Friday, April 17, 2009

Baru bebaskan 13, tahan lagi 3 tahanan baru ISA

Tiga ditahan ISA, terbaru 1 April


Walaupun perdana menteri membebaskan 13 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini, tiga lagi ditahan bawah akta kontroversi itu sejak bulan lalu.Abdul Matin Anol Rahmat ditahan di rumahnya di Ulu Tiram, Johor pada 1 April, dua hari sebelum Datuk Seri Najib Razak mengangkat sumpah sebagai perdana menteri keenam. Beliau ditahan bagi siasatan berhubung gerakan Jemaah Islamiah (JI), kumpulan pengganas di Asia Tenggara yang dikaitkan dengan al-Qaeda.Abdul Matin mengikut jejak menantunya Zaini Zakaria yang meringkuk di kem tahanan Kamunting, Perak selama lima tahun sehingga 13 Februari lalu.Agus Salim yang berasal dari Medan, Indonesia ditahan di sebuah restoran tempatnya bekerja di Larkin, Johor pada 5 Mac.Seorang lagi Johar Hassan diura-urakan turut ditahan tetapi tiada maklumat lengkap mengenai penahanannya. Menurut sumber-sumber jaringan JI, beliau dipercayai ditahan seawal-awalnya bulan lalu.Maklumat ketiga-tiga individu ini didedahkan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) jam 11 pagi dalam satu aduan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).Mereka ditahan menurut Seksyen 73 (1) ISA untuk soal siasat selama 60 hari, kata NGO itu lagi. "Penahanan ketiga-tiga mereka ini tidak diumumkan oleh polis atau kerajaan dalam mana-mana saluran media. "Malah ahli keluarga juga belum berjumpa tahanan. Mereka digelapkan daripada sebarang maklumat tentang keadaan tahanan dan di mana ditahan," kata pengerusi GMI Syed Ibrahim Syed Noh.

Malaysiakini

"Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya" : Najib

SPEAKER SAH TERIMA SURAT ASAL, NAJIB SIFATKAN KEPUTUSAN POLITIK

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, Abdul Halim Hussin mengesahkan telah menerima salinan asal surat peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Mohammad Fairus Khairuddin sebagai ADUN Penanti, semalam.Abdul Halim bagaimanapun masih enggan mendedahkan daripada siapa surat tersebut diterima."Apa yang penting, kita menerima surat tersebut."Awalnya kita menerima salinan faks dan kemudian salinan asal mengenai peletakan jawatan Fairus," katanya ketika dihubungi mStar Online, hari ini.Beliau juga turut enggan mendedahkan masa sebenar salinan surat asal tersebut diterima.Abdul Halim berkata, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya lewat petang ini berhubung perkara itu.Ditanya bila beliau akan menghubungi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memaklumkan kekosongan kerusi DUN tersebut, Abdul Halim berkata, beliau akan berbuat demikian secepat mungkin.Sementara itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak menyifatkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai satu mainan politik untuk tujuan-tujuan tertentu.Katanya, keputusan yang dibuat itu adalah satu keputusan politik."Terlalu banyak masa, tenaga, wang ringgit dibelanjakan untuk pilihan raya kecil yang tidak perlu sebenarnya," katanya dalam satu sidang media di Klang, hari ini.

http://harapanbarupr.blogspot.com

NAK TENGOK CERITA PENDEK??? BEST...

Klip video ehsan : http://greenboc.blogspot.com/

Bekas MP Labuan Sudah Jatuh Ditimpa Tangga

Suhaili digugur jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan

Jawatan Ketua Umno Bahagian Labuan yang disandang Datuk Suhaili Abdul Rahman gugur dengan sendirinya berkuat kuasa serta merta berikutan pendakwaan terhadap beliau di mahkamah.
Menurut kenyataan yang disiarkan dalam laman web Umno Online petang semalam, pengguguran jawatan itu adalah selaras dengan Perlembagaan Umno, Fasal 10.10.
Dua hari lepas, Suhaili, 48, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kota Kinabalu atas tuduhan membuat kenyataan palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor, seorang Jaksa Pendamai, berhubung pendaftaran Syarikat Saraequity Sdn Bhd pada 3 Ogos 1995.
Mengikut pertuduhan itu, Suhaili didakwa memberi maklumat palsu kepada Mohd Naser Mohd Noor dalam akuan berkanun, menggunakan nama Ahmad Suhaily Abdul Rahman dengan kad pengenalan bernombor H 0552182.
Suhaili yang juga bekas Ahli Parlimen Labuan turut dituduh menipu Malayan Banking Bhd cawangan Kota Kinabalu sebanyak RM160,000 untuk membeli sebuah apartmen di Kota Kinabalu pada 1996.
Sementara itu, Suhaili ketika dihubungi Bernama di Labuan hari ini mengesahkan menerima surat pengguguran itu.
"Surat telah saya terima... surat yang ditandatangani Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan," katanya.
Sambil meluahkan rasa kesal, Suhaili berkata, beliau telah menemui Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dinasihat supaya membuat rayuan.
Suhaili berkata, pengguguran jawatannya itu sepatutnya dibuat hanya selepas dibincang pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti.
"Ia (pengguguran) juga dibuat sebelum saya diberi hak untuk membuat pembelaan diri," katanya.

mStarOnline

TG Nik Aziz : Tak perlu Islam Hadhari, contohi Islam yang diamalkan Kelantan

PAS sudah lama perkenal 'PAS for All' dan Najib baru perkenalkan 'One Malaysia'

Video Ceramah : Kerjasama PAS dan DAP Kerjasama Tahaluf Bukan Wala'

Thursday, April 16, 2009

Mahkamah batal penggantungan Zamry dan 6 exco

Mahkamah memutuskan hari ini bahawa tindakan Speaker itu adalah terbatal tidak sah kerana Sivakumar tidak mempunyai kuasa untuk berbuat demikian.Oleh itu, katanya, Zambry dan enam exco terbabit boleh menghadiri sidang DUN yang akan datang.Oleh itu, Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sherif yang mengetuai panal lima hakim itu berkata, keputusan tersebut dibuat sebulan suara.Manakala, Zambry berkata, notis untuk mengadakan sidang DUN akan dikeluarkan Jumaat ini atau minggu depan.

Apa kata Peguam?

Perarakan hak asasi: 4 peguam, 3 aktivis dibebaskan

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membebaskan empat peguam dan tiga aktivis daripada tuduhan menyertai perhimpunan haram hak asasi manusia di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada Disember 2007. Hakim SM Komathy Suppiah berkata, pihak pendakwa telah gagal membuktikan sebarang kes terhadap mereka.

Menteri Besar dan Bekas Menteri Besar Terengganu Jumpa Najib

PUTRAJAYA: Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh hari ini menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dipercayai mengenai isu SMS ugutan bunuh, tiga hari lalu. Ahmad dan rombongannya tiba di Pejabat Perdana Menteri di Bangunan Putra Perdana jam 12 tengah hari, manakala Idris sejam sebelum itu. Selasa lalu, 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Terengganu enggan hadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) berikutan bimbang keselamatan mereka selepas tiga Adun menerima SMS ugutan bunuh. Bagaimanapun, semalam semua 10 Adun terbabit menghadiri sidang DUN selepas diarahkan Najib serta mendapat jaminan keselamatan daripada polis.

http://www.bharian.com.my/

Fairuz letak jawatan - By-election Penanti?

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Mohammad Fairus Khairuddin hari ini mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti berkuat kuasa hari ini. Beliau memberi alasan bagi menumpukan lebih perhatian kepada usahanya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pasca siswazah serta untuk memberinya lebih masa bersama keluarga. Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Bernama

http://www.bharian.com.my/

Threats against reps: Cops record statement

Police have recorded the statement of the person suspected to have sent threatening SMSes to Terengganu assemblymen that saw them boycotting the state assembly and almost plunging Terengganu into political chaos on Tuesday.State police chief SAC 1 Datuk Mohamad Shukri Dahlan said police will also be calling in the state assemblymen who were threatened and others who may aid investigations, and would record their statements as well.Three Terengganu state assemblymen lodged police reports early Tuesday morning over threats they allegedly received via SMS.Saying they feared for their lives, they and seven other Barisan Nasional backbenchers did not attend the second day of the state assembly sitting on Tuesday.Zakaria Abdullah, the assemblyman for Paka and Abdul Halim Jusoh (Permaisuri) lodged their reports at the Kuala Terengganu district police headquarters at about 12.40am while Datuk Rosol Wahid (Ajil) lodged his at the Hulu Terengganu district police headquarters in Kuala Berang 10 minutes earlier.Abdul Halim told reporters that they received the SMS at about 11.20pm on Monday from an individual whom they found to be someone they knew after checking the telephone number from the state government’s official diary, according to a Bernama report.They were warned in the SMS not to pursue their intention, believed to be related to a move to table a no-confidence motion against Mentri Besar Datuk Ahmad Said at the current sitting of the state assembly.“As a senior state government official, he should not threaten anyone, what more a state assemblyman like me. You cannot make threats on people’s lives ... I don’t know why I was targeted,” he said, according to Bernama.The 10 Barisan backbenchers were told to return to proceedings by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, who said that Ahmad had also denied that the threatening SMS had come from the mentri besar’s office.

