Tuesday, August 4, 2009

DUN Permatang Pasir diumumkan kosong secara rasmi



YB Abdul Halim Hussein, Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang secara rasminya mengumumkan kekosongan kerusi DUN Permatang Pasir berikutan kematian Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai 2009 dan beliau juga telah menyerahkan surat kepada SPR pada jam 2.25 petang tadi untuk tindakan selanjutnya.


Datuk Mohd. Hamdan Abdul Rahman, 63, daripada parti PAS meninggal dunia akibat sakit jantung pada 31 Julai 2009, yang akan menyaksikan satu lagi pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

TVA/Kelab GB

No comments:

Post a Comment