Thursday, July 30, 2009

Keluarga Teoh Beng Hock Tetap Mahu Suruhanjaya DiRaja Siasat Punca Kematian

“Kami menghargai kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui kami semalam dan menerangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami inginkan Suruhanjaya DiRaja yang lebih meluas dan komprehensif,"




Walaupun bertemu dan mendengar janji Perdana Menteri, keluarga mendiang Teoh Beng Hock tetap dengan pendirian suruhanjaya diraja mesti menyiasat punca kematian mendiang Beng Hock.

Keluarga mendiang Beng Hock mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Razak semalam dan hari ini mereka menghadiri inkues yang diarah kerajaan pusat menyiasat punca kematian Beng Hock.

Namun semua itu tidak mengubahkan pendirian keluarga seperti yang disuarakan adik mendiang Beng Hock, Lee Lan.

“Kami menghargai kesudian Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menemui kami semalam dan menerangkan mengenai penubuhan Suruhanjaya DiRaja itu tetapi kami tetap dengan pendirian kami bahawa kami inginkan Suruhanjaya DiRaja yang lebih meluas dan komprehensif,".

Penasihat DAP, Lim Kit Siang turut mengulas, “saya meminta Perdana Menteri, Peguam Negara dan Kabinet menghormati kehendak keluarga mendiang dengan membatalkan prosiding inkues dan menubuhkan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat punca kematian Teoh," .

Sementara itu, inkues Teoh Beng Hock ditangguhkan hingga 5 Ogos supaya peguam Gobind Singh Deo yang mewakili keluarga mendiang Beng Hock serta peguam Malik Imtiaz Sarwar bagi pihak Kerajaan Selangor dan wakil Majlis Peguam meneliti dokumen bersabit kes berkenaan.

Ia termasuk gambar tempat kejadian, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV), laporan bedah siasat dan laporan kimia.

“Mahkamah telah membenarkan penangguhan selama satu minggu untuk pihak kami berpeluang untuk mengkaji semua dokumen yang di hantar dan diserahkan kepada kami pagi tadi.

"Kami akan buat apa yang perlu dalam masa dua ke tiga hari dan kita harapkan bahawa minggu depan dapat diteruskan perbicaraan kes.

“Kami difahamkan pihak polis dalam proses membuat bandingan DNA oleh kerana siasatan menunjukkan bahawa dikenalpasti terdapat DNA seseorang pada tubuh Teoh Beng Hock. Ini amat penting kepada kami dan diharapkan bahawa laporan ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak kami dalam masa seminggu ini.


TVA/Kelab GB

No comments:

Post a Comment