Thursday, July 16, 2009

Tahniah dan syabas Kerajaan Negeri Kedah & Selangor Pakatan Rakyat

KUALA LUMPUR, 15 Julai : Kedah bakal pesat membangun selepas ini apabila menerima projek hub penapisan minyak terbesar di negara ini yang bernilai RM35.7 bilion.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak menyaksikan pelancaran projek itu melalui majlis menandatangani perjanjian antara Merapoh Resources Corporation dengan para pelabur mereka.

Merapoh oil refinery di Yan, Kedah yang bernilai US$10 billion (RM35.7 billion) akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 350,000 tong minyak sehari, sekali ganda kemampuan kilang yang kedua terbesar di Malaysia iaitu di Melaka.

sumber : Siasah

SHAH ALAM, 15 Julai - Kajian sebuah organisasi bebas di Selangor, mendapati kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat sokongan tinggi daripada rakyat Selangor, sejak mengambil alih pentadbiran, 8 Mac tahun lalu.

Kajian yang dijalankan oleh Merdeka Centre di antara 5 Jun hingga 15 Jun 2009 mendapati 60 peratus daripada rakyat Selangor, merasakan Kerajaan Negeri berada dalam hala tuju yang betul dan 63 peratus berpuas hati dengan prestasi Menteri Besar.

Sebanyak 64 peratus rakyat Selangor berpuas hati dengan prestasi Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, selepas memenangi Pilihan Raya Umum pada Mac 2008 manakala 22 peratus lagi tidak berpuas hati.

Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian yang mengumpulkan pendapat orang ramai itu mendapati masing-masing dengan peratusan 59 Melayu, 69 Cina dan 69 India, menyatakan puas hati terhadap hala tuju kerajaan pakatan rakyat sekarang.

Antara aspek tahap kepuasan kajian selidik tersebut ialah mereka berpuashati terhadap program kebajikan yang dilaksanakan, ketelusan dan pentadbiran yang cekap serta menolak amalan rasuah dalam pentadbiran baru kerajaan negeri Selangor.

sumber : SelangorKini



No comments:

Post a Comment