http://www.malaysianbar.org.my/

ELIZABETH WONG : KHIR TOYO AKAN TERUS DITELANJANGKAN

Sikap konfrontasi yang diambil oleh Mohd Khir Toyo untuk mengeksploitasikan kes Elizabeth Wong yang diterima kembali sebagai exco dan ADUN Bukit Lanjan oleh kerajaan negeri Selangor akan hanya mengundang padah untuk mantan MB Sealangor itu. Beliau dilaporkan menyatakan tindakan Eli menerima keputusan (kerajaan Selangor itu)...pastinya membolehkan beliau (UMNO-BN) mengeksploitasi isu tersebut.Banyak pihak menyelar sikap Khir Toyo yang menganggap beliau sebagai kekeringan modal apatah lagi di ketika mana kredibiliti dan integriti beliau sendiri sudah musnah ekoran pendedahan penyalah-gunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau sewaktu menjadi menteri besar Selangor.Pada 2004, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan beliau dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain untuk lawatan seminggu ke Perancis dan Maghribi.Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini juga pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut."Membandingkan kesalahan Elizabeth dengan kesalahan yang dilakukan oleh Khir Toyo terlalu jauh bezanya, Elizabeth jika dikatakan ada melakukan kesalahan pun adalah mengenai reputasi dirinya sedangkan keslaahn Khir Toyo ialah menyalah-gunakan dana awam untuk kepentingan diri dan keluaganya," tegas seorang aktivis masyarakat di sini hari ini."Kita berharap kes ini di bawa ke mahkamah supaya beliau diadili dan semua dana yang dirompak dari kerajaan negeri semasa beliau menjadi MB dirampas semula," tambahnya lagi.Sikap pengecut beliau dan isteri beliau untuk tidak menghadiri inkuiri terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) membuktikan bahawa beliau khuatir lebih banyak kesilapan yang beliau akan lakukan sewaktu didedahkan segala tembelangnya mengenai salah-lakunya sewaktu menduduki pejabat MB Selangor.Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa sekiranya Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai hari ini.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.Keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Manakala Elizabeth pula telah menerima tawaran tersebut petang semalam dan menyifatkan insiden yang menimpa beliau adalah pengalaman yang sukar dalam hidup beliau. "Sultan Selangor telah turut menyatakan rasa bimbang dan dukacita baginda dengan perkembangan akhir-akhir ini di mana perbuatan menceroboh hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.“Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai,” tambah kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan."Berdasarkan kepada kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, tindakan Khir untuk mengekploitasikan kes Elizabeth Wong menunjukkan sikap biadab dan derhakanya terhadap Sultan Selangor yang telah menyatakan dukacita baginda terhadap kejadian tersbut yang mana pencerobohan hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang," tegasnya lagi.

UTUSAN MASIH GELAR NAJIB TPM..

Sila klik..
kuat, berpengaruh sampai tersasul...

Video - Ceramah Hj Abdul Wahid Endut Berhubung Isu DUN Terengganu

Ekoran Krisis Keyakinan Terhadap Ahmad - PAS Pelawa Tubuh Kerajaan Baru




ADUN PAS Terengganu, dari kanan, Dato' Harun Taib (Manir), Mohd Abdul Wahid (Wakaf Mempelam), Wan Hassan Ramly (Sura), Dr Alias Razak (Bukit Tunggal), Mohd Nor Hamzah (Bukit Payung) dan Dato' Tengku Hassan (Ladang). Tidak ada dalam gambar Dr Syed Azman (Batu Burok) dan Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi (Rhu Rendang)

Rakyat terutamanya ahli PAS dan para penyokongnya telah menghadapi kezaliman dan ketidaksamarataan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) Terengganu dari tahun 2004 hingga Mac tahun 2008.Oleh itu, kerajaan yang dipimpin oleh Menteri Besar Dato’ Ahmad Said diharap dapat membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi, kesan dari tindakan yang rakus kerajaan penggal lalu itu.Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Dato’ Ustaz Harun Taib berkata demikian dalam penggulungannya membahaskan ucapan Yang DiPertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (YDP MPPR) Tengku Badrulzaman Sultan Mahmud. “Kami (PAS) harap kerajaan baru ini dapat membantu orang-orang kami, kami ada cara tersendiri untuk membebaskan kemiskinan iaitu dengan memberikan tanah kepada para petani,“kami menyediakan tapak-tapak rumah kepada orang-orang miskin, orang yang tidak ada tapak rumah, ada yang sudah dilulus, ada yang sudah dibayar, tetapi tindakan rakus kerajaan negeri 2004 – 2008 telah merampas semua sekali,”katanya pada hari terakhir sidang DUN Terengganu, semalam.Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu berkata, apa salahnya jika Yang Amat Berhormat (YAB) Menteri Besar dan para Exco serta pegawai tertinggi kerajaan negeri Terengganu, membantu orang-orang miskin itu untuk dikembalikan hak mereka.“Menyemak semula segala keputusan yang telah lalu, apakah salahnya, itu rakyat kita, inilah sebabnya tiap-tiap tahun (kita) bercakap, basmi kemiskinan, basmi kemiskinan,“kenapa tak dapat (membasmi kemiskinan) kerana tidak sampai kepada sasaran,”tegasnya Katanya, jika kerajaan negeri mempunyai perancangan yang baik, PAS akan menyokong demi untuk mengembalikan keadilan dan hak kepada yang berhak.“Jika ada sesuatu agenda yang baik, kita harap Yang Amat Berhormat dapat teruskan, terutama sekali untuk mengembalikan dan mengujudkan keadilan,”jelasnya.Namun begitu, beliau berkata, segala usaha tersebut mestilah dihadapi dengan tenang, gigih dan bersungguh-sungguh.Justeru, beliau mempelawa Menteri Besar dan para Exconya untuk bersama-sama dengan PAS dan membentuk kerajaan baru yang lebih kuat sekiranya usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan.“Kalau YAB berasa sulit untuk menghadapi dalam keadaan kerajaan yang macam ini, YAB dan sahabat-sahabat (anggota exco), boleh menyeberang ke sebelah kami,“YAB ada sebelas (wakil rakyat), kami ada lapan, jadi 19, kerajaan yang kukuh, kita tubuh kerajaan baru,”katanya merujuk kepada ketidakyakinan ADUN BN terhadap kepimpinan Dato’ Ahmad.Sehari sebelumnya, 10 ADUN BN telah memboikot sidang DUN Terengganu atas alasan keselamatan setelah tiga daripadanya mendakwa mendapat SMS ugutan bunuh.ADUN Permaisuri, Abdul Halim Jusoh yang menerima ugutan itu berkata, ia berkait rapat dengan ura-ura pihak tertentu yang dikatakan akan membawa ‘usul undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar negeri Terengganu.

BulletinOnline

NAJIB BERSUMPAH DI MASJID - ISU ALTANTUYA

Penulis blog diminta henti laporan palsu, sentuh peribadi - Rais

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini meminta penulis blog menghentikan penulisan mengenai perkara palsu dan menyentuh peribadi.
Beliau berkata mereka yang menulis laporan palsu akan dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia.
"Menyatakan perkara palsu dan perkara menyentuh peribadi harus dihentikan oleh para penulis tersebut (penulis di internet dan blog).
"Jika mereka mengkritik kerajaan, itu hak mereka tapi jika berita mereka palsu maka kita akan mengambil tindakan di bawah Akta Komunikasi (dan Multimedia)," katanya kepada pemberita selepas melawat dan mendengar taklimat Jabatan Penerangan di Wisma Sime Darby di sini.
Beliau berkata perkara itu adalah antara yang dibincangkan pada mesyuarat pertama jemaah Menteri hari ini, selepas pembentukan Kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Khamis lepas.

