Wednesday, October 28, 2009

Al-Quran & Hadith Panduan, Musyawarah Medan Penyelesaian

Di dalam suasana bulan haji yang akan disambut tidak lama lagi yang merupakan bulan Ibadah Umat Islam seperti yang termaktub di dalam Rukun Islam kelima, Parti Islam SeMalaysia yang menjunjung Al-Quran, Hadith, Ijma’ dan Ulama, Seruan Allah Huakbar adalah seruan kami, kali ini PAS telah diheret ke kancah kontroversi dan kononnya berkrisis di dalam parti. Ini cuba diperjelaskan oleh Mursyidul AM PAS, Pesuruhjaya Kelantan yang juga Menteri Besar Kelantan. Lontaran daripada tulisan blog beliau (Tok Guru), menjadikan satu tanda tanya kepada seluruh pimpinan PAS di semua peringkat termasuk pimpinan PAS Pusat, Kawasan mahupun cawangan malah ahli-ahli di peringkat akar umbi mula menjadikan topik-topik perbincangan jika ada ruang untuk dibahaskan. Tetapi perbahasan ini tidaklah melibatkan kekalutan malah perbincangan secara ilmiah demi kepentingan parti yang telah menjangkau 58 tahun usianya.

Alhamdulillah perbincangan dan perbincangan kebanyakan Pimpinan PAS di semua peringkat termasuk ahli serta penyokongnya tidak berlandaskan hawa nafsu malah berdasarkan kepentingan parti dan Islam yang tercinta. Bak kata pepatah “Jangan Pisang Berbuah Dua Kali”. Ungkapan di atas menggambarkan jika ianya berlaku perlu ada penyelesaian yang kompleks dan sudah semesti Badan Tertinggi di dalam parti (yakni Majlis Syura bertindak) pendekatan terbaik demi kesatuan pimpinan dan ahli semua peringkat dan sudah semestinya tidak mementingkan satu dua kelompok sahaja.


Jika kepentingan ini wujud samalah seperti sebuah parti Melayu di saat kemenangan mereka bersatu tetapi di saat kekalahan mereka menjauhkan kesatuan jamaah. Sudah duduk di kerusi empuk tidak mahu lagi bersusah payah melihat dan mengimbas kesusahan para pejuang Islam yang telah syahid meninggalkan kita termasuk syahidnya para sahabat Nabi SAW ketika di medan perang demi mempertahankan Maruah Islam, Bumi Milik Umat Islam dan Keagongan Islam.

Saya sebagai Insan yang kerdil ini memohon Allah SWT membalikkan hati- hati kita supaya sentiasa patuh kepada apa yang diajarkan oleh Nabi SAW. Menjadi Al-Quran, Hadith sebagai panduan Utama(Perlembagaan) seterusnya menjadikan Ulama Silam sebagai rujukan selepas Al-Quran dan Hadith. Sememangnya jika kita lihat lanskap politik tanahair kebelakangan ini kita lihat tidak ada parti yang terselamat daripada krisis dan mengundang perpecahan. UMNO mengalami krisis kepimpinannya di zaman Dato’ Onn ketika itu apabila beliau tidak bersetuju dengan parti Melayu itu dan akhirnya menubuhkan Parti Negara. UMNO berhadapan dengan krisis dalaman di zaman Tunku Abdul Rahman menyebabkan Tun Dr Mahathir Mohamad tersingkir daripada UMNO pada ketika dahulu. Malah UMNO mengalami krisis yang amat memalukan apabil UMNo diharamkan dan parti itu berpecah kepada dua iaitu UMNO(Baru) dan Parti Semangat 46. Begitu jugalah pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim melibatkan PKR ditubuhkan dan bersama memperjuangkan Keadilan Rakyat di negara ini khususnya.

MCA sebuah parti utama orang cina juga berkrisis sehinggakan Presiden partinya yang hanya baru memegang tampuk Ketua(Presiden) dan Timbalan Presiden bertukar tangan sehinggalah minggu lepas MCA berkrisis dan akhirnya melalui proses damai seperti tidak berdamai. Begi jugalah komponen yang lain seperti PPP, PBDS, IPF dan sebagai mengalami krisis yang amat teruk. MIC juga menghadapi krisis kepimpinan.

Walau bagaimana pun di zaman Datuk Asri Hj Muda menjadi YDP ,PAS mengalami krisis yang paling teruk dan perlu dijadikan asas dan pengajaran supaya PAS sentiasa Bersatu dan Berpadu dalam satu Jamaah.

Alhamdulillah PAS telah melalui krisis tersebut malah proses pecat ini telah berlaku di zaman Nabi Muhamad SAW dan para sahabat.

Idea sensitif sebagai contoh Negara Perpaduan hendaklah dihentikan sebagai mana persetujuan yang telah dibuat pada Muktamar PAS yang lalu(di Perak dan di Selangor).

Oleh itu marilah kita perkukuhkan Ukhuwah di dalam PAS, kerana PAS hendaklah bersiap sedia dengan stategik politik yang mantap demi memenangkan Parti pada PRU akan datang. Jika perlu ada pemimpin disingkirkan malah dipecat hendaklah pimpinan berani melakukan. Sebelum ini berlaku Musyawarah adalah jalan terbaik untuk menyelesaikan konflik ini daripada terus menjadi parah.

Kekalahan di Bagan Pinang juga mesti dijadiakn ukuran bahawa performance PAS tidak sewajarnya begitu di kala kita kukuh dengan jentera PAS, PKR dan DAP.

Jika kita lihat ianya berlaku satu tindakan yang konfrehensif hendaklah diambil.

sumber : siasahdaily

No comments:

Post a Comment