state administration, political affairs as well as family affairs.

“Let us come together to destroy them before it is too late. It is now or never,” he added.

He urged Home Minister Hishammuddin Hussein to immediately revoke all the immigration passes issued to these bomohs so that they could be deported out of the country immediately.

Otherwise, he warned, the people of Sarawak will rise up to exercise their rights to make citizen’s arrest against the three bomohs.

Vote-buying

Salleh contested againt Taib in Balingian in the state polls but failed to unseat his cousin. Taib’s party PBB won all 35 seats they contested while the state BN retained its two thirds in the state despite the opposition pact making serious inroads by winning 16 seats.

Salleh however said that Taib should not be too proud of BN’s victory as the overall results showed that the opposition gained strong popular votes.

“This massive support for the opposition, in spite of the many odds, indicates one clear picture that the opposition has tremendously increased and widened its support base in Sarawak.

“BN’s win especially in Malay/Melanau constituencies of 27 PBB/SPDP seats were designed by PBB outfits under the financial control of Raziah Mahmud through the massive employment of imported gangsters from Kuala Lumpur, Kuching, the Sarawak silat groups, Kemas, and Election Commission employed thugs.

“They loitered freely within all polling centres during the polling day by using threats against the voters who wanted to exercise their right,” Salleh alleged, pointing out that the atmosphere on the polling day was fully regimented like a military rule state administration.

He also claimed that voters were given between RM200 and RM1,000 per vote and in the longhouse areas, Ibans were given RM1,000 per door and RM200 per voter on the last night before polling.

“The distribution was carried out by Raziah-employed thugs driving more than one hundred flashy four wheel drives owned by Raziah and RH groups during the wee hours of the polling eve.

Raziah is Taib’s sister.

Joseph Tawie FMT