Thursday, April 2, 2009

Najib iringi Abdullah menghadap Agong

Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin esok.
"Esok Perdana Menteri jemput saya untuk mengiringi beliau menghadap Agong.
"Jika mendapat perkenan Tuanku, Jumaat ialah harinya (beliau mengambil alih jawatan perdana menteri)," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Sekolah Tamil di sini hari ini.
Abdullah akan menghadap Tuanku Mizan bagi memohon perkenan berhubung isu peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri seperti mana yang telah dipersetujui dalam pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib sebelum ini.
Upacara angkat sumpah Najib sebagai Perdana Menteri keenam dijangka berlangsung Jumaat ini di Balai Rong Seri, Istana Negara.
Difahamkan istiadat pengurniaan suratcara pelantikan dan istiadat mengangkat sumpah menyimpan rahsia Najib akan diadakan pada pukul 10 pagi.
Ketika diminta mengulas mengenai pelantikannya nanti sebagai Perdana Menteri menggantikan Abdullah, Najib berkata pelantikan tersebut merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dipikul dengan sebaik mungkin.
"Saya amat isnaf bahawa ini satu tanggungjawab yang amat berat yang akan saya pikul.
"Saya rasa satu penghormatan yang amat besar, tapi lebih penting dari itu saya membawa perasaan keinsafan yang mendalam dan tawaduk bahawasannya ini bukan status atau pangkat tapi soal tanggungjawab...harapan rakyat kepada saya dan kerajaan amat besar," katanya. "sign cepat lah woi.. tak sabar dah nih.."

Read more : http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2009/4/1/mstar_berita/20090401180134&sec=mstar_berita

No comments:

Post a Comment