Thursday, August 6, 2009

Si mamat pencacai najis ni PENIPU!

wakahkahkahkah.. si khairul pro-ISA peluk bini.. bukan ahli PAS! mengaku bercakap macam nak runtoh.. kah.. kah.. kah.. pemimpin apa ni? pengamal undang-undang hapa? law batu.. law rimba.. kaha.. kaha.. kaha... PENIPU! tak malu! kah.. kah.. kah.. woiii.. balik peluk bini ko lagi lah..



Lelaki pro-ISA bukan orang PAS

kemaskini 1.25pm PAS tidak mempunyai rekod Mohd Khairul Azam Abd Aziz, yang gagal menyerahkan memorandum menyokong ISA minggu lalu, sebagai seorang ahli parti itu seperti dakwaannya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata semakan menunjukkan pemimpin Gabungan Graduan Melayu Muda (GGMM) itu bukan ahlinya.

"Kita dah semak semua dan kita tidak ada rekod pun bahawa Khairul ini ahli PAS di mana-mana (kawasan) pun.

"Saya nafikan. Dia tidak ada kena-mengena dengan PAS," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

Mohd Khairul dilaporkan mendakwa beliau seorang ahli parti itu di Sungai Ramal, Kajang.

Pengamal undang-undang itu dipetik berkata beliau akan menyaman PAS jika mengambil tindakan disiplin kerana menyokong ISA, satu pendirian yang bertentangan dengan keputusan parti yang mahu ia dimansuhkan.

Enggan terima penyokong ISA

Mengulas lanjut keahlian peguam muda itu, Mustafa berkata, kalau sekali pun peguam itu ingin menyertai PAS, permohonannnya akan ditolak kerana mempunyai pandangan yang berbeza dengan pendirian parti.

"Oleh kerana polisi PAS ini menentang ISA. Jadi, kerana dia secara jelas menyokong ISA kita tidak terima," katanya.

Ditanya apakah motif Mohd Khairul mengiystiharkan diri sebagai ahli PAS, Mustafa berkata:

"Saya tidak hendak menduga apa motif dia. Setelah kamu (media) tahu, kamu boleh tanya dia (soalan): 'Kamu bukan ahli PAS, tetapi kamu mengaku ahli PAS. Apa motif kamu?' "

Sementara itu, diminta mengulas saman penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana didakwa memfitnahnya sebagai "pengkhianat" Melayu, Mustafa berkata PAS tidak campur tangan dalam pertikaian itu.

"Saya tidak mahu campurlah pertikaian antara Muhyiddin dan Anwar sebab itu masalah peribadi. Saya rasa Anwar sendiri sudah uruskan kes itu, jadi tidak perlulah kita campur."

Kelmarin, Muhyiddin enggan memohon maaf kepada Anwar susulan tuduhannya terhadap penasihat PKR itu seperti dimuatkan dalam laporan muka depan Utusan Malaysia.

Berikutan itu, Anwar mahu timbalan presiden Umno menarik balik kenyataannya itu dan membuat permohonan maaf secara terbuka atau berdepan tuntutan RM100 juta.

malaysiakini

No comments:

Post a Comment