Tuesday, June 9, 2009

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."

Umno lembab, PAS mulai kempen di Manek Urai

Seorang pemimpin Umno bahagian Kuala Krai mendakwa jentera piliharayanya "belum melakukan sebarang kerja" bagi menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai, 14 Julai ini.

Ahli jawatankuasa bahagian, Anua Yusoff berkata, pucuk pimpinan parti sebaliknya lebih gemar mengadakan mesyuarat sejak kematian penyandang kerusi tersebut Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

“Kalau tidak silap, sudah adakan mesyuarat sebanyak 14 kali tetapi kerja belum buat lagi.

"Kita masih bercakap mengenai rumah sewa mahal dan wang ringgit untuk perbelanjaan pilihanraya Manek Urai," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

"Orang Umno ini suka membuat kerja pada saat-saat akhir, tidak macam orang PAS kerja tidak mengira waktu."

Anua mendakwa, jentera pilihnaraya PAS dari seluruh negara sudah datang ke Manek Urai sejak beberapa minggu lalu.

"Mereka terus pergi ke kawasan-kawasan kuat PAS berjumpa orang kampung memujuk supaya terus mengundi PAS.

"Yang lain pula datang memberi bantuan kepada PAS Manek Urai untuk menghadapi pilihanraya ini," katanya.

Sementara itu, bekas ADUN BN Manek Urai, Mohd Zulkipli Omar menegaskan kembali bahawa BN memerlukan calon seperti Ismail, juga dikenali Pak Su Wel, untuk menang dalam pilihanraya kecil itu.

"Pak Su Wel wakil rakyat orang kampung, boleh bersila atas lantai di rumah orang kampung," katanya.

"Umno kena cari Pak Su Wel, baru boleh menang di Manek Urai. Kalau tiada, Umno tidak akan menang."

Dah sudah lupakan 'Kerajaan Perpaduan'.. PRK Manek Urai Bulan Depan..

Mustafa: Henti Polemik Kerajaan Perpaduan, Tumpu Pada Manek Urai

Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali hari ini menggesa semua pihak untuk menghentikan polemik mengenai cadangan diadakan rundingan antara PAS-UMNO, mahupun saranan penubuhan kerajaan perpaduan Barisan Nasional-Pakatan Rakyat.

Mustafa sebaliknya mahu semua pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat memberi tumpuan memastikan gagasan itu mengekalkan kerusi DUN Manek Urai pada pilihanraya kecil bulan depan dengan majoriti menyakinkan.

Idea penubuhan kerajaan perpaduan BN-PR dilontar oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan menjadi antara isu yang hangat dibahaskan pada muktamar parti itu di Shah Alam minggu lalu.

Datuk Mustafa berkata PAS tidak mencari sebarang kerjasama politik dengan UMNO, malah mempersiapkan diri untuk menghadapi tonggak Barisan Nasional itu pada pilihanraya kecil Manik Urai 14 Julai ini.

Mustafa berkata Abdul Hadi telah melontar ideanya itu pada Jawatankuasa Kerja Pusat tetapi cadangan mengenai kerajaan perpaduan itu tidak dibincangkan secara terperinci atau diangkat sebagai agenda rasmi parti PAS.

Idea itu masih wujud tetapi hanya “sebagai satu konsep,” kata Mustafa.

Mustafa berkata PAS tetap komited untuk memperkasakan Pakatan Rakyat dan menolak sebarang bentuk kerjasama politik dengan UMNO.

Beliau berkata cadangan Abdul Hadi hanyalah untuk diadakan muqabalah dan “kami akan terus mengadakan muqabalah dengan semua pihak,” tambah Mustafa.

TVA

Pemuda PAS : Tukar nama 'Sisters In Malaysia' jika mahu terus aktif

Sisters in Islam (SIS) disaran menukar namanya kepada "Sisters in Malaysia" jika ingin meneruskan kegiatannya sekarang, termasuk memperjuangkan isu-isu hak asasi manusia.

Dalam gesaannya sebagai menyokong usul muktamar parti itu hujung minggu lalu, Dewan Pemuda PAS berkata label "Islam" pada NGO terkenal itu hanya boleh dikekalkan jika "mempunyai pandangan jelas tehadap akidah ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak memainkan isu atas dasar hak asasi (manusia) yang terlalu subjektif."

"Dewan Pemuda PAS tidak menghalang hak mereka (SIS) untuk bersuara, namun sikap mereka yang tidak memperlihatkan diri mereka sebagai pertubuhan Islam seharusnya dinilai," kata ketuanya yang baru Nasrudin Hassan.

"Sebagai menghormati hak mereka, Dewan Pemuda menyarankan agar SIS menukar nama kepada Sisters In Malaysia jika mereka mahu meneruskan tingkah mereka yang memperjuangkan hak asasi yang subjektif dan tidak lagi membawa nama Islam tetapi dalam masa yang sama mempersoalkan hukum-hukum Islam yang telah termaktub dalam al-Quran dan hadis."

Nasruddin, seorang ustaz kelulusan Mesir, terus menegaskan bahawa Majlis Fatwa Kebangsaan harus bersidang bagi mengambil sikap terhadap SIS, sekaligus mengeluarkan fatwa sama ada NGO ini layak mengunakan nama Islam dalam pertubuhan mereka atau tidak.

"Jika tidak layak (guna nama Islam), maka mereka harus diharamkan mengunakan nama Islam dan diminta bubar atau menukarkan nama persatuan jika mahu terus aktif dalam berpersatuan kerana mereka tidak lagi dianggap mewakili suara wanita dan umat Islam keseluruhannya," katanya.

Beliau mengulas kenyataan DAP dan PKR semalam yang menggesa PAS menimbang semula usul tersebut yang dianggap tidak demokratik dan bercanggah dengan hak-hak asasi.

Ahad lalu, muktamar ke-55 parti itu meluluskan 12 usul tanpa dibahas, antaranya menggesa NGO wanita itu disiasat oleh majlis fatwa dan mengharamkan jika didapati bertentangan dengan Islam.

"(Muktamar) mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal.

"Dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut sekiranya terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya," usul tersebut dipetik.

malaysiakini

Datuk Rosol Wahid : Tiada kaitan stadium runtuh

ADUN Ajil, Datuk Rosol Wahid hari ini tampil memberi penjelasan berhubung insiden bumbung RM25 juta Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak yang runtuh minggu lalu.

Rosol berkata belaiu "tidak ada kena-mengena" dengan kontrak kepada syarikat dari Korea yang dipertanggungjawabkan untuk melengkapkan bumbung stadium baru tersebut.

"Saya bukan ahli lembaga pengarah (yang memberi kontrak), bagaimana meletakkan kesalahan itu kepada saya?" katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

Rosol, bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut.

"Bukankah baik jika Rosol memainkan peranan proaktif menerangkan apa yang dia tahu mengenai projek bernilai RM292 juta ini, dibina ketika dia salah seorang exco kanan dalam kerajaan pimpinan DSIJ (Datuk Seri Idris Jusoh)," tulis blog tersebut.

Tulisan bertajuk "Stadium runtuh – di manakah mereka" yang dimuatkan Jumaat lalu meminta dua pemimpin politik itu memberikan versi mereka dalam insiden tersebut.

Walaupun mengakui mengenali kontraktor tempatan yang menyiapkan struktur stadium tersebut, Rosol berkata keruntuhan bumbung itu tidak boleh dipersalahkan kepada mereka.

"Tidak boleh dikaitkan kontraktor (yang menyiapkan struktur) bangunan, cuma bumbung yang runtuh, ia dibuat oleh kontraktor luar.

"Arkitek pun kena (dipersalahkan), pada hal mereka tak ada kaitan langsung," tegas Rosol.

Kontraktor tempatan itu diberikan kontrak tersebut berdasarkan rekod pencapaiannya yang baik, tambahnya.

"Projek mereka tidak pernah gagal dan siap dalam tempoh sebelum dirasmikan," katanya.

BATU NISAN SAPA??? UMNO!!!

Biaq UMNO Tinggal Nama

Percaturan politik Anwar Ibrahim benar-benar mengasak BN ke penghujung jalan; ke kanan jurang, ke kiri gaung. Pilihlah mana satu untuk mereka terjun. Najib adalah seorang Perdana Menteri yang betul-betul dalam dilema. Dia memimpin BN di zaman kegelapan.

