Thursday, August 20, 2009

Calon BN Era Najib-Altantuya Pengkhianat : Rohaizat khianat rakan, UMNO dan Barisan Nasional

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir, hari ini tampil untuk memberi penjelasan kepada seluruh rakyat tentang kedudukan sebenar Rohaizat dan bagaimana calon BN itu ditarik lesen perkhidmatan guamannya.



Dalam satu sidang media khas yang diadakan di Yayasan Aman dekat sini, pagi ini, beliau telah mengatakan rakan kongsinya itu, bukan sahaja mengkhianatinya, bahkan mengkhianati UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan tidak memberitahu perkara yang sebenarnya.


Bekas rakan calon BN tampil bela diri

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.

Yusri Isahak, bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff dan Rohaizat, membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Malaysia yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.

Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma mereka, waktu itu.

Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan Yusri dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.

Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.

Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tersebut.

Yusri dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui Yusri telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.

Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.

Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.

Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.

Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.

Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.

Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.

Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.

Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.

Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.

Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.

Merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.

Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.

Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.

Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.

Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.

Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.

Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?

Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.

Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.

Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?

Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!

Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.

klik berita terdahulu

ehsan : malaysiakini/BuletinOnline

Era Hishamuddin Cium Keris : Dakwa pengendali laman web dan blog yang lakukan kesalahan mengeluar kenyataan persenda agama, lucah, palsu atau hasutan

The Four Horsemen

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien,"

"Usaha ini termasuk mendakwa penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan yang mempersendakan agama,



ISA dipinda Oktober ini

PUTRAJAYA 19 Ogos - Kerajaan tidak akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebaliknya hanya meminda beberapa peruntukan tertentu akta itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pindaan tersebut dijangka dibentangkan pada sesi Parlimen Oktober ini antaranya melibatkan pengurangan tempoh tahanan tanpa bicara yang kini berjumlah 60 hari.

Pada masa sama, kata beliau, pindaan beberapa akta membabitkan kebebasan dan hak asasi manusia seperti Akta Polis 1967 akan dilakukan serentak supaya ia lebih komprehensif.

''Apa yang penting ialah imbangan kuasa dan hak dalam apa juga tindakan, saya rasa tidak ada mana-mana pihak hendak menafikan bahawa hak majoriti juga penting dalam kita nak pastikan hak asasi manusia.

'Malah, kes yang ada kaitan dengan keganasan telah diterima pakai secara meluas di Amerika Syarikat (AS) dan undang-undang membabitkan soal ancaman kepada negara yang melaungkan demokrasi dan kebebasan bersuara," katanya.

Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan bersama Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

Hadir sama Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut Hishammuddin, sekarang adalah masa yang sesuai bagi melakukan pindaan ke atas ISA agar ia terus relevan dengan tuntutan semasa dan ancaman yang ada pada hari ini.

''Kita nak pastikan berlakunya ketelusan dan proses periksa serta imbang wujud selain tidak ada peluang untuk menyalahgunakan ISA," katanya.

Mengenai pindaan ke atas Akta Polis, Hishammuddin berkata, kerajaan melihat tentang perlunya sesuatu perhimpunan yang terkawal dibenarkan di kawasan tertentu seperti stadium tanpa perlu permohonan permit.

''Tidak perlu minta permit, kalau nak himpun semata-mata dalam keadaan terkawal, polis tidak akan menolak, kita boleh lihat akta itu supaya tidak perlu meminta permit," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, mesyuarat itu juga akan menyelaraskan usaha mempercepatkan tindakan diambil ke atas pihak tertentu yang menggunakan Internet bagi menyebarkan pandangan berbau hasutan termasuk penghinaan ke atas Raja-Raja Melayu dan agama.

''Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) akan bekerjasama rapat dengan polis, Peguam Negara dan mahkamah supaya hak untuk bebas bersuara tidak menjejaskan apa yang kita telah bina selama ini.

''Hari ini, saya gembira semua agensi dan kementerian terlibat dapat duduk bersama memikirkan pendekatan yang erat supaya perkara ini dapat ditangani dan dibawa ke muka pengadilan dalam tempoh masa yang efisien," katanya.

Katanya, kerajaan juga akan meneliti secara serius termasuk mengambil tindakan undang-undang serta menyekat capaian laman web dan blog yang melanggar peraturan sedia ada.

''Usaha ini termasuk mendakwa penulis-penulis laman web dan blog yang melakukan kesalahan mengeluarkan kenyataan palsu, lucah atau hasutan yang menimbulkan syak wasangka dan perpecahan kaum serta kenyataan mempersendakan agama," katanya.

Era Najib-Altantuya Bersumpah : Bersumpah jika perlu - TPM



''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.

''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah,"


sumber : petikan kenyataan wak sembab di Utusan Meloya kah..kah...kah...


Oleh HERMAN HAMID
herman@utusan.com.my


BUKIT MERTAJAM 19 Ogos - Calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman akan tampil memberi kenyataan bersumpah sekiranya perlu bagi menjelaskan kedudukan yang sebenar berhubung isu tindakan Majlis Peguam ke atasnya.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu penting supaya tidak ada mana-mana pihak lagi yang boleh menyelewengkan fakta sebenar berhubung kedudukan Rohaizat.

''Ada juga calon parti lawan yang bertanding juga diambil tindakan disiplin tertentu, tetapi selepas itu terpilih juga sebagai wakil rakyat.

''Atas dasar itu tidak harus ia menjadi masalah tentang kelayakan calon kita ini. Apa pun yang mustahak kita beri kenyataan yang betul dan saya telah beritahu kepada Rohaizat bahawa kalau perlu, beliau akan memberikan kenyataan bersumpah," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melawat sekitar Permatang Pauh di sini hari ini. Penasihat Undang-Undang UMNO, Datuk Hasfarizam Harun turut hadir.

Menurut Muhyiddin, Rohaizat bukannya terlibat dalam sebarang pelanggaran undang-undang yang serius seperti kes pecah amanah.

Sebaliknya, kata beliau, Rohaizat dikenakan tindakan oleh badan yang mengawal selia profesion guamannya dan ia sama seperti mana yang berlaku dalam profesion profesional yang lain.

