Thursday, August 6, 2009

SELSEMA BABI : Liow akan 'PANIK' bila angka mati cecah 28,000 orang di Malaysia

Saban hari angka jangkitan dan kematian di Malaysia akibat penularan wabak SELSEMA BABI semakin membimbangkan dan meningkat... tapi Menteri masih lagi kata 'JANGAN PANIK'... dah tebiat nak mampos ka...

Menteri lagi sebok cakap pasal peruntukkan kerajaan juta-juta untuk rakyat beli peralatan perubatan.. nak tunjuk prihatin? anti-virus tak cukup lagi cakap juta-juta..

rakyat dah sedar dengan kempen kesedaran besar-besaran kementerian melalui media 'barua-barua'.. rakyat dah melihat pandemik ini dah jadi SERIUS.
pesal si LIOW ni tak serius? pesal si WEE masih serius pasal peruntukan kerajaan?

Jangan panik, jalani kehidupan seperti biasa tetapi golongan yang disenaraikan berisiko tinggi dan mendapat selesema diminta lebih berwaspada dengan tahap kesihatan masing-masing.

"Berikutan penularan yang meningkat, kita menggesa agar orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dan melihat pandemik ini lebih serius lagi,"

Katanya, langkah-langkah yang akan diambil kerajaan ialah mengadakan kempen kesedaran besar-besaran melalui media, mengarahkan semua doktor meningkatkan tahap kecurigaan terhadap pesakit dan menyediakan antivirus.

Beliau berkata, penutupan sekolah, institusi pengajian dan latihan sebelum ini juga merupakan langkah kawalan serta merta yang diambil bagi mengawal penularan wabak.

dipetik dari (Utusan Malaysia)

Keadaan berjerebu pada masa ini dengan catatan (API) Air Pollution Index melebihi 100 (worst haze levels recorded this year) lagi memburukkan keadaan.

Sekolah-sekolah masih dibuka dengan pelajar setiap hari menjalani pemeriksaan suhu badan dan memakai topeng muka. TUTUP SEKOLAH!!!

Empat bandar utama di Sarawak mencatatkan kualiti udara tidak sihat hari ini apabila bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) melebihi 100.

Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui laman webnya menyatakan kualiti udara di empat bandar itu merosot dengan bacaan IPU yang tinggi iaitu Samarahan (115), Bintulu (114), Miri (106) dan Sibu (112). Turut mencatat kualiti udara tidak sihat, Bandaraya Melaka dengan bacaan IPU mencecah 112.

dipetik dari (Mkini Ogos 6, 09 2:27pm)
******************************

Seorang lelaki 57 tahun korban terbaru wabak selesema A (H1N1), menjadikan jumlah kematian 14 orang sejak dua minggu lalu.

Korban ke-13, seorang kanak-kanak enam tahun Mohd Hyafiq Afendi yang meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan Hospital, Kuantan tengah hari semalam akibat pneumonia atau radang paru-paru. Budak lelaki itu dimasukkan ke hospital pada 1 Ogos selepas mengalami demam dan mengadu sakit perut.

Kematian-kematian terbaru akibat virus selesema itu :

Kanak-kanak berusia 6 tahun meninggal dunia 2.30 pagi semalam di Hospital Batu Pahat.

Dua korban sebelumnya terjadi di Melaka - lelaki 20 tahun dan remaja 12 tahun dari negeri itu, masing-masing menghidap lelah dan kegagalan buah pinggang.

Termasuk 16 kes terbaru hari ini dan kematian tersebut, jumlah keseluruhan 1,492 kes semuanya - 11 daripada mereka kini dimasukkan di unit rawatan rapi (ICU).

dipetik dari (Mkini Ogos 6, 09 12:56pm)
*******************************

Kematian-kematian lain :

Korban ketujuh, ibu 24 tahun dari Miri, Sarawak yang baru melahirkan anak sulungnya dua minggu lalu meninggal dunia Ahad lepas. Anaknya bagaimanapun dilaporkan selamat.

