Tuesday, December 15, 2009

PAS akan lancar kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat'

"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA,"



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Dis : PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam.

Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.

"PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.

"Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan.

"Kaum Cina, India dan lain-lain bangsa juga semakin menjauhi Umno yang kini menjadi diktaktor dalam BN dan menjadi pemimpin defacto kepada parti-parti bermasalah seperti Gerakan, PPP, MIC dan MCA," katanya.

Sehubungan itu semua Ketua Penerangan PAS negeri diminta supaya berkerja keras untuk memastikan Umno dapat ditumbangkan dikubu-kubu kuat mereka pada Pilihanraya ke-13 nanti.

Lajnah Penerangan PAS Pusat juga jelasnya sudah menyiapkan buku kecil yang menjelaskan umno khianat kepada Islam dan Melayu di negara ini.

Presiden PAS rasmi Konvensyen Blogger 20 Dis

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Dis : Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dijangka akan merasmikan Konvensyen Blogger PAS anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat pada 20 Disember di Dewan Datuk Fadhil Noor, Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar.

Turut akan dilancarkan pada konvensyen tersebut adalah Kelab Blogger PAS sebagai pengiktirafan parti itu kepada penulis blog yang selama ini menyokong perjuangan PAS.

Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu, program tersebut juga kini dibuka bukan sahaja kepada ahli PAS malah kepada penyokong biasa.

Ianya ekoran terlalu banyak permintaan yang mahu penyertaan ke program tersebut dibuka lebih luas.

"Berikutan begitu banyak permintaan kalangan Blogger yang menyokong PAS bagi menyertai Konvensyen Blogger PAS 2009, maka Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini membuka penyertaan yang sebelum ini dihadkan kepada Blogger kalangan ahli PAS sahaja kepada semua blogger-blogger pro-PAS yang berminat." katanya.

Kepada mereka yang berminat tetapi masih belum mendaftar, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar maklumat seperti nama sebenar, nombor kad pengenalan, alamat blog, email dan nombor telefon bimbit ke alamat email penerangan.paspusat@yahoo.com

Tarik tutup pendaftaran pula adalah pada 18 Disember ini.

"Manakala Ketua dan Setiausaha Penerangan PAS disemua peringkat yang bukan blogger diwajibkan hadir bagi mendapatkan informasi terkini perkembangan dunia siber bagi membantu gerak kerja parti dimasa akan datang," katanya.


Monday, December 14, 2009

Skandal PKFZ : Selesaikan segera sebelum Mahathir tiada

"Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja.

"Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri,"

"Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya,"



Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 14 Dis : Bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad didesak segera campur tangan untuk membantu menyelesaikan skandal Zon Bebas Perlabuhan Klang (PKFZ).

Desakan tersebut dibuat selepas tiga Pegawai Kanan Lembaga Pelabuhan Klang (PLB) didakwa di Mahkamah dua hari lalu.

Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin mendesak demikian supaya skandal PKFZ tidak terkubur begitu sahaja seperti skandal Perwaja disebabkan yang tertuduh, Tan Sri Eric Chia meninggal dunia.

"Skandal Perwaja umpamanya berlaku di zaman Mahathir dan cuba diselesaikan di zaman Abdullah (Perdana Menteri) dengan mendakwa Eric Chia, cumanya skandal itu diam begitu saja apabila yang didakwa (Eric) mati saja.

"Samalah seperti skandal PKFZ, Mahathir perlu tampil selesaikannya sebelum dia mati kerana ia melibatkan dia sewaktu jadi Perdana Menteri," kata Badrul.

Ujarnya lagi, Mahathir tidak perlu mengangkat diri sendiri dengan mendakwa Umno seperti usus yang busuk, di dalam blognya.

"Usus yang busuk yang dia (Mahathir) kata kepada Umno sebenarnya membarah sejak jadi Perdana Menteri, jadi tidak perlulah (Mahathir) mengangkat diri sendiri kalaupun nak menutup beberapa skandal yang mula berlaku di zamannya," ujarnya.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar yang dihubungi kemudian, mendesak suatu suruhanjaya diraja yang bebas segera ditubuhkan.

Ujarnya, penubuhan itu membolehkan Mahathir dan beberapa pemimpin Umno serta BN yang lain segera dalam masa.

"Kalau dibuat Suruhanjaya Diraja, Tun Dr. Mahathir boleh segeralah dipanggil," tegasnya.

"Bukan saja Tun boleh dipanggil jika Suruhanjaya segera dibentuk, malah Abdullah (bekas Perdana Menteri) pun boleh dipanggil kerana minit mesyuarat kabinet yang bocor itu berlaku dizamannya (Abdullah)."

Beliau meminta Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak juga perlu dipanggil oleh Suruhanjaya Diraja kerana beliau selaku Timbalan Perdana Menteri kepada Abdullah turut mengetahui minit kabinet berkaitan skandal pembelian tanah nelayan di PKFZ yang telah dibocorkan.

Beliau turut mendoakan Mahathir panjang umur supaya skandal PKFZ boleh diselesaikan, tidak seperti skandal PERWAJA yang terbengkalai disebabkan kematian Eric Chia.

Menurut Laporan Audit Price Waterhouse Coopers (PWC) yang diumumkan pada era Mahathir, 2002, dipercayai minit kabinet berhubung menjadikan tanah Pulau Indah sebagai kawasan pelabuhan bebas bocor.

Kebocoran itu mendorong salah seorang Ahli Lembaga Pengarah (1997-2003) bagi Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) Datuk Abdul Rahman Palil membeli tanah tersebut melalui Koperasi Pembangunan Koperasi Nelayan Selat Lumut (KPNSL), sebelum kebinet mengumumkan projek PKFZ.

Abdul Rahman kemudiaannya dilaporkan mengisytiharkan dirinya sebagai Pengerusi KPNSL.

Dilaporkan KPNSL menjual tanah tersebut dengan harga yang murah, RM3 perkaki persegi.

Tanah itu kemudiannya dibeli oleh Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB) dengan harga berlipat kali ganda, RM25 kaki persegi.

Menurut Laporan Audit PWC juga, skandal PKFZ di PPSB ini turut membabitkan beberapa pemimpin Umno dan BN.

Antaranya, Pengerusi KDSB Datuk Seri Azim Zabidi yang juga Bendahari Umno - Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB Datuk Seri Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) - Timbalan CEO Datuk Faizal Abdullah yang juga Ketua Pemuda Umno Kapar, dan sebagainya.

Dalam Hansard Parlimen Mei lalu, dilaporkan skandal yang bernilai RM1.6 bilion pada tahun 2002 itu melambung antara RM7.4532 bilion dan RM12.5 bilion.

Harakahdaily

Dasar Pakatan : CC PAS beri lampu hijau

Oleh G. Manimaran

PETALING JAYA, Dis 14 — PAS yang mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat semalam telah memberikan lampu hijau kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang akan dibentangkan pada konvensyen pertamanya Sabtu ini.

Langkah itu dilihat sebagai pencapaian penting dalam usaha PR untuk mengharungi liku-liku politik ikatan PAS-DAP-PKR itu.

"Ya, kami bersetuju untuk menerima. Ia pencapaian yang signifikan, kami tidak menerima bulat-bulat tetapi kepimpinan PAS telah meneliti dengan mendalam kandungan dasar bersama ini sebelum ia diluluskan," kata salah seorang ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad kepada The Malaysian Insider.


Jawatankuasa teknikal PR dijangka melengkapkan kandungan dasar itu hari ini sebelum diterima oleh Majlis Presiden ikatan itu yang dijadual bermesyuarat esok.

Tanpa menghuraikan lanjut, Dzulkefly yang juga salah seorang ahli jawatankuasa teknikal itu menambah, beberapa perkara yang menarik boleh diharapkan daripada dasar bersama itu hujung minggu ini.

"Ini akan menjadi paksi permuafakatan bagi Pakatan dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Dasar ini menyentuh keluhuran Perlembagaan, kedaulatan Perlembagaan, demokrasi, ekonomi dan sebagainya... yang mencerminkan pendirian kami selepas 20 bulan melalui situasi jatuh bangun, yang menarik dan yang tidak menarik.