''Atas sebab-sebab tertentu orang itu tak dibenarkan jalankan profesionnya tetapi selepas beberapa tempoh dia akan diterima balik," katanya.

Ditanya tindakan pantas Majlis Peguam mengeluarkan kenyataan media memaklumkan status Rohaizat, Muhyiddin berkata, beliau sendiri tidak memahami agenda sebenar badan itu.

Katanya, SPR yang bertanggungjawab dalam hal pilihan raya tidak pun membangkitkan apa-apa perkara, sebaliknya Majlis Peguam pula seakan terlalu sibuk.

''Kalau ada pihak lain yang hadapi masalah seperti ini, dia tak pula timbulkan, seolah menyebelahi pihak tertentu. Jadi tentulah ada agendanya.

''Namun saya yakin Rohaizat tidak bersalah kerana kalau dia bersalah dah tentu ada pihak yang bawa dia ke mahkamah dan dakwa dia dengan pecah amanah," ujarnya.

Tambah Muhyiddin, selain itu Rohaizat sendiri sudah menyelesaikan masalah tersebut dengan membuat pembayaran semula kepada koperasi berkenaan yang jumlahnya mencecah RM140,000.

Katanya, malah surat dari koperasi tersebut yang menyatakan perkara itu telah selesai juga sudah diserahkan kepada pihak tatatertib.

''Justeru kalau telah selesai ia sepatutnya tak berbangkit.

''Saya bukan pakar tetapi saya lihat secara zahir, tak harus berbangkit lagi soal itu," katanya.

Mengenai sama ada isu tersebut mengganggu tumpuan kempen BN, Muhyiddin berkata, perkara itu adalah lumrah.

''Kita juga banyak bahan tentang apa yang berlaku terhadap pembangkang, politik mereka yang secara tidak bermoral, tindakan yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan, buat fatwa yang menyeleweng.

''Jika ikut hukum, itu lebih teruk, kalau dari sudut agama lebih tersongsang berbanding apa yang disebut tentang Rohaizat. Itu yang patut dijelaskan kepada pengundi. Saya lihat ada juga pengundi tahu parti yang mendokong calon adalah BN dan mereka tahu kita boleh membantu memajukan kawasan ini dan atas dasar itu kita masih dapat sokongan mereka," ujarnya.

Yusri Ishak Bekas Rakan Kongsi Rohaizat Akan Membuat Kejutan

PERMATANG PAUH – Bekas rakan kongsi calon UMNO/BN bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir dijangka membuat kejutan berkaitan maklumat sebenarnya yang berlaku dalam syarikat guamannya.

Bendahari PAS Dr. Mohd Hatta Ramli berkata beliau menjangka Yusri, rakan kongsi kepada Rohaizat akan bertindak demikian setelah beliau dijadikan kambing hitam oleh UMNO.

Katanya, Yusri telah dipersalahkan oleh Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan dalam kenyataannya kelmarin yang menuduh segala apa yang berlaku dalam syarikat Rohaizat adalah disebabkan oleh Yusri.






Dr. Hatta turut menawarkan kepada Yusri, pentas PAS dalam kempen pilihanraya kecil Permatang Pasir, sekiranya beliau mahu memberikan penjelasan.

”Saya menawarkan bagi pihak pimpinan PAS, kalau beliau hendak gunakan pentas kita dalam kempen ini untuk memberikan penjelasan,

”supaya penduduk Permatang Pasir ini tidak diberikan maklumat yang salah, sebagai dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan,”katanya dalam ceramah kempen pilihanraya Permatang Pasir di UPU Tanah Liat, disini semalam.

Sementara itu satu pesanan ringkas (SMS) telah diterima oleh Buletinonline yang memberitahu, Yusri akan mengadakan satu sidang media khusus pada jam 10 pagi, 20 Ogos (hari ini)

Bacaan :

Rohaizat struck off for misconduct - Bar Council

Rohaizat's offence a personal misconduct, Ragunath says

BuletinOnline

Wednesday, August 19, 2009

Akhbar UMNO/BN Era Najib-Altantuya : BH bayar gantirugi RM150 ribu kepada Dato' Mahfuz Omar

Sidang media Datuk Mahfuz Omar berhubung menang kes saman Berita Harian. Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram. Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.






Mahkamah tinggi arah Berita Harian bayar RM150 ribu kepada Mahfuz

TERKINI- KUALA LUMPUR, 19 Ogos : Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan syarikat akhbar Berita Harian membayar gantirugi sebanyak RM150 ribu kepada Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berikutan laporan mereka sebelum ini yang berkaitan dengan dakwaan Mahfuz mengajak seorang menteri bertumbuk dalam parlimen.

Berikutan itu satu sidang media khas akan diadakan jam 12 tengahari di Pejabat Pengurusan Harakah, No28,Jalan Pahang Barat, Kuala Lumpur. Selain Mahfuz, akan hadir sama pada sidang media tersebut peguamnya, Mohamed Hanipa Maidin.

Perbicaraan bermula di Mahkamah Tinggi Sivil, Jalan Duta. Namun keputusan dibuat di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.

Mahfuz menamakan Dato' Ahmad Rejal Arbee dan NSTP Press Berhad sebagai defendan.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman, Mohd Yazid Mustafa.

Mahfuz diwakili Mohamed Hanipa Maidin yang juga Pengerusi Lajnah Undang-undang dan Guaman PAS manakala Rejal dan NSTP diwakili peguam Nad Segaram.

Hanipa menunjukkan saman yang disahkan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

Saman fitnah Mahfuz itu dibuat ekoran laporan muka hadapan akhbar Berita Harian, 9 November 2000 bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk".

Insiden itu berlaku ketika Mahfuz yang pada ketika itu Ahli Parlimen Pokok Sena sedang membentangkan usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung keganasan polis dalam menyuraikan himpunan rakyat di Lebuh Raya Kesas berhampiran Jalan Kebun, Klang.

"Berita Harian melaporkan Mahfuz mengajak Ahli Parlimen Tampin, Dato' Shaziman Abu Mansor untuk bertumbuk di luar Dewan sedangkan beliau sebenarnya hanya menjawab cabaran Shaziman.

