Thursday, April 2, 2009

Gadis seksi pancing pengundi Bukit Gantang

BN dilihat cuba memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang berlangsung di majlis makan malam yang dihadiri menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon BN, Ismail Saffian.
Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu sedang mengadakan sidang media di depan pentas tersebut, selepas selesai majlis ceramah.
Majlis ceramah dan makan malam perpaduan itu dihadiri oleh kira-kira 1,500 di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu. Tiga gadis tersebut berseluar pendek hitam dan singlet biru.

No comments:

Post a Comment