Monday, July 13, 2009

BN Hanya Pandai Berjanji Dan Mengugut Rakyat

Jambatan Sultan Yahya Petra dari Kota Bharu ke Pasir Pekan belum terlaksana kini berjanji mahu membina sebuah jambatan baru di Manek Urai. Rujuk Berita Buletin Online

MANEK URAI – Bendahari PAS Pusat Dr. Mohd Hatta Ramli menyelar UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan yang tidak bertanggungjawab yang hanya pandai berjanji dengan meletakkan syarat dan sekaligus mengugut rakyat.

Beliau berkata PAS tidak pernah menolak pembangunan dan selaku Ahli Parlimen Kuala Krai, beliau mengalu-alukan langkah kerajaan pusat sekiranya mereka benar-benar serius untuk berbelanja berbilion ringgit di Manek Urai.

Namun sebaliknya, katanya, ia hanyalah janji-janji politik UMNO dan Barisan Nasional (BN) sebagai sebuah kerajaan yang lemah dan tidak yakin akan menang dalam PRK Manek Urai.

”Inilah janji-janji politik yang dibuat dalam pilihanraya kecil ini, dihujung ucapan beliau tadi, apabila menjanjikan jambatan baru, apabila menjanjikan Bandar Manek Urai ini (akan menjadi) sebagai bandar Agropolitan,

”dihujungnya ada syarat, (iaitu) kalau BN menang pilihanraya (kecil Manek Urai,”katanya dketika berucap dalam ceramah di Dataran Hijau, Sungai Rek, disini semalam.


Beliau berkata demikian sebagai respon kepada ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Seri Muhyidin Yassin yang berjanji dalam ucapannya petang semalam, akan membina jambatan dan pelbagai janji lain, sekiranya BN menang.

Dr. Hatta berkata, dengan ‘janji bersyarat’ itu, BN telah menafikan hak rakyat Manek Urai sebagai sebahagian dari negeri Kelantan dan sebagai rakyat Malaysia.

”Mana boleh kerajaan Malaysia meletakkan syarat hanya untuk tempat yang mereka menang sahaja pembangunan akan dibawa dan mereka akan menafikan tempat yang mereka tidak menang,

”ini (ia) bukan satu kerajaan yang bertanggungjawab,”tegasnya

Katanya, Manek Urai adalah sebahagian dari Kelantan yang menjadi sebahagian dari Malaysia dan kita sebagai rakyat adalah sebahagian daripada Negara ini.

Beliau turut mempersoalkan, mengapa BN meletakkan syarat ‘kalau menang’ kerana katanya kerajaan pusat kena sedar Manek Urai adalah sebahagian daripada tanah pemerintahannya.

Beliau turut menyifatkan syarat itu adalah merupakan satu ugutan yang dibuat oleh BN kepada warga Manek Urai.

”Inilah satu pemerintah yang tidak yakin dengan keupayaannya lalu meletakkan satu umpan, seolah-seolah satu ugutan, (dengan berkata) kalau kamu nakkan pembangunan kamu mesti menangkan Barisan Nasional,”jelasnya.

Katanya, PAS kecewa dengan sikap Muhyidin kerana menurutnya kerajaan PAS Kelantan tidak meng’anaktiri’kan enam DUN yang dikuasai BN dinegeri Kelantan.

”Kita (PAS) kecewa dengan cara begini,

”Walaupun kita tak berkuasa di enam Dun dalam negeri Kelantan ini yang dikuasai oleh BN, kita tidak pernah menganaktirikan (DUN tersebut),

”apa yang dapat (diperolehi) di DUN-DUN yang kita menang akan didapati (diperolehi) juga (oleh) di DUN-DUN yang kita tidak menang,

”inilah kerajaan (Kelantan) yang adil, tapi BN hanya pandai mengugut dan meletakkan syarat-syarat yang berat sebelah,”tegas beliau.

Janji-janji BN, menurutnya hanya janji-janji politik yang cuba mengumpan para pengundi DUN Manek Urai kerana sebelum ini mereka telah berjanji dan gagal ditunaikan.

”Untuk makluman tuan-tuan Kuala Krai (telah) diluluskan sebuah hospital dalam RMK 9, tetapi bila di Parlimen apabila ditanya katanya tak ada duit, ditangguhkan, tiba-tiba dalam pelan pembangunan anak angkat emas BN (di) Manek Urai ini, timbul pula buat hospital,”katanya.

Beliau juga mendedahkan bahawa janji kerajaan UMNO/BN mahu membina jambatan Sultan Yahya Petra dari Kota Bharu ke Pasir Pekan belum terlaksana, namun kini mereka berjanji pula, mahu mendirikan sebuah jambatan baru di Manek Urai.

BuletinOnline

No comments:

Post a Comment