"Insiden itu direkodkan di dalam handsard Parlimen dan bukti menunjukkan Shaziman yang memulakan cabaran dan beliau kemudian ditenangkan oleh seorang penyokong kerajaan," jelas Hanipa kepada Harakahdaily.

HarakahDaily/tvpas09

Malangnya calon BN Era Najib-Altantuya : Calon BN umpama 'padi basah'

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, "

kenyataan Salahuddin Ayub dipetik dari Harakah






PAS cabar media kemuka rakaman penuh ucapan Nik Aziz

BUKIT MERTAJAM, 19 0gos : PAS mencabar media yang melaporkan Mursyidul Am Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai mendakwa ahli Umno tidak masuk syurga agar mengemukakan rakaman penuh kenyataan beliau untuk membuktikan kebenaran.

Naib Presiden Salahuddin Ayub dalam sidang media di Permatang Pasir hari ini berkata pihak media yang membuat laporan itu mesti bertanggungjawab dengan mendedahkan sepenuhnya apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz.

Media pro-Umno yang melaporkan kenyataan Nik Abdul Aziz itu mesti mendedahkan kenyataan beliau secara verbatim untuk semua mengetahui apa yang sebenarnya diucapkan,� kata Salahuddin.

Mursyidul Am yang juga menteri besar Kelantan itu dilapor sebuah akhbar harian sebagai berkata bahawa ahli Umno tidak akan masuk syurga, melanjutkan lagi serangan bertalu-talu terhadap pemimpin PAS itu.

Nik Aziz sebelum ini diserang media prokerajaan dengan laporan mendakwa beliau membiarkan DAP, sebuah parti sekutu Pakatan Rakyat, menghina Islam.

Beliau kemudian menjelaskan kenyataan itu dengan berkata tidak menghairankan orang bukan Islam yang kurang faham menghina Islam tetapi amat mengejutkan apabila Umno yang anggotanya beragama Islam sendiri menolak pelaksanaan Islam.

Umno menolak pelaksanaan hudud yang dibawa oleh kerajaan PAS Kelantan yang merampas negeri itu daripada Umno pada 1990.

Pertembungan ini sejak itu terus mencorakkan persaingan PAS dengan Umno dalam merebut undi pengundi Melayu Islam, menjadi isu agama sebagai fokus kedua-dua parti.

Semalam, Nik Aziz menafikan beliau berkata demikian dan menyatakan kesediaan menyaman media terbabit.

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya dalam sidang media di pejabatnya semalam.

Calon BN umpama padi basah

(Sidang media Salahudin dan Dr Dzulkifli Ahmad di Permatang Pasir)

Sementara itu, Salahudin juga menyifatkan, calon Barisan Nasional (BN) N11, Rohaizat Othman umpama 'padi basah' yang jika dijual pastinya rugi kerana terdapat pemotongan yang ketara.

Baginya, amat malang Umno dan Barisan Nasional (BN) memilih seorang calon yang banyak masalah dengan orang ramai apabila berbohong mengenai status kerjayanya serta pernah menyeleweng dan pecah amanah membabitkan wang Persatuan Pekebun-Pekebun Kecil berjumlah RM140 ribu.

"Rakyat di Permatang Pasir harus menolak calon 'padi basah' yang dikemukakan oleh BN kali ini. Jika petani menjual padi basah pasti dia akan rugi buat apa. Lebih baik jual padi kering tentu dapat untung yang banyak, " jelasnya pada sidang media di Markaz Besar Pilihanraya Kecil Permatang Pasir pagi tadi.

Sebagai rakyat yang bijak sambung Salahudin, mereka harus menilai dengan baik selari dengan pengalaman pengundi di sini yang sudah tiga penggal memilih calon PAS, Dato' Mohd Hamdan Abdul Rahman.

Umno lupa lokasi ini kawasan petani ujarnya, bila sebut padi basah tentu mereka lebih memahami dan tahu menilai apa yang PAS persoalkan.

Salahudin memuji langkah pemilihan calon sepertimana yang diamalkan di negara Amerika Syarikat walaupun dasar luar negara berkenaan teruk namun soal pemilihan kepimpinan negara mereka memandang tinggi dan berhati-hati.

Rakyat di sana akan mempertikaikan siapa tukang masak di rumahnya, orang gajinya, di mana anaknya dihantar kesekolah dan sebagainya bukan seperti di negara ini membuat pemilihan yang tidak kena yang akhirnya mendatangkan masalah berat pada negara.

Jesteru itu bagi pengundi di Permatang Pasir, latar belakang calon BN sudah cukup membuktitkan BN tiada calon yang berkalibar.

"Tidak timbul dia hero sebagaimana yang dinyatakan oleh kepimpinan Umno kononnya calon BN telah melunaskan hutangnya. Mungkin dia melunaskan hutang sebab nak masuk calon jika tiada habislah orang yang menjadi mangsa, "jelas terangnya.

HarakahDaily/jiwokelate2009

Rohaizat, tarik diri atau BN kalah teruk! PAS menang majoriti besar!

Kredibiliti calon BN dipertikai. Calon BN telah didapati bersalah kerana penyelewengan apabila Rohaizat Othman telah gagal memulangkan hampir RM 161,000.00 kepada pengadu selepas urusan jual beli dibatalkan. Rohaizat menafikan perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ dan menuduh rakan kongsinya. sila klik Penjelasan Majlis Peguam mengenai kes Calon BN.

Ternyata Rohaizat bukan bukan calon pilihan peringkat akar umbi. Ketua Umno cawangan serta Ketua Pemuda cawangan di DUN Permatang Pasir tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat. Pemimpin UMNO merayu agar pengundi tidak mengulangi kesilapan di Manek Urai dan mahu pengundi kali ini memilih BN dan jika menang Permatang Pasir akan dijadikan 'anak emas' oleh kerajaan Najib. Moral calon sebeginikah yang BN mahu masyarakat setempat dan rakyat pilih?






Mahfudz Saran Rohaizat Tarik Diri

- Kredibiliti Rohaizat dipersoal media.

