Sunday, May 22, 2011

Anggota keluarga angkat sedih, menanti maklumat terkini

Operasi mencari dan menyelamat
dijalankan di lokasi rumah anak yatim.
KAJANG, 21 Mei – Seorang wanita hanya mampu menitiskan air mata apabila dimaklumkan bahawa dua cucu angkatnya terbunuh dalam tragedi tanah runtuh di rumah anak yatim di Hulu Langat dekat Kajang petang tadi.

“Anak (angkat) saya OK. Cucu-cucu saya meninggal dunia,” kata Rosidah Ismail kepada pemberita di Hospital Kajang Hospital di sini.

Sekurang-kurangnya lima orang telah disahkan maut dalam tragedi terbaru ini.

Mereka yang terbunuh berusia antara 11 dan 14 tahun.

Seramai 10 lagi dilaporkan terperangkap dalam kejadian hari ini.

Kesedihan Rosidah dikongsi oleh Ismail Mohd Sidek, yang merupakan pak cik kepada cucu-cucunya, Zaim Azahari dan Mohd Azred Azahari, masing-masing berusia 14 dan lapan tahun.

Rosidah Ismail

“Mereka macam anak saya sendiri,” kata Ismail, 50, kepada pemberita.

“Kali terakhir saya jumpa Azred bulan lalu manakala Zaim, saya jumpa ketika Hari Raya. Mereka gembira,” katanya.

Sementara itu, mayat Zaim dibawa ke Hospital Kajang pada pukul 8.55 malam manakala Azred dipercayai dihantar ke Hospital Ampang.

Datuk saudara mangsa, Muhammad Amri, 56, ketika ditemui memberitahu Zaim telah ditemui kira-kira pukul 4 petang tadi.

Menurutnya lagi, kedua-dua cucu saudaranya merupakan pelajar tahfiz di madrasah tersebut.

Ismail Mohd Sidek

Jelasnya, bapa mangsa Azhari Mat Selek, 36, dan ibunya Noreha Ariffin, 37, berada di tempat kejadian.

“Bapanya warden di sana. Ibunya tukang masak. Masa kejadian, mereka tiada di kawasan berhampiran,” katanya.

Di Hospital Kajang, sehingga pukul 8.55 malam tadi telah menerima tiga mayat.

Dalam pada itu, ahli perniagaan Khatijah Ariffin masih menunggu nasib sepupunya berusia 12 tahun.

“Saya sangat sedih apabila mendengar berita ini,” kata Khatijah kepada The Malaysian Insider.

Tanah runtuh : Kerajaan Selangor hulur bantuan awal
Oleh Boo Su-Lyn dan Zulaikha Zulkifli TMI

No comments:

Post a Comment