Monday, April 6, 2009

Adun Changkat Jering & Adun Behrang sedia isytihar harta

Dua ADUN bebas di Perak - Jamaluddin Md Radzi (Changkat Jering) dan Osman Jailu (Behrang) - bersedia mengisytiharkan harta masing-masing bagi membuktikan mereka tidak menerima sebarang habuan apabila menyokong BN menubuhkan kerajaan baru di negeri itu.Jamaluddin dan Osman menyatakan kesediaan itu ketika diminta mengulas cabaran pembangkang yang meminta mereka mengisytiharkan harta bagi membuktikan mereka tidak mendapat sebarang habuan daripada BN.Bercakap kepada Malaysiakini sebelum berceramah di Changkat Jering malam tadi, Jamaluddin mendakwa, isu tersebut merupakan "satu isu yang sengaja diada-adakan"."Saya berhenti dari Jabatan Pos (pada) 1992. Lepas itu, saya berniaga sehinggalah (tahun) 2008. Sudah 16 tahun saya berniaga. Siapa yang nak mari rumah saya, (periksa harta) mari, saya relakan."Boleh semak akaun saya, apa kemudahan yang saya ada, berapa isteri yang saya ada, berapa anak saya, berapa rumah saya. Boleh, boleh (semak). Itu tidak jadi masalah," katanya.Jamaluddin berkata beliau sedia berbuat pengisytiharan hartanya pada bila-bila masa sahaja.

No comments:

Post a Comment