"Kini sudah sampai masa bagi kami memperlihatkan kesungguhan, lebih muafakat, wibawa untuk menghadapi masa depan," katanya.

Dalam pada itu, Pengarah Pilihan Raya PKR Saifuddin Nasution Ismail pula berkata, konvensyen akan bermula dengan pembentangan Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

"Ia akan disusuli dengan ucapan dasar ketiga-tiga pemimpin Pakatan Rakyat dan sesi perbahasan sebelum menerima deklarasi di akhir konvensyen," katanya.

Konvensyen Pakatan Rakyat juga akan mengeluarkan deklarasi 10 perkara, kata beliau ketika ditemui.

"Dasar Pakatan Rakyat akan berteraskan pada soal persoalan demokrasi, negara hukum dan institusi negara, ekonomi, bahasa dan agama... kami mengambil pendekatan yang mudah dalam merangka dasar ini, yang menyentuh kepentingan rakyat," kata Saifuddin yang merupakan penyelaras konvensyen pertama ini.

Menurut beliau setiap anggota komponen PR akan menghantar 500 perwakilan menjadikan kira-kira 1,500 wakil akan mengambil bahagian dalam pertemuan ini.

Kata beliau usaha untuk mengadakan konvensyen ini telah dimulakan sejak dua bulan lalu selepas ia diluluskan oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat 21 Oktober lalu.

Konvensyen pertama ini akan berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam. Ia akan membincangkan Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang dimeterai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Konvensyen ini dijangka merumuskan beberapa perkara penting, antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini menyebut konvensyen ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa.

themalaysianinsider

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar Ibrahim

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.


Ali Hashim

KULIM, 13 Dis : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.

Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional.

"Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita.

"Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan.

"Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan antara rasuah dan ibadah ini berterusan mencelarukan masyarakat.

"Sudah pasti tidak. Oleh kerana itu kita tunjukkan sokongan kita dengan memberi pengajaran kepada Umno dan Barisan Nasional dengan menolak kepimpinan mereka," katanya.

Kenyataan Anwar itu disambut dengan tepukan gemuruh daripada ribuan hadirin yang membanjiri Stadium Mini Keladi tersebut.

Dalam ucapan tersebut Anwar juga membidas tindakan media arus perdana yang sengaja memutarbelitkan fakta dengan tidak menceritakan keadaan sebenar yang berlaku.

"Apa yang berlaku tidak dinyatakan dengan benar oleh media mereka.Bagi mereka berita yang sememangnya benar tetapi tidak menyebelahi mereka tidak akan menjadi laporan utama.

"Tetapi sekiranya berita tersebut walaupun kecil tetapi dapat mereka sensasikan maka itu akan menjadi tajuk utama mereka."

Anwar berkata demikian semasa melancarkan ceramah tanpa henti selama 40 hari seluruh negara anjuran PKR yang telah diadakan di Stadium Mini Keladi, Klang Lama, Kulim.

Turut hadir ialah Datuk Seri Nizar Jamaluddin, Tian Chua, Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim, Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amiruddin Shaari. Ahli Parlimen Kulim- Bandar Bharu, Zulkifly Noordin dan kepimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Harakahdaily

Saturday, December 12, 2009

Kerajaan Umno/BN Terengganu Menerima Akibat ‘Doa Laknat’



KUALA TERENGGANU - Masih heboh diperkatakan oleh media dan rakyat tentang isu ‘doa laknat’ yang belum dibaca lagi oleh Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada umumnya, orang ramai dapat menerima, apabila seseorang itu dizalimi, dianiayai, dan hilang segala punca mahu meminta pertolongan, maka dia akan berdoa kepada Allah SWT. (Gambar - Runtuhan Masjid Bujal).

Cuma orang-orang Umno yang tidak dapat menerima hakikat ini kerana, mungkin mereka tidak pernah menerima kesusahan dan kesengsaraan akibat dizalimi.

Apa pun doa yang dibaca oleh seseorang yang dizalimi itu, terpulanglah kepada orang itu sendiri, samada mahu mendoakan sesuatu yang buruk terhadap orang yang menzaliminya atau doa yang baik.

Namun, secara tabi’ie (semulajadi) sifat manusia, apabila mereka dizalimi, mereka akan meminta tuhan membalas keatas apa yang telah dilakukan oleh ‘penzalim’ terhadap mereka.

Di negeri Terengganu, khususnya di daerah Kemaman masih tidak lupa satu tragedi yang paling menyayat hati dimana kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu yang diketuai oleh Dato’ Seri Idris Jusoh telah melakukan satu kezaliman yang sangat dahsyat.

Tanggal 26 Mei, 2005, kerajaan Umno/BN bukan sahaja merobohkan rumah-rumah rakyat bahkan mereka merobohkan rumah Allah.

Seluruh masjid Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) Kampung Bujal lenyap dari muka bumi akibat kezaliman yang dilakukan oleh Umno dan BN.

Apakah salah penduduk-penduduk kampung Bujal sehingga masjid yang mereka dirikan dengan wang yang halal, hasil dari derma sumbangan sedeqah dan jariah orang ramai, tiba-tiba dengan mudah tanpa sedikitpun perasaan kasihan belas, masjid mereka telah dirobohkan.

Apa yang kami boleh buat ketika masjid Bujal dirobohkan? Tentulah kami mendoakan agar Allah membalas segala kejahatan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN.


BuletinOnline

Friday, December 11, 2009

Iltizam jejak Nazim dan Deepak

Hafiz Yatim & Salhan K Ahmad
Dis 11, 09 6:45pm


kemaskini 7.21pm Yang dikejar tidak dapat, yang dikendong tidak pula berciciran - akhirnya adik perdana menteri yang dikaitkan dengan penarikan akuan bersumpah penyiasat persendirian P Balasubramaniam, ditemui tanpa diduga hari ini setelah dua minggu berusaha menjejakinya.

Berkat iltizam untuk mengesahkan dakwaan serius bekas anggota polis Cawangan Khas itu, Malaysiakini terserempak Datuk Mohamed Nazim Razak di Masjid Negara selepas solat Jumaat tadi.

"Tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap," katanya sewaktu ditemui selepas melangkah dari pusara bapanya Tun Razak Hussein, di pinggir masjid itu, untuk beredar.

Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim, bersama isterinya yang sedang sarat hamil, pada malam sebelum menafikan akuan pertamanya bahawa Datuk Seri Najib Razak, waktu itu timbalan perdana menteri, mempunyai hubungan intim dengan Altantuya Shaariibuu. Najib telah menafikannya.

Pertemuan itu didakwa berlaku di kompleks membeli-belah The Curve, Damansara - yang diatur oleh seorang ahli perniagaan permaidani Deepak Jaikishan - selepas Balasubramaniam mendedahkan akuan awalnya di ibu pejabat PKR, 3 Julai tahun lalu.

Dalam wawancara yang diterbitkan di internet, Mohamed Nazim didakwa mengugut Balasubramaniam tentang keselamatan anggota-anggota keluarganya.

Usaha menjejak Mohamed Nazim bermula sewaktu kehangatan isu tersebut diperkatakan di Internet, khususnya melalui soal jawab wawancara Balasubramaniam di Malaysia Today dan rakaman videonya di Youtube.

Berdasarkan maklumat umum melalui carian di Google, pejabat Mohamed Nazim berjaya dikesan di Bangunan AMDB, berhampiran sebuah hotel terkenal di Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

Pejabat tersebut dikunjungi pada 26 November, selepas cubaan untuk menghubungi Mohamed Nazim melalui telefon di pejabatnya tidak berjaya beberapa hari sebelumnya.

Pada kira-kira jam 11 pagi, Malaysiakini singgah di pejabat urusan firma arkitek dan disambut oleh seorang setiausahanya, kelihatan hujung 20-an, yang berjaya dihubungi sebelumnya.

Setiausaha tersebut, yang hanya ingin dikenali sebagai Jeannie, berkata anak keempat Razak itu bagaimanapun tidak berada di pejabatnya di tingkat 15 bangunan tersebut.

Gadis itu kemudian meminta soalan-soalan dikemukakan kepadanya untuk disampaikan kepada ketuanya.