Read more : http://mstar.com.my/

Suri rumah mengaku tidak bersalah hina Sultan Perak

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan mengedar komen lucah mengenai Sultan Perak Sultan Azlan Shah menerusi http://books.dreambook.com/duli/duli.html yang mempunyai pautan ke laman web pejabat baginda.
Khoo Hui Shuang, 27, dari Permatang Pauh dekat sini, didakwa melakukan perbuatan itu bersamasama suaminya Chan Hon Keong, 26, di No.5, Lorong Arowana Emas 2, Taman Arowana Emas, Permatang Pauh pada kirakira pukul 12.05 pagi, 13 Februari lepas.
Dia dituduh melakukan kesalahan itu menurut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum menurut Seksyen 292 yang dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama dan sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tempoh tiga tahun atau denda atau keduaduanya.
Suami Khoo telah didakwa di mahkamah yang sama atas pertuduhan yang sama pada 13 Mac lepas.
Pendakwaan terhadap Khoo dilakukan hari ini memandangkan dia tidak hadir di mahkamah untuk prosiding pada 13 Mac lepas kerana berada di Sarawak.
Pada prosiding hari ini, Khoo diwakili peguam Jagdeep Singh Deo manakala pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohd Radhi Abas.
Selain pertuduhan itu, Khoo juga menghadapi pertuduhan pilihan bersamasama suaminya mengedarkan komen lucah itu menggunakan perkhidmatan aplikasi iaitu internet dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum menurut Seksyen 233(3) akta yang sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara minimum setahun.
Hakim Julie Lack Abdullah menetapkan 20 Mei ini untuk sebutan keduadua kes itu serta membenarkan Khoo diikat jamin sebanyak RM6,000 dengan seorang penjamin.

Wednesday, April 15, 2009

Elli Wong is Back

Elizabeth kekal kedua-dua jawatan : Khalid

Adun Bukit Lanjan Elizabeth Wong diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok.Keputusan yang di buat oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim untuk mengekalkan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Adun Bukit Lanjan pagi tadi.“Jika beliau menerima tawaran itu, Elizabeth diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai esok, ” kata Khalid kapada pemberita selepas perbincangan dalam mesyuarat exco pagi ini.Katanya, keputusan itu wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan dan polis juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Khalid juga mengucapkan terima kasih kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin kerana membuat keputusan tidak campur tangan dalam politik dan memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri untuk membuat keputusan.Katanya, Pakatan Rakyat memandang serius isu moral dan privasi. Pakatan Rakyat akan memastikan kepimpinannya menjunjung prinsip itu.“Jika ada bukti-bukti kukuh, kita tidak akan beragak-agak mengambil tindakan yang sewajarnya dan pendirian ini juga harus diimbangi dengan prinsip menghormati hak peribadi seseoarang,” jelas beliau.“Kerajaan Negeri amat serius mempertahankan hak ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

http://harapanbarupr.blogspot.com/

Video : Kerajaan Kerah Wataniah Ada Udang Sebalik Batu

Cadangan kerajaan menubuhkan satu batalion Askar Wataniah di kesemua 222 kawasan Parlimen dipersoalkan.

1 nAtIoN.....

Mesyuarat pertama Kabinet baru

Barisan jemaah menteri baru pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengadakan mesyuarat pertama pagi ini.
Kabinet yang telah dikecilkan saiznya mengangkat sumpah Jumaat lalu.
Keseluruhannya Kabinet baru ini mempunyai 29 menteri penuh dan 40 timbalan menteri.
Mesyuarat berlangsung selepas anggota Kabinet menyempurnakan majlis serah tugas kelmarin dan semalam.
Antara lain mesyuarat sulung ini dijangka menyentuh tentang penjelasan Najib tentang konsep kepimpinan beliau iaitu Satu Malaysia.
Kabinet dijangka menekankan pendekatan untuk menghadapi masalah dan cabaran semasa seperti krisis ekonomi global.

mStarOnline

Najib suruh masuk balik.....

10 ADUN boikot DUN kembali hari ini

PEMANDANGAN di Dewan Undangan Negeri Terengganu ekoran tindakan 10 ADUN Barisan Nasional memboikot sidang hari kedua semalam.

Kesemua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) termasuk bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris Jusoh, menghadiri semula sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pagi ini - akur arahan Perdana Menteri dikeluarkan semalam.
Maklumat diperoleh menunjukkan sehingga pukul 9.45 pagi tadi kesemua 10 ADUN tiba di DUN walaupun 15 minit sebelum itu hanya dua orang wakil rakyat terbabit kelihatan berada dalam Dewan.
Mereka yang memulaukan sidang semalam ialah ADUN Tepoh, Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi), Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih) dan Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).
Rosol ketika dihubungi 7.30 pagi tadi mengesahkan kesemua mereka akan hadir sidang hari ini.
"Presiden kita (Umno, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak) telah meminta kami supaya hadir sidang dan Ketua Polis Terengganu juga telah memberi jaminan berhubung keselamatan kami.
"Kami tidak bimbang dengan soal keselamatan... jadi kami kesemua 10 ADUN akan menghadiri sidang pagi ini," kata Rosol mewakili wakil rakyat berkenaan ketika dihubungi di Kuala Terengganu.
Sidang DUN bermula pukul 9.30 pagi ini.
Sepuluh ADUN BN itu, buat kali pertama dalam sejarah negeri Terengganu memutuskan untuk memulaukan sidang DUN pagi semalam atas alasan menerima SMS ugutan dan keselamatan mereka terancam.
Semalam Perdana Menteri Najib mengarahkan kesemua ADUN itu yang memboikot sidang DUN pagi tadi, supaya kembali hadiri sesi seterusnya seperti biasa.
"Setakat ini mereka (ADUN) hanya dapat SMS tapi ia tidak berpunca dari Pejabat Menteri Besar jadi tidak ada kesahihan SMS yang dihantar," kata Najib di Putrajaya.
Sesi hari ketiga sidang DUN Terengganu - hari terakhir, akan berlangsung hari ini.
Ketika ditanya sama ada mereka telah dihubungi Najib ataupun Timbalan Perdana Menteri sejak kejadian itu, Rosol memberitahu:
"Saya dimaklumkan Datuk Seri Idris ada menerima panggilan."
Bagaimanapun kata beliau, mereka tidak menerima apa-apa panggilan ataupun ada menemui Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said.

Read more : http://mstar.com.my/

Krisis MB Terengganu dan 10 Adun BN dijangka berlarutan

Perbuatan pembangkang amat bahaya: Zambry

Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, menyifatkan tindakan pemimpin parti pembangkang mengancam mahu mengadakan rusuhan antikerajaan ala Thailand di Perak bagi memaksa pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai amat berbahaya. Beliau berkata, kenyataan yang dikeluarkan pemimpin pembangkang terbabit itu jelas tidak bertanggungjawab dan sengaja mahu mencetuskan ketegangan dan keadaaan huru-hara dalam masyarakat. "Saya melihat seolah-olah pembangkang merasakan diri mereka begitu berkuasa dalam suasana politik di Perak sehingga mereka boleh melontarkan pandangan dan ancaman seperti itu," katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan berbaur ugtan Setiausaha Agung Pas Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar, dalam Harakah Daily yang ditujukan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

BeritaHarian

Krisis politik Terengganu bukan krisis besar - Najib

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan.
"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.
SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.
Najib, yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian skim jaminan modal kerja dan skim jaminan penstrukturan semula industri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, berkata beliau telah bercakap dengan Ahmad yang menjelaskan bahawa SMS itu bukan dari pejabatnya.
Perdana Menteri berkata, kesahihan SMS itu belum dipastikan.
Najib berharap kesemua wakil rakyat itu akan kembali menghadiri persidangan dewan.
Kepada satu soalan, Perdana Menteri berkata kumpulan wakil rakyat itu menafikan ada cubaan untuk menyingkirkan Ahmad.
Mengenai dakwaan kononnya terdapat persamaan antara konsep Satu Malaysia yang diperkenalkannya dan konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, katanya, beliau akan menerangkannya kepada Kabinet esok dan kemudian kepada orang ramai.

mStarOnline

Najib Kata Krisis Terengganu Bukan Besar, Muhyiddin Khuatir BN Tumbang

Isu Pengambilan Balik Tanah Tanpa Pembelaan - Wahid Suarakan Hasrat Hati Penduduk Kampung Cina