Keenam, murid lelaki berusia 11 tahun dari Johor Bahru meninggal akibat komplikasi, 2 Ogos lalu.

Kelima, seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun dari Bagan Serai, Perak meninggal dunia Jumaat lalu.

Pada 28 Julai lalu, wanita berusia 20 tahun dari Melaka meninggal dunia akibat pneumonia teruk yang dijangkiti dari persekitaran.

Sehari sebelumnya, seorang lelaki berusia 42 tahun mati akibat wabak itu setelah disahkan menghidap selesema A (H1N1). Si mati yang mengalami pelbagai komplikasi meninggal akibat pneumonia yang serius dengan kegagalan beberapa organ setelah 10 hari mendapat rawatan.

Korban kedua wabak itu di negara ini, lelaki 46 tahun yang meninggal dunia di hospital swasta di Subang Jaya, 26 Julai. Lelaki tersebut dilaporkan mati akibat "pneumonia teruk dengan kegagalan pernafasan bersama kejutan septisemia dan kegagalan buah pinggang akut" selepas tujuh hari di unit rawatan rapi.

Pada 23 Julai lalu, seorang pelajar Indonesia berusia 30 tahun yang menuntut di Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur menjadi korban pertama berkaitan wabak selesema A (H1N1).

dipetik dari (Mkini Ogos 5, 09 2:43pm)
******************************

Kementerian Pelajaran mengarahkan semua pelajar di semua sekolah jalani pemeriksaan suhu badan sebelum bermula waktu sekolah bagi mencegah penularan wabak infuenza A(H1N1)

Kerajaan telah memperuntukkan RM3.6 juta untuk tujuan membeli termometer dan topeng muka.

Penutupan sesebuah sekolah perlu mematuhi prosedur Akta Penyakit Berjangkit 1988, iaitu dengan mendapat pengesahan daripada doktor.

dipetik dari (Mkini Ogos 4, 09 8:19pm) kenyataan Wee Ka Siong
******************************

10 peratus simpanan stok ubatan anti-virus 'Tamiflu' dan 'Relenza' buat masa ini tidak cukup memandangkan penularan ketara penyakit berjangkit itu.

"Melihat kepada trend penularan wabak itu yang semakin meningkat, kita perlu memesan ubat itu daripada WHO,"

dipetik dari (Mkini Ogos 1, 09 8:03pm) kenyataan Liow Tiong Lai
*******************************







Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat sambut ketibaan 45 peserta Ekspedisi Ke Pelantar Minyak Cakrawala Misi Royalti Kelantan

Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Husam Musa. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi dan penduduk tempatan.


Sidang media kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Dato' Husam Musa. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Desa dan Bioteknologi, Che Abdullah Mat Nawi dan penduduk tempatan.




Rakyat Kelantan pertahan hak dapat royalti - MB

Seramai 45 peserta ekspedisi kerajaan Kelantan ke pelantar minyak Cakrawala di Laut China Selatan selamat kembali petang ini selepas bertolak ke kawasan berkenaan pagi semalam.

Mereka terdiri daripada wartawan, jurugambar, bloger dan pemimpin masyarakat tiba kira-kira jam 3.20 di jeti Pengkalan Kubur hari ini.

Manakala rombongan anggota Exco, Dato' Husam Musa pula tiba di pangkalan Tok Bali jam 11 malam tadi. Rombongan itu disertai 20 peserta yang terdiri daripada wakil-wakil rakyat.

Kepulangan dua bot milik nelayan itu disambut Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Husam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerjaya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri, Mejar (B) Md Anizam Abdul Rahman.

Biar pun mereka nampak kepenatan, namun wajah setiap peserta ekspedisi kelihatan ceria apabila melihat Menteri Besar menyambut kepulangan mereka di jeti.

Kumpulan dua bot itu berlepas kira-kira jam 10.05 pagi semalam di jeti Pengkalan Kubur.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz melahirkan rasa syukur kerana rombongan selamat pulang setelah mengikuti perjalanan ekspedisi itu selama dua hari.

