Monday, March 23, 2009

Fadillah kesal pembangkang cuba melaga-lagakan Melayu dan Dayak

LUBOK ANTU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Fadillah Yusof kesal dengan tindakan pihak pembangkang yang cuba melaga-lagakan orang Melayu dan Dayak demi kepentingan politik mereka.
Tindakan pihak pembangkang terbabit menurut beliau boleh dilihat apabila mereka sengaja mengutarakan isu yang menyatakan bahawa orang Melayu selama ini sering menekan kehidupan orang Dayak.
“Itu adalah dakyah semata-mata. Tujuan utama golongan terbabit ialah mahu orang Dayak berhenti menyokong Barisan Nasional (BN), seterusnya memberi sokongan kepada mereka(pembangkang).
“BN memberi pembangunan sama rata kepada rakyat berbilang kaum di negeri ini… jika pihak pembangkang mendakwa orang Melayu menindas orang Dayak maka itu adalah pembohongan semata-mata,” katanya sambil menambah pemimpin Melayu dan Dayak saling bekerjasama untuk memajukan negeri ini sejak dahulu lagi.
Fadillah yang juga Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Warga Ceria anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di Gerai Tatai Kenyalang Majlis Daerah Lubok Antu semalam.
Selain itu pihak pembangkang terutama Parti Keadilan Rakyat (PKR) sering mengganggu usaha pihak BN untuk melaksanakan pelbagai program pembangunan di negeri ini dengan menyebarkan pelbagai isu remeh-temeh di kalangan penduduk.
Selain cuba melaga-lagakan orang Melayu dan Dayak, pihak berkenaan tambah Fadillah telah sengaja mem- bantutkan usaha pening- katan taraf hidup penduduk dengan meracuni pemikiran penduduk menerusi sesuatu isu.
“Lagipun pihak BN cukup biasa dengan kerenah para penyokong PKR selama ini. Apabila mereka berasa tidak puas hati terhadap sesuatu isu mereka akan turun untuk berdemonstrasi.
“Mereka tidak sedar betapa perbuatan mereka itu hanya menunjukkan kelemahan politik kita sehingga menye-babkan pelabur asing tidak mahu datang ke sini,” katanya.
Justeru beliau berharap agar penduduk di kawasan Batang Ai tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang cuba disampaikan oleh pihak pembangkang terhadap mereka lebih-lebih lagi ketika menjelang pilihan raya kecil DUN Batang Ai nanti.

No comments:

Post a Comment