Monday, July 6, 2009

Menjelang Hari Penamaan Calon (Kemaskini 12.50tgh)

11.31 pagi : Sah! Hanya satu lawan satu di Manek Urai. Saingan satu penjuru antara calon PAS dan BN.

11.30 pagi : SPR telah mengumumkan calon yang akan bertanding bagi DUN Manek Urai (N.41) iaitu Saudara Mohd Fauzi Abdullah bagi calon PAS dan Tuan Aziz Tuan Mat dari calon BN.

Ketika ini calon PAS sedang berucap kepada penyokong PAS yang hadir.Hasil temubual salah seorang penyokong PAS yang hadir dari Perak, Jaya, 43, beliau begitu yakin bahawa PAS akan menang dan sanggup mengambil cuti semata-mata untuk turun menyertai majlis penamaan calon ada pagi ini demi menyatakan sokongan beliau kepada PAS.

11.05 pagi : Sesi pameran dan bantahan pencalonan sudah berakhir.

10.40 pagi : "Orang yang menyokong UMNO-BN, kena bertaubat sebelum terlambat. Kami orang bukan Islam pun nak parti Islam. Sepatutnya orang Islam lebih menyokong parti Islam", ucap S.Surianarayanan selaku Pengerusi Kelab Penyokong PAS Teluk Intan ketika ditemui.

10.30 pagi : Penyokong setia PAS tetap setia menanti walaupun cuaca panas terik. Di dalam Dewan Petra, proses masih lagi berlangsung oleh pihak SPR.

10.10 pagi : Suasana semakin meriah dengan sorakan kedua-dua belah pihak, PAS dan BN. Kelihatan kapal terbang kawalan jauh membawa bendera PAS berkibar-kibar megah terbang di udara.

10.00 pagi : SPR telah mengumumkan proses penghantaran borang telah di tutup. Di luar dewan, kelihatan Ustaz Azhar Idrus dari Terengganu memberikan ucapan kepada penyokong PAS yang hadir. Lagu tema PAS berkumandang di kawasan penamaan calon.

9.30 pagi : Pegawai SPR bertugas sedang menyemak dan meneliti borang yang serahkan calon PAS, Mohd Fauzi dan BN, Tuan Aziz.

Dato' Paduka Husam Musa ketika ditemui menyucapkan ribuah terima kasih kepada semua penyokong PAS dan ahli Kelab Penyokong PAS yang tidak putus-putus memberi sokongan walaupun hari ini merupakan hari bekerja.

Beliau turut melahirkan rasa berpuas hati dengan mutu kerja yang diberikan oleh petugas keselamatan seperti pihak polis trafik kerana keadaan jalan berjalan lancar.

9.22 pagi : Giliran calon PAS, Fauzi melengkapkan borang dan menyerahkannya kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Adnan Hussin.Setakat ini hanya dua calon yang menyerahkan borang penamaan calon. Masih tiada calon-calon bebas yang kelihatan di Dewan Petra ini.

9.10 pagi : Calon PAS, Fauzi mula memasuki Dewan Petra untuk menyerahkan borang penamaan calon selepas calon BN, Tuan Aziz calon pertama yang berbuat demikian.

9.00 pagi : Kelihatan ramai anak muda dalam perarakan pagi ini. Takbir bergema di kawasan penamaan calon. 44 orang india dan cina dari ahli Kelab Penyokong PAS Perak turut hadir sama dalam perarakan pagi ini. Lebih 500 orang petugas dari Unit Amal Negeri Kelantan sudah mula bertugas seawal jam 6.30 pagi menjaga keselamatan.

8.55 pagi : Kelihatan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sudah mula sampai di pusat penamaan calon.

8.40 pagi : Menurut petugas yang bertugas, lebih kurang 10 ribu orang penyokong PAS sudah mula berkumpul di simpang laluan masuk menuju pusat penamaan calon iaitu di Sek Men Keb Sultan Yahya Petra. Turut juga kelihatan ahli kelab penyokong PAS dari kaum cina dan India turut bersama-sama menyertai perarakan pada pagi ini.

8.20 pagi : Solat hajat telah selesai kira-kira setangah jam yang lalu yang diimamkan oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hadir sama program solat hajat berkenaan adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Shah Alam, YB Khliad Samad, Exco Kerajaan Negeri Kelantan YB Fatah Mahmud dan beberapa pimpinan PAS yang lain.

8.05 pagi : Jalan mulai sesak menuju ke Kuala Krai.

8.00 pagi : Seawal jam 7 pagi tadi orang ramai sudah memenuhi perkarangan Masjid Al-Jauhar Ghucil, Kuala Krai untuk menunaikan solat hajat.



Pusat penamaan calon akan berlangsung di Dewan Petra, Sekolah Menengah Sultan Yahya Petra 1 bermula pukul 9 pagi.

artikel ehsan : prkn41.pas.org.my

No comments:

Post a Comment