PERMATANG PAUH - Tidak sampai 24 jam, Rohaizat secara rasminya menjadi calon UMNO dan Barisan Nasional, timbul pelbagai isu terhadap beliau termasuk rasa tidak puas hati dikalangan ‘akar umbi’ parti itu sendiri.

Antara yang dibangkitkan dalam sidang media harian PAS yang diadakan di Markaz Besar Permatang Pasir hari ini adalah kredibiliti calon UMNO tersebut.

Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar apabila ditanya oleh pihak media berkaitan perkara tersebut mempersoalkan, bagaimana orang yang melakukan satu perbuatan yang dianggap sebagai ‘pecah amanah’ kepada koperasi pekebun kecil untuk diberikan tanggungjawab menguruskan persoalan masyarakat dan rakyat?

(Gambar - Calon PAS, Ustaz Salleh Man turut hadir dalam sidang media di Markaz Besar hari ini)

Katanya beliau amat kecewa kerana BN mengemukakan Rohaizat sebagai seorang calon kerana menurutnya ia akan mendedahkan perlakuan Rohaizat sebelum ini disamping satu pengkhianatan dan pengkhianatan kepada para pengundi Permatang Pasir

”Saya amat kecewa BN yang mengemukakan beliau sebagai seorang calon, yang mendedahkan diri beliau itu kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dulu, dari sudut moralnya beliau telah hilang kelayakan sebagai seorang calon.”ujar Mahfudz

Justeru, kata Dato’ Mahfudz, sebagai seorang abang kepada Rohaizat, beliau menasihatkan supaya Rohaizat menarik diri dari bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

”Oleh itu, untuk menjaga kedudukan dan imej beliau (Rohaizat), dengan umurnya yang masih muda, saya sebagai abang, saya sangat simpati kepada beliau, adalah lebih wajar beliau menarik diri,”jelas Mahfudz.

Rohaizat, seorang peguam sebelum ini, sebagaimana didedahkan media tempatan, telah ditarik lesen khidmatnya oleh Majlis Peguam kerana menggunakan wang anak guamnya sebanyak RM140,000.00.

Calon UMNO itu mendakwa bukan beliau yang melakukan perkara tersebut, namun menuduh rakan kongsinya yang mengakibatkan lesen syarikat khidmat guamannya digantung.

Dakwaan Rohaizat adalah tidak benar kerana menurut Majlis Peguam tindakan menarik lesen khidmat guaman adalah kepada individu peguam, bukannya kepada syarikat.

Sementara itu, dilaporkan dalam Malaysiakini, kira-kira 65 peratus ketua Umno cawangan serta ketua Pemuda cawangan di DUN tersebut berkumpul di sebuah kedai makan, kerana tidak puas hati dengan pemilihan Rohaizat.

Menurut satu sumber, perkara tersebut berlaku kerana mereka mengharapkan ketua Pemuda Umno bahagian Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said - yang mesra dipanggil "cikgu" - akan dicalonkan bertanding dalam pilihanraya kecil tersebut.

Kata sumber yang turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Mohd Zaidi terpaksa mententeramkan mereka yang tidak berpuas hati dan menasihatkan mereka supaya bertenang.

"Bekas guru itu turut berkata kepada mereka bahawa beliau masih lagi berpeluang untuk menjadi calon pada masa akan datang," kata sumber itu lagi.

Sehubungan itu, kata sumber itu, Mohd Zaidi menasihatkan penyokongnya agar tidak mementingkan diri sendiri tetapi perlu menjaga kepentingan parti.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata, sekiranya Mohd Zaidi menjadi calon, beliau dijangka mendapat menarik kembali sokongan pengundi Cina seramai kira-kira 5,400 orang di Permatang Pasir serta pengundi atas pagar.

BuletinOnline

Naib Presiden PAS vs Naib Presiden UMNO : 24 jam untuk Zahid sahut cabaran Salahuddin debat isu Rohaizat

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu,"

sumber : lidah UBN


Salahuddin cabar Zahid berdebat isu Rohaizat

BUKIT MERTAJAM: Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, mencabar Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, untuk berdebat mengenai isu pembatalan lesen guaman sivil calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya keci Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir, Rohaizat Othman.

Salahuddin memberi tempoh 24 jam kepada Naib Presiden Umno itu untuk memberikan jawapan sama ada beliau bersedia menyahut cabaran itu.

"Malam ini saya cabar untuk berdebat satu lawan satu dengan Zahid. Saya nak dedahkan mengenai calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu," katanya pada ceramah di Permatang Tok Kandu di sini, malam tadi.

Beliau mendakwa Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, tidak teliti dalam pemilihan calon BN yang bertanding pada pilihan raya itu.

Lesen guaman Rohaizat dibatal berikutan masalah yang ditimbulkan oleh bekas rakan kongsi firma guamannya.

Mengenai kenyataan Ahmad Zahid bahawa Pas tidak perlu mempertikai pemilihan calon BN, Salahuddin berkata: "Ini menjadi masalah kepada penduduk di Permatang Pasir kerana jika calon ini menang ia akan mewakili mereka."

Pemerintahan Era Najib-Altantuya : Peralat Tentera Bantu Kempen BN

PAS kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata PAS berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.




Pemerintah Kerah Tentera Bantu Kempen BN

Pas kesal dengan tindakan pemerintah Umno-BN memperalatkan Tentera dalam pilihanraya kecil Dun N11 Permatang Pasir.

Pengarah Pilihanraya Dun N11 Mahfuz Omar berkata Pas berjaya mengesan kewujudan klinik-klinik tentera yang memberikan khidmat perubatan percuma kepada penduduk di pusat jentera pilihanraya Umno.

Pas demikian itu menuntut Tentera Diraja Malaysia untuk menghormati kedudukan tentera sebagai elemen neutral dan tidak membantu kempen pilihanraya mana-mana parti politik di Dun N11.

“Kekuatan angkatan tentera digunakan untuk kepentingan politik dalam pilihanraya. Saya percaya ini semua satu bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan jentera agensi dan jabatan kerajaan. Sebab saya minta SPR memerhati hal-hal sebegini bagi mengelak penyalahgunaan agensi kerajaan,” katanya.