Bagi mengembalikan sokongan rakyat dia telah melakukan pelbagai pembaharuan. Untuk menghadapi kebangkitan bukan Melayu menyokong Pakatan Rakyat, Najib memperkenalkan 'One Malaysia' satu konsep yang ditiru dari 'Malaysian Malaysia' tajaan DAP. Berjanji akan mengkaji penghapusan ISA, mengembalikan permit akhbar parti politik dan mengumumkan kononnya zaman 'kerajaan lebih tahu' sudah berakhir adalah antara strategi menghadapi gelombang kebangkitan rakyat.

Dengan bersikap lunak terhadap rakyat, Najib berharap sokongan 'majoriti senyap' akan kembali. Percaturannya salah bagi mengekalkan kuasa BN. Tapi dengan tidak melakukan pembaharuan itu, kuasa BN lebih cepat menghadapi kehancuran.

Dilema yang sama pernah dialami oleh Mikail Gorbachev. Dia perkenalkan 'glasnost & perestroika' (perubahan dan pembaharuan) bagi membendung kebangkitan golongan antikomunis. Gelombang penentangan terhadap Kesatuan Soviet tidak hancur tapi dia yang turun dulu.

Presiden Africa Selatan, FW De Clerk memperkenalkan pembaharuan menghapuskan dasar Arparteid. Dia menghalalkan semula ANC yang diharamkan serta membebaskan Nelson Mandela. Tetapi akhirnya, bukan setakat Arparteid, politik De Clerk pun turut berkubur.

Jika contoh terlalu jauh, lihat sajalah di negara jiran Indonesia. Di zaman Suharto parti politik yang menggunakan nama Islam dianggap subversif dan diharamkan. Golongan yangbercita-cita menegakkan negara Islam dianggap musuh negara. Mereka ditangkap dan diseksa ala ISA.

Apabila gerakan reformasi mengambil tempat, Suharto turun takhta dan Naibnya BJ Habibie mengambil alih. Habibie juga adalah pemimpin Golkar, parti yang yang tua dan bermasalah macam Umno. Tetapi Habibie nampak lebih baik dari Suharto. Dia melakukan pembaharuan demimengambil hati rakyat.

Jika Najib menubuhkan Kabinet Rakyat untuk menyaingi pengaruh Pakatan Rakyat, Habibie menubuhkan Kabinet Pembangunan Reformasi untuk menyaingi pengaruh reformasi. Rakyat bebas menubuhkan apa jua parti politik serta bebas turun ke jalan raya. Rakyat amat menyukai pembaharuan Habibie, tetapi mereka membenci Golkar dan menumbangkannya dalam pilihan raya.

Percayalah Najib akan melakukan bermacam-macam pembaharuan dalam negara. Tidak pelik kalau ruang demokrasi yang sempit sekarang ini dibuka seluas-luasnya oleh Najib. Macam Gorbachev, De Clerk dan Habibie juga, Najib nampaknya cuma meluaskan lubang kubur Umno dan BN.

http://biaqpila.blogspot.com/

Bumbung Stadium Runtuh, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Terengganu Buat Laporan Polis

Tragedi keruntuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, 2 Jun lalu memalukan imej negara meski pun tidak berlaku kemalangan jiwa.

Elemen rasuah dan penyelewengan sudah pastinya sedikit sebanyak 'membelit' di sebalik kejadian yang berlaku itu.

Sehubungan itu, Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Terengganu telah membuat satu laporan polis ke atas tragedi Stadium runtuh di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, dekat sini, semalam.

Ketuanya, Fariz Musa berkata pihak polis wajar melakukan siasatan dengan segera serta mendakwa mereka yang bertanggungjawab meluluskan Sijil Layak Menduduki (CF) Stadium berkenaan.

"Nasib baik tidak berlaku kemalangan jiwa kerana bermula 3 hingga 6 Jun (yang) sepatutnya berlaku acara Sukan Staf Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Kali Ke-34 dan sebahagian acara berlangsung di Stadium itu.

"Bayangkan, jika berlaku hari ini atau dalam masa tempoh ini. Maknanya, kita sedang sibuk mengeluarkan mayat-mayat yang berada dalam runtuhan dan timbunan stadium itu,"ujarnya pada sidang, di IPD berkenaan.

Fariz mendakwa mereka (pihak berkuasa) yang meluluskan CF ke atas Stadium yang belum siap itu adalah satu jenayah yang sangat besar.

Beliau mengesyaki kemungkinan besar telah berlaku penyelewengan dalam proses pengeluaran CF dengan cara yang tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Katanya, setiap pengeluaran CF ke atas sesuatu bangunan hanya boleh dibuat sekiranya ia mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerja Raya, Bomba dan lain-lain.

Menurutnya, Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang dirasmikan pada 10 Mei 2008 belum siap 100 peratus dan tidak layak dikeluarkan sijil CF.

"Kami (AMK) mempertikaikan dan mengesyaki timbul perkara yang tidak betul berkaitan pengeluaran CF atau Sijil Layak Menduduki.

"Pelbagai aspek (termasuk) keutuhan (kekukuhan) dan keselamatan bangunan mesti diambil kira oleh pihak berkuasa, barulah (sebelum) CF dikeluarkan dan semua orang tahu bangunan (stadium) itu belum lagi siap sepenuhnya ketika dirasmikan,"tegasnya.

Harakahdaily difahamkan, laporan polis dibuat setelah sebuah akhbar arus perdana melaporkan Menteri Besar Terengganu, Dato' Ahmad Said mendakwa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin tersebut memiliki sijil CF.

Ahmad dilaporkan berkata demikian pada sidang akhbarnya yang diadakan di tingkat 16, Wisma Darul Iman pada jam 4.30 petang 2 Jun 2009 lalu.

HarakahDaily

Akhlak Dan Disiplin Di Dalam Harakah Islamiah

Oleh Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Kemantapan sebuah Harakah Islamiah berhubung erat dengan keteguhan aqidah atau prinsip perjuangannya dan keteguhan pegangan ahlinya di semua peringkat terhadap aqidah dan prinsip itu sehingga membuahkan wala’ dan melengkapkan diri dengan akhlak dan disiplinnya.

Perlu difahami bahawa tidak memadai sekadar hanya berdiri di atas dasar dan prinsip yang sebenarnya tanpa membina peribadi dengan akhlak berjamaah, oleh itu di bawah ini dikemukakan beberapa perkara yang menjadi sifat-sifat yang mesti dipunyai oleh pejuang-pejuang Islam untuk dijadikan perbincangan dan muhasabah kepada diri kita sendiri.

Akhlak Berjamaah

Supaya perjuangan kita diterima, direstui oleh Allah SWT dan mendapat pertolongan daripada-Nya, maka kita mestilah melengkapkan diri dengan sifat-sifat berikut:

1. Ikhlas

Pejuang Islam mestilah ikhlas dengan mempunyai niat yang sebenar kerana Allah, menuntut keredhaan-Nya dengan menegakkan agama-Nya sehingga didaulatkan.

Abu Musa Al Ashaari menceritakan: Seorang Arab Badwi datang menemui Rasullah, dia berkata:

“Orang yang berperang kerana mahukan harta rampasan, orang berperang kerana mahu disebut orang, berperang kerana riya’, maka siapakah yang dikira berperang pada jalan Allah? Sabda Rasulullah: Sesiapa yang berperang supaya ‘kalimatullah’ itu menjadi tinggi, maka dialah yang berperang di jalan Allah.”

Ini bermaksud perjuangan menegakkan Islam menurut situasi dan keadaan samada melalui pilihan raya sehinggalah berperang di negeri, tidak ada cara lain daripada mestilah dengan niat yang ikhlas.

Firman Allah, maksudnya:

“Dan tidaklah diperintah kepada mereka melainkan mereka mengabdikan diri kepada Allah dengan ikhlas dalam menjalankan perintah agama dengan lurus.” (al Bayyinah : 5)

Apabila mengikhlas niat kerana Allah semata-mata maka mestilah membersihkan hati dari sifat-sifat yang menrosakkan niat seperti riya’, ujub dan sum’ah.

