Tuesday, March 23, 2010

Parti Cinta Malaysia kacau daun, PAS Miri

Parti Islam SeMalaysia (PAS) Miri melabelkan Parti Cinta Malaysia (PCM) sebagai ‘pengacau’ dan tidak lebih sekadar satu usaha terdesak Barisan Nasional (BN) untuk memecahkan undi Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya negeri akan datang.

Pengerusi PAS Miri, Jofri Jaraiee memberitahu, bagaimanapun mereka tidak gentar dengan ‘pengacau’ tersebut malah yakin pengundi tidak akan terpengaruh dengan usaha buruk BN.

Jelasnya, jentera parti kini sudah siapa siaga untuk melakukan kejutan, ditambah dengan kerjasama erat bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Tindakan Demokratik (DAP) dan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) untuk menghadapi pilihan raya negeri.

“Dengan gerak kerja yang berterusan bermula dari pilihan raya 2006 lalu serta sokongan penduduk tempatan, kita yakin dapat membawa sinar baru. Ini akan diterjemahkan pada pilihan raya nanti,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Pas Miri menghormati pendirian setiap komponen Pakatan Rakyat (PR) kerana setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada dasarnya, secara kolektif calon sama ada SNAP, PKR, DAP akan dibantu dan disokong oleh Pas sepenuhnya.

“Kita meletakkan kepercayaan penuh terhadap kepimpinan Pusat dan Negeri dalam mengesahkan calon yang akan bertanding bagi kesemua 71 kerusi di Sarawak.”

“Kita juga menyatakan sokongan penuh pada cadangan pertembaungan satu lawan satu antara PR dan BN, kerana dengan kukuhnya jentera ini, kami yakin pilihan raya kali ini membawa tsunami politik seperti yang berlaku pada 2008,” katanya.


SU

No comments:

Post a Comment