Tuesday, May 31, 2011

`Nilai Pemuda PAS dengan adil`

Nasrudin Hasan berkata, beliau akan menggalas amanah yang disandarkan kepadanya sebaik mungkin.
PETALING JAYA : Nasruddin Hasan yang menang tanpa bertanding untuk penggal kedua jawatan ketua Pemuda PAS berkata, beliau menggalas amanah besar untuk menggerakkan gelombang kebangkitan anak muda.

Menurutnya, bermula dengan sasaran terdekat iaitu pilihanraya umum ke 13, Pemuda PAS akan erat bergandingan dengan AMK dan Pemuda DAP bagi memastikan Pakatan Rakyat mencapai objektif dan matlamatnya.

“Saya dan rakan-rakan hanya memiliki lapan bulan untuk melangsaikan tugas dan amanah perjuangan selain pembabitan dalam arena pilihan raya,” katanya melalui emel.

Nasruddin dari Pahang mengambilalih jawatan ketua Pemuda PAS dari Sallahuddin Ayub yang bertanding jawatan naib presiden pada 2009.

Peta laluan

Beliau berkata, Pemuda PAS telah merangka satu peta laluan yang seiring dengan objektif Jabatan Pilihanraya PAS Pusat mendepani pilihanraya umum akan datang.

Pemuda PAS di seluruh negara, katanya telah diletakkan dalam keadaan siap siaga.

“Sepanjang satu penggal saya dan rakan-rakan diamanahkan untuk memimpin
gerakan pemuda ini telah menghadapi 16 kali pilihan raya kecil termasuklah pilihan raya negeri Sarawak.

“Dalam tempoh lapan bulan yang berbaki itu lah, saya dan rakan-rakan menganjurkan pelbagai aktiviti khususnya Ijtimak Tarbawi, menggerakkan kebangkitan menentang kemungkaran negara seperti lesen judi, rasuah, gerakkan mobilisasi demokrasi , mansuh ISA, PPSMI dan Himpunan 30 ribu,” katanya lagi.

Nasrudin berkata, beliau akan menggalas amanah yang disandarkan kepadanya sebaik mungkin.

Pendekatan sendiri

Mengenai kepimpinannya sebagai Ketua Pemuda PAS, Nasruddin berkata, beliau dengan kaedah dan cara pendekatan sendiri.

Katanya, beliau bergandingan dengan rakan-rakan dalam Pemuda menemui seberapa ramai yang boleh sebagai `pelanggan’ Pemuda.

“Tidak demontrasi semata, malah banyak aktiviti yang kita lakukan untuk menemui masyarakat seperti edaran risalah, dakwah ke rumah, kuliah dan ceramah.

“Mengadakan dialog, sembang kedai kopi, santai dan cit cit dengan anak muda, turun ke lapangan untuk berpartisipasi dengan aktiviti anak-anak muda termasuk gerakkerja kebajikan yang kita lakukan tanpa mengenal siapa dan bagaimana latar belakang politik mereka.

“Harap masyarakat dapat menilai Pemuda PAS dengan adil,” tambahnya.

Muda Mohd. Noor FMT

No comments:

Post a Comment