Istiqamah

Mestilah berterusan di atas prinsip perjuangan dan beramal dengan segala tuntutannya dengan tidak berpaling dan cenderung ke arah yang lain, hanyut bersama arus, jauh sekali daripada melompat dan menyeleweng daripada perjuangan. Allah berfirman kepada Musa dan Harun yang menghadapi Firaun dalam menegakkan Islam di zamannya yang bermaksud:

“Maka kamu mestilah istiqamah dan janganlah kamu mengikut orang-orang yang tidak tahu”. (Yunus : 189)

Apabila Abu Sufian bin Abdullah berkata kepada Rasulullah saw:

“Katakan kepada saya dengan kata-kata yang jelas sehingga saya tidak perlu lagi bertanya seseorang yang lain darimu. Sabda Rasulullah: Katakanlah aku beriman kepada Allah, kemudian hendaklah beristiqamah.”

Para rasul dan sahabat adalah orang yang paling istiqamah, tetapi mereka diperintah juga supaya beristiqamah. Ini menunjukkan bahawa sifat istiqamah sangat penting dan mestilah berterusan, kerana ia adalah tonggak dan cara untuk mendapat pertolongan Allah, bahkan orang yang tidak istiqamah amalannya sia-sia. Rasulullah bersabda yang bermaksud:

“Tiga perkara yang tidak memberi manfaat olehnya bersama sebarang amalan, iaitu menyekutukan Allah, menderhaka kepada kedua ibu bapa dan lari dari medan perjuangan.”

Taat

Ketaatan lahir daripada sikap percaya-mempercayai di antara pemimpin dan pengikut, apabila pemimpin mempunyai keikhlasan dan menyatakan perngorbanan yang sebenar dan memberi perhatian kepada perjuangan dan pengilut-pengikutnya. Ketaatan itu mestilah dalam semua keadaan, di masa senang dan susah, di masa lapang dan susah, di masa lapang dan sempit dalam perkara yang tidak maksiat. Firman Allah, maksudnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kamu akan Allah, taatlah kamu akan Rasul dan Ulil Amri (pemimpin di kalangan kamu)”. (an-Nisa : 59)

Rasulullah telah meneguhkan sifat ketaatan kepada para sahabatnya dengan melakukan bai’ah di antara Baitul ‘Aqabah yang terkenal sebelum melakukan hijrah.

Di dalam Bai’ah itu Rasulullah bersabda:

“Berbai’ahlah kepadaku di atas kewajipan taat di masa cergas dan di masa malas, sanggup berbelanja di masa susah dan senang, menjalankan kewajipan menyuruh yang baik dan mencegah dari kemungkaran, bangun menyatakan agama Allah tanpa terjejas walaupun dicela, sanggup menolong aku apabila aku tiba kepada kamu dan sanggup mempertahankan aku.”

Ketaatan Yang Dituntut

a) Ketaatan itu membawa kepada menunaikan tugas mengikut arahan kepimpinan dan tidak bertindak sendiri tanpa pengetahuan sehingga menjadi kelam-kabut yang boleh menimbulkan adanya kumpulan dalam jamaah atau parti yang mempunyai perancangan yang berbeza dan strategi yang berlainan yang boleh membawa perpecahan dan wujudnya kumpulan atau jamaah dalam parti.

b) Ketaatan itu membawa kepada penyelarasan yang baik di kalangan seluruh anggota dan sayap parti atau jamaah dan melaksanakan amal jamaie yang tidak boleh dijelaskan oleh pandangan individu yang berbeza lalu mengikut selera masing-masing sehingga jentera parti bercelaru dan tidak selaras antara satu sama lain.

c) Ketaatan juga dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang terlalu ke depan (advance), ada orang yang terlalu lambat dan ada yang sederhana.

Wala’

Kita melihat betapa kumpulan yang tidak Islam mengalami kelemahan dan kepupusan termasuk yang pernah memerintah negara besar, begitu juga dengan pertubuhan yang meletakkan nama Islam tetapi tidak mengambil Islam secara menyeluruh.

Oleh itu maka penekanan yang perlu diberi perhatian ialah peningkatan wala’ dan disiplin dalam jamaah yang dapat memelihara ketaatan dan perjalanan secara istiqamah. Firman Allah, maksudnya:

“Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan mereka itu sentiasa ruku’” (al Maidah : 55)

Wala’ dan hubungannya dengan Harakah Islamiah (PAS)

Dalam aspek ini perlu dibahagikan wala’ itu kepada beberapa aspek yang perlu diberikan penekanan.

a) Wala’ terhadap aqidah perjuangan

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah dan Rasul-Nya. Wala’ dalam aspek ini berkait erat dengan ketaatan secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan juga beriman kepada rasul yang wajib dengan sifat-sifat kerasulannya.

Terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan rasul secara mutlak kepada Al Quran dan Al Hadith yang menjadi rukun dan hokum tertinggi bagi Harakah Islamiah, dan dalam konteks kita di Malaysia ini ialah Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

b) Wala’ kepada Jamaah

Menurut rukun dan hukum haram berjamaah haram kepada ahli yang telah memberi bai’ah kepada jamaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain samada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam. Ini bercanggah dengan akhlak berjamaah dan merosakkan perpaduan jamaah, strategi dan jenteranya.

Adapun wala’ kepada jamaah itu bergantung kepada wala’ jamaah terhadap aqidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli mempertahankannya daripada menyeleweng.

c) Wala’ kepada pemimpin

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tonggak yang penting kepada jentera dan perjalanan jamaah. Oleh yang demikian wala’ kepada pemimpin dalan pengertian kasih dan taat mestilah diberi dengan penuh tanggungjawab. Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan. Ia juga bergantung kepada perinsip perjuangan parti atau jamaah.

Disiplin

Firman Allah, maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu, kuatkanlah kesabaran kamu dan tetap bersedia dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”(ali Imran : 200)

Perkara yang ditakrifkan dengan disiplin ialah sebagaiman berikut:

1. Tatatertib dan kelakuan diri.

2. Peraturan yang ditetapkan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

3. Kepatuhan kepada peraturan-peraturan yang ditetapkan.

4. Hukuman atau denda kerana melanggar peraturan Harakah Islamiah (PAS) telah menetapkan perkara-perkara ini secara menetapkannya di dalam perlembagaan parti secara tegas. Di antaranya ialah menetapkan perkara yang dinamakan tatatertib:

1. Taat kepada hokum-hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar jamaah.

2. Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya.

3. Taat kepada arahan dan perintah jamaah.

4. Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh.

5. Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah.

6. Beramal dengan akhlak Islam.

7. Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan jamaah.

Penutup

Akhlak dan disiplin penting bagi setiap ahli demi kebaikan jamaah. Setiap ahli mesti berdisiplin dan melengkapkan diri dengan akhlak Islam bagi meningkatkan kejayaannya kepada sasaran dakwah dan matlamat kerana tindakan individu ahlinya menjadi contoh dan perhatian di samping dapat mewujudkan jentera dalaman yang baik bagi mentadbir segala kegiatannya.

Tamat

“Taat dan Wala’ asas akhlak jamaie yang terpuji”

Lebih 1,000 Polis Akan Kawal Pilihan Raya DUN Manek Urai

Lebih 1,000 pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan termasuk bantuan daripada jabatan luar dijangka berkhidmat untuk pilihan raya kecil DUN Manek Urai yang akan diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, pihaknya kini sedang mengatur untuk menentukan beberapa petugas yang akan ditetapkan bagi mengawal pilihan raya itu nanti.

“Polis kini sedang membuat pemantauan di kawasan berkenaan mulai sekarang sehingga seminggu selepas tamatnya pilihan raya bagi memastikan perjalanan pilihan raya tersebut berjalan lancar.

“Polis juga telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku sepanjang proses pilihan raya tersebut,” katanya kepada pemberita selepas majlis perhimpunan bulanan bagi bulan Jun dan penyerahan motosikal berkuasa tinggi di IPK Kelantan di sini, semalam.

Menurutnya, polis tidak menghadapi sebarang masalah untuk memastikan keadaan kawasan berkenaan terkawal dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kesukaran yang akan berlaku.

“Setakat ini, saya rasa tiada sebarang kekecohan yang timbul dan semua parti politik memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis.

