Wednesday, May 13, 2009

Kekanda Sultan Perak Meninggal Dunia, TAKZIAH

Kekanda sulung Sultan Perak, Raja Datuk Seri Baharom Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah meninggal dunia di kediamannya di Taman Canning di sini, hari ini.

Allahyarham yang berusia 83 tahun meninggal dunia kerana sakit tua jam 10.45 pagi tadi.

Sultan Perak Sultan Azlan Shah serta kerabat diraja lain berangkat menziarah jenazah Allahyarham tengah hari ini.

Jurucakap Istana Kinta berkata, jenazah Allahyarham dijadual dikebumikan jam 9 pagi esok di Tanah Perkuburan Islam Sekedup, Batu Gajah bersebelahan makam bondanya Toh Puan Dewangsa Khadijah Ahmad. - Bernama

sumber : BeritaHarian

No comments:

Post a Comment