Soalan-soalan tersebut dihantar melalui emel telefon bimbit dan wartawan kemudiannya menunggu di ruang menyambut tetamu firma arkitek tersebut hampir setengah jam sebelum ditemui oleh seorang pengurus pejabat.

Wanita tersebut menerangkan, Mohamed Nazim berada di luar negara setelah dijelaskan hasrat untuk menemuramah adik perdana menteri.

Permintaan untuk mendapatkan nombor telefon bimbit Mohamed Nazim juga tidak dipenuhi, kerana menurutnya, maklumat itu milik peribadi dan tidak harus diberikan tanpa kebenaran.

Cubaan beberapa kali untuk menetapkan temujanji dengan Mohamed Nazim melalui kakitangan pejabatnya sepanjang minggu lalu juga menemui jalan buntu, namun setiausahanya itu berkata Mohamed Nazim akan kembali ke tanah air minggu ini.

Selain Mohamed Nazim, Malaysiakini semalam turut menjejaki Deepak di pejabatnya di Jalan Chan Sow Lin dan juga di kedai permaidaninya di Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Di pejabat tersebut, seorang wanita menemui Malaysiakini di aras dua bangunan empat tingkat Carpet Raya Sdn Bhd dan meminta supaya menunggu sementara beliau mendapatkan setiausaha Deepak.

Seorang wanita muncul kira-kira lima minit kemudian dan menjelaskan Deepak tidak berada di situ dan meminta wartawan beredar segera.

Beliau, yang hanya ingin dikenali sebagai Wong, kemudiannya meminta Malaysiakini beredar segera dan mengiringi sehingga ke luar bangunan tersebut.

Alasannya, mereka sedang menunggu kedatangan seorang tetamu.

Setelah gagal di Jalan Chan Sow Lin, Malaysiakini ke kedainya di hujung kanan Jalan Tuanku Abdul Rahman, yang terkenal dengan gedung membeli-belah, ke arah Dataran Merdeka.

Setelah memasuki kedai tiga pintu tersebut, wartawan berjaya menemui ibu Deepak, yang mahu dikenali sebagai Puan Jai, bersama lima pembantunya.

Setelah memperkenalkan diri dan menjelaskan tujuan kedatangan ke kedai tersebut, Puan Jai kemudiannya membuat dua panggilan melalui telefon bimbit.

Perbualan itu di depan Malaysiakini, bagaimanapun ia tidak dapat difahami kerana dipercayai beliau menggunakan bahasa Hindi.

Ditanya kemudian, wanita dalam usia 50-an itu kemudiannya berkata Deepak tidak berada di dalam negara, begitu juga Dinesh, adik bongsu daripada tiga beradik.

Puan Jai juga enggan memberikan nombor telefon bimbit kedua-dua anaknya itu ketika diminta, tetapi hanya memberikan nombor telefon kedai berkenaan.

Beliau menyarankan kepada Malaysiakini agar berkunjung semula minggu depan.

Tambahnya, beliau tidak mengetahui sekiranya Deepak atau Dinesh pernah mempunyai hubungan baik dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.

"Saya tidak pernah menemuinya," katanya lagi, dalam bahasa Inggeris, ketika ditanya sama ada Rosmah pernah mengunjungi kedai tersebut.


malaysiakini


Royalti Minyak : Najib Derhaka Wasiat Bapanya

Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah.

Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.

Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya.



dari Hrkh Idris Ahmad

Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.

Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.

Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.

Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.

Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008.

Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.

Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan bapanya akan mendapat keredhaan Allah.

Namun Najib tidak bertindak demikian, malah memungkiri wasiat yang telah dipersetujui di zaman pemerintahan bapanya.

Inilah contoh anak derhaka yang juga zalim kepada rakyat demi kepentingan politiknya. Idea wang ehsan ditimbulkan bagi mempengaruhi pemikiran rakyat sebagai menunjukan sikap bermuka-muka beliau, walhal rakyat lebih jelas dengan isi perjanjian Petronas-Kelantan 1975.

Idea wang ehsan ini bermula dizaman Tok Guru Najib iaitu Tun Mahathir yang ketika itu tertekan dengan kemenangan mengejut PAS di Terengganu.

Bagi membalas tindakan rakyat Terengganu yang menolak Kerajaan BN, maka Mahathir menarik balik wang royalti minyak Terengganu dan mengantikannya dengan wang ehsan.

Maka bermulalah sejarah wang ehsan iaitu satu pakej yang dibuat oleh BN khusus untuk negeri-negeri yang dikuasai oleh Parti bukan BN.

Keadaan ini berbeza dengan negeri Sabah yang diperintah oleh Parti Bersatu Sabah (PBS) dari tahun 1985-1994.

Walaupun ketika itu Sabah tidak dikuasai BN, namun royalti minyak tetap diberikan bukannya wang ehsan.

Maka jelaslah bahawa BN yang kini dipimpin Najib sengaja untuk menzalimi rakyat Kelantan dan menderhakai wasiat bapanya.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat



Anwar disenarai antara '100 pemikir terbaik dunia'

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 11 Dis : Datuk Seri Anwar Ibrahim telah disenaraikan sebagai '100 Pemikir Terbaik Dunia' iaitu menduduki tempat ke 32 bersama para pemikir dunia yang lain.

Anwar disenarai oleh majalah 'Foreign Policy' yang berpusat di Washington dalam edisi Disembernya baru-baru ini.

Turut tersenarai adalah Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama (ke-2), Perdana Menteri Britain, Gordon Brown (ke-74) dan Hillary Rodham Clinton (ke-6).

Anwar adalah satu satu dari 10 pemikir yang beragama Islam yang disenaraikan oleh majalah itu.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz disenaraikan dalam '50 tokoh Islam paling berpengaruh di dunia'.

Menteri Besar Kelantan itu, disenarai di tempat ke 42 dalam senarai '500 Muslim yang Berpengaruh Tahun 2009'.

The Royal Islamic Strategic Studies Center untuk pertama kalinya menerbitkan buku “The 500 Most Influential Muslims In The World” tahun 2009.

Para tokoh muslim dari seluruh dunia yang terpilih masuk dalam daftar itu adalah kalangan Muslim yang dianggap memiliki kemampuan untuk mempengaruhi keadaan kemanusian dan mampu membawa perubahan dalam kehidupan ramai orang.

“500 Muslim Paling Berpengaruh di Dunia” sepanjang tahun 2009 itu, dibahagi dalam 15 kategori, antara lain kategori ulama, politik, cendekiawan, perempuan, pemuda, ilmu dan teknologi, media sampai kategori muslim radikal.




Nik Aziz : Naik mas kahwin tambah anak dara tua

“Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,”


KOTA BARU, Dis 11 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju kadar mas kahwin dinaikkan kerana ialah boleh mengundang kepada ramai gadis menjadi anak dara tua.

“Kita tidak bercadang menaikkan kadar mas kahwin di Kelantan dan mahu mengekalkan peraturan sedia ada,” kata beliau selepas menyampaikan kuliah Jumaat di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan kerajaan Selangor menaikkan kadar mas kahwin di negeri itu daripada RM80 kepada RM300 berkuat kuasa Jan 1 depan.

Dipetik Bernama, Nik Abdul Aziz berkata beliau sudah lama mengamalkan langkah tidak mengambil berat mengenai mas kahwin termasuk yang membabitkan perkahwinan anak-anaknya sendiri.

“Sayapun mengenakan tidak lebih RM1,000 bagi mas kahwin (yang termasuk hantaran) setiap anak saya sejak dulu,” katanya.

Menurutnya langkah mengenakan mas kahwin dan hantaran yang terlalu tinggi lebih bersifat riak dan menunjuk-nunjuk.

Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan tidak menetapkan jumlah tertentu berhubung kadar mas kahwin bagi pasangan yang ingin berumah tangga di negeri itu.

Semalam Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata mulai bulan depan kadar mas kahwin di Selangor ditetapkan sebanyak RM300 berbanding kadar semasa iaitu antara RM40 dan RM80 yang dilaksanakan sejak tahun 1978.

Beliau berkata kadar baru itu dikuatkuasakan setelah mengkaji beberapa perkembangan semasa termasuk menyeragamkan jumlah mas kahwin kepada wanita tanpa mengira status mereka seperti sebelum ini.