“Pada pilihan raya umum yang lalu pun tiada sebarang kekecohan berlaku melainkan kekecohan kecil berhubung pergaduhan menurun dan menaikkan bendera sahaja,” katanya.

Terdahulu, majlis perhimpunan bulanan yang diadakan pada bulan ini mempunyai kelainan daripada bulan-bulan sebelumnya di mana diadakan majlis penyerahan motosikal berkuasa tinggi jenis CBX 750.

Amir berkata, sebanyak 70 buah motosikal diagihkan kepada 11 Cawangan Trafik IPK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini.

“Motosikal ini diserahkan bertujuan menambah kelengkapan motosikal kepada anggota trafik untuk membantu menjalankan tugas-tugas penguasaan di daerah masing-masing.

“Selain itu, ia juga bertujuan menambah kehadiran polis di atas jalan raya bagi mencegah aktiviti jenayah dan mengesan pesalah lalu lintas,” katanya.

SinarHarian

Subjek Bahasa Inggeris : Wajib Lulus atau Tidak

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sasterawan ulung Inggeris William Shakespeare pernah berkata: “to be or not to be, that is the question”.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, petikan pujangga itu bermain di fikiran apabila merujuk kepada sama ada bahasa Inggeris patut dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, beliau dimaklumkan bahawa ramai pelajar di luar bandar akan gagal SPM jika bahasa Inggeris dijadikan mata pelajaran wajib untuk lulus.

“Dengan itu, saya tidak fikir ia (tidak menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib untuk lulus) memenuhi tujuan kerana bahasa Inggeris adalah bahasa yang amat penting yang kita gunakan dalam kehidupan seharian kita,” katanya ketika merasmikan penubuhan Persatuan Alumni Maktab Kirby yang baru di sini, semalam.

Beliau berkata, untuk meningkatkan kualiti kemahiran dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar, pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris perlu dilakukan oleh guru berkelayakan.

“Mungkin idea yang baik ialah mencontohi konsep Maktab Kirby, (iaitu) menghantar guru belajar bahasa Inggeris di persekitaran yang bertutur dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, sumbangan guru lepasan Maktab Kirby adalah amat besar dan mereka telah berkhidmat dengan penuh dedikasi pada tahun 1950-an dan 1960-an.

“Walaupun negara kita masih mundur dan tahap keselamatan agak membimbangkan pada ketika itu, kehadiran guru-guru Maktab Kirby yang terlatih dalam bilik-bilik darjah telah membawa pembaharuan.

“Saya juga dimaklumkan bahawa Maktab Kirby yang (melahirkan guru) berbilang bangsa dan agama ini merupakan ‘miniature Malaysia’ di mana semangat ‘1Malaya’ dan ‘Malaya Boleh’ mula disemai,” katanya.

Beliau berkata, guru lepasan Maktab Kirby juga menjadi kayu ukur kepada kecemerlangan profesion perguruan di negara ini, dan ini terbukti dengan pemilihan empat bekas pelajar Maktab Kirby sebagai Tokoh Guru Kebangsaan dari tahun 1988 hingga 1998.

Muhyiddin turut melancarkan buku 'Kirby College-A Heritage' hasil tulisan Dr Shaari Isa serta merasmikan Pameran Maktab Kirby anjuran Muzium Pendidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Maktab Kirby merupakan satu eksperimen pendidikan yang unik dengan sebuah negara asing iaitu Malaya (kini Malaysia) dibenarkan membuka sebuah Maktab Latihan Guru di England pada tahun 1951.

Maktab itu berjaya melahirkan lebih 1,500 guru pelatih dan 405 pelatih guru, dengan bantuan pakar daripada Institute of Education, University of Liverpool.

SinarHarian

Menunggu Penjelasan Isu Kerajaan Perpaduan - Datin Seri Wan Azizah Ismail

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.

Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.

KeADILan berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.

Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KeADILaN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.

Presiden Parti Keadilan Rakyat : Datin Seri Wan Azizah Ismail

Pemuda PAS rela menjadi 'buruh kasar' parti - Ustaz Nasruddin Tantawi

Demi mencapai matlamat PAS yang memperjuangkan agama Allah dan mendukung gagasan 'Islam Memimpin Perubahan', Pemuda PAS sedia menjadi 'buruh kasar' dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut.

Demikian antara kata-kata penuh semangat Ketua Pemuda PAS yang baru, Ustaz Nasruddin Tantawi dalam tulisan di dalam blog peribadinya hari ini.

"Umum mengetahui bahawa Islam adalah dasar perjuangan PAS. Ianya adalah suatu yang bukan sahaja termaktub di dalam perlembagaan parti bahkan ia adalah merupakan asas kenapa PAS ditubuhkan.

"Berdiri tegak di atas dasar inilah PAS berjuang , berdakwah dan berpolitik . Dasar ini jua menjadi platform kepada PAS untuk mendidik dan membina aqidah ummah serta fikrah dan syakhsiyah mereka," katanya.

Bahkan katanya dasar inilah yang membekalkan kekuatan dan menunjuk jalan kepada PAS untuk merubah landskap sosial dan politik tanahair agar tunduk dan patuh kepada wahyu Allah SWT. .

"Saya tegaskan di sini bahawa gagasan Islam Memimpin Perubahan memerlukan tenaga pekerja (buruh kasar) bagi memastikan perubahan dapat dilakukan dan Islam memimpin perubahan tersebut .

"Justeru sifat Islam ialah memimpin bukan dipimpin , mengarah bukan diarah dan diikut bukan mengikut . Tentu sahaja ungkapan ialah Islam di atas dan yang lainnya di bawah," kata Nasrudin

Tentu sahaja bagi menjayakan gagasan besar dan penting ini Pemuda PAS sedia menjadi buruh kasar sebagai (Rijal at Taghyir) dan pejuang Islam yang akan melakukan perubahan tersebut, katanya.

Dalam pada itu katanya para Pemuda PAS berikrar tidak akan menjatuhkan air muka Rasulullah saw dan tidak akan mencemarkan wajah Mursyidul Am dan Presiden serta seluruh saf pimpinan .

"Kami sekali-kali tidak akan menconteng arang kepada jamaah yang didokong ini.

"Pemuda PAS memainkan peranan sebagai semak dan imbang agar landasan perjuangan PAS dan kerajaan - kerajaan Pakatan Rakyat terus berjalan sebagaimana tuntutan Islam dan harapan rakyat," katanya.

HarakahDaily

Penganjuran Muktamar terbaik, media 'updated' - Timbalan Presiden PAS

Timbalan Presiden Pas, Ust. Nasharuddin Mat Isa berkata, penganjuran Muktamar ke 55 adalah yang terbaik pernah diadakan.

Menurutnya, ini kerana PAS Selangor telah menyediakan pelbagai kemudahan yang terkini dari semua aspek seperti multimedia, pengurusan dan sebagainya.

"Saya ucapkan terima kasih PAS Selangor yang saya rasakan ini merupakan penganjuran yang terbaik pernah diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas semua perwakilan selesai bermuktamar dan bersalaman dengan pemimpin tertinggi PAS baru-baru ini.

Hadir sama dalam sidang media itu, Pengarah Muktamar yang ke 55 yang juga merupakan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir.

Muktamar yang ke 55 telah diadakan di Stadium Malawati dekat sini yang dapat memuatkan pengunjung sehingga 200,000 orang dalam satu-satu masa.

Sekaligus memberi keselesaan kepada semua perwakilan yang datang dari seluruh negara.

Beliau yang mewakili Presiden PAS, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan penganjuran Muktamar pada kali ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bachok berkata, saya ucapkan kepada rakan-rakan media yang memberikan liputan yang cukup luas.

"Begitu 'updated' sekali sehinggakan orang tidak perlu telefon kita untuk mendapatkan keputusan pemilihan pemimpin tertinggi dalam PAS," katanya.

Pas juga katanya, mengucapkan terima kasih kerana membuat liputan muktamar pada kali ini sejak Muktamar Pemuda lagi pada 3 Mei lalu lagi di Markas PAS, Taman Melewar, Gombak.

"Ucapan terima kasih ini juga dibuat kerana membuat liputan aktiviti kami sehingga saya rasa peristiwa yang menguasai dada akhbar hingga minggu ini ialah Muktamar PAS," katanya.

