Thursday, February 4, 2010

Laporan Utusan kotor, biadap dan jijik - Anwar



Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 4 Feb : Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mengecam laporan akhbar Utusan hari ini yang disifatkan sebagai kotor, biadab dan jijik.

Menurutnya, laporan Utusan muka depan hari ini bertajuk "Tidak Rela Di Liwat Lagi" sebagai memetik kenyataan Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah cubaan fitnah kerana tiada dalam rekod mahkamah sepanjang perbicaraan semalam.

Sementara itu peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, Karpal Singh pagi tadi memohon mahkamah mengenakan perintah menghina mahkamah terhadap akhbar tersebut

Karpal berkata, laporan itu dibuat dengan niat jahat kerana apa yang tiada dalam prosiding perbicaraan kes liwat itu dilaporkan dalam artikel berkenaan.

Terdahulu perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar disambung semula jam 2.30 petang tadi dan mereka yang mempunyai pas sahaja dibenar masuk.

Perbicaran bermula selepas Anwar dan pasukan peguam ke Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara.

Kondominium tersebut adalah lokasi Anwar dituduh melakukan kesalahan liwat tersebut

Selain mereka, hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah bersama pihak pendakwa raya serta penguam bela juga ke lokasi berkenaan.

Turut ke kondo tersebut, Mohd Saiful Bukhari Azlan bersama bapa dan peguamnya.

Perbicaraan sebelah pagi tadi juga diadakan secara tertutup.

Lebih 50 petugas media menanti di perkarangan mahkamah dan sebahagian darinya wartawan dan jurugambar juga mula bergegas ke kondominium tersebut.

Pagi tadi, Anwar Ibrahim tiba di Kompleks Mahkamah Jalan Duta jam 9.30 pagi bagi perbicaraan kes liwat terhadapnya yang masuk hari kedua hari ini.

Kehadiran beliau disambut laungan reformasi lebih 200 penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah sejak awal pagi.

Kawalan keselamatan bagaimanapun semakin ketat berbanding semalam.




No comments:

Post a Comment