Wednesday, May 13, 2009

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini tidak sihat," Haji Mohammad Sabu

Usaha ketepikan Mohd Sabu, Husam?

Pertembungan antara aliran ulama dan profesional dalam PAS menjadi semakin sengit apabila Dewan Ulama berusaha mengetepikan calon bukan agamawan bagi merebut timbalan presiden.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka mengekalkan jawatan presiden tanpa bertanding, tetapi dua orang pemimpin kanan dicalonkan untuk mencabar Nasaruddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden.

Naib presiden PAS Mohamad Sabu telah mengumumkan kesediaannya bertanding jawatan tersebut, sementara Datuk Husam Musa membayangkan akan menerima pencalonannya.

Usaha mengetepikan bukan ulama ini berikutan wujud langkah Dewan Ulama PAS yang ingin membawa usul agar hanya pemimpin bertaraf ulama boleh memegang dua jawatan teratas parti dalam muktamar, awal bulan depan.

"Dewan Ulama tetap mempertahankan hanya pemimpin bertaraf ulama yang mesti memegang dua jawatan itu tetapi apa pun terpulanglah (kepada perwakilan)," ketuanya Datuk Mohamed Daud dipetik berkata selepas merasmikan muktamar Dewan Ulama PAS Kelantan di Machang hari ini.

Mohamed bimbang, jika profesional yang memimpin parti itu, mereka hanya mahu mengejar kedudukan semata-mata tanpa mementingkan parti yang berjuang mengikut teras Islam.

Bernama juga melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti menghadiahkan baju dan mengadakan majlis makan kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon.

"Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.

Mohamed menambah, beliau tetap dengan keputusannya tidak mahu bertanding bagi mengekalkan jawatannya pada muktamar akan datang atas alasan beliau kini uzur dan jawatan itu perlu diberikan kepada pemimpin muda.

artikel asal : malaysiakini

No comments:

Post a Comment