"Ekspedisi ini misi rakyat dan mereka amat prihatin bagi mempertahankan hak mereka.

"Rakyat Kelantan sentiasa sedar terhadap tanggungjawab menjaga hak dan harta yang dikurniakan Allah, di samping menjaga maruah," katanya.

Beliau berkata, biar pun perkara itu cuba dinafikan pihak lain rakyat Kelantan tetap yakin ia menjadi hak mereka.

ehsan : harakah/tvpas09/jiwokelate2009

Misi Royalti Kelantan : Kerajaan Najib mesti serah royalti sebelum Ramadan untuk diagih kepada rakyat!

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan. "Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujar Dato' Husam Musa.



Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur. Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah. Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali. Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih.




Sah pelantar Cakrawala berada di perairan Kelantan

Kini sah kedudukan pelantar minyak Cakrawala hanya terletak 153 kilometer dari pantai di Pengkalan Kubur.

Jauh lebih dekat berbanding pelantar minyak yang terdapat di Terengganu, Sarawak dan Sabah.

Perkara itu disahkan anggota Exco, Dato' Husam Musa yang mengetuai ekspedisi ke pelantar minyak Cakrawala semalam.

Selain itu, terdapat tiga lagi telaga minyak yang juga berhampiran perairan Kelantan hanya sejauh 68 batu dari perairan Tok Bali.

Pelantar berkenaan iaitu dikenali sebagai Lawit, Bintang dan Jernih. Dan ia disahkan juru ukur perunding yang juga menyertai ekspedisi tersebut.

Husam berkata, sebaik sahaja sampai ke kawasan pelantar berkenaan, operasi mengukur dijalankan menggunakan alat khas.

"Alhamdulillah dari Pengkalan Kubur jaraknya hanya 153 kilometer. Kedudukannya memang terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan pada masa yang sama terdapat tiga lagi telaga yang begitu hampir dengan perairan Kelantan iaitu hanya 68 batu daripada pantai Tok Bali," katanya pada persidangan media selepas menyambut ketibaan dua lagi bot yang menyertai ekspedisi terbabit.

Mengikut peta tersebut katanya, pelantar Lawit, Bintang dan Jernih sememangnya terletak dalam perairan Kelantan.

"Dengan ini terbukti telaga serta pelantar minyak berkenaan terletak dalam perairan Kelantan.

"Dan tidak ada sebab lagi kerajaan pusat berdolak dalih tentang royalti yang sememangnya menjadi hak rakyat di negeri itu," ujarnya.

Sebelum ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak memaklumkan kerajaan pusat akan mengkaji balik royalti kepada Kelantan mengikut undang-undang.

Oleh itu Husam berkata, kajian undang-undang mengenai perkara itu tidak sepatutnya melebihi dua bulan kerana terdapat ramai pakar perundangan di Kuala Lumpur.

"Sekarang baru bulan Ogos, ada hampir sebulan Ramadan, jadi kerajaan pusat sepatutnya menyerahkan royalti berkenaan Ramadan bagi membolehkan ia diagihkan kepada rakyat," ujarnya.

Beliau juga berkata, juru ukur akan membuat laporan kepada kerajaan negeri mengenai kedudukan sebenar pelantar berkenaan.

Pengerusi Petronas pertama, Tengku Razaleigh Hamzah pernah memberitahu Kelantan berhak menerima royalti 5 peratus memandangkan kedudukan pelantar di kawasan perairan negeri ini.

ehsan : harakah/tvpas09/jiwokelate2009

Si mamat pencacai najis ni PENIPU!

wakahkahkahkah.. si khairul pro-ISA peluk bini.. bukan ahli PAS! mengaku bercakap macam nak runtoh.. kah.. kah.. kah.. pemimpin apa ni? pengamal undang-undang hapa? law batu.. law rimba.. kaha.. kaha.. kaha... PENIPU! tak malu! kah.. kah.. kah.. woiii.. balik peluk bini ko lagi lah..



