Monday, April 6, 2009

Ezam cabar Anwar

Bekas Ketua Angkatan Muda PKR (AMK), Ezam Mohd Noor sekali lagi mencabar Anwar Ibrahim untuk menjawab dakwaan bahawa ketua umum itu PKR itu menyimpan enam kotak rahsia yang didakwa mempunyai bukti-bukti kukuh membabit kes rasuah pemimpin Umno dan BN.Sebelum ini, Ezam membuat cabaran yang sama terhadap Anwar sewaktu berkempen dalam pilihanraya kecil Parlimen Parlimen Permatang Pauh dan Parlimen Kuala Terengganu."Enam kotak itu tidak ada pada saya. Kalau ada, saya buka sekarang. Enam kotak itu ada di tangan Anwar," katanya sambil menunjuk sebuah buku bertajuk "Politik Perlembagaan" yang ditulis oleh pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Prof Abdul Aziz Bari.Kata Ezam, buku tersebut telah diterbitkan oleh Institut Kajian Dasar (IKD), satu badan pertubuhan kerajaan (NGO) yang dipengerusikan oleh bekas setiausaha akhbar Anwar, Khalid Jaafar.Ezam menjelaskan dalam buku tersebut, antaranya, terdapat satu artikel yang memetik kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang menyatakan enam kotak tersebut berada dalam simpanan Anwar."Ini mengesahkan ia (enam kotak) berada di tangan Anwar, dan malam ini saya cabar Anwar jawab (perkara ini)," katanya di hadapan kira-kira 90 orang dalam satu ceramah kelompok anjuran Umno Cawangan Flat Paya Nahu dekat Sungai Petani.Ezam mendakwa, terdapat serangan untuk mencemar dirinya berhubung isu enam kotak rahsia itu, dalam usahanya untuk menentang amalan rasuah.Basmi rasuahBeliau juga menempelak Anwar sewaktu ahli Parlimen Permatang Pauh itu menjadi pemangku perdana menteri, berhubung penguatkuasaan percegahan terhadap amalan rasuah.Katanya, Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bawah pimpinan mantan perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, memberi kuasa yang lebih kepada badan tersebut untuk melawan rasuah."Calon yang bertanding (pemilihan parti), ada kes tak boleh bertanding. Masa Anwar tak ada."Masa dulu ada kuasa, hang (kamu) buat apa, hang bodek saja," katanya.Dalam ceramah itu juga, Ezam juga mendakwa bekas bosnya mengamalkan politik yang tidak jujur."Dengan PAS dia cakap lain, dengan DAP dia cerita lain," kata Ezam dengan memberi contoh perbincangan Anwar dengan kedua-dua parti tersebut berhubung isu negara Islam."Kalau negara dibina dengan cara macam ini, negara akan hancur," tambahnya.'Pendedahan besar'Beliau juga mendakwa Anwar menipu pengundi di Bukit Selambau berhubung "pendedahan besar" bekas bosnya yang didakwa "ada kena mengena" dengan Datuk Seri Najib Tun Razak."Semalam (kelmarin) habuk pun tak ada. Kena bohong lagi," katanya sambil mengingatkan hadirin mengenai kenyataan Anwar mengenai 16 September yang tidak menjadi kenyataan.

Read more : http://www.malaysiakini.com/news/101750

No comments:

Post a Comment