“Sebelum ini kita tetapkan mas kahwin bagi anak dara ialah RM80 manakala RM40 bagi yang berstatus janda.

“Saya yakin dengan kadar baru ini ia lebih memuliakan kedudukan wanita tanpa mengira status,” katanya.

themalaysianinsider

PKFZ : OC Phang charged with CBT, claims trial

In the first indictments over the Port Klang Free Zone (PKFZ) project, former Port Klang Authority (PKA) general manager OC Phang and two others were charged with criminal breach of trust (CBT) and making false claims in the Klang Sessions Court today.





malaysiakini

Thursday, December 10, 2009

JAIS mahu seret Dr Asri ke Shah Alam

dari Mkini Dis 10, 09 12:55pm

Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) memohon kes tokoh agama popular Dr Mohd Asri Zainul Abidin dibawa untuk perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam hari ini.

Peguam bekas mufti Perlis itu bagaimanapun membantahnya.


Pada 18 November lalu, Dr Mohd Asri dituduh di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur berhubung dakwaan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah Majlis Agama Islam Selangor.

Hakim Mahkamah Tinggi itu Mohammad Adib Husain menetapkan 6 Januari ini untuk penghujahan kedua-dua pihak berhubung bantahan tersebut.

[Laporan penuh menyusul]

Gabriel Adit dilamar parti baru - Parti Cinta Malaysia

dari Mkini Dis 10, 09 12:52pm

ADUN Ngemah, Gabriel Adit Demong, 58, yang tidak berparti selepas meninggalkan PKR Oktober lalu, hari ini menyertai parti baru - Parti Cinta Malaysia (PCM).

Beliau turut dinamakan sebagai pengerusi parti tersebut bagi Sarawak. Parti itu ditubuhkan empat bulan lalu.

Pengumuman mengenainya dibuat dalam akhbar presiden TCM, Tang Weng Chew.

Adit yang juga turut hadir, berkata beliau tidak akan mengecewakan rakyat Sarawak dengan menyertai parti baru itu.

"Selepas melihat PKR, saya tidak fikir mereka boleh mengambil alih Sarawak (dlam pilihan raya negeri yang akan datang). Saya harap kita (PCM) dapat berkhidmat kepada rakyat Sarawak dengan lebih baik lagi," katanya,

Adit yang sudah empat penggal menjadi ADUN Ngemah, termasuk tiga kali atas tiket BN ketika menjadi naib presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) - parti komponen BN negeri yang telah dibubarkan akibat krisis kepimpinan.

Beliau menyertai PKR pada hujung 2008 tetapi meninggalkan parti itu Oktober lalu, dengan mendakwa bahawa beliau bukan pro-BN atau pro-pembangkang, tetapi hanya 'pro-isu'.

[Baca berita penuh]





Kes salah laku setpol PM ke SPRM

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 10 Dis : Pemuda PAS Wilayah telah menghantar laporan dan memohon siasatan terhadap beberapa kes salah laku Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk shafie Abdullah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pagi tadi.

Ketuanya, Kamaruzaman Mohamad menyerahkan laporan itu kepada pegawai bertugas, En Mohd Yahya Mohd Rashid dihadapan Timbalan Pengarah SPRM Wilayah Persekutuan, En Hasan Yahya.

Walaubagaimanapun, menurut Kamaruzaman laporan tersebut cuma diterima sebagai maklumat dan akan dibawa ke dalam mesyuarat jawatankuasa SPRM Wilayah Persekutuan sebelum memaklumkan semula sama ada perlu membuka kertas siasatan ataupun tidak.

“Dalam masa seminggu pihak SPRM Wilayah Persekutuan akan menelefon dan memanggil saya kembali untuk memaklumkan hasil keputusan mesyuarat tersebut samada ia jadi kes atau tidak.

“Sekiranya pihak SPRM tidak membuka kertas siasatan, kami minta supaya ia dibangkitkan semula di parlimen” tegas beliau.

Laporan yang diserahkan kepada SPRM Wilayah Persekutuan tersebut turut dilampirkan salinan hansard parlimen bertarikh 7 Disember 2009, muka surat 35-38 yang mengandungi butiran-butiran ucapan Ahli Parlimen Wangasa Maju YB Wee Choo Keong.

Pada tarikh sama Sidang Parlimen, Wee Choo Keong telah mendedahkan bahawa Shafie yang juga Ketua Penerangan Umno Wilayah Persekutuan dan Ketua Bahagian Umno Wangsa Maju telah menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Antaranya beliau mendakwa Shafie telah menggunakan pengaruhnya menghalang penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari mengambil tindakan meroboh Restoran Rashatini yang dimiliki oleh Pengerusi Persatuan Penjaja Melayu Wilayah Persekutuan.

Restoran terbabit merupakan premis haram kerana didirikan di atas tanah rizab DBKL.

Shafie juga turut di dakwa membantu menggunakan pengaruh beliau bagi membolehkan restoran tersebut mendapatkan peralatan dan kerusi milik DBKL secara percuma.

Selain kes itu, Shafie juga didakwa telah menggunakan pengaruhnya supaya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan melantik 29 nama yang beliau cadangkan sebagai Ahli jawatankuasa Surau Al-Ehsaniah, di Rumah Pangsa Danau Kota.

Beliau juga pernah didakwa menggunakan pengaruhnya membantu rakan karibnya, John Tee, Pengarah Urusan Syarikat Evergreen Sdn Bhd bagi mendapatkan kontrak pembekalan alatan kepada pusat-pusat Latihan Khidmat Negara semasa Perdana Menteri menjawat jawatan Menteri Pertahanan.

Beberapa kes salahguna kuasa beliau yang lain termasuklah menjadikan isterinya sebagai proksi dalam senarai lembaga Pengarah Syarikat Bukit Kiara Development Sdn bhd untuk memudahkan beliau menyalurkan projek-projek kerajaan.

Beliau juga didakwa memperolehi 30 lot tapak Pasar Malam Uptown Danau Kota menggunakan pengaruhnya dan terlibat di dalam kelulusan “development order” untuk membina shoopping complex di atas sebidang tanah yang digazetkan di dalam Draf Pelan KL 2000 untuk Masjid Desa Sri Hartamas.





Royalti : Nik Aziz sedia jumpa pusat di mahkamah

Oleh Mohd Zuharman

KOTA BARU, Dis 9 — Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menyatakan kesediaannya menyahut cabaran Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz agar Kelantan mengemukakan isu tuntutan royalti minyak di mahkamah.

“Sebenarnya Kelantan sudah lama bercadang untuk bawa isu ini ke mahkamah. Tapi ikut adat perkiraan... kita cuba dulu melalui perundingan. Kalau mereka pun memang nak begitu kita tak ada masalah.

“Bukan dia (Nazri) saja nak, kita pun nak,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya siang tadi.

Semalam Nazri mencadangkan kerajaan Kelantan mengemukakan tuntutan isu berkaitan di mahkamah daripada terus melanjutkan usaha retoriknya berdoa yang bukan-bukan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan kerajaan Pusat.

Sementara itu ketika mengulas cadangan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta supaya beliau bertindak mempercepatkan proses peletakan jawatan menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Nik Aziz berkata, ia merupakan satu kesilapan.

Kata Nik Aziz, tindakan itu seolah-olah membuka lorong kepada pihak lawan berpesta atau mencuri peluang untuk menghentam parti sendiri.

“Ucapan Datuk Mahfuz betul-betul memberikan peluang kepada Umno berpesta,” katanya sambil menegaskan, proses ke arah melepaskan jawatan sudah siap malah mengikut segala prosedur, dan sepatutnya tidak perlu dibangkitkan.

Pada masa sama Nik Aziz turut menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya PAS Pusat meminta Ariffahmi menyegerakan peletakan jawatannya.

“Tidak segera. Dia (Arifahmi) hanya diminta berundur. Segera atau tidak, dia (PAS Pusat) tak minta,” katanya.

Isnin lalu Naib Presiden PAS itu menyebut bahawa perlu bagi Nik Aziz selaku Penasihat PMBK berbincang dengan ahli PMBK supaya perkhidmatan Ariffahmi ditamatkan segera dengan dibayar sebulan gaji tanpa memerlukan tamat notis tiga bulan.