HarakahDaily

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang Goyah?

Oleh: CheGuBard

Sekali lagi Pulau Pinang menjadi perhatian kerana kononya Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang goyah dan tidak punya persefahaman.

Bermula dari episod Amizuddin Ahmat, seorang ahli Majlis yang juga seorang Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas pada sekitar bulan Febuari lalu telah membuat satu sidang media mendedahkan mengenai beliau ada maklumat ‘korupsi’ kerajaan Pulau Pinang.

Beliau yang lebih senang dikenali sebagai Din Binjai membuat pendedahan awal tersebut dalam ucapannya yang terakhir sebagai ahli Majlis MPSP sebelum beliau digugurkan. Ramai terkejut dengan tindakan susulan Din Binjai yang terus dilihat menyerang ‘watak tertentu’ dalam isu korupsi dalam kerajaan tempatan di Pulau Pinang.

Sebenarnya isu yang dibangkitkan oleh Din Binjai telah sampai ke pengetahuan cheGuBard selaku MPT sekitar bulan Disember 2008 lagi. Ia berkenaan dengan penyelewengan yang melibatkan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim BN dahulu kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Dan oleh kerana kecekapan pegawai kerajaan yang diwariskan oleh rejim ini bertindak menjadi sumpah – sumpah maka ia amat susah dikesan. Lebih lagi ada pula yang terpedaya kononya pegawai – pegawai inilah yang sama menyokong sehingga dibela dengan perbagai alasan mengarut seperti telah kenal lama dan kawan sekolah.

Sebaliknya pegawai tersebut bersama beberapa anasir yang baru bersalin kulit (dari Umno ke keADILan) telah membuat ‘counter attack’ ke atas Din Binjai setelah sedar dia mula mengumpul bukti dan menghantar laporan ke banyak pihak. Masih ingat lagi ketika bertemu Din Binjai sekitar Januari 2009 di mana dia menyerahkan beberapa laporan penyelewengan. Dia mengatakan “kalau saya ikut sahaja saya akan selamat sebagai ahli Majlis tetapi nampaknya kalau saya lawan saya akan dipandang serong melawan kerajaan Pakatan Rakyat, namun bukankah kita di didik lawan tetap lawan…maka saya akan terus dedahkan hilang jawatan ahli majlis bukan benda besar pun…” itu kata Din pada saya.

Saya janji akan bantu dia dedahkan penyelewengan tersebut. Dia telah jumpa pimpinan tertinggi parti, dia telah jumpa pimpinan tertinggi kerajaan negeri juga berkenaan dengan isu ini.

Namun oleh kerana prosedur gangguan kerajaan pusat seperti kewujudan pegawai lantikan kerajaan pusat dan seumpamanya terus menyusahkan proses pembersihan.

Menjelang Febuari, Din mula diserang dengan perbagai tohmahan, sah dia tidak akan disambung sebagai ahli Majlis dan dia nekad menggunakan peluang terkahir berucap sebagai ahli majlis untuk menyerang ‘kemungkaran yang wujud’…akhirnya serangan melalui ucapan dalam dewan itu telah diambil perhatian besar oleh media regim….

Ramai pula terkeliru dengan serangan Din Binjai dengan serangan terhadap prestasi bekas wakil rakyat Penanti. Din menyerang isu kuari, yang melibatkan pegawai kerajaan yang dipaksa diwarisi dari rejim BN. Namun jika ada yang terasa pedas sudah tentu ada yang termakan cilinya.

Akhirnya kerana ‘pemberontakan Din Binjai’ hasilnya secara peribadi dia hilang jawatan, dia disalah ertikan menjadi agen Bn menyerang kerajaan Pakatan Rakyat namun tidak ramai yang tahu. Pemberontakan Din Binjai telah mengembalikan pendapatan kerajaan negeri yang dihilangkan sebanyak RM 6.7 juta.

Mungkin pengumuman Ketua Menteri Pulau Pinang mengenai imbuhan tunai terhadap pendedahan rasuah dalam Pulau Pinang boleh menjadi milik Din Binjai.

Kali kedua Pulau Pinang diberikan perhatian ialah kerana perletakan jawatan Fairus. Che’GuBard tidak mahu mengulas panjang bab Fairus kerana ia lebih kepada masalah prestasi peribadi beliau. Dan apa salahnya jika kerajaan menggugurkan seorang wakil yang dikenalpasti tidak kompitent untuk menjamin kelansungan perkhidmatan terbaik kepada kerajaan.

Episod terbaru yang bermula minggu lepas sekali lagi membawa Kerajaan Pulau Pinang dalam perhatian tinggi rakyat. Isunya kali ini ialah perlantikan YDP MPSP. 8 orang ahli Majlis yang dilantik melalui kuota Parti Keadilan Rakyat telah bertindak memboikot Majlis Angkat Sumpah YDP yang baru. Namun ada satu ahli majlis lantikan kuota Parti keadilan terus duduk dan bersam majlis angkat sumpah.

Isunya ialah kuota YDP itu telah dipersetujui awal sebagai kuota keAdilan. Maka Johari Kassim tidak berpuas hati dengan lantikan yang bukan dari Keadilan.

Johari yang telah menggunakan media menyatakan sikap mengugut mahu meletakkan jawatan. Kemudian menggunakan media juga pimpinan DAP telah membelasah Johari kassim dan kuncunya yang lain dengan mendesak untuk dipecat. Namun Johari yang mengugut untuk meletak jawatan tidak jadi meletakkan jawatan dan mengambil sikap pertahan jawatan setelah diugut akan dipecat.

Seperti episod drama ‘keanak–anakan’ . Pertama kenapa perlu pergi ke media ? Baik di pihak Johari Kassim ataupun segelintir pemimpin DAP? Pertikaian dalam kerajaan seharusnya diselesaikan dengan cara pakatan. Semuanya terlalu emosi?

Bagi cheGuBard ini semua membuktikan bahawa kehancuran yang berpunca dari kelewatan membawa kuasa demokrasi kepada rakyat. Dalam bab lantikan ahli Majlis ini sememangnya negeri Pakatan Rakyat jauh lebih baik dari rejim BN kerana sekurang-kurangnya lantikan agak rencam - ada juga wakil pertubuhan bukan kerajaan, orang kurang upaya yang bukan mewakili parti.

Namun itu bukan jawapannya. Ia tidak cukup. Masalah yang wujud ini diwarisi dari regim dan perlu ditamatkan. Kita seharusnya segera mengembalikan proses pilihanraya kerajaan tempatan. Baik segelintir pemimpin DAP mahupun Johari Kassim nada perebutan dan debatnya perlu matang dan tinggi, bukan emosi.

DAP pertahankan YDP baru kakitangan kerajaan, benar! Kakitangan kerajaan hampir majoriti menolak rejim BN sekarang ini namun masih ada sosok kakitangan pegawai yang diwariskan rejim BN itulah punca kekacauan (sila klik sinii untuk baca lanjut) , lupakah kita dengan Perak. Hujah Johari juga dangkal apakah perlu kuota parti. Bukan seharusnya dibicarakan hak rakyat. Kembalikan kepada rakyat pilihan raya kerajaan tempatan.

Hujah Johari sebenarnya merosakkan dirinya. Kini timbul pula cerita bahawa kononya Johari marah kerana dia yang mengidamkan kerusi YDP tersebut.

Ingat kita menang bukan semata kekuatan parti kita menang ialah kerana rakyat bosan dengan BN dan rakyat menaruhkan bukan sedikit kepercayaan kepada Pakatan PAS – KEADILAN dan KEADILAN - DAP (Ingat semasa PRU 12 lalu DAP dan PAS tidak ada pakatan rasmi, Anwar Ibrahim telah menjadi orang tengah menggabungkan dan mengembeling kekuatan sehingga menjadi gelombang rakyat menolak BN). Apa yang kita ada ialah kepercayaan rakyat. Maka Keadilan juga tidak boleh sombong, PAS tidak boleh angkuh dan DAP tidak boleh dabik dada.

__________________________________________________

Chegu Bard atau Badrul Hisham Shaharin ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi, Parti Keadilan Rakyat. Aktif dalam memperjuangkan rakyat marhaen dan merupakan peminat nombor satu perjuangan yang memperjuangkan rakyat. Untuk mengikuti lain-lain tulisan olehnya, boleh ke http://chegubard.blogspot.com/

PerakExpress

Kerajaan perpaduan kita tentang, Manek Urai jangan dilupakan!