Mahfuz menjelaskan bahawa penemuan klinik tentera di khemah-khemah Umno menunjukkan bahawa pihak keselamatan turut diheret ke kancah politik bagi membantu kemenangan Umno.

Beliau percaya manipulasi sumber kerajaan ini mempunyai hubungan kait dengan portfolio Menteri Pertahanan yang kini dipegang oleh Pengerusi Perhubungan Umno Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

Jelas Mahfuz, keadaan yang sama berlaku Pilihanraya kecil di Manek Urai di mana instusi tentera dan polis dikerahkan untuk membantu jentera milik Umno dan BN.

“Ini kali ke 2, di Manek urai dengan satu kertas kerja yang menunjukkan penglibatan secara terang di akui dalam kertas itu bahawa mereka harus berstrategi dalam program-program di bawah angkatan tentera ini supaya tidak dilihat memihak kepada BN tetapi mereka sebenarnya bekerja untuk BN,” katanya.

Dalam perkembangan yang sama, Mahfuz turut menyatakan kekecewaan dengan sikap Umno-BN mengemukakan calon yang terpalit isu pecah amanah untuk mewakili rakyat Permatang Pasir.

Mahfuz berkata calon BN, Rohaizat Othman, dikaitkan dengan kes salahlaku melibatkan penyalahgunaan wang RM140,000 wang koperasi milik pekebun kecil getah.

Kata Mahfuz, pemilihan calon yang pernah terlibat dengan tuduhan salahlaku merupakan pilihan terbaik yang dapat diberikan oleh Umno BN kepada pengundi Permatang Pasir.

“Saya sangat kecewa mengemukakan beliau sebagai seorang calon yang mendedahkan diri beliau kepada pendedahan terhadap perlakuan yang dilakukan satu ketika dahulu bahawa beliau sebenarnya dari sudut moral hilang kelayakan sebagai seorang calon. Ini diakui oleh Dato Zahid Hamidi,” katanya.

Mahfuz berkata Pas tidak mahu melakukan serangan peribadi terhadap Rohaizat, tetapi mempersoal kredibiliti Rohaizat untuk memegang amanah sebagai seorang wakil rakyat.

Katanya, pemilihan Rohaizat sebagai calon di permatang pasir bersalahan dari segi moral sebagaimana yang diakui sendiri oleh pengerusi perhubungan negeri Pulau Pinang, Dato Zahid Hamidi.

TVA/Kelab GB

Tuesday, August 18, 2009

Akhbar UMNO Era Najib-Altantuya : Tan Sri Mufti, jangan baca akhbar UMNO! Baca Harakah!

Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar,"


kenyataan Mursyidul Am PAS dipetik dari Harakah




Nik Aziz mahu saman pemutar belit kenyataan beliau

KOTA BAHRU, 18 Ogos : Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

Sebuah akhbar harian menyiarkan di muka depan kononnya Nik Aziz berkata, ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Sebelum ini, akhbar yang sama telah memohon maaf kepada Nik Aziz di muka depannya kerana mentyiarkan kenyataan yang salah tentang Nik Aziz.

Nampaknya, Nik Aziz terpaksa sekali lagi mengambil pendekatan saman terhadap akhbar ini.

"Saya biasanya mengunakan perkataan penyokong Umno, saya tidak mengunakan ahli Umno. Penyokong lain, ahli lain.

"Saya tidak pernah menyentuh mengenai ahli-ahli Umno, tetapi saya menyentuh dasar yang dibawa oleh Umno," katanya lagi.

Tambahnya lagi, memang mana-mana orang Islam yang mengasingkan Islam dan iman mustahil akan masuk syurga.

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

Sambungnya lagi, beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Ketika diminta mengulas adakah kenyataan beliau sering diputar belitkan kerana musim pilihan raya kecil, Tuan Guru memberitahu beliau memang sedar tentang perkara itu.

"Kita memang dah tahu dah cara (taktik) parti ni, memang macam tu lah,"ujarnya.

Akhbar perdana sudah jadi akhbar Umno

Menyentuh kenyataan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Harussani Zakarian, yang mengulas kenyataannya melalui hanya membaca di akhbar, Nik Aziz berharap agar Harussani mendapat maklumat yang sebenarnya melalui beliau.

"Sebagai seorang mufti kalau nak buat kenyataan kena tanya saya dahulu iaitu tuan punya cakap.

"Beliau tidak boleh turut (baca melalui) surat khabar, surat khabar arus perdana sekarang ni surat akhbar Umno, macam mana dia nak buat ulasan menurut surat khabar," ujarnya.

Nik Aziz juga berharap, agar rakyat di negara ini merdekakan pemikiran dari menurut manusia kepada menurut Nabi Muhamad SAW.

"Manusia kena menukar pemikiran dari mengikut manusia kepada menurut kepada ajaran Nabi Muhamad SAW,"katanya.

HarakahDaily/tvpas09

Polis Raja Di Malaysia : N Gobalakrishnan berdepan dakwaan Seksyen 353 Kanun Keseksaan, 28 Sept sebutan kes

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Beliau tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan minta dibicarakan. Gobalakrishnan dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjaman.

Kes tersebut akan disebut pada 28 September depan.

Beliau dibawa ke mahkamah dengan sebuah ambulans dari hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 11 pagi dan dibawa ke bilik mahkamah dengan menaiki kerusi roda. Tangan kanannya kelihatan dibalut.


Gobala dituduh halang tugas polis

Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan dihadapkan ke mahkamah hari ini atas tuduhan menghalang tugas polis pada hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir semalam.

Beliau tidak mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam dan minta dibicarakan.

Gobalakrishnan dibenarkan ikatjamin RM2,000 dengan seorang penjaman.

Kes tersebut akan disebut pada 28 September depan.

Beliau dibawa ke mahkamah dengan sebuah ambulans dari hospital Bukit Mertajam pada kira-kira 11 pagi dan dibawa ke bilik mahkamah dengan menaiki kerusi roda.

