Wednesday, May 6, 2009

KERAJAAN SELANGOR TEMUI KDN USAHA BEBASKAN M MANOHARAN

Kerajaan Selangor merancang berbincang dengan menteri dalam negeri berhubung pembebasan wakil rakyatnya M Manoharan daripada Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Surat kepada Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk tujuan itu akan dihantar hari ini, kata exco kanan Selangor, Teresa Kok.

Manoharan, ADUN Kota Alam Shah, baru-baru ini menimbang untuk melepaskan jawatannya itu dengan alasan gagal berkhidmat kepada pengundi kawasannya.

Beliau antara tiga lagi pemimpin atasan Hindraf yang masih meringkuk di kem Kamunting, Perak sejak Disember 2007. Dua daripada mereka dibebaskan dengan syarat awal bulan lalu.

Teresa, ADUN DAP bagi Kinrara, semalam melancarkan kempen tandatangan bagi membebaskan penasihat undang-undang Hindraf itu yang bertanding atas tiket parti itu pada pilihanraya umum lalu.

Bercakap di sidang media sama selepas mesyuarat ahli majlis kerajaan negeri, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjelaskan pertemuan dan kempen tersebut sebagai lanjutan usul memansuhkan ISA yang diluluskan oleh persidangan pertama DUN tersebut tahun lalu.

artikel asal : malaysiakini

No comments:

Post a Comment