Tuesday, June 16, 2009

PAS Bukan Parti Jumud - Timbalan Presiden,Ustaz Nasharuddin Mat Isa

PAS akan membincangkan isu kerajaan perpaduan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dalam masa seminggu dua ini, memandangkan terdapat percanggahan pandangan mengenainya.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, isu tersebut telah disalah tafsir media sebelum ini sehingga ia menjadi satu polemik.

"Percanggahan pendapat dalam sesebuah parti atau organisasi merupakan perkara lumrah. Dari sudut positif ia satu manifestasi PAS bukan sebuah parti politik yang jumud, sebaliknya politik sihat diamalkan selama ini.


"Setiap pemimpin mempunyai pandangan masing-masing dan idea tersebut tidak berakhir begitu sahaja, sebaliknya ia perlu dibincang pada mesyuarat parti terlebih dahulu sebelum diambil sebarang keputusan," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program komuniti Dun Perupok dekat sini, baru-baru ini. Hadir sama Adun Perupok, Dato' Omar Mohamad.

Isu kerajaan perpaduan dicetus semula Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada muktamar PAS di Stadium Malawati, baru-baru ini.

Bagaimanapun cadangan tersebut ditolak Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat dan banyak pihak di Kelantan.

HarakahDaily

No comments:

Post a Comment