Tangan kanannya kelihatan dibalut.

Gobalakrishnan, 49, ditahan semalam selepas terbabit dalam satu pergelutan dengan anggota polis, kerana didakwa menggunakan bahasa kesat terhadap anggota polis dan enggan mematuhi arahan supaya berhenti.

Beliau mendakwa mengalami kecederaan sewaktu ditangkap dan dibawa terus ke hospital.

Di hospital beliau juga mengadu sakit dada.

Gobalakrishnan didakwa di hadapan Majistret Mohd Azhar Hamzah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah untuk menghalang seorang kakitangan kerajaan melakukan tugas rasminya.

Tuduhan tersebut membawa hukuman denda tidak melebihi RM2,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Gobalakrishnan diwakili oleh sepasukan lapan orang peguam yang diketuai ADUN Seri Delima, RSN Rayer.

malaysiakini

Polis Raja Di Malaysia-Era Hishamuddin Cium Keris : N Gobalakrishnan ditahan dan dikasari polis













ehsan : malaysiakini/TVA/Kelab GB/BuletinOnline

Suasana Sekitar Hari Penamaan Calon PRK N.11 Permatang Pasir Semalam




















ehsan : BuletinOnline / prkn11penang.pas.org.my / jiwokelate2009

Monday, August 17, 2009

Video : POLIS RAJA DI MALAYSIA (PRDM) Tidak akan dipertontonkan di mana-mana stesyen TV, Hari Penamaan Calon N.11, Polis memang kasar

Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan dikasari oleh polis.





PERMATANG PAUH - Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan di kasari oleh polis

Polis telah menahan Gobala dikatakan untuk membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, sebagaimana di petik Bernama, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, telah menuduh ahli Majlis Tertinggi PKR itu mencetuskan kekecohan kerana mengingkari arahan polis.

Polis menghalang Gobala menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Beliau juga menuduh Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

Namun video yang dipaparkan dibawah ini telah membuktikan bahwa pihak polis telah mengasari N Gobalakrishnan

ehsan : BuletinOnline

Najib-Altantuya : Pelakon ngeri rayu pengundi DUN N.11

Ahmad Maslan si pelakon ngeri penoreh getah kata kerajaan najib tawar satu lagi kawasan, DUN Permatang Pasir anak emas jika BN menang... Pengundi Manek Urai tak buat silap la Mat. Korang yang silap. Korang piker rakyat bodoh! Tabur duit sampai 2-3 helikopter bawa duit. Kerja tak berkat. Akhirnya tewas. Walau majoriti tipis 65 undi. Kalah tetap kalah. Penduduk, pengundi Permatang Pasir tak nak jadi anak kalau bapak macam UBN.

huhuhu.. siap bagi amaran keras si penoreh berbakat ni... rosyam nor! ambik mamat penoreh ni masuk pilih kasih season 2.. huhuhukkk..


Jangan ulangi kesilapan pengundi Manek Urai : Ahmad

Pengundi di Permatang Pasir diingatkan jangan mengulangi kesilapan penduduk Manek Urai apabila memilih calon Pas pada pilhan raya kecil dun itu bulan lalu.

Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan, berkata pengundi perlu menggunakan sepenuhnya tawaran Kerajaan Pusat untuk menjadikan Permatang Pasir sebagai anak emas jika calon Barisan Nasional menang.


sumber : lidah UBN



Saya setuju! 1Malaysia pun setuju! Nak tengok wak sembab ni berbuih mulut berdebat 'live'

KEADILAN cabar Rais Yatim selaku Menteri Penerangan jika benar saudara yakin akan hujah Anwar pengkhianat maka anjurkan debat terbuka untuk mencari fakta dan membantu orang Melayu mencari kebenaran, bukan penakut setakat bercakap sendirian di majlis rasmi kerajaan.

Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar, Muhyidin atau UMNO?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka. Disiar secara langsung di seluruh media elektronik. Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya. Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka.

dipetik dari artikel : chegubard


Kementerian Penerangan anjur debat Muhyiddin dan Anwar Ibrahim

Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan bermula dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos 2009 . Begitu singkat notis yang dikeluarkan oleh SPR . Tidak mengapa , cepat atau lambat , PRK tetap akan berlaku . Suasana panas politik mutakhir ini mungkin menyemarakkan suasana PRK Permatang Pasir . Kerusi yang digeruni oleh UMNO / BN kerana semua mengetahui Permatang Pasir berada di dalam Parlimen Permatang Pauh . Permatang Pasir adalah kubu PAS. Permatang Pauh kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan . Sudah pastinya sedikit sebanyak menjatuhkan moral untuk UMNO / BN untuk menang . PRK Penanti baru-baru ini UMNO terlalu takut dan bacul sehinggakan tidak berani untuk meletakkan calon . Pelbagai alasan Najib Razak termasuk pimpinan UMNO dicipta bagi memberitahu bahawa UMNO tidak perlu menyertai PRK tersebut . Kali ini UMNO /BN bakal menghadapi kekalahan buat sekian kalinya lagi.


PRK Manek Urai tetap UMNO / BN kalah kepada 'Tok Peraih Ikan' dari PAS . Walaupun majoritinya sangat sedikit , tetapi yang pasti UMNO "kalah" ! Paling malu Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di Manek Urai . Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyidin Yasin . Kali pertama ditugaskan sebagai Pengarah Pilihanraya hingga sanggup merasuah para pengundi di Manek Urai akhirnya UMNO / BN tetap kecundang !


Muhyidin yang sudah malu dengan kekalahan UMNO , tertekan dengan kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat mengeluarkan serangan kepada anwar secara peribadi dengan menyatakan "Anwar Pengkhianat". Anwar dilabel sebagai pengkhianat kepada orang Melayu !


Benarkan Anwar seorang 'pengkhianat' ? Pengkhianat kepada Melayu atau pengkhianat kepada UMNO ? Kalau Anwar pengkhianat kepada UMNO , semua orang sudah mengetahui . Anwar bukan lagi ahli UMNO . Maka adalah wajar Anwar mengkhianati UMNO supaya UMNO kecundang dalam pilihanraya akan datang . Pakatan Rakyat akan memimpin Malaysia tercinta ini .


