Monday, July 13, 2009

Wang rasuah pilihanraya dibawa bersama Muhyidin dalam helikopter?

KUALA KRAI – Kira-kira jam 10.25 pagi ketika wartawan Buletin Online melalui jalan Kuala Krai ke Manek Urai, kelihatan sebuah helikopter jenis Nuri yang dipercayai milik Angkatan Tentera Malaysia terbang rendah seolah-olah mahu mendarat.

Beliau bergegas memecut keretanya mencari kawasan tempat pendaratan helikopter tersebut.

Sesampainya di padang Sekolah Menengah Teknik helikopter yang sedang mendarat itu sempat dirakam dengan video.



Setelah Nuri benar-benar mencecah bumi, sebuah lagi helipkopter dipercayai jenis Blackhawk tiba-tiba terbang dengan rendah menghampiri padang yang sama.

Dengan sabar beliau merakam semuanya, dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin keluar dari perut helikopter yang kedua.

Sekaligus turun dari helikopter sebuah beg yang sama seperti beg yang disyakki membawa wang rasuah bagi membeli pengundi-pengundi yang dirakam pada hari penamaan calon.



klik untuk berita sebelum ini

BuletinOnline

No comments:

Post a Comment