Monday, April 6, 2009

Mengapa Najib Melenting Dengan Isu Altantuya?

"Siapa makan cili, dia terasa pedasnya". Demikian pepatah yang tepat bagi menggambarkan rasa sensitif Umno-BN yang kini bawah teraju Dato' Seri Najib Tun Razak yang tiba-tiba melenting terhadap tindakan Pakatan Rakyat memainkan isu Altantuya pada pilihan raya kecil ini.
Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar memberitahu pemberita demikian ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Bendera PAS oleh calon PAS, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin kepada Kelab Penyokong India di Kampung Baru Matang, Kuala Sepetang.
"Apa yang kita hairan ialah apabila Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri (KDN), Dato' Seri Hamid Albar mengeluarkan larangan agar parti yang bertanding tidak menyentuh isu-isu tersebut sedangkan kita tidak menuduh sesiapa, tetapi ada pihak yang terasa dan melenting," katanya.
Ini secara tidak langsung ujarnya, membuktikan bahawa keraguan rakyat selama ini terhadap penglibatan beliau mempunyai suatu petunjuk.
"Tindakan tersebut menyebabkan kita bertambah yakin bahawa beliau (Najib) terlibat dengan pembunuhan Altantuya," tegasnya.
Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena menyelar tindakan pihak iaitu KDN yang melarang pembangkang menyentuh isu-isu yang masih berada dalam perbicaraan mahkamah.
"Ia bukan bidang kuasa mereka, kerana ia terletak pada keputusan mahkamah bagi membuktikan kebenaran. Tetapi mereka sekarang ini bertindak merampas kuasa tersebut daripada pihak hakim," ujarnya.
Oleh yang demikian, Mahfuz berharap agar Perdana Menteri yang baru ini dapat membersihkan imej sebelum ditabalkan sebagai orang nombor satu negara.
"Kita tidak mahu mempunyai Perdana Menteri yang rosak imejnya. Sebaiknya beliau mengambil tindakan ke atas pihak yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya seperti mana yang dilakukan akhbar Perancis, sebagai bukti penafian dan penegasan terhadap dirinya serta negara," katanya lagi.
Beliau turut melahirkan rasa kesal terhadap peristiwa penggantungan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo selepas beliau memperkatakan isu Altantunya di Dewan Rakyat baru-baru ini.
"Sebaliknya, orang yang menyuarakan saranan tersebut iaitu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dalam Dewan Rakyat, dia pula yang digantung daripada menghadiri sidang dewan selama 12 bulan.

No comments:

Post a Comment