Isu pengambilan balik tanah kerajaan bagi kerja-kerja pembesaran jalan di Pulau Warisan (belakang Kampung Cina) di Bandar Kuala Terengganu mencetuskan rasa tidak puas hati penduduknya.
Ini kerana, projek tersebut melibatkan 102 buah keluarga masyarakat tionghua yang tinggal menetap sejak lebih 70 tahun di negeri ini.Buletinonline dimaklumkan, penduduk terbabit tidak berpuas hati dengan arahan pindah tanpa dibayar apa-apa pampasan, ganti rugi serta yang berkait dengannya.Berikutan itu, penduduk bercadang menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak bagi membuat tuntutan serta pampasan yang sewajarnya dari kerajaan negeri Terengganu.
Seorang pesara guru, Encik Chua Bun Hock, 75, dari Kampung Cina mendakwa tinggal di perkampungan tersebut sejak lebih 70 tahun.Katanya, tindakan kerajaan Barisan Nasional (BN) Terengganu mengambil-balik tanah tumpangan sementara di Kampung Cina tanpa bayaran pampasan tidak wajar.“Kami (penduduk) bukan pendatang asing di sini (Kampung Cina). Saya dilahirkan di sini dan telah menetap lebih 70 tahun.“Saya seorang pensyarah (guru) yang banyak berjasa mendidik rakyat Terengganu sewaktu menjadi guru di negeri ini,” ujarnyaKatanya, kerajaan negeri wajar membuat pertimbangan ehsan terhadap rakyat yang terdiri dari kalangan masyarakat berpendapatan rendah dan miskin.Adiknya, Chua Bun Seng, 68, menafikan penduduk terbabit anti pembangunan tetapi mahukan keadilan serta menuntut hak.“Kami semua di sini (Kampung Cina) sudah tinggal lama dan ada yang dua generasi masih menetap di bangunan lama ini.“Kami tidak menentang pembangunan dan kemajuan tetapi berikan hak dan keadilan kepada rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” jelasnya.Menurutnya, fasa pertama yang sedang dilaksanakan sekarang melibatkan 10 buah rumah dan sebuah balai raya penduduk di Kampung Cina.Seorang pemilik kedai, Haji Yasin Syeikh Abdul Kadir, 55, berkata satu Jawatankuasa Bertindak menangani pembelaan penduduk di Kampung Cina akan ditubuhkan segera.“Kita (penduduk) telah mengadakan perbincangan dan akan diperhalusi lagi dengan menubuhkan satu Jawatankuasa Bertindak penduduk di Kampung Cina ini.“Pembelaan perlu dilakukan kerana majoriti penduduk terlibat orang berpendapatan rendah dan miskin,” ujarnya.Menurutnya, dalam sesebuah rumah pula terdapat dua hingga tiga buah keluarga yang terhimpit serta perlu tempat tinggal yang lebih selesa.Seorang juruelektrik, Encik Chong Wan Keh, 56, melahirkan kebimbangan rumah akan ditolak jentolak pihak kontraktor pembinaan projek.Katanya, notis telah dikeluarkan dan arahan pindah serta kosongkan kediaman dibuat oleh pihak kerajaan negeri kepada penduduk.“Kami semua tidak dibayar pampas an kerana tidak ada peruntukkan tetapi pihak kontraktor ada menawarkan bayaran saguhati antara RM1,000 hingga RM3,000 untuk pindah.“Kami ini orang susah dengan bayaran RM1,000 itu apa yang dapat dibuat dan tempat tinggal ganti tidak disediakan oleh kerajaan,” ujarnya dengan nada terharu.Puan Foo Siew Keah, 54, merayu kerajaan negeri yang diperintah oleh Barisan Nasional (BN) mengutamakan kebajikan dan hak rakyat.Katanya, sewaktu kempen pilihan raya pelbagai janji-janji manis diberikan kepada rakyat tetapi tidak dikotakan.“Masa kempen pilihan raya beritahu rakyat kerajaan Barisan Nasional ‘membela’ rakyat tetapi akhirnya, rakyat tidak lena tidur kerana pelbagai masalah.“Saya rayu juga kerajaan negeri tolong fikirkan sedikit pampasan dan tempat tinggal ganti kerana penduduk di kampung Cina tidak ada tempat lain,” ujarnya.Menurutnya, penduduk bersepakat tidak akan meninggalkan kediaman masing-masing sehingga satu persetujuan bersama dicapai dengan isu tersebut.Manakala, Puan Lim Chua Tee, 55, mahukan kerajaan negeri tidak mengutamakan kepentingan pembangunan semata-mata dengan ‘mengorbankan’ rakyat.Katanya, tempat tinggal ganti wajar disediakan oleh kerajaan negeri kerana penduduk terbabit tidak mempunyai tempat lain.“Di mana kami anak-beranak dan penduduk asal hendak pindah dengan barang perkakas rumah yang banyak dan menyulitkan.“Jika tidak diberi pampasan dan ganti rugi, kami semua tidak ada tempat untuk berpindah,” jelasnya.Justeru dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam 14 April, ADUN Wakaf Mempelam, Hj Mohd Abdul Wahid Endut yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu telah menyuarakan rasa hati penduduk berkenaan kepada pihak kerajaan supaya dapat diambil tindakan dan beri pertimbangan yang sewajarnya.
BulletinOnline

Tuesday, April 14, 2009

"JANGAN IKUT GAYA BLOGGERS" kata Ali 'Awang' Hassan

Sesetengah mereka salah guna internet, blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut, memburukkan pihak tertentu

Wartawan profesional tidak harus terikut-ikut dengan tindak-tanduk dan sikap sesetengah penulis blog (bloggers) yang menyalahgunakan media baru seperti internet dan blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak tertentu.

Demikian kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kerajaan tidak dapat membenarkan wartawan dan media menyalahgunakan kebebasan (sebagaimana yang dilakukan (bloggers) kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan politik, merosakkan perpaduan sosial dan ekonomi negara.

“Kita tidak harus membenarkan pengguna internet termasuk bloggers menggunakan medan ini untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak lain termasuk pemimpin politik dan kerajaan dengan sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Teknologi Maklumat Bolhassan Di ketika perasmian Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) 2009 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Tengah berkata, tiada negara dunia yang benar-benar mengamalkan kebebasan mutlak termasuk negara yang diberi ranking tinggi dari segi kebebasan akhbar oleh Reporters Without Borders (Freedom House).

Ini kerana katanya, kebebasan tanpa batas akan mengundang malapetaka, kehancuran dan hanya memusnahkan masa depan negara.

Tengah berkata akhbar merupakan institusi penyumbang terpenting dalam membentuk kesedaran rakyat ke arah proses pembangunan negara.

Justeru, media perlu memanfaatkan potensinya untuk berperanan dengan berkesan ke arah melahirkan bangsa yang matang, progresif, maju dan makmur dalam pelbagai bidang.

http://www.theborneopost.com/

Lagi Berita Best : Bekas MP Labuan Menghadapi Tuduhan Baru...

Didakwa Buat Pengakuan Palsu Dalam Akuan Berkanun



Terdahulu


Kes Zambry vs Speaker

Mahkamah Persekutuan pagi ini memutuskan bahawa Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exconya, telah menggunakan prosedur yang betul untuk mencabar penggantungan mereka daripada menghadiri sidang DUN Perak.

Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Md Sheriff, yang mengetuai panel lima orang hakim, berkata ia boleh mendengar perkara itu secara membuat permohonan dan bukannya melalui semakan kehakiman.

Zambry dan enam orang exco kerajaan memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Speaker DUN Perak, V Sivakumar yang menggantung mereka selepas BN menubuhkan kerajaan negeri di Perak Februari lalu tanpa pembubaran DUN.Zambry digantung selama 18 bulan manakala enam exconya digantung selama setahun.

Mahkamah Persekutuan membuat keputusan sebulat suara itu pagi ini bagi menolak permohonan peguam Sivakumar - Sulaiman Abdullah - semalam terhadap permohonan untuk membatalkan penggantungan tersebut.Sulaiman berhujah semalam bahawa Zambry dan enam pemohon tersebut sepatutnya membuat permohonan secara semakan kehakiman dan bukannya melalui saman asal untuk mendapatkan beberapa pengisytiharan.

Malaysiakini

UMNO/BN Amalkan "Gangsterism" Lagi Kali Ini di Terengganu - Video

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

Kuala Terengganu – Konspirasi bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Terenggau, Dato’ Ahmad Said semakin jelas apabila dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polisADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.“pada lebih kurang 11.21 malam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gong Badak, untuk minum, tiba-tiba saya menerima SMS,“apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim kepada pihak media selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu, awal pagi hari ini 14 April.

