Monday, August 17, 2009

Video : POLIS RAJA DI MALAYSIA (PRDM) Tidak akan dipertontonkan di mana-mana stesyen TV, Hari Penamaan Calon N.11, Polis memang kasar

Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan dikasari oleh polis.





PERMATANG PAUH - Suasana hari penamaan calon bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir yang berlangsung di Institut Kemahiran Belia Negara disini, hari ini, berjalan lancar sehingga lah pada saat-saat akhir, apabila Ahli Parlimen Padang Rengas P Gobalakrisnan di kasari oleh polis

Polis telah menahan Gobala dikatakan untuk membantu siasatan kerana didakwa mencetuskan kekecohan di kawasan pusat penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Bukit Mertajam pagi ini.

Ketua Polis Negeri Datuk Ayob Yaakob, sebagaimana di petik Bernama, dalam insiden jam 11.30 pagi itu, telah menuduh ahli Majlis Tertinggi PKR itu mencetuskan kekecohan kerana mengingkari arahan polis.

Polis menghalang Gobala menggunakan alat pembesar suara untuk melaungkan kata-kata berunsur provokasi.

Beliau juga menuduh Gobalakrishnan ingkar dengan amaran polis sebanyak dua kali, seorang anggota polis menahannya tetapi beliau dan penyokongnya kemudian melawan anggota polis dan menyebabkan berlaku kekecohan.

Kekecohan itu membabitkan kira-kira 50 penyokong pakatan pembangkang yang cuba merempuh kawalan polis di pusat penamaan calon itu.

Namun video yang dipaparkan dibawah ini telah membuktikan bahwa pihak polis telah mengasari N Gobalakrishnan

ehsan : BuletinOnline

2 comments:

  1. itu video dipihak kamu, dipihak polis pulak menunjukkan yang si gobala ni dah tampar pegawai polis. hang tak tengok ka?? orang kalau nak buat posting pun siasat habis-habis kenapa dia ditangkap. kamu ingat polis suka-suka ka nak tangkap orang.

    ReplyDelete
  2. mmg video ni pihak aku! habis tu kau ingat polis boleh suka-suka tangkap kasar2, ganas2? gobala dituduh provokasi, apa benda provokasi? dia bersama sapoter PR, gobala masa tu dah nak beredar ikut arahan polis bersama ronnie, pesal polis tolak2 tarik2, ingat dia nak lari? kau dah membuta tebeliak tengok edit media perdana barua penipu tu? saksi banyak masa kejadian, nak panggil hearing 28 sept nanti panggil lah rakyat!

    ReplyDelete