Muktamar PAS kali ini betoi menyemakkan kepala. Bukan saja kepala aku…. tetapi rasa nyer kepala ramai penyokong dan pendokong PAS jugak….
Mana tidak nyer, ulama’ dah buat kepala kita jadi semak…. Pelik ya….??? Sepatut nyer tutur kata ulama’ dapat memberikan ketenangan kepada kita, tapi…. sebalik nyer pulak yang berlaku. Keresahan dan ketidaktentuan pulak yang dirasai oleh ramai orang. Bercelaru orang dibuat demer…. Itu ler dia kerenah dua tiga kerat ulama PAS kita….. Yesterday, they said one thing…. today, they say another thing and tomorrow, they will say….. buat orang lagi penin!!! What lar you people…..

Dalam ucapan dan PC….. mereka dengan bangga nyer, mengatakan pintu perbincangan belum tertutup lagi….. PAS bersedia untuk berbincang dengan sesiapa saja, asalkan untuk kepentingan negara. Alahai…… alahai…. alahai….. dondang sayang betoi ler komer ni!!!! Baik ler komer berbincang dengan rakan kongsi komer, bagaimana nak mengerat dan memperkukuh lagi Pakatan Rakyat bagi menghadapi PRU 13 nanti daripada komer buang masa nak berbincang dengan pihak satu lagi tu….. Tu…. tu…. tu…. UBN tu…. UMNO tu…. Tak der makna nyer!! Tak der paedah nyer!!!! Buang masa jer….. wak cakap lu!!! Ayoyo…. why so dungu ar???

PAS jangan ler rasa sudah hebat sangat….. takut-takut jadi Tipah tertipu lagi….. kecundang komer nanti. Menangis tak berlagu dan irama nyer off tune pulak nanti…… Tak laku PAS nanti!!!

Nauzubillah….. nauzubillah…… Teman cakap ni pun bukan apa, sebab teman sayang bebenor dengan PAS ni….. Itu jer….

Ada pulak ler sorang ulama’ ni yang dah mula nak tunjuk ek…. dan dah mula lawan tokey!!! Cakap dan suara Tok Guru Nik Aziz adalah suara peribadi dan bukan suara PAS. Amboi….. amboi….. capoi nyer mulut!!! Itu baru ek dia yang pertama. Ada satu lagi….. Lepas tu, ek dia yang kedua……, dia kata ….., dia yang akan tentukan pulak nasib Husam, sama ada nak lantik atau tidak ke dalam AJK PAS Pusat. Chewah….. chewah…. chewah….. besor nyer engkau??? One man show ke ni……????? Don’t over perasan ler…..!!! Dengan selamba samdol nyer dia boleh cakap macam tu. Isy….. senak perut betoi aku dengan ‘ulama’ yang sorang ni.

Namun…. teman tabik spring…. toing…..toing…..toing…. sama Tok Guru Nik Aziz yang tetap dengan pendirian nyer yang dengan tegas, tetap menolak apa-apa pun kerjasama dengan UMNO dalam isu kerajaan perpaduan ni. Perpaduan ke….. campuran ke….. NONSENSE!!!! PAS is a no nonsense Islamic party… right??? So….. the hell with kerajaan perpaduan. Kalau PAS sayangkan masa depan survival politik nyer……. forget niat untuk bermuqabalah or bermuzakarah dengan UMNO. Kalau dua tiga kerat ‘ulama’ ni masih menunjukkan sikap keras kepala….. alamat PAS akan chaos!!! Kalau itu berlaku……. hangpa pikir ler sendiri. Aku kecut perut dah……!!!

Pelik teman dibuat nyer. Awat tetiba jer…. dua tiga kerat ulama dalam PAS ni nak menjadikan PAS batu penghalang kepada laluan Pakatan Rakyat ke Putrajaya??? Kenapa??? Tell me why….. tell me why….. Ater demer nak PAS jadi tonggak dalam PR…. yang bakal merajui tampuk pemerintahan negara ke??? Adeh….. sampai begitu sekali. Weh….. jangan ler over ambitious sangat!!!

Tarak caya sama PKR dan DAP ka???? Takut dipinggirkan ka???? Alahai….. sedar ler, baik PAS, PKR mau pun DAP …… you all tak boleh stand alone lagi. Belum cukup kuat dan belum ada umph ma…… Mau lawan itu setan besar ar…. you all mesti work together lar!!! Bersatu…. baru korang teguh dan kuat!! UBN pun takut oooooo….. Look what happenned in PRu12. Tsunami melanda UBN beb!!! Macam itu ler yang kita mahu repeat…… kasi goyang sama UBN!!! IsyaAllah, hopefully…. PRU13 kita punya!!! Kan seronok macam tu…….

But now….. malang nyer, PAS telah mula mengambil langkah kebelakang, apabila dua tiga kerat ulama PAS, mula buat perangai. Demer dah mula berani lawan tokey, buat kenyataan yang banggang yang akan merugikan PAS dan juga Pakatan Rakyat. TGNA kata, jangan…… demer biut….. TGNA kata, usah…. demer tunjuk ketegaq……. TGNA kata, mengarut…… demer turutkan hati juga!!! Haiya…..biut liat sungguh demer ni!!! Kenapa tak dibuang saja??? Makan pun tak boleh nak kunyah….. Tereban jer, tak gitu…. ??? Tapi apa boleh buat, dah berlalu…. nasib badan ler……

Aha…. ini ler peluang yang UBN cari. Pucuk dicita, ulam mendatang!!! Tanpa berlengah-lengah lagi, UBN dah mula main peranan untuk memecahbelahkan PAS dari dalam dan seterus nyer menghentak-hentak kesepakatan kita dalam PR melalui MSM mereka. Jarum-jarum sudah masuk yeop!!! Baik ahli-ahli PAS, mau pun para penyokong PAS mula rasa gelisah dengan cucukan jarum-jarum berbisa ini. Jangan sampai PAS lumpuh sudah…. Hati-hati….. Manek Urai belum selesai lagi. Don’t take things for granted. Manek Urai mesti kita kekalkan sebagai milik kita…. Kerajaan PR Kelantan, pimpinan Tok Guru Nik Aziz adalah simbol keutuhan dan kekuatan kita!!! Jangan sekali-kali biarkan UMNO mengugat hakikat tersebut. Lantaran itu, Manek Urai mesti kita pertahankan. Jangan ambil mudah….. takut nanti padah….!!!

Sekarang rapatkan saf….. ulama maupun professional. Hentikan seketika [ tapi jangan lupa ] isu kerajaan perpaduan….. fokus kepada PRK Manek Urai. Gembelingkan tenaga…. bersiap sedia….. susunatur jentera pilihanraya…… mulakan gerak kerja untuk menghadapi UMNO dalam PRK Manek Urai. Semoga kita berjaya…..

Don’t play….play….
Berjaga-jaga!!!
UMNO kita throw away…
Manek Urai kita punya semula!!!

Takbir!!! Takbir!!! Takbir!!!

PerakExpress

KJ oooo KJ

Khairy: Mulakan semula muzakarah Umno-PAS

Pemuda Umno mencadangkan muzakarah Umno-PAS dimulakan semula memandangkan proses pemilihan pucuk pimpinan pusat bagi kedua-dua parti tersebut telahpun selesai.

"Bagi Pemuda Umno, inilah ruang dan peluang terbaik bagi kedua-dua parti terbesar di Malaysia ini untuk duduk semeja berbincang - bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah namun berdasarkan nawaitu atau niat bagi agenda nasional yang mencakupi kepentingan semua," tulis Ketuanya, Khairy Jamaluddin dalam blognya hari ini.

Menurutnya, muzakarah seumpama itu menuntut kematangan dan pemikiran jauh semua pihak.

"Sehubungan itu, Umno-PAS perlulah mengenepikan sebarang persoalan dan pergolakan politik dan seterusnya mengambil pendekatan bersangka baik bagi mencari titik permuafakatan untuk masa depan negara.