Pengkhianatan apa yang Anwar lakukan terhadap orang Melayu ? Adakah kerana mempertahankan ketuanan rakyat , membentuk keadilan sosial , mendaulatkan istitusi Raja berperlembagaan , mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan , merakyatkan ekonomi , menentang akta zalim seperti ISA , mendesak pemansuhan PPSMI yang merugikan anak-anak bangsa , penentangan kepada rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN , menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dengan cadangan mengantikan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih progresif , adil dan efektif dan banyak lagi , sudah pasti yang akan diberikan keutamaan ialah orang Melayu , adakah ini semua dianggap sebagai pengkhianat ?


Bagaimana pula pengkhianatan pimpinan UMNO dan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu sehingga sanggup meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta menggunakan media menghina Raja-Raja Melayu , melacurkan bahasa Melayu melalui perlaksanaan PPSMI , menjual dan mengadaikan tanah rezab Melayu daripada 7 juta hektar yang digazetkan , kini tinggal 4 juta hektar , menjual BERNAS kepada syarikat daripada Hong Kong , penyelewengan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan sama ada di peringkat negara dan negeri terhadap orang-orang Melayu .


Bagaimana pula dengan tanah orang-orang Melayu berkeluasan 51,170 hektar yang diserahkan oleh Muhyidin sewaktu menjadi MB Johor kepada Kerajaan Singapura dengan bayaran RM350 juta ? Sehingga sekarang Muhyidin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut . Pengkhianatan yang cukup nyata oleh Muhyidin . Siapa yang sebenarnya pengkhianat ?


Seperti biasa apabila satu ayat dilontarkan oleh pemimpin atasan maka Umno di peringkat lain seperti burung kakak tua akan ulang semula ayat tersebut. Antara kakak tua itu ialah Menteri Penerangan sendiri, Rais Yatim. Walaupun Rais Yatim yang pernah membakar jambatan dan mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu sedar bahawa apa yang dikatakan Muhiyuddin Yasin itu tidak benar tetapi Rais tiada pilihan lain untuk kekalkan kedudukan ia perlu menjadi burung kakak tua.

KEADILAN cabar Rais Yatim selaku Menteri Penerangan jika benar saudara yakin akan hujah Anwar pengkhianat maka anjurkan debat terbuka untuk mencari fakta dan membantu orang Melayu mencari kebenaran, bukan penakut setakat bercakap sendirian di majlis rasmi kerajaan.

Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .

UMNO gigit jari kalah lagi : PRK DUN N.11 Permatang Pasir, Sah! PAS lawan UMNO 25 Ogos 2009



11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.

Sungguhpun terdapat 15 bantahan terhadap kedua-dua calon, namun SPR memutuskan calon PAS Ustaz Salleh Man dan calon BN Rohaizat Othman layak bertanding pada 25 Ogos depan.


Rentetan perjalanan hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Dun Permatang Pasir

11.35 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Permatang Pasir. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN. Ketika ini penyokong mula beransur bersurai.

11.35 pagi : Pimpinan Pakatan Ralyat dan calon PAS keluar dari pusat penamaan calon. Bacaan doa oleh Ustaz Sabri (calon yang lawan Pak Lah). Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.

11.30 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya Roslan Yahya telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi Pilihanraya DUN Permatang Pasir (N.11) iaitu Salleh Man dari PAS dan Rohaizat Othman dari BN.

Lima belas bantahan yang dikemukakan terdahulu, bagaimanapun ditolak SPR.

11.20 pagi : Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat keluar dari pusat penamaan calon, ketika ini beliau disambut penyokong Pakatan Rakyat.

Sementara itu, di kekecohan mula berlaku dengan serangan pukulan dari anggota polis terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan. Serangan tanpa sebab idan penangkapan ahli parlimen itu mengakibatkan kemarahan penyokong Pakatan Rakyat.

11.00 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir. Masih menantikan pengumuman dari pegawai SPR.

10.58 pagi : Kehadiran peyokong Pakatan Rakyat yang semakin ramai sehingga terpaksa memasuki ke dalam pagar di hadapan IKBN

10.38 pagi : Wakil pengundi-pengundi Permatang Pasir sedang mengisi borang bantahan dan menyerahkan borang berkenaan. Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan.

Penyokong Pakatan Rakyat masing-masing sedang tunggu keputusan.

10.20 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca menginjak panas. Suasana semakin meriah dengan semangat dari penyokong Pakatan Rakyat.

10.15 pagi : 10 org wakil pengundi Permatang Pasir dimaklum akan tampil untuk membuat bantahan yang diumumkan Mad Sabu sebentar tadi.

10.10 pagi Calon Bebas dan pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris, yang pernah bertanding di Bukit Gantang dan Penanti tidak dapat menyerahkan borang pencalonan kerana lewat dan hadir selepas pukul 10.00 pagi tadi.

10.05 pagi : Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengumumkan proses bantahan bermula. Sesi pameran dan bantahan borang penamaan calon bermula. Ia akan berlangsung selama sejam.

10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

9.45 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu membuat pengumuman tergempar bahawa PAS akan membuat bantahan pencalonan terhadap calon BN, disambut laungan penyokong Pakatan Rakyat.

Rohaizat Othman yang juga seorang peguam syarie dimaklumkan telah pun dipecat dari Bar Council kerana menipu pelanggannya dan telah pun dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin.

9.17 pagi : Presiden PAS, Abdul Hadi Awang tiba, sedikit kekecohan dari penyokong berlaku bila polis menghalang dan menghimpit Presiden PAS itu. Beberapa minit sebelum itu Mursyildul Am PAS tiba ke pusat penamaan calon.

9.10 pagi : Selawat bergema dari penyokong Pakatan Rakyat sementara menunggu ketibaan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang.

Setakat ini hanya dua calon yang menyerahkan borang penamaan calon. Masih tiada calon-calon bebas yang kelihatan di pusat penamaan calon ketika ini.

9.05 pagi : Giliran calon PAS, Salleh Man melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, sejurus Rohaizat menyerahkan borangnya.