Menurutnya SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” adalah satu ugutan yang serius.Katanya, dengan ugutan sebegitu, beliau merasakan nyawa beliau terancam kerana sebagai ADUN beliau sering berjalan kemana-mana.Namun begitu, katanya, beliau merasa begitu sedih kerana apabila beliau menyemak nombor telefon yang menghantar SMS itu dari buku rasmi kerajaan negeri Terengganu, ianya datang seorang pegawai tinggi kerajaan.“apabila saya check (semak) dari diari rasmi kerajaan negeri Terengganu rupa-rupanya SUSK ni, kita terima mesej ni, nombor yang saya terima ini adalah nombor daripada pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu,”ujarnya.Katanya individu itu adalah orang yang begitu rapat dengan Yang Amat Berhormat dato’ Menteri Besar iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.Beliau berkata, pada anggapannya, ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar Negeri Terengganu.“Ugutan ini, pada sayalah, saya tak tahu, sebab pada anggapan saya sebab, sekarang isu yang paling hangat adalah isu mengenai undi tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kitalah…,”katanyaBagaimana pun, katanya beliau tidak pasti samada ia benar atau tidak, kerana menurutnya beliau dan rakan-rakannya tidak ada rancangan tentang membawa usul undi tidak percaya tersebut.“kami semua tidak ada rancangan mengenai benda ini (undi tak percaya) mungkin ada sesuatu yang meggerakkan mereka, jadi mereka mengancam kita, kalau benda ini berlaku dalam dewan, saya mungkin menjadi salah seorang pengundinya, tapi saya tak tahu apa-apa rancangan tentang benda ni,”tambahnya.Beliau mengatakan turut sama menerima ugutan tersebut adalah ADUN Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah , yang turut hadir membuat laporan polis.Menurut Zakaria, turut menerima SMS yang sama adalah ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid, yang menerima ugutan tersebut dari nombor lain, dipercaya hantaran melalui komputer.

http://www.buletinonline.net/

Video Klip Kenyataan Halim Jusoh



Video Klip ADUN Terengganu Buat Laporan Polis Terima SMS Ugutan



SU Sulit MB Nafi Hantar SMS

Sinonimnya UMNO & Arak : Kisah Anak mantan PM beli kilang arak

Mirzan, anak sulong kepada dr Mahathir Mohamad membeli sebahagian dari saham dalam syarikat pembuat arak dari Jepun, Kirin holdings Co. Ltd.Demikian didedahkan Business Mirror dalam laporannya 23 Februari lepas. Menurut laporan itu, Mirzan merupakan salah seorang daripada empat tokoh perniagaan yang membiayai Q - tech, sedang berusaha membeli sejumlah 20% saham bernilai USD 20 juta syarikat Jepun itu.

Tokoh-tokoh lain lain ialah Roberto V. Ongpin, Eric O.Recto dan Alexender Blador. Pembelian itu dibuat melalui San Miguel Corporation yang beribu pejabat di Filipina. Transaksi pembelian itu dijangka dilengkapkan Mei depan. Contoh arak yang dikeluarkan oleh Syarikat San Miguel Corp. ialah gambar di sebelah.Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Petronas sebelum ini terpaksa menyelamatkan syarikat milik Mirzan, Konsortium Perkapalan Bhd. (KPB) kerana kerugian 1.5 Billion ketika bapanya masih berkuasa.

Bagi pemimpin-pemimpin UMNO ini mereka tidak menghiraukan lansung sumber pendapatan mereka samada dari punca yang halal atau haram. Ia tidak lansung memperhitungkan ajaran Islam dan keberkatan Allah di dalam setiap rezeki yang mereka cari.Hal yang serupa juga mengenai kes PM, Najib Razak yang telah meluluskan 10 lesen judi sebaik saja menduduki jawatan sebagai Menteri Kewangan dimana beliau dengan bangga menytiharkan negara memungut cukai sebanyak RM77 juta. Kami telah mendedahkan sebelum ini di mana wang dari inilah digunakan untuk menampung pembelian ADUN-ADUN yang melompat parti di dalam usaha merampas kerajaan Perak dari Pakatan Rakyat.

Barisan Kabinet Baru 'Remote Control' Mahathir

Pemuda PAS dakwa perlantikan dan pengguguran anggota kabinet atas arahan bekas Perdana Menteri itu.

Konflik Thai : "Saya tak sesuai jadi orang tengah" Nik Aziz

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menolak cadangan untuk melantik beliau sebagai orang tengah bagi menyelesaikan konflik di Thailand khususnya di selatan negara itu.

Menurutnya, beliau tidak layak berbuat demikian kerana mudah ‘lembut hati’ dengan sesiapa sahaja, termasuk soal rundingan berkenaan. Katanya, keadaan itu akan merumitkan soal rundingan.

Baru-baru ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mencadangkan Menteri Besar itu sebagai orang ketiga dalam menyelesaikan konflik yang berlaku di negara terbabit.

Sebelum ini, pegawai dari negara tersebut berkali-kali meminta pandangannya bagaimana cara yang perlu dibuat untuk menyelesaikan konflik di negara terbabit.

“Saya kata pada dia (wakil kerajaan Thai) berunding antara pihak kerajaan dengan kumpulan yang dianggap pemberontak, manakala berunding ni pula tidak boleh secara terus, sebaliknya melalui orang tengah.

“Sebagai contoh masaalah yang berlaku di Filipina dengan Moro dahulu dilantik Malaysia, Israel dengan Hamas sekarang ini dilantik Mesir, begitu juga dalam kes kemelut di Thailand yang perlu ada orang tengah untuk berbuat demikian,”ujarnya lagi.

Menurutnya, kaedah perundingan untuk menyelesaikan kemelut tersebut merupakan cara yang betul bagi mengelakkan keadaan yang tidak terkawal terus berlaku.

Sambungnya lagi, apabila beliau menyebut perlunya ada orang ketiga dalam menyelesaikan masaalah itu, pegawai terbabit terus bertanya lagi padanya siapa.

Namun, tambah Nik Aziz, itu pandai-pandailah mencari mereka yang sesuai.
SiasahDaily

Video - Lim Guan Eng Selar Muhyiddin

Monday, April 13, 2009

Malaysian girl accuses dentist of molesting her ( jgn2 si toyo dr gigi jawa muka botox tak? kah..kah..kah..)

Posted : Mon, 13 Apr 2009 02:41:58 GMT
Author : DPA
Category :
Asia (World)
News Alerts by Email ( click here )
Asia World News
Home

Kuala Lumpur - A Malaysian teenage girl has lodged a report against a dentist, claiming that he had molested her during a dental appointment, a news report said Monday. The dentist, a local political leader in his 50s, allegedly took advantage of the girl and molested her while they were alone in the treatment room of his clinic in the southern state of Johor.
The victim left the clinic and informed her parents of the incident before lodging a police report, the Star daily reported.
Police have confirmed that a report has been lodged and a statement from the dentist has been recorded.

Copyright, respective author or news agency
EarthTimes

kah... kah... kah..

Kerabat Diraja Negri Sembilan dan lain-lain Pembesar Melayu, Pengarah Kilang Arak Carlsberg - Brewery

Rakyat Negeri Sembilan memang bernasib baik!Bernasib baik tidak mendapat Yang Di Pertuan Besar Tauke Kilang Arak Carlsberg sebagai Raja mereka!Kerabat di Raja Negeri Sembilan rupanya mempunyai seorang Tauke Kilang Arak terbesar di Malaysia sebagai salah seorang kerabat di raja yang hampir!Hampir dipertabalkan sebagai Yang di Pertuan Besar Negri Sembilan baru baru ini dari 3 orang!Mujurlah yang terpilih adalah Duli Tuanku Mukhriz yang memang tepat sekali pilihan baginda sebagai Raja dan Yang Di Pertuan Besar Negri Sembilan, Bumi Adat di Semenanjung Tanah Melayu ini.

Jikalah tersalah keputusan Undang Undang Negeri menabalkan Naqiyudin sebagai Yang Di Pertuan Besar, maka silap haribulan Negara Malaysia ini kelak akan mempunyai seorang Yang Di Pertuan Agong Tauke Kilang Arak!!!!
Na'uzubillahimin zalik!
Phewwwww!!!!Pada mulanya saya tidak perasan akan perkara ini tetapi bila Abdul Rahman Celcom hantar pesanan Yahoochat pada saya pagi tadi meminta saya mengulas artikel terbarunya menghentam UMNO, maka saya membuat kajian saya tersendiri dan memang geram melihat manusia manusia yang di raikan orang sebagai pembesar pembesar Tanah Melayu ini rupanya terdiri dari mereka yang mentekedarah hasil pembuatan dan penjualan arak terbesar di negara yang mendabik dada sebagai negara Islam di rantau ini.





Jen. (B) Tan Sri Dato’ Mohd. Ghazali bin Dato’ Mohd. Seth,
P.G.A.T., P.M.N., P.S.M., S.P.M.J., S.I.M.P., D.H.M.S., P.N.B.S., J.M.N., P.P.C., jssc, psc


Y.A.M. Tunku Naquiyuddin ibni Tuanku Ja’afar
D.K., D.K.Y.R., S.P.N.S., S.P.M.P., P.P.T.


Tan Sri Datuk Asmat bin Kamaludin
P.S.M., P.J.N.,J.S.M., S.M.J., K.M.N.

