Thursday, April 16, 2009

ELIZABETH WONG : KHIR TOYO AKAN TERUS DITELANJANGKAN

Sikap konfrontasi yang diambil oleh Mohd Khir Toyo untuk mengeksploitasikan kes Elizabeth Wong yang diterima kembali sebagai exco dan ADUN Bukit Lanjan oleh kerajaan negeri Selangor akan hanya mengundang padah untuk mantan MB Sealangor itu. Beliau dilaporkan menyatakan tindakan Eli menerima keputusan (kerajaan Selangor itu)...pastinya membolehkan beliau (UMNO-BN) mengeksploitasi isu tersebut.Banyak pihak menyelar sikap Khir Toyo yang menganggap beliau sebagai kekeringan modal apatah lagi di ketika mana kredibiliti dan integriti beliau sendiri sudah musnah ekoran pendedahan penyalah-gunaan kuasa dan penyelewengan yang dilakukan oleh beliau sewaktu menjadi menteri besar Selangor.Pada 2004, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan beliau dan keluarganya serta pegawai kerajaan negeri yang lain untuk lawatan seminggu ke Perancis dan Maghribi.Senarai perbelanjaan itu termasuk lawatan pada tahun 2004 ke Disneyland Paris dan persinggahan transit selama empat hari di Dubai.Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini juga pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut."Membandingkan kesalahan Elizabeth dengan kesalahan yang dilakukan oleh Khir Toyo terlalu jauh bezanya, Elizabeth jika dikatakan ada melakukan kesalahan pun adalah mengenai reputasi dirinya sedangkan keslaahn Khir Toyo ialah menyalah-gunakan dana awam untuk kepentingan diri dan keluaganya," tegas seorang aktivis masyarakat di sini hari ini."Kita berharap kes ini di bawa ke mahkamah supaya beliau diadili dan semua dana yang dirompak dari kerajaan negeri semasa beliau menjadi MB dirampas semula," tambahnya lagi.Sikap pengecut beliau dan isteri beliau untuk tidak menghadiri inkuiri terbuka Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) membuktikan bahawa beliau khuatir lebih banyak kesilapan yang beliau akan lakukan sewaktu didedahkan segala tembelangnya mengenai salah-lakunya sewaktu menduduki pejabat MB Selangor.Semalam, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa sekiranya Elizabeth menerima tawaran tersebut, beliau diminta kembali daripada cuti dan meneruskan perkhidmatannya mulai hari ini.Elizabeth menawarkan diri untuk meletakkan jawatan Exco Pelancongan, Pengguna dan Alam Sekitar Selangor dan ADUN Bukit Lanjan pada 17 Februari lalu ekoran tersebarnya gambar separuh bogelnya kepada umum.Keputusan mengekalkan Elizabeth itu adalah wajar dan adil setelah mengambil pandangan semua pihak dan siasatan polis berhubung kes berkenaan yang juga gagal membuat keputusan yang muktamad.Manakala Elizabeth pula telah menerima tawaran tersebut petang semalam dan menyifatkan insiden yang menimpa beliau adalah pengalaman yang sukar dalam hidup beliau. "Sultan Selangor telah turut menyatakan rasa bimbang dan dukacita baginda dengan perkembangan akhir-akhir ini di mana perbuatan menceroboh hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.“Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak peribadi individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai,” tambah kenyataan dari Setiausaha Sulit Sultan."Berdasarkan kepada kenyataan Setiausaha Sulit Sultan Selangor itu, tindakan Khir untuk mengekploitasikan kes Elizabeth Wong menunjukkan sikap biadab dan derhakanya terhadap Sultan Selangor yang telah menyatakan dukacita baginda terhadap kejadian tersbut yang mana pencerobohan hak peribadi dan privasi individu dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang," tegasnya lagi.

No comments:

Post a Comment