"Umno-PAS haruslah juga mengelak dari terjerumus kepada polemik syak wasangka atau pencarian kepada siapa yang lebih atau kurang Islam atau Melayunya," tulis Khairy.

Dari itu, beliau menegaskan bahawa Umno tidak pun mengutamakan atau terlampau mengharapkan 'kerajaan perpaduan' hasil muzakarah yang dijalankan.

"Maka, PAS tidaklah perlu khuatir akan keikhlasan Umno - yang paling penting sekali adalah untuk kedua-dua parti mencari titik persamaan mengenai isu-isu nasional seperti ekonomi, pembangunan dan kebajikan rakyat.

"Persefahaman berkisar isu sebegini insya-Allah mampu menonjolkan elemen kesederhanaan dan progresif, lantas wajar disambut seluruh warga Malaysia.

"Sekiranya ini membawa kepada agenda yang lebih konkrit pada masa hadapan, biarlah kedua-dua pihak berunding pada masa kelak.

"Pada masa dan ketika ini, apa salahnya jika dibuka pintu dialog sepertimana yang diseru oleh Presiden PAS sendiri Datuk Seri Haji Hadi dan juga Timbalannya, Nasharudin Mat Isa.

"Justeru, demi kebaikan semua pihak, Pemuda Umno berharap pemimpin kedua-dua parti bersetuju untuk bersemuka dan bermuzakarah," katanya.

malaysiakini

Polis Indonesia Periksa Tubuh Manohara

Polis Indonesia telah menjalankan pemeriksaan ke atas bahagian tubuh Manohara Odelia Pinot yang didakwa didera oleh suaminya, putera Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry.

Ibunya, Daisy Fajarina berkata, Manohara diperiksa oleh anggota polis wanita di ibu pejabat polis republik itu dan berada di situ selama 12 jam Jumaat lalu, demikian dilaporkan oleh akhbar Surya - yang pertama mendedahkan isu Manohara itu.

Ia memetik ketua bahagian hubungan masyarakat ibu pejabat polis republik Indonesia, Inspektor Jeneral Abubakar Nata Prawira sebagai berkata, Manohara datang ke pejabatnya pada hari Khamis.

Daisy dan peguam Elza Syarief berada bersama Manohara ketika bekas model itu diperiksa anggota polis.

"Yang saya ingat polis bertanya mengenai penganiayaan yang dialami anak saya, antaranya bekas jarum suntik.

"Polis juga memeriksa tubuh anak saya yang ada bekas penganiayaan," kata Daisy seperti dilaporkan Surya.

Elza bagaimanapun pula berkata, Manohara belum menjalani visum (pemeriksa terperinci bagi mangsa dera) disebabkan dia belum menandatangani laporan polis kerana terpaksa menghantar ibunya ke hospital akibat kelelahan pada malam berkenaan.

Komen ahli sosiologi

Beliau menjelaskan, berbeza dengan pemeriksa kesihatan biasa, visum hanya boleh dilakukan jika ada laporan polis.

Abubakar turut mengesahkan bahawa Manohara belum menandatangani laporan tersebut.

"Polis wanita sempat memeriksa tubuh Manohara yang dikatakan disilet dan dianiayai oleh Tengku Muhammad Fakhry tetapi parutnya hampir hilang.

"Mengikut perancangan, selesai menjalani pemeriksaan dan membuat laporan polis, Manohara akan menjalani visum," katanya.

Sementara itu, Musni Umar, ahli sosiologi lulusan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dipetik oleh Kompas.com sebagai berkata, kenyataan Manohara - yang disiarkan secara meluas oleh media massa - telah diterima sebagai kebenaran sehingga meluapkan kebencian masyarakt Indonesia terhadap Malaysia.

Sehubungan itu, beliau berkata, Sultan Kelantan sebaiknya menyelesaikan isu tersebut.

'Jangan biarkan'

"Keadaan semacam ini tidak boleh dibiarkan kerana mengganggu hubungan baik dua negara jiran itu. Tidak ada pilihan lain kecuali segera menjernihkan pelbagai kenyataan Manohara dan menyelesaikan melalui saluran undang-undang," katanya kepada Kompas.com.

Menurutnya, Sultan Kelantan perlu campur tangan untuk menyelesaikan kes rumah tangga puteranya itu.

Masni dilaporkan, banyak kenyataan Manohara yang boleh dipersoalkan kebenarannya seperti dia gemuk kerana disuntik, ditores dan dan diseterika oleh suaminya.

"Itu harus dibuktikan kerana pengalaman lima tahun saya belajar di Malaysia, perempuan gemuk setelah mereka berkahwin," katanya.

Masni berkata, ini berlaku kerana makanan di Malaysia pada umumnya mengandungi santan dan digoreng tetapi tidak mendapat cukup senaman.

malaysiakini

PAS Perlu Perjelas Rundingan Kerajaan Perpaduan

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.

malaysiakini

Ucapan Penggulungan Ustaz Ahmad Awang

Ahli Majlis Syura PAS yang juga Naib Presiden PAS, Ustaz Ahmad Awang menyampaikan ucapan penggulungannya pada hari terakhir Muktamar PAS 55 di Shah Alam





klip video ehsan : jiwokelate2009

PRK Manek Urai : Rais Menyalahgunakan Jentera Kerajaan

UMNO dan Barisan Naional (BN) dijangka akan terus melakukakan penyelewengan dengan menyalahgunakan jentera kerajaan dalam pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (PRK) Manek Urai.

Belum pun bermula kempen PRK Manek Urai, Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim telah mengerahkan jentera kementeriannya untuk turun kedalam kawasan pilihanraya terbabit.

Rais telah meminta semua jabatan dibawah kementeriannya untuk membuat kajian sosio ekonomi dan politik di kawasan tersebut untuk diguna pakai oleh jentera BN.

''Kementerian akan melihat senario di Manek Urai secara lebih dekat dan keperluan penduduk diperhalusi untuk melengkapkan laporan sosio-ekonomi dan politik di kawasan tersebut.

''Laporan tersebut akan diguna pakai dan disesuaikan oleh pihak-pihak yang terlibat pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai dan diterjemahkan melalui pelaksanaannya kelak oleh kerajaan Barisan Nasional (BN)," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Bersama Menteri di Auditorium Jabatan Penyiaran Kelantan di Kota Bharu pada 5hb Jun lalu.

Antara jabatan kerajaan yang akan disalahgunakan, menurut arahan Rais adalah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM.

''Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Jabatan Penyiaran dan RTM yang secara tradisinya menjadi mata dan telinga kerajaan perlu bergabung untuk mendasari hati penduduk dengan menyalurkan maklumat dasar kerajaan melalui pendekatan yang boleh diterima pakai.

''Misalnya pemimpin BN turut turun padang bersama-sama penduduk kampung melakukan pelbagai kerja amal seperti bergotong-royong dan menghulurkan bantuan kepada golongan miskin dan daif," ujarnya.

Rais membuat arahan demikian kerana menurutnya UMNO dan BN akan berhadapan dengan ujian getir untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan terpaksa menawan hati pengundi mampu dengan pendekatan yang meyakinkan.

BuletinOnline

Jangan Guna Nama Islam Jika Mahu Bertentangan Dengan Syarak

Sisters in Islam (SIS) lebih baik menukarkan perkataan Islam pada pertubuhan itu kepada nama lain jika lebih banyak berperanan menentang syariat Islam, kerana ia boleh mengelirukan orang Islam.

Ulama Islam sudah letih dengan golongan bernama Islam dan berpersatuan menggunakan perkataan Islam sebaliknya lebih banyak mencari kesalahan dalam Islam daripada bertindak sebagai kumpulan yang menegakkan syariat Islam.

Tidak ada persatuan yang menggunakan nama agama mereka dan bertindak memburukkan serta mencari kesalahan kepada agama mereka sendiri sebalik kumpulan yang meletakkan Islam pada nama pertubahan itu boleh bertindak mencerca dan menghina peraturan Islam.

Islam mempunyai syariatnya tersendiri dan sesuai diterima mengikut arus zaman bagi melahirkan masyarakat, negara serta keluarga dan individu yang harmoni mengikut had dan batas yang ditentukan.

Jika peranan syariat ini tidak diguna pakai ia akan melahirkan manusia seumpama binatang dan ini nyata berbeza serta bertentangan dengan apa yang diperjuangkan pada `zaman pencerahan? iaitu menanam kebencian terhadap peranan agama Kristian bagi mendapatkan kebebasan mutlak.