Sebelum itu, calon PAS dan rombongan masuk ke pusat penamaan calon. Kedua-dua mereka dikatakan tersekat di tengah-tengah penyokong yang ramai sebelum ini.

9.00 pagi : Proses penamaan calon sedang mula berlangsung.

8.50 pagi : Ucapan oleh Ustaz Yusni, Ketua Pemuda Penang, Ustaz Yusni Mat Piah. Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng bersama penyokong DAP tiba. Proses penamaan calon akan berlangsung sedikit masa lagi.

8.41 pagi : Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba di pusat penamaan calon bersama beberapa lagi pimpinan parti itu.

Sementara itu, penyokong-penyokong Pakatan Rakyat pula diberi taujihad oleh Exco Pemuda Pusat, Ustaz Ridhuan Mad Nor.

8.35 pagi : Kira-kira 50 pemimpin PAS dan anggota komponen Pakatan yang lain - antaranya Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali - memasuki IBKN dengan mengiringi calon, Salleh Man untuk menyerahkan borang penamaan calon.

8.34 pagi : Sedikit kekecohan berlaku dihadapan penyokong PAS. Manakala beberapa individu yang dipercayai penyokong Umno yang tersesat laluan di minta kembali ke tempat penyokong BN kerana tiada pas kebenaran.

8.24 pagi : Laungan takbir, 'hidup rakyat' dan 'hancur BN' mula bergema dari kumpulan penyokong BN, manakala disebelah penyokong BN masih kelihatan kelompok-kelompok kecil sahaja.

8.25 pagi : Bacaan doa dipimpin Ustaz Nasharuddin Mat Isa, dan baru sahaja sampai Naib Presiden PAS Pusat, Salahuddin Ayub.

Kira-kira 1,000 penyokong parti itu berkumpul di luar pusat penamaan calon.

8.20 pagi : Seramai 10 000 penyokong Pakatan rakyat mula bergerak ke pusat pencalonan di IKBN Bukit Mertajam dengan diketuai Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

8.20 pagi : Calon PAS, Ustaz Salleh Man tiba dengan diiringi pemimpin Pakatan Rakyat

8.15 pagi : Ahli jawatan kuasa PAS Pusat, Mohammad Sabu yang tiba dengan motorsikal besar antara yang menarik perhatian di pagi hari penamaan calon ini.

Turut juga kelihatan ahli kelab penyokong PAS dari kaum cina dan India turut bersama-sama menyertai perarakan pada pagi ini.

8.10 pagi : Menurut petugas, jumlah mencecah lebih kurang 2 000 ribu orang penyokong PAS sudah mula berkumpul di simpang laluan masuk menuju pusat penamaan calon di Simpang Tiga Berapit

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Timbalan dewan Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi. Turut serta YB Nizar Jamaluddin.

8.07 pagi : Helikopter PDRM mula kelihatan berlegar-legar diruang udara.

7.15 pagi : Trak-trak anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang sejak awal pagi tadi telah beratur ditepi jalan mula bergerak ke pusat penamaan calon.

6.30 pagi : Pasukan keselamatan PAS, Unit Amal yang berseragam merah mula kelihatan menjalankan tugas mereka menjaga keselamatan dan laluan di tempat penyokong PAS dan Pakatan rakyat berkumpul.

Dalam pada itu, beberapa jalan ditutup kepada semua jenis kenderaan mulai pukul 6 pagi tadi. Antara jalan yang ditutup ialah Jalan yang ditutup adalah Jalan Berapit di hadapan perkuburan cina Berapit dan simpang tiga Jalan Berapit/Jalan Mengkuang.

6.20 pagi : Menjelang hari pernamaan calon pilihan raya kecil Permatang Pasir pagi ini. Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng antara pimpinan utama Pakatan yang dijangka akan mengiringi calon PAS Ustaz Saleh Man.

Pusat penamaan calon akan berlangsung di IKBN Bukit Mertajam.

ehsan : prkn11penang.pas.org.my / malaysiakini/ HarakahDaily

Sunday, August 16, 2009

Permatang Pasir : Salleh Man calon PAS lawan Rohaizat

Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.



Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.

Biodata Calon

Asal : Permatang Sungai Dua, Kepala Batas
Kelulusan : Ijazah Muda Syariah, UM

Pengalaman Kerja :
1) Berkhidmat sebagai Pegawai Masjid
2) Penceramah Bebas
3) Pengarah Syarikat Enterprise
4) Pengurus Sekolah Swasta

Jawatan Dalam Parti :
1) Mantan Ketua Pemuda PAS Kawasan Tasek Gelugor
2) Mantan Yang Dipertua Kawasan Tasek Gelugor
3) Mantan Ketua Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang
4) Mantan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Pulau Pinang
5) Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang


Permatang Pasir : Salleh Man calon PAS lawan Rohaizat

PERMATANG PASIR, 15 Ogos - Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi mengumumkan Pesuruhjaya Negeri, Salleh Man sebagai calon PAS sekaligus mewakili Pakatan Rakyat untuk bersaing dengan calon BN-Umno, Rohaizat Othman bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Permatang Pasir, Kg. Permatang Pasir, dekat sini selepas Barisan Nasional (BN) mengumumkan calonnya lima jam sebelum itu.

Pemilihan calon PAS itu diumumkan oleh Abdul Hadi di hadapan ribuan penyokong parti.

Turut hadir malam tadi ialah Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng; Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agong PAS, Dato' Mustafa Ali; Ketua PKR Pulau Pinang, Dato' Zahrain Hashim; Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Guan Yow dan Pengarah Induk Pilihanraya Permatang Pasir, Dato' Mahfuz Omar.

Sehingga kini, dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon PAS, BN dan seorang lagi calon bebas, Kamarul Ramizu yang juga bekas calon bebas Penanti dan Bukit Gantang akan turut serta dalam pilihan raya kecil ini.

Penamaan calon pilihan raya ini akan diadakan pada 17 Ogos ini manakala pilihan raya akan diadakan pada 24 Ogos.

ehsan : prkn11penang.pas.org.my /TVA/Kelab GB