Wednesday, June 17, 2009

Syarat Hashim Suboh Sertai Pembangkang...

Bekas ketua penerangan Umno Perlis, Datuk Hashim Suboh berkata, beliau akan hanya menyertai pembangkang jika optimis mereka dapat membentuk kerajaan baru di negeri itu.

Katanya, beliau tidak mahu menyertai pembangkang sekadar mahu menjadi pengkritik kerajaan sedia ada sekarang.

"Ketika ini saya masih melihat gelombang tidak puas hati terhadap Umno negeri yang berlaku di peringkat akar umbi.

"Saya hendak tengok gelombang ini berterusan, tetapi saya cukup yakin sokongan kepada saya cukup kuat.

"Ketika ini saya menunggu dahulu, sampai masa saya akan pergi juga," katanya ketika diminta mengulas mengenai perkembangan politik Umno Perlis sekarang.

Hashim mendakwa, di bahagian Kangar, Menteri Besar, Md Isa Sabu yang juga ketua bahagian berkenaan, hanya mempunyai kira-kira 55 peratus sokongan ahli Umno bahagian tersebut.

"Manakala 45 peratus lagi menyokong saya. Jika saya ada kuasa, saya mampu memberi sumbangan yang lebih besar daripada orang yang sedang berkuasa atau orang yang pernah memegang kuasa," katanya.


Menurutnya lagi, setakat ini tidak ada pihak di kalangan ahli Umno yang mencerca hasratnya untuk menyertai pembangkang.

Hashim berkata, beliau sudah hilang keyakinan kepada sistem dalam Umno terutama di Perlis.

Di samping itu, katanya, beliau juga sedang menekuni reaksi ahli-ahli Umno di peringkat bawahan.

malaysiakini

1 comment:

  1. Collecting Blogs
    Para blogger yang dihormati,

    Saya sekarang dalam proses menyenaraikan blog2 mengikut kategori masing-masing. Jika anda berminat untuk memaparkan blog anda disini sila tinggalkan maklumat berikut.

    terima kasih, diatas sokongan.

    I am currently collecting blogs from All Around Malaysia. If you are interested to be listed here, North Krai Latest Blog Headlines lists, kindly leave:

    1. Your blog's name.
    2. Your blog's url.
    3. Your blog's category.

    Thanks for support.

    ReplyDelete