Justifikasi Mahfuz semasa membuat kenyataan itu adalah bagi meredakan konflik yang sedang berkisar dalam krisis pentadbiran kerajaan negeri.

Mahfuz : Saya bukan nak ajar tapi sayang Nik Aziz


themalaysianinsider

Dato' Husam Musa mengupas "Isu Tuntutan Royalti" & "Fakta Telaga Minyak"

Ceramah Isu Semasa 9 Dis 2009 (1). Husam Musa mengupas "isu tuntutan royalti" & "fakta telaga minyak" di Kelantan.


Ceramah Isu Semasa 9 Dis 2009 (2). Husam Musa mengupas "isu tuntutan royalti" & "fakta telaga minyak" di Kelantan.


Ceramah Isu Semasa 9 Dis 2009 (3). Husam Musa mengupas "isu tuntutan royalti" & "fakta telaga minyak" di Kelantan.



mediakini.com

MB Terengganu di Serang Lagi!

- Cakap-cakap ‘Ahmad akan Dilucutkan Jawatan’ Kedengaran di Putrajaya
KUALA TERENGGANU – Khabar tentang Menteri Besar (MB) Terengganu, Dato’ Ahmad Said, akan diturunkan dari Tingkat 16 Wisma Darul Iman tidak pernah berhenti.

Sejak menjawat jawatan politik tertinggi Terengganu melalui pilihan istana pada Mac tahun lalu, Ahmad sentiasa diserang,(Gambar - Ahmad Said berkupiah putih ketika berucap sebelum berangkat ke Mekah)

Terutamanya oleh kumpulan yang menyokong bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh.

Mungkin silap beliau sendiri, yang membuat kenyataan awal, bahawa perlantikannya sebagai MB tidak akan bertahan lama.

Justeru, berita baru yang tersebar lebih panas dan sensasi, kerana pada kali ini ia bukan serangan yang datang dari kem Idris.

Bekas Setiausaha Perhubungan Umno Terengganu, Dato’ Rosol Wahid dikatakan sudah berdiam diri, mungkin mengadakan ‘gencatan senjata’.

Ia berikutan persetujuan beliau dilantik semula sebagai penyelaras DUN Ajil sebagaimana dilaporkan akhbar media perdana 13 November, 2009.

Oleg itu, berita Ahmad Said akan diturunkan dari kerusi Menteri Besar bukan sahaja memanaskan musim Monsun di Terengganu, malah sudah menjalar hingga ke Putrajaya.

Ia bermula dengan kedatangan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak bagi menutup kejohanan perahu layar piala monsun pada 6 Disember, minggu lalu.

Percakapan berkenaan ‘agenda besar’ itu dilaporkan menjadi topik perbualan beberapa ADUN ketika Najib menyampaikan sumbangan bantuan bajir di Mengabang Telipot.

Sumber Buletinonline mengesahkan khabar tentang MB Terengganu akan ditukarkan telah kedengaran di Kementerian Kewangan beberapa hari lalu.

Ahmad Said pada 19 November lalu telah berangkat menunaikan haji, akan pualang pada 9 Disember dan dijangka memulakan tugas pada pertengahan Disember.


Berita selanjutnya akan menyusul.......

Wednesday, December 9, 2009

Nazri : Dr M is ‘father of all racism’

“He’s saying I’m in a racist party so he confirms what I said about him. If he says I’m in a racist party because I’m a member of Umno, then he is the father of all racism, he was the president of Umno for 22 years. It confirms that I said he was a racist. Please give him some other argument lah. As the ex-PM, he should give better suggestions. I feel sorry for him but I will continue,”


By Asrul Hadi Abdullah Sani

KUALA LUMPUR, Dec 9 — Minister in the Prime Minister Department’s Datuk Seri Nazri Aziz attacked Tun Dr Mahathir Mohamad again and called the former Umno president the “father of all racism” as the row between the two men over the controversial National Civics Bureau (BTN) continued.

Nazri criticised the former prime minister for being a hypocrite and said: "Who does Mahathir think he is?”

“If he can comment on others, why can’t I comment on him? Who is he? People kept telling me that he’s been in the government for 22 years. Yes but that’s not right for him to abuse people the way he abused the former PM. You mean to say he was the former PM for 22 years he can do anything he likes? I cannot agree and he’s no longer in the government.

“Last time he told us you must support the government. He was a perfect PM, I never complained. It was only after he retired, he started to attack us. He used to tell us, if one day we become a candidate and if we are dropped, we should not be angry because once that person supported us, now it’s time for us to support them.

“What is he doing now? We all supported him before through thick and thin and yet when he retired, he attacks us even worse than the opposition. Today the opposition doesn’t need to do work. Dr M is the only one attacking us. Everything is not right. During Tun Abdullah’s time, everything was not right but he’s a gentleman, he didn’t argue. Now with Najib, there is something wrong. Does he (Mahathir) want to become a PM?” Nazri told reporters at the Parliament lobby.

Nazri said he would never resign because of Dr Mahathir.

“When he wanted to resign before, we told him not to but he wanted to step down. Now he has stepped down, he’s asking me to resign. What for? I’m not going to give him the pleasure of resigning to make him happy because I’m not stupid to fall into his trap,” he said.

Nazri pointed out that if he belongs to a racist party, then Dr Mahathir is the “father of all racism” because he was the president of Umno.

“He’s saying I’m in a racist party so he confirms what I said about him. If he says I’m in a racist party because I’m a member of Umno, then he is the father of all racism, he was the president of Umno for 22 years. It confirms that I said he was a racist. Please give him some other argument lah. As the ex-PM, he should give better suggestions. I feel sorry for him but I will continue,” he added.

Nazri maintained that he was not being disrespectful of Dr Mahathir but pointed out that the former premier should accept that he is also open to criticism.

“This is democracy and free speech. I meant no disrespect to him. It’s just counter-argument to his criticism. There is no need to write to papers to say I’m disrespectful. This is a way out of the argument. Although he is an old man, he got himself involved in a matter that invites criticism from others. Don’t say when I criticise him, I’m being rude,” he said.

He added that Dr Mahathir also criticised the first prime minister, Tunku Abdul Rahman.

“When he criticised Tunku Abdul Rahman, that’s not rude? He taught me. If he does it is OK, but if we do it then it’s rude? In the 1960s he criticised the then PM, so if people do it now, don’t get angry. He’s my teacher,” he said.

Nazri also wondered why Dr Mahathir did not like him since the former premier was the one who appointed him a minister.

“I didn’t force him, I didn’t put a gun to his head and force him. He knows I’m a good minister and I’ve been a minister for three terms. Each time a new PM takes over, there are rumours that I’ll be dropped. I’ve been a minister for 10 years. I only serve the rakyat,” he said.

The former premier and the minister in the Prime Minister’s Department have been at loggerheads over the need to revamp the BTN, which critics charge with cultivating racism instead of its original purpose of nation building.

Nazri had earlier called Dr Mahathir a “bloody racist” for defending BTN courses while reasserting the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme in line with the policy of 1 Malaysia mooted by Prime Minister Datuk Seri Najib Razak.

Nazri also lashed out at Dr Mahathir yesterday and described the former premier’s call for his resignation from the party as the “most stupid statement” that he has ever heard.

Dr Mahathir said that Nazri should resign from Umno because if he was against racism, he should not be in a racist party.

themalaysianinsider

Dewan ulama pertahankan tindakan Dr Asri

KOTA BHARU - Dewan Ulama Pas Kelantan mempertahankan tindakan bekas Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin yang mahu berdakwah di pusat hiburan.

Ketuanya, Datuk Muham-mad Daud Iraqi berkata, perubahan yang ingin dilakukan oleh Dr Asri itu adalah tepat dengan keadaan semasa yang menuntut golongan pendakwah lebih kreatif untuk bertemu dengan golongan sasaran.

“Kita jangan menyempitkan dakwah dengan mengadakan ceramah di masjid sahaja. Malah pada zaman ulama terdahulu, mereka menggunakan pelbagai medan untuk menyebarkan agama Islam.