Seorang Kerabat Di Raja Negri Sembilan, seorang bekas Jeneral Angkatan Tentera kita dan seorang tokoh korporat dan juga pengarah Scomi Berhad, syarikat kelolaan anak bekas Perdana Menteri Al Imamul Akbar Al Islam Hadhari Tun Abdullah Badawi al Ngantuki.
Cantik!!! Memang kelas sungguh jatidiri manusia manusia yang bergelar di Malaysia ini.
Setakat nak harap darjah dan pangkat kebesaran berjela jela dibelakang nama ini, saya tak hairan lah barang secebis sekali pun!
Bagi saya pakcik tua yang duduk berzikir dipenjuru masjid itu jauh lebih hebat dari manusia manusia bergelar ini!
Rakyat Malaysia! bukalah mata anda seluas luasnya dan sadar akan peribadi manusia manusia sebegini yang kekadang disanjung, dimuliakan dengan hamparan permaidani merah, menjunjung sembah hormat ketika mereka lalu, hanya perbuatan sia sia belaka!
Rakyat Negri Sembilan! Anda perlu mengadakan kenduri majlis kesyukuran kerana terlepas bala musibah mendaulatkan seorang tauke kilang arak!
Hish!!! Loya tekak hamba memikirkannya.....
Carlsberg ..oh Carlsberg...berpengarah Melayu rupanya kamu...
Patutlah tak boleh disentuh Al Maunah sekalipun....
Sialnya berterusan dibumi bertuah ini.....
Selagi ujudnya kilang arak haram tajaan makhluk diraja ini dan juga dua orang lagi manusia Melayu yang mengaku Muslim tetapi berkelakuan haprak seperti ini..selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada murka Allah Azza Wa Jalla!!
Satu persatu bencana alam sedang melanda negara kita yang sebelum ini tidak pernah berlaku?
Apa sebabnya?
Bila sesebuah negeri atau negara dimana penduduknya ramai beragama Islam tetapi mempunyai pembesar dan pemimpin yang menaungi kerja kerja maksiat dan mungkar seperti mendirikan kilang arak dan pusat judi serta makan hasil haram darinya itu, maka halal lah akan diri mereka itu ditimpa musibah Allah!
Bila manusia manusia yang diamanahkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk menjaga urusan umat Islam khianat terhadap amanat itu dan bertindak membelakangkan ajaran Islam dan perintah Allah, maka jatuh haramlah kepimpinan mereka itu!
Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari Kitab Ahkam, Sahih al Bukhari. Mukasurat 1024. Bab 85. Hadith # 2201 :Di riwayatkan oleh Ma`qil bin Yasar Radhiallahu Anha :Aku mendengar Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam bersabda : " Mana mana lelaki yang Allah kurniakan pangkat dan kedudukan berkuasa ke atas manusia dan tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya secara beramanah, tidak akan dapat mencium bau syurga".Sadaqa Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.
Ini khianat namanya tuan tuan dan puan puan. Bukan setakat manusia 3 orang di atas ini sahaja yang sedang melakukan pecah amanah rakyat terhadap mereka?Ramai lagi. Satu persatu akan kita dedahkan bilamana sampai saat dan waktu serta bukti bukti yang kukuh serta sahih, Insya Allah!Manusia manusia pembesar Melayu yang dipaparkan diatas sekian lama ini selesa menaja kilang arak terbesar di rantau Asia ini kerana sekian lama ini media perdana tidak berani mendedahkan kepada pembaca umum akan kelakuan seperti ini kerana ujudnya penapisan oleh para editor dan arahan kementerian itu dan ini.
Mintak maaf le, blogger seperti saya ini hanya akur pada Allah Subhanahu Wa Ta'ala!
Dah tua dah bro...apake jadahnya nak gentar dengan manusia?Alang kepalang hidup biar dalam keadaan mujahadah menebus dosa dan silap kita jangan mati didalam keadaan syubhat dengan makhluk perosak sekelian!Kita dedahkan semata mata kerana Allah! Blogger seperti saya ini tidak hairan dengan pangkat dan kedudukan duniawi.
Ikhlas fisabili Lillahi Ta'ala!"HasbunAllah wa niaqmal waqil!" "Cukuplah Allah untuk (menolong) kami, dan Ia sebaik-baik pengurus (yang terserah kepadaNya segala urusan kami)".Wala haula wala quwwata illa billah hil aliyyil adzhim! 'Tidak ada kuasa selain Allah yang Maha Perkasa!
'Biar umat Islam sedar akan siapa dia makhluk makhluk yang mereka sanjung, hormat, puji dan puja sekian lama ini?
Bayangkanlah dah berapa lama dok makan hasil dari kilang arak ini dan bagi makan anak bini mereka?
Kasihan sungguh anak anak bini yang membesar dari makan minum hasil haram sebegini?
Kasihan......Beruntung lagi makcik tua dipedalaman yang makan nasi berulam pucuk paku dari manusia bergelar makan mewah tetapi berulam hasil haram seperti ini!Agak agak tuan puan, akan sadar diri ke makhluk makhluk bergelar ini?
Entah le....

Orang Kafir @ Bukan Islam Dilarang Baca Al-Quran...... pelik jugak?

Salam teman-teman seperjuangan,
Pening juga kepala kita nak memahami isu ini. Mari kita lihat pandangan yang diutarakan oleh Ustaz Mohd Hazmi Dibok dalam blognya http://hazmidibok.blogspot.com/2009/04/larangan-non-muslim-membaca-al-quran.html
Saya diajukan soalan oleh seorang sahabat berhubung dengan LARANGAN KEPADA ORANG BUKAN ISLAM MEMBACA AYAT AL-QUR’AN UNTUK TUJUAN POLITIK.Saya sebenarnya belum membaca apakah hujjah yang digunakan oleh pihak yang melarang perkara tersebut.
Pandangan peribadi saya, isu ini harus diperincikan dan diasingkan mengikut topic-topik. Sekiranya larangan itu semata-mata larangan kepada orang bukan Islam membaca ayat Al-Quran, saya tidak bersetuju.

Al-Quran diturunkan bukan hanya kepada orang Islam. Ia adalah risalah rahmat buat seluruh alam. Ia adalah kitab petunjuk buat seluruh manusia, bukan orang Islam semata-mata (terlalu banyak dalil dalam Al-Quran tentang perkara ini). Bagaimana orang Islam boleh mengetahui dan mengenal Islam tanpa membaca Al-Quran? Mungkin ada yang berpandangan mereka (orang bukan islam) boleh baca Al-Quran terjemahan, tanpa membaca teks asal Al-Quran di dalam bahasa arab. Bagaimana pula dengan orang bukan Islam dari kalangan bangsa arab? Apa terjemahan yang mereka nak baca, sedangkan mereka berbangsa dan berbahasa arab?
Apakah tujuan larangan tersebut? Adakah kerana bimbang orang bukan Islam tersebut membaca Al-Quran dengan sebutan yang tidak fasih atau salah tajwid, sedangkan terlalu ramai orang Islam yang tidak fasih membaca Al-Quran dan tidak pandai bertajwid..adakah kita perlu larang juga mereka dari membaca Al-Quran? Orang bukan islam tidak diwajibkan ke atas mereka membaca Al-Quran dengan bertajwid kerana taklif syarak hanya ke atas orang Islam…
Sekiranya larangan non-muslim tersebut semata-mata bacaannya bermotifkan politik,ia juga mesti terpakai kepada orang Islam. Maknanya orang Islam juga perlu dilarang dari membaca ayat Al-Quran dengan motif politik. Mengapa hanya non-muslim sahaja yang terlarang? Soalnya, salahkah membaca ayat Al-Quran bagi tujuan politik? Apa masalahnya dengan politik? Adakah kerana politik itu semata-mata urusan dunia? Kalau begitu, bagaimana pula dengan bab ekonomi, sains dan sebagainya yang banyak terdapat di dalam Al-Quran? Adakah tidak boleh dibaca juga kerana semuanya urusan dunia?
Saya semakin bingung atas larangan ini. Saya bimbang, sekiranya LARANGAN NON-MUSLIM MEMBACA AYAT AL-QURAN BERMOTIFKAN POLITIK itu, walaupun alasannya bertujuan menjaga maslahat agama, AKHIRNYA mengakibatkan non-muslim semakin jauh dengan Al-Quran dan Islam. Saya bimbang jika larangan yang kononnya atas maslahat agama itu sendiri sebenarnya sangat bermotifkan politik… yang rugi akhirnya adalah dakwah Islam!

http://yusofembong.blogspot.com/

Trend Artis Otai - Renggo Sertai PAS, Mungkinkah Amy Selepas Ini?