Sebagai orang Islam mereka sepatutnya mempelajari Islam melalui ulama Islam bukan daripada musuh Islam seperti golongan orientalis.

Dalam Muktamar Tahunan PAS Ke-55, usul daripada PAS Kawasan Shah Alam menggesa kerajaan mengharamkan SIS jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat pemulihan ke atas ahlinya.

Gesaan itu terkandung dalam salah satu yang diterima tanpa bahas semalam, di Stadium Melewati, Shah Alam.

Usul itu antara lain berbunyi menyedari bahawa aliran dan pandangan dibawa oleh SIS boleh mengelirukan masyarakat, mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan seterusnya mengharamkan pertubuhan tersebut jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam dan membuat program pemulihan ke atas ahlinya.

Sebaliknya kumpulan SIS yang berpendidikan Barat itu mengecam tindakan PAS dan menurut Pengurus Program SIS, Norhayati Karpawi, PAS merupakan sebuah parti politik yang autokratik dan hipokrit dalam perjuangannya.

Siapa yang hipokrit? PAS menggunakan nama Islam untuk memperjuang dan menegakkan syiar dan syariat Islam atau SIS yang menggunakan perkataan Islam pada pertubahan sebaliknya memburuk dan menentang syariat Islam.

Tindakan SIS itu bukan sahaja mencemar nama baik Islam malah boleh merosakkan akidah Islam mereka.

SIS juga tidak berakhlak sebagai orang Islam kerana menghebohkan pendapat beliau yang bertentangan dengan Islam kepada umum bukan merujuk dan meminta pandangan ulama yang arif tentang Islam terlebih dahulu.

Oleh yang demikian sayugialah Majlis Fatwa Kebangsaan mengkaji peranan SIS sama ada ia menguntungkan Islam atau lebih banyak mendatangkan keburukkan kepada Islam manakala ahlinya perlu dipulihkan kembali akidah mereka.

SIS juga mendakwa: ?PAS bersifat autokratik dan tidak mendokong prinsip demokrasi yang dilaung-laungkannya selama ini.

"Hal ini jelas bertentangan dengan prinsip kebebasan berpersatuan dan kebebasan bersuara yang diamalkan dalam kerajaan pakatan rakyat," kata Nohayati dalam sebuah media online semalam.

Orang Islam tidak menyekat kebebasan bersuara SIS sebaliknya perkataan Islam pada SIS dan peranan orang Islam dalam pertubahan itu yang membolehkan PAS dan orang Islam menegur dan mengkritik SIS.

Jika SIS tidak mahu ditegur mereka hendaklah didokongi oleh orang bukan Islam dan membuang perkataan Islam pada pertubuhan itu.

Barulah hujah boleh dilawan hujah atau berdebat sekalipun. Jika tidak tiada guna ulama melayan orang Islam atau pertubuhan yang meletakkan perkataaan Islam sebaliknya bersifat menentang syariat Islam.

Sekiranya mereka tetap berdegil mahkamah syariah boleh mendakwa mereka sebagaimana mahkamah pernah mendakwa orang Islam yang mengaku sebagai rasul Melayu, iaitu Kahar Ahmad.

SIS ditubuhkan pada 1990, apabila Dr Aminah Wadud yang pernah menimbulkan kontroversi menjadi imam sembahyang Jumaat dan sekumpulan wanita berfikiran sealiran dengannya menubuhkan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi memperjuangkan apa yang didakwa tidak adil kepada wanita.

Zainah Anwar menjadi pengasas dan ketua SIS yang berfahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya. SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan `Enlightment? di Eropah beberapa kurun yang lalu.

Mufti Perak, Harussani Zakaria dalam satu ceramahnya pernah menyifatkan mereka ini (SIS) telah terkeluar Islam kerana mempertahankan Islam liberal yang mengatakan al-Quran sudah ketinggalan zaman.

Ahli Umno dalam perhimpunan Agungnya pada 2006 pernah mengungkit tentang kumpulan ini yang dikatakan mencabar dan menghina undang-undang Syariah.

Norhayati kemudiannya menghentam pemimpin Umno di Perhimpunan Agung Umno 2006 yang dituduh beliau sengaja mengapi-apikan sentimen dengan niat buruk terhadap kumpulan itu.

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) cawangan Pulau Pinang pernah menyelar sekeras-kerasnya program 'Musawah' iaitu Global Movement for Equality and Justice in the Muslim Family anjuran kumpulan ini.

Ia menyifatkan kumpulan SIS sebagai pendukung kuat fahaman sesat Islam Liberal di Malaysia dan program pertemuan Musawah dilihat berhasrat mempertikaikan pelbagai prinsip Islam khususnya dalam hukum syariah berkaitan wanita dan kekeluargaan sebagaimana yang dipersetujui dan diterima oleh kesepakatan ulamak muktabar.

HarakahDaily

PEMIMPIN BARU PAS GANDINGAN MANTAP PROFESIONAL DAN ULAMA

Kemenangan Ustaz Nasaruddin Mat Isa mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS dalam pemilihan parti di Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 bukan bermakna PAS menolak golongan profesional.

Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu Haji Yahaya Ali berkata demikian ketika mengulas pendapat sesetengah pihak yang mendakwa PAS menolak golongan professional.

Beliau berkata, sebaliknya, kedua-dua calon yang iaitu Dato’ Paduka Husam Musa dan Haji Mohamad Sabu turut memperolehi pencalonan dan undi yang tinggi dari perwakilan.

“Tidak timbul soal PAS menolak golongan profesional dengan kemenangan Ustaz Nasaruddin mempertahankan jawatannya (Timbalan Presiden PAS).

“Dua calon yang tidak menang seperti Dato’ Husam dan Mohamad Sabu pun dapat pencalonan yang tinggi dari perwakilan PAS,” Katanya ketika mengulas senario pemilihan baru-baru ini

Menurutnya pemilihan jawatankuasa baru PAS bagi sesi 2009/2011 merupakan gandingan mantap serta kombinasi yang baik antara golongan ulama’ dan profesional.

Katanya, keputusan perwakilan membuktikan kematangan ahli PAS memilih kepimpinan parti yang bakal menerajui perubahan.

Yahaya yang juga Yang DiPertua PAS Marang berharap agar tidak ada lagi mana-mana pihak sengaja mensensasikan isu kononnya terdapat dua kumpulan dalam PAS iaitu golongan ulama’ dan profesional.

Katanya, dalam PAS semua yang bertanding adalah baik dan bagus serta tidak mempunyai kepentingan peribadi.

“Bagi kita (PAS), semua yang bertanding itu baik dan bagus-bagus belaka. Hasrat perwakilan pula untuk memilih yang terbaik,” ujarnya.

Katanya, pertandingan dalam PAS tida seperti yang berlaku dalam pemilihan parti Umno yang menggunakan politik wang atau rasuah.

BuletinOnline

Krisis Parti Komponen Buat BN Makin Lemah

Krisis demi krisis melibatkan parti dan individu parti-parti komponen menjadikan BN semakin lemah dan bercelaru.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong berkata krisis terbaru yang berlaku dalam Parti Progresif Penduduk (PPP) dan Gerakan membuktikan komponen BN masih mencari arah perjuangan politik masing-masing.

Katanya, krisis dalam BN akan berterusan memandangkan masing-masing mahu mengambil kesempatan mencapai objektif kelompok dan bukannya ikhlas bergabung.

"Kalau BN tiada kuasa, individu itu akan keluar parti dan begitu juga dengan parti PPP masih lagi bergantung kepada BN kerana parti itu masih berkuasa," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Naib Presiden Gerakan, Huang Cheng Guan yang mengisytiharkan keluar parti kerana tidak berpuas hati berhubung pengurusan parti itu.

Wan Muttalib yang juga Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat berkata pertelingkahan dalam Gerakan berpunca daripada sindrom hilang kuasa namun parti itu tidak bersedia untuk keluar dari BN.

Sehubungan itu, beliau mempelawa Cheng Guan untuk menyertai Pakatan Rakyat (PR) atau pun menjadi ahli Kelab Penyokong PAS (KPP).

HarakahDaily