Wednesday, June 3, 2009

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin fail rayuan di Mahkamah Persekutuan Isnin depan

Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, akan memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan, Isnin depan, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak.

Mohammad Nizar berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Pakatan Rakyat Perak, di sini, pagi tadi.

"Sehubungan itu, saya mengarahkan peguam saya memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 8 Jun ini walaupun alasan penghakiman bertulis berhubung keputusan Mahkamah Rayuan pada 22 Mei lalu itu, sehingga sekarang belum lagi dikeluarkan," katanya pada sidang media di Wisma DAP tengahari ini.

sumber http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20090603144107/Article/index_html

No comments:

Post a Comment