Tuesday, July 14, 2009

PAS menang buktikan Melayu tidak lagi sayang kepada UMNO/BN

prkn41.pas.org.my

SUNGAI PERIAL 14 Julai - Umno-BN kini berada dalam keadaan yang amat terdesak dan genting apabila sanggup melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya kecil Dun Manek Urai hari ini.

Timbalan Exco Urusetia Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Kelantan, Rohani Ibrahim berkata pihaknya yakin Umno sangat memerlukan kemenangan pada kali ini bagi memulihkan kekuatan dan sokongan.

"Maka, tidak hairanlah jika mereka sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan supaya mereka beroleh kemenangan pada kali ini," ujarnya ketika ditemui di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Sungai Peria pagi ini.

Sebaliknya jika PAS menang ujarnya, segalanya akan berakhir bagi Umno.

"Jika PAS menang, maka akan lenyaplah segala propaganda Umno bahawa Melayu masih sayang kepada BN.

"Oleh yang demikian saya menyeru kepada penyokong dan pengundi agar tidak memberikan sebarang talian hayat dan nyawa kepada Umno-BN yang sudah hampir mati," tegasnya.


Ditanya mengenai perkembangan semasa kempen pada kali ini, beliau berkata cabaran dan kesukaran termasuk serangan pihak Umno sangat ketara.

"Bagi sebuah pilihan raya kecil, serangan Umno begitu terasa kerana ianya terlalu kuat.

"tetapi jika PAS berjaya mempertahankan kerusi ini maka pengundi di sini telah berjaya membuktikan bahawa mereka merupakan pengundi yang cekal dan kuat dari segi mental dan fizikal kerana berani dan bijak untuk menepis segala propaganda dan dakyah Umno-BN," ujarnya.

Beliau turut mengambil kesempatan untuk merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera terutamanya muslimat yang gigih dan rajin bekerja untuk memastikan kubu kuat PAS itu terjaga.

Sementara itu, AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi yang ditemui di tempat kejadian juga menjelaskan perkembangan proses pengundian buat masa ini berjalan dengan lancar.

"Saya yakin target kita akan tercapai," katanya.

No comments:

Post a Comment