“Jadi apa salahnya untuk berdakwa kelab malam,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Muhammad Tamyes Abdul Wahid yang menyifatkan hasrat Dr Asri untuk menyebarkan dakwah di pusat hiburan adalah tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Tamyes berkata, pendakwah seharusnya menjaga maruah dan imej ketika menyampaikan agar tidak dipandang serong oleh masyarakat.

Muhammad berkata, Islam tidak pernah melarang penganutnya untuk menyebarkan agama Islam di mana sahaja asalkan ia bersesuaian dengan keadaan semasa.

“Oleh itu, saya sarankan mana-mana individu yang mahu berdakwah dengan cara tersebut meneruskan hajatnya tanpa takut dengan kenyataan pihak-pihak lain,” katanya

Sementara itu, mengulas mengenai kenyataan Tamyes yang dikatakan sentiasa bertentangan dengan Dr Asri, Muhammad berkata, pemimpin agama janganlah berfikiran cetek dan perlu berfikiran terbuka.

SinarHarian

1500 sertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember

Harakahdaily

SHAH ALAM, 9 Dis : Seramai 1500 perwakilan dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat akan menyertai konvensyen pertama Pakatan Rakyat 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam.

Mereka akan menyaksikan detik penting sejarah besar Pakatan Rakyat dan juga rakyat Malaysia secara amnya, kata satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Pakatan Rakyat hari ini.

Konvensyen bertujuan untuk membincangkan 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' yang telah dimeterai oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat ke Konvensyen yang akan dihadiri oleh para perwakilan yang mewakili parti-Parti dalam Pakatan Rakyat dari seluruh negara.

PAS, PKR dan DAP adalah anggota rasmi Pakatan Rakyat. Konvensyen ini dijangka akan merumuskan beberapa perkara penting. Antaranya pendaftaran parti gabungan Pakatan Rakyat serta penggunaan logo bersama PR dalam pilihan raya umum akan datang.

Pembentangan kertas 'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' akan disampaikan oleh Pemimpin Utama Pakatan Rakyat semasa Konvensyen tersebut.

'Dasar Bersama Pakatan Rakyat' ini akan menjadi dasar yang diterima, disepakati dan dihormati oleh ketiga-tiga Parti dan muafakat Pakatan Rakyat.

Sekretariat Pakatan Rakyat sebagai penganjur Konvensyen Pakatan Rakyat kali yang pertama ini memaklumkan, tema konvensyen ini adalah “Memimpin Perubahan, Menjana Kemenangan”.

Konvensyen ini akan berlangsung mulai jam 8.00 pagi hingga 6 petang akan terbuka kepada media di samping para pemerhati.

"Konvensyen Pakatan Rakyat ini juga akan menjadi pemangkin kepada hasrat Pakatan Rakyat untuk menawarkan kepada rakyat Malaysia sebuah kepimpinan yang berwibawa," kata kenyataan itu.

"Diharap pihak tuan/puan dapat hadir atau menghantar wakil untuk hadir meliputi acara yang bersejarah ini. Pendaftaran bagi wakil media boleh dibuat mulai hari ini di www.tinyurl.com/daftarmedia," kata kenyataan itu lagi.

Konvensyen Pakatan Rakyat diumumkan pimpinan pakatan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat ketua pembangkang 21 Oktober lalu.

Semalam Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim dilaporkan memberitahu persiapan rapi sedang giat dijalankan menjelang konvensyen tersebut.

Persiapan dibuat dengan kejasama ketiga-tiga parti yang mahu melihat program tersebut berjalan lancar dan membuahkan hasil yang terbaik.

"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"katanya.

"Lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Lagu tema untuk konvensyen tersebut bertajuk "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang sudah pun siap dalam masa seminggu.

Manakala logonya pula menggunakan asas warna oren dan putih, menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.




Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah - Nazri Aziz

Dzulfikar Mashoor & Shukri Mohamad

KUALA LUMPUR, 9 Dis : Perdebatan kontroversi berhubung modul Biro Tata Negara menyaksikan Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Dr. Mahathir saling bertikam lidah.

Nazri menuduh Mahathir sebagai rasis Melayu kerana tidak menyokong cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk merombak modul BTN agar selari dengan konsep 1Malaysia.

Sebagai maklum balas, Mahathir pula meminta Nazri meletak jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) kerana didakwa tidak petriotik Melayu.

Nazri pagi tadi menyifatkan kritikan Mahathir belakangan ini seolah-olah mahu menjadi Perdana Menteri semula, menggantikan Najib.

"Waktu Tun Abdullah (Ahmad Badawi) jadi Perdana Menteri dulu, semuanya (polisi kerajaan) tak betul. Seolah-olah dia (Mahathir) saja yang betul. Dia (Mahathir) ini nak jadi Perdana Menterikah," soalnya.

Beliau turut mengkritik tindakan Mahathir mempertikai kepemimpinan Perdana Menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Dulu masa kita (Umno) kata jangan berhenti (dari jadi Perdana Menteri), dia juga yang nak berhenti. Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia mula suruh orang lain (Abdullah) pula berhenti."

Beliau juga menasihatkan Mahathir supaya menyokong kepemimpinan Najib.

"Dulu, masa orang sokong kita (Mahathir), sekarang masa kita (Mahathir) sokong orang (Najib) pula," soalnya.

Beliau juga menganggap kritikan Mahathir belakangan ini banyak menguntung pembangkang.

"Bila dia (Mahathir) dah berhenti, dia serang kita (Umno) pula, lebih teruk daripada pembangkang," sindirnya lagi.

"Hari ini, pembangkang tidak perlu buat kerja, cukup dengan Dr. Mahathir saja, semuanya (polisi kerajaan) tidak betul."


Pun begitu, Nazri mengakui sumbangan Mahathir dalam Umno dan kerajaan sebelum ini.

Terdahulu, Mahathir menyifatkan kepemimpinan Umno sekarang seperti usus yang sudah busuk.

Kenyataan Mahathir itu dipercayai umum ditujukan kepada Najib.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Muhyiddin dilihat lebih menyokong Mahathir berbanding berbanding Najib-Nazri.

Pertikaman lidah antara dalam kalangan beberapa pemimpin terbabit tersebut sekaligus menyaksikan bahawa Umno sedang mengalami dilema sama ada untuk kekal memperjuangkan rasis-Melayu atau mengubah ideologinya pada pluralisasi kaum melalui konsep 1Malaysia

Harakahdaily

"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya,"

"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini,"

"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya"


kenyataan Naib Presiden PAS, Tuan Ibrahim dipetik dari mStarOnline


Isu Ariffahmi : Tuan Ibrahim Tak Setuju Dengan Mahfuz
Oleh ARIFFUDDIN ISHAK

PETALING JAYA : Semua pihak diminta supaya tidak mewujudkan 'tekanan baru' kepada Abdul Ariffahmi Ab Rahman berhubung soal peletakan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, isu peletakan jawatan Abdul Ariffahmi tidak seharusnya diperdebatkan oleh 'orang luar'.

Beliau sekaligus tidak bersetuju dengan gesaan seorang lagi Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar supaya Abdul Ariffahmi segera melepaskan jawatannya iaitu lebih awal dari tempoh tiga bulan yang diumumkan sebelum ini.

"Janganlah wujudkan satu lagi tekanan kepada Abdul Ariffahmi, orang luar sepatutnya tidak mencampuri urusan ini," katanya kepada mStar Online.

Akhbar semalam memetik Mahfuz sebagai berkata bahawa menantu Menteri Besar Kelantan itu wajar dengan segera meletakkan jawatannya bagi menepati semangat dan matlamat keputusan pimpinan PAS Pusat berhubung kedudukannya dalam PMBK.

Kata Tuan Ibrahim lagi, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelesaikan isu tersebut.

"Memandangkan isu ini melibatkan hal ehwal kerajaan Kelantan, jadi eloklah kita beri sepenuh kepercayaan kepada Tok Guru (Nik Abdul Aziz) untuk menguruskannya.

"Saya yakin isu ini boleh diselesaikan mengikut landasannya," kata beliau.

Tambah Tuan Ibrahim, beliau percaya, Abdul Ariffahmi memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas-tugasnya di perbadanan itu.

"Persetujuan beliau untuk meletak jawatan itu juga satu pengorbanan yang besar buat dirinya... kita perlu ambil kira perkara itu semua.

"Mungkin beliau perlu selesaikan banyak perkara, bagilah masa kepadanya, biarlah perkara ini diselesaikan mengikut proses yang teratur," katanya.

Abdul Ariffahmi yang berkhidmat selama lapan tahun di PMBK dilantik sebagai CEO pada 20 September lalu.

Sebelum itu beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi PMBK.

Bagaimanapun pelantikan Ariffahmi ke jawatan CEO telah mencetuskan kontroversi amalan nepotisma dalam PAS selain kemelut dalaman PMBK yang dikaitkan dengan soal salah urus tadbir dan kewangan.

Kemuncak kepala segala kontroversi ini ialah apabila seorang bloger terkenal yang juga pegawai perhubungan korporat PMBK, Syed Azidi dipecat daripada jawatannya setelah timbul cakap-cakap yang mengaitkan beliau sebagai punca siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas sayap pelaburan Kerajaan Negeri Kelantan itu.

Sehari selepas dipecat, Syed Azidi@Kickdefella telah memanggil satu sidang akhbar dan mengisytiharkan 'perang' ke atas Ariffahmi dengan memberi amaran yang beliau akan terus mendedahkan kepincangan pentadbiran di bawah menantu Nik Aziz itu.

Selepas menerima pelbagai desakan dan kritikan akhirnya Nik Abdul Aziz selaku Pengerusi PMBK dan juga atas nasihat kepimpinan PAS Pusat telah meminta Ariffahmi melepaskan jawatannya di PMBK.

Bagaimanapun kontroversi berhubung kedudukan beliau tidak tamat dengan peletakan jawatan tersebut kerana ia hanya akan berkuat kuasa pada 25 Mac 2010. Ariffahmi mengemukakan notis berhenti tiga bulan.


Umno Parti ‘Racist’ : Ustaz-ustaz dalam UMNO wajib keluar parti!

KUALA NERUS – Pemimpin Umno yang ‘racist’ telah bertelagah sesama sendiri, dengan masing-masing ‘pakat’ menggelar diri mereka dengan panggilan ‘racist’.

Semalam, 7 Disember, Ahli Majlis Tertinggi Umno Dato’ Seri Mohamad Nazri Aziz yang mengakui beliau tidak boleh lari dari menjadi seorang ‘racist’, telah menggelar bekas Presiden Umno Tun Mahathir Mohamad sebagai ‘bloody racist’.

Nazri berkata demikian apabila Mahathir membalas kenyataannya, yang mahu merombak kurikulum Biro Tata Negara (BTN) kerana BTN telah melatih rakyat Malaysia khususnya orang-orang Melayu menjadi ‘racist’.

Pada 6 Disember, Mahathir berkata kerajaan tidak perlu merombak Biro Tata Negara (BTN) sebagai membalas kenyataan Nazri yang mengumumkan kabinet akan merombak kurikulum ‘racist’ BTN.

Hari ini, 8 Disember, Mahathir dan Nazri, kedua-duanya pemimpin parti Umno yang ‘racist’ berbalas-balas kenyataan tentang siapa yang lebih ‘racist’.

Mahathir telah mencabar Nazri keluar dari parti Umno yang ‘racist’, kerana kata Mahathir, Umno memang parti ‘racist’.

Namun begitu, kira-kira dua bulan lalu, pada pembukaan Perhimpunan Agung Umno 15 Oktober lalu, Presiden Umno, Dato’ Seri Najib Razak memberi amaran kepada parti-parti politik lain khususnya Pakatan Rakyat, jangan menuduh Umno sebagai parti yang bersifat perkauman (racist).

Pada masa yang sama beliau menafikan Umno adalahsebuah parti politik yang ‘racist’

Hari ini, jelas cakap Najib adalah tidak benar, apabila bekas Presiden parti ‘racist’ Umno mengesahkan, memang Umno parti ‘racist’ dan Nazri turut mengakui, memang Umno adalah ‘racist’

Sehubungan itu, Ketua Urusan Ulamak PAS Kuala Nerus, Ustaz Ismail Dagang, menasihatkan supaya semua ustaz-ustaz yang masih menjadi ahli Umno, keluar dari parti Umno yang ‘racist’.

Menurutnya, Islam melarang orang-orang Islam yang beriman, berjuang atas dasar ‘perkauman yang sempit atau dalam bahasa sekarang dipanggil ‘racist’

”Orang-orang Islam yang beriman wajib berjuang menegakkan Islam, dan memperjuangkan Islam sahaja,

”perjuangan menegakkan ‘bangsa’ tidak ada dalam Islam, apatah lagi ‘menegakkan perkauman yang sempit,”katanya kepada Buletinonline semalam.


Secara khusus katanya, beliau mengajak dua orang ustaz dalam Umno Terengganu, supaya kembali memperjuangkan Islam bersama Parti Islam dan meninggalkan Umno.

”Semalam telah jelas, bekas Presiden Umno dan Ahli Majlis Tertinggi Umno mengesahkan Umno adalah parti ‘racist’, parti yang bersifat perkauman,

”Oleh itu saya mengajak kedua-dua pemimpin Umno, YB Tepoh dan YB Batu Rakit supaya meninggalkan Umno, wajib bagi mereka keluar dari Umno,”jelasnya.

BO


Tuesday, December 8, 2009

Nazri calls Dr M a racist for defending BTN

UPDATE 1

By Asrul Hadi Abdullah S
ani

KUALA LUMPUR, Dec 7 — Datuk Seri Nazri Aziz has called Tun Dr Mahathir Mohamad a “bloody racist” for defending the Biro Tata Negara (BTN) courses, and reasserted the Cabinet’s earlier decision to overhaul the programme.

Nazri pointed out to reporters in Parliament today that patriotism was not meant only for the Malays but for all Malaysians.

“You must be a Malaysian whether you’re a minister or not. You must walk your talk. Don’t just because when you were PM, you wanted everyone to support you, you’re Malaysian and the moment you’re no longer PM, that’s it, only talk about the Malays so I cannot accept his comment. When you read his blog it is bloody racist.

“I strongly feel the BTN courses must be in line with the 1 Malaysia slogan by the PM,” he said.


Dr Mahathir had said yesterday that there was no need to revamp BTN’s training modules in the current form and that it was suitable for instilling the patriotic spirit among Malaysians.

Nazri also slammed Umno’s Utusan Malaysia newspaper today, saying its “denial syndrome is making me laugh.” The minister in the prime minister’s department repeated his stand that “everybody knows what the BTN is,” so there was nothing to hide.

“I just want them to know, they should not go on a denial syndrome because their syllabus is known to everybody. Don’t think that people outside do not know about the syllabus based on patriotism for Malays. I just want to remind them that among those in the opposition, Hasan Ali was a former deputy director of BTN and Sungai Petani MP Johari Abdul was a BTN former director and Anwar Ibrahim’s father in law was involved with the BTN.

“They all know what the syllabus is all about so who are we to say that it did not happen? You want to lie? You make people laugh. I mean there are people who attended the courses who came out very angry. There were many instances of the use of words like Ketuanan Melayu (Malay supremacy). It is ridiculous so I want them to tell me where did I go wrong in supporting the revamping of the BTN syllabus. Tell me where I went wrong?” he asked.

Nazri stressed that BTN was funded by public money and that the funds should be spent properly for the betterment of all communities.

“The BTN’s allocation is mentioned in the PM’s department’s budget. So it’s public money. So if it’s public money then we need to ensure that it is spent properly, not to have courses only to concentrate on one community in the country.

“You talk about patriotism, love for the country. Patriotism is for all Malaysians regardless of race. Therefore, the money spent on BTN to have courses must reflect the 1Malaysia slogan by the PM. It should not only be to raise patriotism among the Malays. Malaysia is for all races so I disagree with any syllabus which only concentrates on patriotism just on one community, I disagree. If they have a problem with that, I want to know what is their problem,” he said.

Nazri questioned if Utusan Malaysia, which has been at the forefront of defending BTN courses, believes that Malaysia belongs only to the Malay community.