Lelaki pro-ISA bukan orang PAS

kemaskini 1.25pm PAS tidak mempunyai rekod Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA minggu lalu, sebagai seorang ahli parti itu seperti dakwaannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya.

"Kita dah semak semua dan kita tidak ada rekod pun bahawa Khairul ini ahli PAS di mana-mana (kawasan) pun.

"Saya nafikan. Dia tidak ada kena-mengena dengan PAS," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Mohd Khairul dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli parti itu di Sungai Ramal, Kajang.

Pengamal undang-undang itu dipetik berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong ISA, satu pendirian yang bertentangan dengan keputusan parti yang mahu ia dimansuhkan.

Enggan terima penyokong ISA

Mengulas lanjut keahlian peguam muda itu, Mustafa berkata, kalau sekali pun peguam itu ingin menyertai PAS, permohonannnya akan ditolak kerana mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendirian parti.

"Oleh kerana polisi PAS ini menentang ISA. Jadi, kerana dia secara jelas menyokong ISA kita tidak terima," katanya.

Ditanya apakah motif Mohd Khairul mengiystiharkan diri sebagai ahli PAS, Mustafa berkata:

"Saya tidak hendak menduga apa motif dia. Setelah kamu (media) tahu, kamu boleh tanya dia (soalan): 'Kamu bukan ahli PAS, tetapi kamu mengaku ahli PAS. Apa motif kamu?' "

Sementara itu, diminta mengulas saman penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengkhianat" Melayu, Mustafa berkata PAS tidak campur tangan dalam pertikaian itu.

"Saya tidak mahu campurlah pertikaian antara Muhyiddin dan Anwar sebab itu masalah peribadi. Saya rasa Anwar sendiri sudah uruskan kes itu, jadi tidak perlulah kita campur."

Kelmarin, Muhyiddin enggan memohon maaf kepada Anwar susulan tuduhannya terhadap penasihat PKR itu seperti dimuatkan dalam laporan muka depan Utusan Malaysia.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tuntutan RM100 juta.

malaysiakini

Isu kenyataan kontroversi Jeff Ooi dan Ronnie Liu : Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri,"

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat,"


dipetik dari artikel (Hrkh) , kenyataan Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar


Displinkan pemimpin Pakatan Rakyat, elak imej tercalar

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Parti-parti komponen Pakatan Rakyat terdiri daripada PAS, KeADILan dan DAP mestilah mendisplin pemimpin masing-masing, supaya sebarang tindakan dan kenyataan tidak melampaui batas sehingga menjejaskan imej baik yang ada di mata rakyat, sekaligus mencalarkan dan memberi kesempatan kepada musuh untuk merosakkan hubungan baik yang sedia ada

Ini termasuk juga Ketua Menteri dan Menteri Besar Pakatan Rakyat yang mesti berperanan dalam hal yang sama supaya exco dan pegawai masing-masing dalam mengurus tadbir akan memberi gambaran postif kerajaan negeri masing-masing.

Demikian pandangan Naib Presiden PAS Dato' Mahfuz Omar dalam mengulas tindakan dan kenyataan kontroversi Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan Exco Kerajaan Tempatan Selangor Ronnie Liu mutakhir ini.

"Pengajaran di sini ialah, pemimpin Pakatan Rakyat tidak boleh melihat kepentingan sebelah pihak sahaja dengan mengabaikan yang lain kerana kita hidup berbilang bangsa dan undi kita juga datangnya daripada orang Islam dan bukan Islam.

"Justeru, sebarang ketidakpuasan hati, berbincang dengan baik dan bukannya bercakap di luar, sehingga memberi gambaran yang buruk dan salah kepada Pakatan Rakyat," katanya ketika dihubungi Harakahdaily sebentar tadi.

