Monday, May 16, 2011

Jangan salah guna kalimah `jihad’

Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini, kata tokoh PAS Kelantan.
PETALING JAYA : Tokoh PAS Kelantan, Datuk Husam Musa menasihatkan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali tidak menyalahgunakan kalimah ‘jihad’ apatah lagi mnyelitkan agenda politik Machiavelli untuk mengekalkan UMNO/BN.

Katanya, isu yang berbangkit mengenai kumpulan Kristian ingin menukar kedudukan Islam sebagai agama rasmi adalah samar-samar dan berunsur fitnah.

Katanya, Islam tidak megizinkan jihad dilancarkan atas kedudukan yang samar-samar seperti ini.

“PERKASA sendiri adalah badan bermotif politik yang jelas mempertahankan sesetengah kemungkaran dengan cara tidak menegur atau bersuara amalan seperti korupsi, kehilangan peraturan undang-undang, kepincangan sosial, kecelaruan dasar-dasar dan kegagalan UMNO/BN selama ini.

“Bahkan hanya menggunakan isu-isu kaum dan agama bagi kepentingan politik sebelah pihak yang menunjukkan PERKASA tidak berpijak atas ajaran Islam yang syumul dan tidak layak membangkitkan isu jihad yang seharusnya tulen dan bersih.

“Sebagai contoh, di manakah PERKASA apabila Presiden MCA (Datuk Seri Dr Chua Soi Lek) selaku rakan utama UMNO dalam BN datang ke Kelantan untuk mengubah amalan tidak mengizinkan premis-premis perjudian dibuka bagi rakyat Kelantan yang majoriti 95 peratus beragama Islam.

“Kekeliruan yang berlaku dalam politik negara pada hari ini ialah kerana kebimbangan UMNO/BN kehilangan kuasa hasil ‘kemungkaran’ politik dan ekonomi yang berterusan yang telah ditolak oleh majoriti rakyat Malaysia pelbagai kaum.
“Jika jihad hendak dilaksanakan mengikut keutamaan ajaran Islam, kepincangan-kepincangan yang berterusan yang dilakukan oleh UMNO/BN adalah lebih utama diperbetulkan.

“Islam menganjurkan pendekatan yang menarik hati manusia lain,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Ibrahim bahawa beliau dan PERKASA sanggup melancarkan ‘perang salib’ atau ‘jihad’ untuk menentang rakyat Malaysia yang beragama Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

Kenyataan ahli parlimen bebas Pasir Mas itu disiarkan dalam beberapa laman berita tempatan.

Sebaliknya, Husam juga menasihatkan Ibrahim ika beliau ingin terus ‘berjihad’, supaya mengembalikan semula kerusi parlimen Pasir Mas terlebih dahulu kepada PAS yang beliau tandingi juga atas tiket PAS dalam pilihan raya umum lalu.

“Orang yang hendak berjihad adalah WAJIB membayar hutang terlebih dahulu kerana ruh orang tidak membayar hutang tergantung antara bumi dan langit. Kerusi parlimen Pasir Mas adalah dikira sebagai ‘hutang’ Ibrahim,” tambahnya.

Presiden PERKASA itu dilapurkan berkata beliau bersedia melancarkan perang salib terhadap orang Kristian jika mereka didakwa terus mencabar kedudukan Islam di negara ini.

FMT

Perang Salib : Pemimpin gereja mahu tindakan segera

DAP mahu KDN bertindak, dakwa Umno lindungi Perkasa

No comments:

Post a Comment