“Do they want to say that Malaysia belongs only to the Malays and the government is only a Malay government? Should only the Malays be given the spirit of patriotism? Other races are not patriotic about their country? So I want them to point out to me where is it that I’ve gone wrong If I disagree with the past syllabus,” he added.

Nazri also denied the claim made by Utusan that it was only him who wanted BTN to be revamped and not the Cabinet.

“The moment PM took over, when he introduced the 1 Malaysia slogan. It was soon after that because courses run by BTN using public funds must be used properly and it amounts to millions so if you want to talk about patriotism, patriotism for all, not just the Malays, for all Malaysians. It’s not because of the Selangor state government that we changed the syllabus so it’s long before that,” he said.

Nazri also questioned Utusan for deceiving Malaysians on BTN.

“You tell me, can I lie? I can’t. They must use their head lah. If they want to deny and all that. If the other side they do not know, it’s different but all these people were involved with BTN before. They were facilitators and directors so they know what’s going on.

“Come on lah, please, this is not 1961 or the 1970s. Information is freely available. I want them to get out of the denial syndrome, admit it and that’s in line with the PM’s slogan so why shouldn’t we change?” he asked.

The PR-led Selangor government recently imposed a ban on its civil servants and students within its state-run educational institutions from attending BTN courses, while Penang — another PR- governed state — is said to be considering similar action.

But the hawks in Umno, through Malay-based dailies like Berita Harian and Utusan Malaysia, have moved to defend BTN and attacked its critics as “traitors” who are trying to politicise the issue.

Utusan yesterday urged the government not to “bow down” to the opposition on BTN and said that it was Nazri who wanted the programme to be revamped even though the move was decided by the Cabinet.

themalaysianinsider

Monday, December 7, 2009

Ucapan TGNA Himpunan Perpaduan Ummah PAS FOR ALL - 5 Disember 2009










tvpas09

Ariffahmi, letak jawatan segera : Mahfuz

S Pathmawathy dan Jimadie Shah Othman
Dis 7, 09 3:49pm


kemaskini 7.55pm Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar mendesak menantu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan segera sebagai ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menteri besar Kelantan sebagai pengerusi perbadanan itu harus mengarahkan Abdul Ariffahmi Ab Rahman berundur segera atau berhenti membuat keputusan yang boleh mengikat penggantinya dalam soal kewangan atau projek, kata Mahfuz lagi.

"Kedudukan Ariffahmi harus ditamatkan dengan serta-merta. PMBK, sebagai badan korporat, harus memelihara etika korporat.

"Menteri besar boleh membuat pilihan dengan membayarnya sebulan gaji dan mengarahkannya berhenti serta-merta.

"Beliau tidak harus memanjangkan lagi kontroversi ini," tambah wakil rakyat Pokok Sena di lobi Parlimen petang ini.




Mahfuz juga berkata Nik Abdul Aziz boleh meminta pandangan lembaga penasihat PMBK untuk meneruskan bayaran gaji kepada menantunya itu bagi tempoh tiga bulan tersebut - sehingga melepaskan jawatan 23 Mac tahun depan.

Abdul Ariffahmi mendapat kritikan apabila didakwa melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut dengan alasan harus memberikan notis tiga bulan dan juga menyelesaikan beberapa tugasan.

Jumaat lalu, Abdul Ariffahmi yang juga exco Pemuda PAS Kelantan berkata beliau akan menghantar notis peletakan jawatan pada 24 Disember ini, sebulan selepas mengumumkan untuk berbuat demikian pada 23 November lalu.

Beliau juga berkata tarikh peletakan jawatan dirancang sedemikian bagi membolehkan bapa mertuanya, sebagai menteri besar Kelantan, mencari penggantinya.

Seorang penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz, bekas pegawai perhubungan korporat PMBK yang bertembung dengannya secara terbuka, menyifatkan pengumuman itu sebagai "sandiwara Nik Abdul Aziz". [Baca berita penuh]

Malaysiakini gagal mendapatkan ulasan Abdul Ariffahmi berhubung kenyataan pemimpin kanan PAS itu.

Sementara itu, ahli jawatankuasa perhubungan Umno Kelantan, Mat Yusoff Abd Ghani berkata beliau bersetuju dengan desakan Mahfuz dengan alasan "terdapat sesuatu yang tidak kena" dalam PMBK.

"Kita setuju dengan desakan Mahfuz itu. Kenapa beliau (Abdul Ariffahmi) kena tangguh dan tidak segera meletakkan jawatan? Ini menggambarkan ada sesuatu yang tidak kena.

"Cuma kita tidak tahu apa perkara itu. Macam ada perkara yang tidak selesai," katanya, yang juga ADUN Nenggiri, ketika diminta mengulas kontroversi berlarutan perbadanan tersebut.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Mat Yusoff bagaimanapun tidak dapat menjelaskan lanjut "perkara yang tidak kena itu" kerana beliau hanyalah "orang luar".

"Kita tidak ada maklumat lengkap. Lagi pun, mereka ini rahsia sangat. Hanya segelintir sahaja yang tahu apa sebenarnya berlaku," jelasnya.

Mengaitkan krisis panjang dalam PMBK itu dengan kelemahan kepimpinan Nik Abdul Aziz, Mat Yusoff berkata: "Kalau ketua pentadbirnya (Nik Aziz) ada masalah, semua yang lain juga akan ada masalah."

Mat Yusoff, yang membangkitkan kelemahan urus tadbir PMBK dalam DUN Kelantan sebelum ini, dituduh mendapat maklumat dalaman daripada Syed Azidi – yang dinafikan oleh penulis blog ini.

Ditanya berhubung tuduhan menerima maklumat itu, Mat Yusoff berkata: "Saya cakap berdasarkan buku. Semua fakta diakses daripada buku bajet."

Sementara itu, seorang lagi anggota badan perhubungan parti itu, Datuk Nozula Mat Diah berkata, cara menteri besar itu mengendalikan kes menantunya itu menunjukkan beliau tidak konsisten dalam sesuatu perkara.

malaysiakini

Dakwa difitnah, Zaid Ibrahim saman Kadir Jasin

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 7 Dis : Zaid Ibrahim, ahli pimpinan tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak menyaman penulis blog A Kadir Jasin kerana didakwa memfitnahnya sebagai pengacau dalam PKR melalui tulisannya Zaid, the Hurricane Hattie of PR bertarikh 21 Oktober lalu, tulis A Kadir Jasin dalam blognya.

Kadir dalam blognya, The Scribe A Kadir Jasin beralamat di kadirjasin.blogspot.com dalam tulisannya petang ini bertajuk Senator Zaid Ibrahim Saman Saya menulis saman itu telah disampaikan kepadanya oleh syarikat guaman Zaid hari ini.

"Buat makluman pembaca dan pembahas sekalian, saya telah disaman oleh Senator Zaid bin Ibrahim di Mahkamah Tinggi Malaya di Kuala Lumpur (Bahagian Sivil) kerana menulis rencana bertajuk 'Zaid, The Hurricane Hattie Of PR' yang disiarkan dalam blog ini pada 21 Oktober lalu," tulis Kadir.

Tulis Kadir, antara tuntutan Zaid termasuk perintah tuntutan maaf, ganti rugi kerana libel dan injunksi menghalang penerbitan tulisan dalam blog terbabit.


Dalam tulisan terbaharunya itu, Kadir menulis beliau percaya kepada kebebasan bersuara, menyebabkan beliau tidak berniat mengambil tindakan undang-undang terhadap Zaid yang membalas tulisan beliau pada hari yang sama.

Kadir juga menulis, "Sebagai seorang blogger, saya percaya kepada hak dan kebebasan bersuara. Malah saya bergembira jika beliau juga menjawab dan berbahas dalam blog saya."

Zaid dalam tulisan bertajuk Kalau Hati Dah Busuk... di myzaidibrahim.wordpress.com juga pada 21 Oktober lalu mengkritik keras Kadir yang disifatkan sebagai orang bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dan membawa propaganda bohong.

"Sejak zaman dulu, kewartawanan yang dibawanya memang propaganda basi dan bohong semata-mata. Sebagaimana yang diajar kepada budak-budak wartawannya, cara tulisan Kadir hanya mahu ajak ramai orang merasa benci kepada saya," dakwa Zaid.