Thursday, June 11, 2009

Dato' Mustafa Ali Setiausaha Agung Baru PAS

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.

Manakala bekas naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat.

Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama AJK pusat di ibunegara hari ini.

Mustapa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan dalam muktamar parti itu minggu depan.

Pelantikan Mustafa yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea kerajaan perpaduan yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau juga merupakan pengerusi akhbar rasmi PAS - Harakah - dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment