Friday, July 3, 2009

Kg Buah Pala : Jangan Apikan Isu Perkauman

GELUGOR, 3 Julai (Hrkh) - PAS Pulau Pinang mengingatkan mana-mana pihak jangan mengapi-apikan isu perkauman terhadap kes Kampung Buah Pala, Glugor yang sedang berkocak sekarang.

Demikian ulasan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Dr Mujahid Yusuf Rawa terhadap isu melibatkan kaum India di Kampung Buah Pala.

"Ada unsur-unsur mengapi-apikan isu perkauman dalam kes Kampung Buah Pala.

"Pihak tertentu diharap jangan mempergunakan isu berkenaan untuk melebarkan pengaruh mereka semula tambahan lagi mengaitkan api perkauman, " ujarnya.


Pihak keselamatan tambah Mujahid, harus segerakan siasatan serta tindakan jika terdapat usaha pihak tertentu melagakan kaum walhal kes itu boleh diselesaikan dengan baik tanpa ada dorongan pihak tertentu yang sedang mencari publisiti.

Menurutnya, pihak pemaju Nusmetro Ventures (P) Sdn Bhn wajar membayar pampasan secukupnya kepada penduduk sebelum memulakan projek pembinaan walaupun tanah itu merupakan tanah TOL.

Bukan itu sahaja sambung beliau, Kerajaan Negeri juga kena memperjelaskan kepada penduduk hal sebenar kerana apa yang terjadi adalah hasil peninggalan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang keluar rumah sambil meninggalkan 'najis'.

"Sekarang ini apa pun isu Kerajaan Pakatan Rakyat yang menanggungnya. Umno dan BN buat najis kita pula membersihkanya. Apa boleh buat kita menang waktu yang teruk, " tegasnya.

PAS rasa jika ada tolak ansur antara pemaju, penduduk serta campur tangan Kerajaan Negeri semua isu itu boleh diselesaikan dalam tempoh yang singkat.

HarakahDaily

No comments:

Post a Comment