Tuesday, April 14, 2009

"JANGAN IKUT GAYA BLOGGERS" kata Ali 'Awang' Hassan

Sesetengah mereka salah guna internet, blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut, memburukkan pihak tertentu

Wartawan profesional tidak harus terikut-ikut dengan tindak-tanduk dan sikap sesetengah penulis blog (bloggers) yang menyalahgunakan media baru seperti internet dan blog untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak tertentu.

Demikian kata Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau berkata, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, kerajaan tidak dapat membenarkan wartawan dan media menyalahgunakan kebebasan (sebagaimana yang dilakukan (bloggers) kerana dikhuatiri akan menjejaskan kestabilan politik, merosakkan perpaduan sosial dan ekonomi negara.

“Kita tidak harus membenarkan pengguna internet termasuk bloggers menggunakan medan ini untuk mencaci, memfitnah, menghasut dan memburuk-burukkan pihak lain termasuk pemimpin politik dan kerajaan dengan sewenang-wenangnya,” tegasnya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Muda Pembangunan Infrastruktur dan Teknologi Maklumat Bolhassan Di ketika perasmian Pertabalan Jawatankuasa Persatuan Wartawan Bahagian Kuching (KDJA) 2009 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam kelmarin.

Tengah berkata, tiada negara dunia yang benar-benar mengamalkan kebebasan mutlak termasuk negara yang diberi ranking tinggi dari segi kebebasan akhbar oleh Reporters Without Borders (Freedom House).

Ini kerana katanya, kebebasan tanpa batas akan mengundang malapetaka, kehancuran dan hanya memusnahkan masa depan negara.

Tengah berkata akhbar merupakan institusi penyumbang terpenting dalam membentuk kesedaran rakyat ke arah proses pembangunan negara.

Justeru, media perlu memanfaatkan potensinya untuk berperanan dengan berkesan ke arah melahirkan bangsa yang matang, progresif, maju dan makmur dalam pelbagai bidang.

http://www.theborneopost.com/

No comments:

Post a Comment