Beliau merujuk kepada insiden yang berlaku di Kedah berkaitan isu pusat penyembelihan babi yang akhirnya dapat diselesaikan dengan baik di meja rundingan.

"Jangan emosi dan terburu-buru dalam bertindak hingga mencetuskan rasa kurang senang pihak lain. Berhati-hati keluar kenyataan. Ada saluran perbincangan baik di dalam parti mahupun kerajaan negeri," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Dalam pada itu, Mahfuz berkata terpulang kepada DAP untuk mengambil tindakan sewajarnya sama ada melalui jawatankuasa displin atau kaedah yang lain dalam menangani dua anggotanya yang telah mencetuskan isu hangat baru-baru ini.

"PAS juga ada jawatankuasa displin, jika pemimpinnya tersasar. Itu terpulanglah kepada DAP nak buat macam mana, itu urusan dialah," katanya.

Beliau tidak menolak kemungkinan isu itu akan dibangkitkan dan dibincangkan dalam pertemuan para pemimpin Majlis Pakatan Rakyat, namun yakin kebijaksanaan kerajaan negeri mengatasi masalah tersebut.

"Kita kena tengok sejauh mana peringkat negeri selesaikan. Saya percaya kerajaan negeri lebih arif hal masing-masing dan boleh diselesaikan seperti isu di Kedah tempoh hari.

"Dan bukan isu ini sahaja, setiap kali pemimpin Pakatan Rakyat bertemu, masing-masing sering mengingat antara satu sama lain batas-batas dan sensitiviti rakyat yang perlu dijaga," katanya yang kini berada di Kedah.

Harakah

BN Terengganu dicabar kosongkan kerusi DUN terlibat dengan rasuah

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf, mendesak Adun Negeri Terengganu yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima wang sogokan supaya meletakkan jawatan.



Suspek ditangkap dipercayai menerima imbuhan dari sebuah syarikat yang diberikan projek oleh beliau. Suspek kini ditahan reman.




ADUN Rasuah Harus Letak Jawatan - Haji Abdul Rahman Yusuf

Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kemaman, Haji Abdul Rahman Yusuf, mendesak Adun Negeri Terengganu yang ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipercayai menerima wang sogokan supaya meletakkan jawatan.

Suspek ditangkap dipercayai menerima imbuhan dari sebuah syarikat yang diberikan projek oleh beliau. Suspek kini ditahan reman.

Abdul Rahman mencabar UMNO-BN supaya mengikuti langkah Parti Keadilan Rakyat yang tidak sesekali bertolak ansur dengan ADUN PKR sekiranya terlibat dalam politik wang.

"Saya selaku Ketua Cabang PKR Kemaman mendesak supaya dia meletakkan jawatan kerana sebagai wakil rakyat beliau tidak lagi mempunyai kredibiliti untuk menjalankan tanggungjawabnya bagai wakil rakyat. Dan juga beliau telah melanggar amanah sebagai wakil rakyat kerana menyalahgunakan kuasa untuk mendapat habuan daripada projek-projek yang diagihkan oleh kerajaan negeri kepada masyarakat di sini"

Pada 3 Ogos lalu, ADUN BN di negeri penyu bertelur itu ditahan oleh SPRM kerana dikatakan menerima wang sogokan dari sebuah syarikat kontraktor.

ADUN berkenaan bersama dua lagi rakannya ditahan reman sehingga 7 Ogos sebelum dihadapkan ke mahkamah.

ADUN tersebut ditahan SPRM kira-kira jam 9.20 pagi di Hotel Kijal. Beliau dilaporkan berada disitu untuk mengambil 10 hingga 13 peratus wang habuan dari projek landskap bernilai RM2 juta dari syarikat yang berkenaan.

TVA/Kelab GB

Wang aku, kau dan rakyat 1Malaysia dia dah sapu nak bina imej!

Sebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya.





Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini.(Gambar kanan - Ekspresi Mahfudz !)


Pengumuman 11 Perkara; Najib Memperdayakan 1Malaysia.

Sebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini.(Gambar kanan - Ekspresi Mahfudz !)

”Dia (syarikat perunding) nasihat Perdana Menteri (untuk), umum (dan) cari 60,000 orang di Wilayah Persekutuan potong 50% (bayaran lesen),

”syarikat ini juga menasihat bagaimana nak melaksanakan dasar, kamu cari kumpulan-kumpulan kecil,

”Najib pun beritahu, kita umum pemotongan (atau) diskaun 20% tol (bagi) pengguna-pengguna lebuhraya yang menggunakan (kad) Touch ‘n’ go dan Smart Tag,

”tapi dengan syarat, 80 kali sebulan guna baru dapat potongan, kalau 79 kali sebulan, tak dapat,”katanya.

Menurutnya, pengumuman 11 perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri sempena 100 hari telah dirancang supaya kelihatan hebat, seolah-olah ia memberikan manfaat kepada seluruh Malaysia.

Hakikatnya kata Mahfudz, ia hanyalah memberikan faedah kepada segolongan, terlalu kecil rakyat Malaysia.

”Dia (syarikat perunding) sudah ‘calculate’, dah kira berapa ramai yang dia (Najib) terpaksa (dan) sanggup untuk beri diskaun 20% (potongan tol) ini,

”hanya dalam lingkungan 80,000 orang sahaja, bukan satu Malaysia,”jelasnya.

Manakala menurutnya, permit teksi yang diberikan kepada individu sebagaimana diumumkan oleh Najib, sebenarnya hanya diberikan kepada 3,000 orang sahaja.

Katanya, Najib dengan kebijaksanaan syarikat perunding tersebut mengabui mata dan pemikiran rakyat serta memperdayakan seluruh rakyat Malaysia.

Sebaliknya, apabila Najib mengumumkan kenaikan harga tambang kenderaan awam, satu Malaysia mendapat mudarat kerana terpaksa menanggung beban.

”Tapi bila dia umum kenaikkan harga tambang, harga tambang bas, tambang bas ekspres, bas berhenti, bas sekolah (dengan) harga baru, satu Malaysia dapat mudarat, One Malaysia dapat mudarat,”tegasnya.

Justeru katanya, kerajaan Malaysia membayar jutaan ringgit kepada syarikat perunding tersebut bukanlah untuk menyelesaikan masalah dan meringankan beban rakyat, tetapi untuk menaikkan imej Najib supaya rakyat menerimannya.





BuletinOnline

MB to make last call on booze ban

Selangor Menteri Besar Khalid Ibrahim today moved to tighten the tap on a running debate between his state cabinet members over the state's decision to limit the sale of alcohol.

Government officials will also be gagged from talking publicly about the matter, to avoid "further confusion" over the issue.

Khalid said he is personally overseeing the final touches of the state government policy to limit alcohol sales and promised to come up with a solution by Friday.

"I'm tasked to solve the problem of the implementation (of the policy). It is an administrative mechanism," he told reporters after chairing a six-hour state executive council meeting in Shah Alam.



"All parties agree that the best way to do it is to find a fair mechanism, taking into account the needs of the public and also to respect the cultural and religious views (of the citizens)".

Selangor's new policy is targeted at the selling of beer and other alcoholic drinks at convenience stores and mini markets, which makes the beverage accessible to everyone.



malaysiakini

Zambry Peragut & Perampas : Nizar Yakin DUN Perak Akan Di Bubarkan Sebelum Akhir Tahun

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Dato' Seri Ir. Mohd Nizar Jamaludin yakin Dewan Undangan Negeri Perak akan dibubarkan bagi diadakan pilihanraya semula, sebelum tahun 2009 berakhir.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam yang dianjurkan oleh Majlis Tindakan DUN Cukai bagi mengutip Dana Pilihanraya Umum Ke Tiga Belas, di sebuah Restoran, Bukit Kuang, Cukai, disini semalam.





BuletinOnline