Sempena program yang bertemakan 'Jom Sertai PAS', vokalis kumpulan rock Arrow, Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir tengah hari semalam.
Turut menyaksikan majlis yang penuh bersejarah lagi ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Dato' Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Dato' Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.
Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julung kali pernah diadakan di peringkat negeri itu anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri.
Menurutnya, beliau bersedia menyertai parti Islam itu setelah tertarik dengan ucapan Tuan Guru ketika merasmikan majlis berkenaan, walaupun ringkas namun padat serta berisi dengan mesej yang baik.
Beliau yang tidak pernah mendengar ceramah agama dari pimpinan PAS sebelum ini, mengakui ucapan Tuan Guru cukup meresap dalam jiwanya.
Beliau hadir pada majlis itu hari ini bersama artis lagenda kumpulan rock, Amy Search sempena majlis Himpunan Belia Sambutan Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bagaimanapun Amy Search yang menjadikan Tuan Guru sebagai 'idolanya' belum berbuat demikian.
Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
Katanya, pergerakannya dilihat secara halus oleh peminatnya sendiri, jadi untuk ketika ini beliau ingin berdiri sebagaimana artis biasa.
"Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian," ujarnya.
Sambungnya, beliau bersedia menerima undangan Dewan Pemuda PAS Negeri atas dasar tanggungjawabnya tanpa melihat risiko pada masa hadapan, kerana beliau tidak pernah memikirkan soal itu.
"Tidak perlu fikir soal risiko sebab kedatangan saya ke sini langsung tidak pernah saya fikir ianya suatu risiko bahkan saya sebagai artis berhak ke mana-mana untuk tujuan yang baik dan untuk bersama peminat," ujarnya lagi.
Namun bagi Amy jemputan menghadiri program tersebut merupakan suatu rezeki Allah yang tidak ternilai, apa lagi dapat membuat persembahan di hadapan Tuan Guru.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Tuan Guru yang turut hadir ke restorennya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.
Peminat kedua-dua artis rock itu tidak melepaskan peluang untuk melihat Amy dan Renggo dari dekat di samping untuk bersalaman sehingga memaksa pengawal keselamatan bertindak untuk menjaga keselamatan Amy untuk menaiki kereta selepas majlis berakhir.

HarakahDaily

Sunday, April 12, 2009

Amy Nafi Sertai PAS

MENTERI Besar Kelantan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (tengah) bersama Amy Search (kanan) dan Renggo (kiri) pada sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda Pas Kelantan di Stadium Sultan Muhamad ke IV hari ini.

Ikon rock negara, Amy Search menafikan telah menyertai parti PAS berikutan sering hadir pada majlis yang dianjurkan parti pembangkang itu termasuk pada Perhimpunan Belia Sempena Jubli Emas Pemuda PAS Kelantan yang diadakan di sini, hari ini.
Desas desus penyanyi rock terkenal itu telah menyertai PAS timbul apabila rakan artisnya Renggo, penyanyi utama kumpulan Arrow, mengumumkan secara rasmi menyertai parti itu dan turut menyerahkan borang keanggotaan PAS kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan pada majlis itu.
"Tidak...saya belum menyertai PAS dan kehadiran saya pada majlis politik ini adalah atas jemputan untuk membuat persembahan sama seperti Renggo.
"Apa yang saya buat perlu difikirkan dengan lebih teliti kerana ia akan menjadi ikutan kepada peminat setia saya.
"Saya memang peminat Tok Guru (Nik Abdul Aziz) tapi belum terfikir untuk menyertai PAS," katanya kepada pemberita selepas majlis itu.
Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman berkata beliau telah beberapa kali bertemu dengan Menteri Besar Kelantan itu pada beberapa majlis formal dan tidak formal dan bakal mengadakan konsertnya di sini pada Jun depan.
Beliau berkata atas dasar profesional, kehadirannya pada majlis politik seperti itu tidak perlu dipolitikkan dan sebagai artis ia merupakan satu penghargaan apabila diminta membuat persembahan di hadapan Nik Abdul Aziz.
Pada majlis itu Amy dan Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli turut menyampaikan beberapa lagu popular mereka.
Sementara itu, Nik Abdul Aziz mengakui begitu tersentuh hati apabila mendengar nyanyian Amy terutama mendendangkan lagu-lagu berentak ketuhanan.
"Sampai mengalir air mata saya mendengar Amy menyanyikan lagu-lagu begini dan apabila artis rock menyampaikan lagu-lagu ketuhanan ia telah menolak tanggapan negatif terhadap mereka," katanya.
Beliau berkata untuk menyampaikan mesej keislaman tidak semestinya hanya para ulama dan tok guru tetapi penyanyi rock juga berupaya menyampaikan mesej yang sama.
"Apa pun kepada penyanyi saya nasihat jangan salah gunakan suara ke jalan yang tidak baik," katanya.
mStarOnline

Police Torture Victim - Video

The mother of Adi Anwar Mansor, 23, has lodged a police report against the police for allegedly abusing her son while he was under police custody.“He was kicked on his back, hit on the back of his head and hit with a rubber hose until he could not take the pain,” wrote housewife Jiknah Harun, 49, in her police report filed at the Klang district police headquarters this morning. Jiknah said that the details of the assault was related to her by Adi Anwar, who is currently warded at the Tengku Ampuan Rahimah hospital, Klang.Her police report also disputed the Klang OCPD Mohamad Mat Yusop’s claim that Adi Anwar sustained injuries during a scuffle when he was arrested.

Pemuda PAS beralih ke Sabah dan Sarawak, kenal pasti pemimpin tempatan

Dewan Pemuda PAS Pusat sedang mengkaji peluang dan kekuatannya di beberapa kawasan di Sabah dan Sarawak dalam usaha untuk mencari pemimpin baru yang lebih sesuai di kawasan-kawasan itu.
Ketuanya, Salahuddin Ayub berkata, usaha itu adalah sebahagian daripada persiapan awal Pemuda PAS untuk memastikan sokongan orang muda terhadap parti itu dan pakatan pembangkang dapat dikekalkan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 akan datang.
"Kita akan susun pimpinan baru, membuat kajian mendalam terhadap pendekatan baru yang akan kita lakukan nanti.
"Pendekatan ini akan lebih bersifat akademik dan lebih fokus kepada remaja," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS Pusat di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini hari ini.
Katanya, pendekatan terbabit diambil hasil daripada indikator yang diperolehi sepanjang proses tiga pilihan raya kecil tempoh hari yang amat meyakinkan PAS dan pakatan pembangkang.
Beliau berkata, satu gerak kerja yang lebih gigih perlu dilakukan di Sabah dan Sarawak memandangkan pengundi di sana kurang mendapat maklumat seimbang tentang politik semasa ekoran masalah penerbitan media yang terhad.
Salahuddin juga menasihatkan bakal pimpinan PAS yang baru agar mengamalkan gaya hidup yang sederhana dan mudah didekati rakyat secara semula jadi dan bukan dengan niat menjadikan amalan itu sebagai satu strategi politik.
"PAS jangan sombong, jangan bongkak, jangan lupa diri. Atas sokongan yang kita terima ini sebenarnya adalah mandat daripada rakyat untuk tunaikan tanggungjawab mewakili mereka," katanya.
Katanya, PAS juga akan jatuh jika tidak mengekalkan identiti hari ini dengan cara hidup sederhana.
Pemuda PAS akan mengadakan muktamar tahunannya di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat di sini selama lima hari mulai 3 Jun.

mStarOnline

Terharu apabila artis berhijrah - TG Nik Aziz

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, tidak dapat menahan kesedihan apabila terharu dengan penghijrahan artis-artis di negara ini yang semakin meminati Islam terutama Amy Serch.
Beliau yang merasmikan Himpunan Belia sempena Jubli Emas Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan itu tidak dapat menahan sebaknya apabila mengingatkan penghijrahan artis-artis dan golongan seni yang kini semakin ramai berminat pada Islam begitu menyentuh perasaannya.
“Tiada siapa yang menyangka artis dari kumpulan rock kini telah menjadi ‘ikon’ baru kepada remaja membawa mesej yang baik kepada golongan remaja.
“Perkara itu langsung tidak pernah terfikirkan oleh sesiapapun, namun jika itu kehendak Allah apapun boleh berlaku,”ujarnya.Beliau berkata demikian kepada berucap pada majlis itu yang diadakan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke-1V, di sini yang berakhir tengahari tadi.
Beliau turut menghayati tiga buah lagu yang disampaikan oleh Raja Rock Malaysia itu iaitu ‘Tiada Lagi’, ‘Menteri Di Ufuk Timur’ (yang ditujukan khas buat Nik Aziz) dan Isabella.
Keadaan cuaca yang tidak begitu panas memberi peluang peminat Amy Serch untuk mengikuti persembahannya dengan mudah.
Memandangkan majlis berkenaan diadakan pada siang hari, peminat Amy dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas lagi.
Sempena program yang bertemakan ‘Jom Sertai PAS’ itu juga, vokalis kumpulan rock ‘Arrow’ Renggo atau nama sebenarnya Mohd Zin Ramli, 40 telah membaut kejutan apabila secarah sah menyertai PAS hari ini.
Beliau menyerahkan sendiri borang keahlian itu kepada Nik Aziz di atas pentas sebelum majlis berkenaan berakhir.
Turut menyaksikan majlis yang penuh ceria itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yaacob, anggota exco kerajaan negeri Haji Abdul Fatah Mahmood, Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Abdullah di samping beberapa orang pimpinan peringkat parti.
Renggo yang berasal dari Tanah Merah Kelantan juga terkenal dengan jolokan raja syahdu adalah antara 50 orang golongan belia lain yang turut menyertai PAS sempena majlis yang julungkali pernah diadakan di peringkat negeri itu.
Bagaimanapun Amy Serch yang juga turut bersyukur dapat bersama lagi dengan Tuan Guru yang menjadi ‘idolanya’ belum berbuat demikian.Katanya, untuk ketika ini beliau ingin kekal imejnya sebagai seorang penyanyi rock dengan tidak menyertai mana-mana parti politik.
“Namun pada masa hadapan saya belum dapat tentukan lagi keadaan saya, jika itu (sertai PAS) kehendak Allah tidak mustahil saya akan berbuat demikian,”ujarnya.
Amy ketika berucap pada majlis itu turut menceritakan saat mula beliau bertemu dengan Nik Aziz yang turut hadir ke restorannya Cheng Ho di Kuala Lumpur.
Selepas itu bertemu lagi di tanah suci Mekah selepas tiga hari berada di sana untuk menunaikan umrah.
“Pada 19 April nanti Tuan Guru akan mengerjakan umrah lagi, sepatutnya saya juga akan ke sana, namun memandangkan keadaan tidak mengizinkan, saya terpaksa memilih tarikh lain,”ujarnya lagi.
SiasahDaily

Friday, April 10, 2009

'Tidak ada sebab ambil nyawa mangsa dengan kejam' - Cif Inspektor Azilah Hadri

"Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya."

Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.
Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan "bodoh" (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.
Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.
Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).
Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Read more : http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=20269&Itemid=1

Kerajaan Bebas Tahanan ISA Bagai Melepas Batuk di Tangga

Perlantikan Yang Bakal Menjatuhkan Najib

Najib mengumumkan 28 menteri dan 40 timbalan menteri. Sebenarnya ia tidak sekecil yang digembar-gemburkan. Malah lebih besar daripada kabinet Mahathir sendiri yang diumumkan selepas pilihanraya 1999 yang mengandungi 27 menteri, 27 timbalan menteri bersama dengan 15 setiausaha parlimen.
Najib melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan juga yang memperlihatkan sesuatu yang tidak beretika apabila beliau sendiri mempunyai banyak kepentingan dan yang paling jelas isu beliau telah meluluskan 10 lesen perjudian sewaktu mula-mula memegang jawatan menteri kewangan yang dilepaskan oleh Abdullah pada Oktober 2008 lalu belum terjawab. Ini bererti penyelewengan dan salahlaku terhadap dana kewangan negara akan terus berlaku tanpa sebarang akauntabiliti.
Yang digugurkan hanyalah 8 orang termasuklah Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Ong Ka Chuan, Datuk Azalina Othman, Tan Sri Amirsham A Aziz, Datuk Seri Syed Hamid Albar, Datuk Seri Zulhasnan Rafique, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed dan Datuk Shahrir Samad.
Perlantikan Datuk Seri Rais Yatim sebagai Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan ternyata satu kesilapan. Beliau yang dikenali sebagai menteri yang suka mentafsir undang-undang mengikut pendapat sendiri dan sentiasa mengubah-ubah pendirian mengikut rentak pemimpin atasan untuk kepentingan diri diletakkan di kementerian penerangan merupakan satu bencana.
Rais baru sahaja dikritik hebat apabila memberikan pandangan dan nasihat yang salah kepada Tun Abdullah mengenai perjanjian yang menyentuh tuntutan Limbang oleh Brunei dimana beliau telah menyatakan Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Brunei walhal ia tidak berlaku.
Pengekalan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Perundangan dan Parlimen juga dilihat membuatkan keadaan lebih teruk. Umum mengetahui keceluparannya malah jika meninjau sikap beliau mengkritik Mahathir dengan cara yang tidak pernah dilakukan walau oleh ahli pembangkang sekalipun satu waktu dulu sudah cukup untuk menjelaskan tahap mentaliti beliau yang rendah.
Berkemungkinan Najib terhutang budi kepadanya kerana melakukan pembelaan terhadapnya dengan mengusulkan penggantungan Gobind Singh Deo yang menuduh Najib sebagai penjenayah di Dewan Rakyat.

Read more : http://www.malayadaily.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=265:perlantikan-yang-bakal-menjatuhkan-najib-&catid=1:nasional&Itemid=2

Banyak kesangsian dalam kabinet Najib

ADA beberapa pemerhatian dan kesimpulan yang sepintas lalu dapat dibuat tatkala meneliti barisan Kabinet baru Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak, petang tadi.
Pertama, semacam ada rasa sangsi atau kepercayaan yang tidak bulat oleh Najib terhadap orang nombor duanya. Meskipun menepati ramalan meletakkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Timbalan Perdana Menteri, tidak ramai menyangka orang nombor dua itu akan diberikan tugas di Kementerian Pelajaran. Sudah lama kementerian itu tidak dipegang Timbalan Perdana Menteri.
Orang nombor dua selalunya diberikan peranan paling mencabar. Kementerian yang lebih dianggap kanan, strategik dan berkuasa ialah Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Kewangan.
Bukankah di situ duduknya Najib selaku Timbalan Perdana Menteri dalam Kabinet Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini? Bukankah di beberapa kementerian itu juga Abdullah selaku orang nombor dua diletakkan Tun Dr Mahathir Mohamad?
Najib memilih sepupunya, Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk menerajui Kementerian Dalam Negeri, manakala bekas Setiausaha Politiknya, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengepalai Kementerian Pertahanan. Apakah dua pemimpin ini sebenarnya yang lebih dipercayai Najib berbanding Muhyiddin?
Kedua, Najib tidak dapat mengelak daripada melantik pemimpin yang sudah ditolak rakyat. Ia bagaikan mengulangi tabiat Abdullah yang sebelum ini dikritik dan dikecam pelbagai pihak.
Dalam ucapannya sebelum mengisytiharkan Kabinet baru itu, Najib mengungkapkan slogan "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan". Kesangsian segera muncul tatkala orang disenaraikannya termasuk mereka yang telah ditolak rakyat dalam pilihan raya. Justeru, 'rakyat' manakah yang didahulukan Najib?
Antara pemimpin tersebut ialah Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Dato' Dr Awang Adek Hussein (Timbalan Menteri Kewangan) dan Datin Paduka Chew Mei Fun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).
Apakah ini menggambarkan pengakuan bahawa dari lebih 100 Ahli Parlimen Barisan Nasional yang masih ada, tidak ada yang mempunyai wibawa dan keupayaan untuk mengisi jawatan Kabinet, sehingga memaksa dilantik mereka yang bukan Ahli Parlimen?
Najib turut melantik pemimpin yang kalah dalam pemilihan parti, sekaligus membelakangkan mereka yang dipersetujui ahli-ahli akar umbi parti mereka sendiri. Mereka ialah Dato' Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Warisan) dan Dato' Mukhriz Mahathir (Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri).
Ketiga, tindakan nekad Najib melantik Mukhriz ke dalam Kabinetnya mengundang tafsiran betapa beliau berhasrat membalas jasa Mahathir. Ataukah beliau sebenarnya tunduk kepada saranan dan nasihat bekas Perdana Menteri itu dalam mencaturkan Kabinetnya?
Kita tahu betapa besar peranan dimainkan Mahathir dalam mempercepatkan proses peralihan kuasa kepada Najib dalam parti dan kerajaan. Mahathir lah orang utama yang bertanggungjawab 'memanaskan punggung' Abdullah, sehingga terpaksa melepaskan jawatan lebih awal dari yang dirancangnya.
Keempat, ketiadaan nama Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, turut mengundang pelbagai andaian. Selain sama taraf dengan naib presiden dalam parti, Khairy juga ada tiket selaku Ahli Parlimen Rembau.
Ketiadaan namanya dalam senarai Kabinet dikaitkan dengan penyiasatan semula Lembaga Disiplin Umno berkaitan amalan politik wang dalam pemilihan Umno baru-baru ini. Desas-desus bertiup kencang kononnya Khairy bakal berhadapan tindakan tegas partinya, termasuk kehilangan jawatan yang baru dimenanginya itu.
Andaian itu bagai disahkan apabila Najib tidak menyenaraikan Khairy. Najib dikatakan tidak mahu mengambil risiko menyenaraikan orang yang sedang disiasat. Mana tahu silap haribulan akan berulang peristiwa seorang menteri terpaksa melepaskan jawatan kerana bersalah atas dakwaan politik wang. Maka bagi mengelakkan Kabinetnya tercemar, Najib dikatakan siang-siang lagi enggan menyenaraikan Khairy.
Namun ada juga yang menilainya sebagai bertepatan dengan hasrat Najib membersihkan Kabinetnya dari bayangan Abdullah. Jika nilaian itu benar, bermakna Khairy adalah mangsa keadaan hanya semata-mata dia adalah menantu bekas Perdana Menteri itu.

HarakahDaily

Majlis Angkat Sumpah Anggota Kabinet di Istana Negara

Prime Minister Najib Tun Razak's new Cabinet was sworn in before the Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin at Istana Negara here Friday.