Saturday, May 9, 2009

Idris Jusoh Wajar Disiasat, sekiranya Ramzi Benar-Benar Hilang

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap tempoh 72 jam yang diberikan oleh polis kepada bekas Setiausaha Politik, Dato’ Seri Idris Jusoh, Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir untuk muncul dan menghubungi polis, adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu.

Ketuanya Fariz Musa berkata kredibiliti pihak polis dipersoalkan kerana masih ‘teragak-agak’ dan ‘double standard’ dalam mengambil tindakan telus dan profesional keatas tokoh-tokoh UMNO, berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa.

“Sedangkan (ia) kes ugutan bunuh tersebut adalah serius ! Adalah sangat menghairankan bagaimana pihak polis masih gagal untuk mengesan dan menahan beliau dengan segera,

“sedangkan kini beliau bertugas sebagai Pegawai Khas kepada Dato’ Seri Idris Jusoh , yang juga merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara),”katanya ketika dihubungi Buletinonline.

Beliau menyarankan agar polis turut menyiasat bekas Menteri Besar Terengganu itu, kerana menurutnya Ramzi adalah merupakan orang kanan dan orang kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh.

“Adalah menimbulkan kemusykilan, bagaimana polis tidak tahu diaman ia berada, Datuk Seri Idris Jusoh tidak tahu di mana Pegawai Khas beliau berada ?

“kehilangan 'misteri' Ramzi semestinya diajukan kepada Datuk Seri Idris Jusoh kerana Ramzi adalah merupakan orang kanan dan kepercayaan Datuk Seri Idris Jusoh,”jelasnya.

Katanya pihak polis wajar turut menyiasat Idris Jusoh dalam menyelesaikan kebuntuan polis atas ‘kehilangan Pegawai Khas Pengerusi Mara’ serta siasatan kes SMS ugutan bunuh tersebut.

artikel asal : BuletinOnline

No comments:

Post a Comment